60 AMK Desak Anwar Letak Jawatan.....???

on Oct 17, 2010


Kira-kira 60 anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkumpul di hadapan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini bagi mendesak penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya segera berundur daripada kepimpinan parti.

Mereka yang mendakwa anggota PKR Pulau Pinang dan Perak, turut menyerahkan Memorandum Taubat kepada petugas Jawatankuasa Pemilihan Pusat parti itu, Rauo Imran untuk diberikan kepada Anwar.

Wakil kumpulan itu, Nur Ilmi Ismail berkata ketua pembangkang tersebut wajar melepaskan jawatannya selepas berlaku pendedahan demi pendedahan mengenai tindak-tanduknya selama ini.

"Kita tidak mahu seorang pemimpin yang hanya sibuk mengendalikan masalah peribadi, kami juga amat berharap Anwar yang juga Penasihat PKR, akan bertaubat bagi menjaga imej parti.

"Kami tidak mahu seorang pemimpin yang menggunakan dan berselindung di sebalik parti untuk mengelak daripada (dikenakan) tindakan undang-undang," katanya ketika ditemui di ibu pejabat PKR, Sabtu.

Beliau juga berkata segelintir pemimpin tertentu dalam parti itu wajar berundur demi menyelamatkan parti yang kini didakwa semakin kucar-kacir

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List