Kenapa Khalid Ibrahim batal bertanding....???

on Oct 17, 2010

Tan Sri Khalid Ibrahim menjelaskan, beliau membatalkan hasratnya bertanding jawatan timbalan presiden PKR kerana yakin objektifnya bagi menguatkan muafakat parti dan mempromosikan budaya politikyang sihat boleh direalisasikan tanpa jawatan kanan dalam parti itu.

Menteri Besar Selangor itu berkata, memandangkan pilihan raya umum akan datang tidak lama lagi, menjadi tugas pertama baginya untuk menjadikan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu sebagai contoh kerajaan dinamik, berprinsip dan berpaksikan kebajikan rakyat.

"Dengan membina keyakinan ini dalam minda rakyat, kita akan lebih dekat kepada hasrat kita untuk menyebarkan semangat reformasi sehingga ke Putrajaya," katanya yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak dan ADUN Ijok.

Menurutnya, keputusan itu juga dibuat setelah berbincang dengan anggota jawatankuasa khas yang dibentuk dan setiausaha politiknya Faekah Husin.

Semalam, Khalid dan 'Puteri Reformasi' Nurul Izzah Anwar yang sebelum ini disebut-sebut akan bertanding jawatan timbalan presiden tidak berbuat demikian.


Baca seterusnya dan Seterusnya

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List