Acaranya dipanggil “Siri Jjelajah Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) Gelombang Kedua”. Ianya merupakan program ceramah besar-besaran anjuran Umno Selangor untuk menelanjangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, kononnya segala rahsia dan tipu-daya kerajaan gabungan PAS,
PKR dan DAP Selangor ini akan didedahkan kepada rakyat jelata. Matlamatnya sudah pastilah mahu mengundang marah rakyat pada kerajaan ini, biar rakyat benci PAS, PKR dan DAP. Biar rakyat kembali bercinta dengan Umno. Biarlah Umno kembali pegang teraju di negeri bertuah ini.
Awal-awal lagi kain rentang dinaikkan sekitar tapak ceramah iaitu di tanah lapang Subang Perdana, dengan gambar Presiden Umno Najib Tun Razak, Noh Omar, Ezam Md Nor dan lain-lain.
Dengan penuh ghairah bagaikan ayam sabung bertaji emas, Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi Umno Selangor mengisytiharkan akan menyerang Pakatan Rakyat Selangor termasuklah Dato Ser Anwar habis-habisan melalui program berkenaan.
Selain hulubalang di atas turut terjun bersama Noh adalah Satim Diman (yang menang kerusi DUN Seri Serdang di Selangor dengan majoriti paling tipis iaitu 45 undi), Lokman Adam dan lain-lain.
Kalau begitulah hebatnya perancangan Umno Selangor, sudah pasti meriah dan gilang-gemilanglah majlis berkenaan, dan pasti rakyat Selangor, kurang-kurangnya ahli-ahli Umno dan BN akan keluar berbondong-bondong membanjiri majlis anjuran Umno itu.
Rupa-rupanya tidak. Sekali lagi terbukti Noh sekadar juara menempik dan memekik. Majlis yang sepatutnya isyarat untuk menjatuhkan kerajaan PR Selangor itu akhirnya bertukar menjadi majlis pengkebumian Umno sendiri. Menurut laporan kehadirannya sungguh mengecewakan. Khemah yang disediakan sekadar penuh dengan kerusi tetapi yang hadri sangat kecil.
Kalau beginilah kemampuan Umno walaupun kononnya PR sudah menyeleweng dan mengecewakan rakyat, sebagaiamana dakwa Noh dan suku-sakatnya, ini sesungguhnya menandakan Umno sudah tidak lagi mampu merangsang dan menarik minat rakyat. Kebencian rakyat terhadap Umno di Selangor terbulti masih menebal dan semakin menebal di kawasan-kawasan yang Umno sangkakan mereka masih punya nyawa.
Nampaknya duit, janji dan gula-guila sudah tidak boleh membeli dan memperdayakan rakyat lagi khasnya di Selangor. Sebagai bukti menurut rekod setakat tahun ini sahaja jentera PAS di Selangor telah berjaya mendaftarkan ribuan pengundi baru di Slangor. Itu tidak termasuk jentera DAP dan PKR.
Kesimpulannya rakyat semakin yakin terhadap kerajaan yang ada. Luka di hati mereka angkara tipu-daya dan penyelewengan Umno masih berdara dan tidak mampu diubati lagi. Jelajahlah seluruh Selangor dan habiskan duit Umno, insyallah PRU ke 13 nanti rakyat akan memberikan mandate yang lebih besar kepada PR dan kita berdoa agar antara kerusi yang akan jatuh ke tangan PR termasuklah Parlimen Tanjong Karang, amin.
0 comments:
Post a Comment