Macam tak percaya...Tapi kena percaya....

on Oct 17, 2010



Dalam sebuah keluarga yang besar, agak sukar untuk seseorang ibu mengingati hari lahir setiap anggota keluarganya.  Namun, bagi Barbara Soper, 36 dan suaminya Chad Soper , 33, di negeri Michigan, Amerika Syarikat (AS), tugas itu mudah berbanding kebanyakan keluarga lain.

Masakan tidak, anak bongsu mereka, Cearra lahir pada 10/10/10 manakala tarikh lahir abangnya, Cameron jatuh pada 09/09/09 diikuti oleh kakaknya, Chloe yang dilahirkan pada 08/08/08. "Chloe adalah nombor bertuah lapan, Cameron nombor bertuah sembilan dan Cearra pula nombor bertuah sepuluh".

Dia dan suaminya tidak merancang kelahiran anak-anak mereka manakala seorang profesor di Universiti California, Philip Stark berkata, kebarangkalian perkara itu berlaku adalah 1 dalam 2,500 kelahiran. 

***hebat. sebenarnya kehebatan itu bukan pada ibu bapa kanak-kanak tersebut. tapi hebat itu adalah milik Penciptanya. semua itu segalanya mungkin tidak ada yang mustahil. Dia berkuasa atas segala sesuatu***

Sumber SgKasai

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List