Showing posts with label letupan. Show all posts
Showing posts with label letupan. Show all posts

Kisah Saat-saat Akhir Sebelum Wartawan Vivanews.Com Ditelan Abu Merapi

on Oct 28, 2010




JAKARTA: Portal berita Vivanews.com yang menyaksikan kematian wartawan kanannya ditelan abu panas di kaki Gunung Merapi malam semalam menceritakan saat-saat akhir perbualan di antara pengarang beritanya dengan mangsa.


Portal berita popular itu telah menceritakan di halaman utamanya pada Rabu bagaimana pada jam 5.30 petang Selasa, di Tingkat 31, Wisma Standard Chartered, di sini, menjadi cemas dan panik apabila tercetusnya berita Gunung Merapi mulai meluahkan lavanya.



Pengarangnya, Nezar Patria segera menghubungi wartawan kanan mereka di lapangan, Yuniawan Wahyu Nugroho, yang telahpun berada di Yogyakarta.



Wartawan yang lebih dikenali sebagai Wawan ini telah bertolak ke kota budaya itu awal Selasa sekitar pukul 1 dari Jakarta dia sudah mengatur janji untuk mewawancara Mbah Maridjan yang lebih dikenali sebagai ‘penjaga’ Gunung Merapi.

(Nota: Mbah Maridjan turut terkorban dalam kejadian itu)



"Hallo, Wan, posisi anda di mana," tanya Nezar di hujung telefon.



"Ini...di rumah Mbah Maridjan," kata Wawan.



"Sudah ada letusan. Apa tidak berbahaya..." Nezar bertanya.



"Di sini masih ada banyak orang. Saya menunggu Mbah Maridjan yang lagi sholat," jawab Wawan.



Lantas, Nezar menekankan, "Kalau berbahaya dan jika kedengaran siren, segera turun. Jangan bertahan di situ untuk wawancara."



Wawan menjawab "Iya". Namun, perbincangan putus kerana signal telefon yang lemah.



Menyambung perbincangan yang terputus itu, Wawan lalu mengirim SMS, pada pukul 5.49 petang (Waktu Indonesia Barat -WIB). Bunyi SMS itu: "Mas, saya sudah berada di rumah Mbah Maridjan. Mbah Maridjan masih sholat," kata Wawan.



Dalam pesan pendeknya, Nezar menjawab, "Hati-hati. Jangan sampai kena abu lava."



Setelah itu tidak ada hubungan lagi dengan Wawan.



Satu jam kemudian, bilik berita dikejutkan dengan panggilan telefon daripada seorang ahli keluarga Wawan, seorang aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bernama Rini Soegiharto. Wawan dikabarkan dalam kedaan berbahaya.



Sidang pengarang Vivanews turut cemas. Sejumlah rakan lantas cuba mencari maklumat menerusi pelbagai pihak. Mereka menghubungi sanak saudara Wawan, kawan-kawannya yang lain, menghubungi pasukan mencari dan menyelamat, sukarelawan Pusat Pengurusan Bencana sehinggalah membuat laporan kepada pihak polis akan kehilangannya.



***



Akhirnya mereka memperolehi maklumat lanjut daripada Rini. Pada pukul 6.29 petang WIB, dia menerima panggilan daripada Wawan. "Saya lagi di rumah Mbah Maridjan. Saya menunggu, dia lagi sholat," kata Wawan di ujung telefon kepada Rini. Rini pun mengingatkan agar wartawan kanan portal berita itu berhati-hati.



Namun, dalam perbincangan singkat itu, di hujung telefon, Rini terdengar bunyi siren kecemasan dan sejumlah orang menjerit-jerit... "Ada api, ada api, panas, panas."



Tiba-tiba percakapannya dengan Wawan langsung terputus. Rupa-rupanya ini telah ditakdirkan menjadi panggilan telefon terakhir Wawan. Berulang kali dihubungi semula, namun tidak tersambung.



Rini cemas. Dia teringat kisah empat tahun lalu, saat Gunung Merapi meletus. Wawan juga yang membuat meliput letusan gunung berapi tersebut dan bertemu Mbah Maridjan. Saat itu, keduanya juga saling berkomunikasi. Rini teringat pada tahun 2006 juga ada letusan lahar yang panas menuruni lereng gunung.



Namun, kali ini Rini yang berteman baik dengan wawan sejak kuliah di Universiti Gajah Mada merasa situasinya sangat menegangkan. Di television, dia melihat awan panas sudah membubung, sedangkan Wawan masih di rumah Mbah Maridjan yang berjarak hanya empat kilometer dari puncak gunung tersebut.



Menurut cerita Agus, pembantu Mbah Maridjan, sebenarnya saat mendengar bunyi siren sebagai tanda gunung meletus, ia bersama keluarga Mbah Mardijan dan beberapa orang yang terakhir bertahan di lereng gunung itu sudah memutuskan untuk turun.



Mereka mengendarai dua kenderaan sampai ke tempat selamat. Wawan juga turun sejauh 4 kilometer ke kediaman Agus, yang juga kenalannya di Yogya.



Namun, sampai di tempat operasi menyelamat dijalankan, dua orang yakni Tutur, tenaga pasukan perubatan Yogyakarta dan Wawan mengambil keputusan untuk naik semula ke puncak untuk memaksa Mbah Maridjan yang masih bertahan dan sembayang di masjid turun.



"Mereka berdua menaiki Suzuki APV ke atas menjemput Mbah Maridjan. Namun, saat ini kami kehilangan kontak dengan mereka. Kami duga mereka terjebak, kerana awan panas sudah sampai ke kediaman Mbah Maridjan," katanya kepada Vivanews pada lebih kurang pukul 8.30 malam Selasa.



Dan pada jam 10.42 malam WIB, Vivanews mendapat panggilan daripada Iman Surahman, seorang tenaga kerja Pusat Pengurusan Bencana yang melakukan pencarian mangsa letusan Gunung Merapi sejak petang Selasa. Iman menemui kad pengenalan wartawan Yuniawan Nugroho pada salah seorang mangsa korban yang ditemui di rumah Mbah Maridjan.



***



Yuniawan, yang lahir pada 1 Jun 1968 di Blora adalah editor yang mengetuai pasukan laporan khas Vivanews.com. Wawan tertarik untuk mewawancara Mbah Maridjan di Yogyakarta.



Alasannya, dia sudah pernah membuat liputan di Gunung Merapi pada tahun 2006 dan mengenali para pembantu Mbah Maridjan seperti Agus dan lain-lain sehingga berpeluang mewawancara dengan orang tua yang disegani di Gunung Merapi tersebut.



Sebagai salah satu editor kanan, Wawan dikenali sebagai seorang wartawan yang bekerja keras, bersungguh-sungguh dan berperwatakan keras. Wawan jarang mengeluh mengerjakan tugas-tugas yang diamanahkan.



"Dia seorang yang sangat bersopan santun dan memiliki jaringan luas terutama dalam bidang politik," ujar Nezar.



Rini juga mengenali Wawan sebagai seorang yang sangat baik dan memiliki banyak kenalan, baik di kalangan aktivis, ahli politik hingga ke peringkat antarabangsa. "Ramai sekali teman yang sedih dan merasa kehilangannya," kata Rini.



Wawan memang sudah belasan tahun bekerja sebagai wartawan. Sebelumnya, dia cukup lama bekerja di harian Suara Pembaharuan. Pada 2008, Wawan ikut menyertai Vivanews apabila portal berita itu baru ditubuhkan.



Namun, tidak lama kemudian Wawan memilih untuk kembali ke Jakarta dan berkhidmat dengan salah sebuah akhbar di sini. Menjelang Lebaran tahun ini, Wawan kembali ke pangkuan Vivanews untuk mengepalai pasukan laporan khasnya.



Kini, Wawan dipanggil oleh Yang Maha Kuasa. Allayarham pergi meninggalkan rakan-rakannya ketika sedang bertugas. Beliau turut meninggalkan isteri dan dua orang anak yang amat dikasihinya dan foto mereka selalu ada di dompetnya.




Wartawan Antara 15 Terbunuh Dalam Bencana Letupan Gunung Merapi.

on Oct 27, 2010



YOGYAKARTA, 27 Okt - Seorang wartawan portal berita vivanews.com adalah antara 15 yang ditemui mati di dalam dan sekitar halaman rumah jurukunci Gunung Merapi, Mbah Maridjan di kaki gunung itu yang meletus petang semalam.

Agensi berita Bernama melaporkan mayat wartawan itu ditemui dalam rumah Mbah Maridjan bersama tiga yang lain manakala mayat selebihnya ditemui bergelimpangan di halaman rumah jurukunci Merapi itu di daerah Sleman apabila pasukan penyelamat sampai ke situ pukul 10 malam tadi.
Kesemua mereka ditemui dalam keadaan sukar dikenali kerana melecur seluruh tubuh akibat suhu tinggi awan panas debu volkanik yang turun sebagai hujan abu apabila gunung berapi teraktif di dunia itu meletus semalam.

Laporan Bernama menyebut Mbah Maridjan, sebagai jurukunci gunung itu, ialah seorang warga emas yang kontroversial kerana enggan meninggalkan rumahnya, yang merupakan rumah terakhir sebelum ke puncak gunung berapi itu semasa letusan Merapi pada 2006 tetapi terselamat dalam bencana itu.
Bagaimanapun, nasib Mbah Maridjan belum diketahui, sama ada terselamat atau terkorban dalam insiden berkenaan.

Semalam seorang bayi turut mati akibat letusan gunung berapi itu kerana kesan lecur.
Sementara itu sekumpulan 34 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di sebuah pesantren (institusi agama) di Magelang, 15 km dari gunung berapi itu beserta 10 yang lain telah dipindahkan oleh para pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta ke Solo tengah malam tadi.
Kesemua mereka dibawa dengan dua buah bas dan sebuah kenderaan APV termasuklah dua warganegara Singapura, 3 wanita isteri kepada pelajar dan dua bayi perempuan.

Misi pemindahan itu diketuai oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia Datuk Dr Junaidy Abu Bakar dengan dibantu pegawai-pegawai kedutaan serta Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia.
Sementara itu Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah membuka Bilik Operasi 24 jam mulai malam tadi bagi menyalurkan maklumat terkini dan melayan pertanyaan rakyat Malaysia di Malaysia mengenai letusan Gunung Merapi.

Ketua Canseri Raja Reza Raja Zaib Shah berkata bilik gerakan itu memantau perkembangan terkini kejadian bencana itu.

TVS

Seorang Lagi Mangsa Bom Buatan Sendiri Meninggal Dunia

on Aug 31, 2010

KUALA LUMPUR: Seorang lagi mangsa bom buatan sendiri yang meletup pada Ahad lalu di Cheras meninggal dunia selepas seorang pekerja wanita siber kafe maut pada hari kejadian.
Lelaki berusia 38 tahun itu, cedera parah selepas dia bersama rakannya itu, Wong Siew Song, 51, diminta untuk mengangkat sebuah kotak misteri di depan rumah majikan mereka sebelum ia meletup dan terkena kedua-dua mangsa.
Ekoran kejadian itu, kedua-dua mereka cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, polis telah mengenal pasti suspek utama kes berkenaan dan dijangka akan ditahan tidak lama lagi.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata pada Isnin, suspek, seorang lelaki yang juga merupakan seorang kontraktor berumur 45 tahun, dikesan masih berada di sekitar Lembah Klang.
"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup yang diperolehi dari kawasan kejadian, suspek telah dikesan berada sewaktu kejadian itu berlaku," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan di pelbagai lokasi utama yang berkemungkinan suspek mungkin berada dan dijangka akan ditahan dalam masa terdekat.
Muhammad Sabtu berkata jika operasi menahan suspek di satu lokasi gagal membuahkan hasil, lakaran foto fit suspek akan diedarkan esok kepada orang ramai untuk bantuan lanjut.
Katanya suspek sebelum ini dipercayai telah mengugut salah seorang pekerja itu kerana berang setelah ditegah supaya tidak datang lagi ke siber kafe terbabit akibat kegagalan suspek membayar hutang judi Internetnya.
Ketika ditanya mengenai bagaimana bom buatan sendiri itu boleh meletup, beliau berkata ia memerlukan satu kemahiran tinggi bagi menghasilkan bom yang sedemikian walaupun menggunakan mercun dan minyak tanah.
"Ini memerlukan kemahiran untuk hasilkan bom seperti semalam. Kita belum kenalpasti macam mana boleh meletup walaupun dari mercun dan minyak tanah kerana masih lagi dalam siasatan," katanya
myStar

Wanita Terbunuh, Lelaki Cedera Bom Meletup Depan Rumah

on Aug 30, 2010

KUALA LUMPUR: Sebutir bom buatan sendiri yang diletakkan di depan sebuah unit pangsapuri di Desa Tun Razak, Cheras di sini meletup sebelum membunuh seorang wanita dan seorang lagi berada dalam keadaan kritikal selain mengakibatkan kerosakan kecil terhadap lima unit rumah lain pada Ahad.
Ng Siew Hong, 51, yang mengalami kecederaan 90 peratus di badannya selepas membuka sebuah kotak misteri yang diletakkan di hadapan pintu rumah majikannya.
Ng kemudian dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur.
Bagaimanapun dia meninggal dunia pukul 5.15 petang.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kejadian itu tiada kaitan dengan kegiatan keganasan.
"Pegawai penyiasat telah menjelaskan kepada saya bahawa kejadian ini bukan daripada pihak pengganas dan lebih merupakan kepada masalah kewangan dan kami akan meneruskan siasatan," katanya kepada The Star.
Pada kejadian sebelum itu, pemilik rumah itu terdengar pintu rumahnya di ketuk kira-kira pukul 8.30 pagi tadi sebelum menemui sebuah kotak misteri yang diletakkan di hadapan pintu rumahnya.
Dia kemudiannya terbau gas petrol pada kotak berkenaan dan bertanya kepada jirannya jika ada di antara mereka terlihat sesiapa meletakkan kotak tersebut di hadapan pintu rumannya.
Bagaimanapun, tiada siapa yang melihat ada orang meletakkan kotak berkenaan.
Risau dengan kandungan kotak itu, Lim kemudiannya meminta dua pekerjanya yang berada di tingkat bawah untuk membuka isi kandungan kotak itu.
Apabila mereka membuka kotak tersebut, ia secara tiba-tiba meletup dan telah mengakibatkan badan Ng dan dua berusia 51 tahun dan seorang lelaki, 38, melecur hampir 70 peratus.
Pemangku Ketua Polis Cheras, Supritendan Abd Rahim Hamzah Othman berkata polis tidak menolak kemungkinan motif kejadian adalah disebabkan persaingan perniagaan walaupun pemilik pangsapuri itu menafikan ada menerima sebarang ancaman sebelum ini.
Pemilik pangsapuri itu adalah seorang pemilik kafe siber yang beroperasi di tingkat bawah pangsapuri berkenaan.
myStar

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List