1 September dan 6 September Bayaran Khas RM500......

on Aug 27, 2010

Bantuan Khas RM500 Dibayar 1 September, Pesara 6 September.

PETALING JAYA: Bantuan Khas kewangan RM500 kepada kakitangan awam akan dibayar pada 1 September manakala pesara pada 6 September, umum Jabatan Perkhidmatan Awam di sini, Jumaat

Maka berkatalah Ibrahim Ali:- " Ahli Umno akan gembira jika Khairy keluar."

on

Ibrahim: Dulu besar kepala... sekarang bila bapa mertua tak jadi PM, maka taring dah hilang, merapu tak tentu pasal




KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata ramai ahli Umno akan gembira jika Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengambil keputusan untuk meninggalkan parti itu atas alasan ‘tidak gembira’ dengan Perkasa. “Saya rasa ramai ahli Umno gembira kalau dia letak jawatan atau tinggalkan Umno kerana semasa bapa mertuanya jadi perdana menteri, menyebabkan antara punca BN dan Umno kalah teruk pilihan raya umum ke-12,” kata beliau.


Kata Ibrahim, sekiranya majoriti ahli Umno menyokong Perkasa ia adalah satu tanggapan melucukan.
“Apa penyakit KJ?... mungkin tidak dilantik sebagai timbalan menteri, maka kecewanya sudah klimaks dan jadi Perkasa sebagai alasan,” katanya.
“Pada saya, tanpanya mungkin rakyat lagi senang hati pada Umno... apa pun kesian dia.
“Dulu besar kepala... sekarang bila bapa mertua tak jadi PM, maka taring dah hilang, merapu tak tentu pasal,” kata Ibrahim mengulas kenyataan terbaru Khairy terhadap Perkasa kelmarin.


Dalam kenyataan yang dilihat menyindir pendirian Perkasa dalam isu-isu tertentu, Khairy memberi amaran beliau akan meninggalkan parti itu jika majoriti ahlinya menyokong pertubuhan bukan kerajaan Melayu, Perkasa yang ditubuhkan selepas pilihan raya umum 2008.


Menyangkal tanggapan Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS Khalid Samad bahawa Umno kini ‘tenggelam’ di sebalik aktiviti Perkasa yang dipimpin Ibrahim, Khairy berkata, bukan setiap ahli parti dominan Barisan Nasional itu menyokong pertubuhan tersebut.
“Jika wujud situasi di mana mereka (ahli Umno) memilih Perkasa berbanding saya, saya akan keluar,” kata Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau.


Kedua-dua wakil rakyat itu mengambil bahagian dalam Forum Ramadan 2010 anjuran majalah The Leaders di sini malam tadi.


Dipetik New Straits Times, Khairy sekali lagi melahirkan pendirian menentang isu-isu yang dibawa oleh Perkasa sejak kebelakangan ini.


Jun lalu kedua-dua Khairy dan Ibrahim terlibat dalam perang kenyataan dengan ketua Perkasa itu mempertikaikan kepimpinan Khairy sambil menegaskan beliau sebenarnya “bangga dengan label jaguh politik kampung” yang diberikan oleh Ketua Pemuda Umno itu berhubung isu membela Ketua Pemuda MCA dalam isu biasiswa.






Kemenangan Peneroka Kemahang Bakal Cetus Ledakan Tindakan Saman Terhadap Felda.

on


SHAH ALAM 27 Ogos - Keputusan mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan supaya Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membayar RM11 juta kepada 354 peneroka Kemahang 3, Kelantan memberi tamparan hebat kepada agensi itu dan kemenangan moral yang besar kepada peneroka Felda di seluruh negara.
Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said berkata keputusan itu juga jelas membuktikan Felda menipu dan menganiayai hak peneroka.
"Tindakan Felda yang tidak menghormati hak peneroka berhubung harga Kadar Perahan Gred(KPG) sudah lama berlaku di kebanyakan rancangan Felda di seluruh negara. Banyak rancangan Felda yang menanam kelapa Sawit meletakkan KPG jauh lebih rendah daripada KPG sebenar. Jika nilainya 23 hingga 24 peratus, yang diberi kepada peneroka ialah antara 17 hingga 19 peratus," ujarnya kepada Suara Keadilan.
Menurut Suhaimi, kadar 1 peratus KPG dianggarkan sekitar RM40 yang bermakna setiap kali hasil sawit peneroka dipetik, mereka kerugian antara RM200 hingga RM300.
Dalam saman berkenaan, peneroka menamakan Felda, pengurus tanah rancangan tersebut, Ibrahim Ismail (telah meninggal dunia) dan Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defenden. 
Kesemua mereka yang diwakili peguam Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff bakal memperolehi bayaran antara RM25,000 hingga RM30,000 setiap orang. 
Dalam penghakimannya, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Md Sheriff yang mengetuai panel tiga hakim berkata mahkamah tidak mempunyai sebarang jurisdiksi untuk mengkaji keputusan yang telah diputuskan Mahkamah Persekutuan sebelum ini.
Ini berikutan Mahkamah Persekutuan pada 19 Januari lalu yang diketuai Tun Zaki Azmi telah membuat keputusan mengarahkan supaya Felda membayar pampasan kerana menipu peneroka terbabit sejak 1995 dan enggan membenarkan Felda membuat rayuan.
Mengulas lanjut Suhaimi berkata, setelah Mahkamah Persekutuan memutuskan Felda membayar RM11 juta kepada peneroka di Felda Kemahang 3, pengurusan Felda seluruh negara mula menaikkan KPG sawit peneroka kepada lebih 20 peratus selepas merasa 'bahang' keputusan itu.
"Itu adalah satu kemenangan besar peneroka. Sebelum ini mereka mendapat sekitar 17 peratus hingga 19 peratus yang merupakan kadar terendah, bila berlaku di Kemahang 3 apabila mahkamah perintah kepada Felda membayar peneroka RM11 juta, rata-rata Felda menaikkan KPG. Ertinya memang mereka sedar yang mereka selama ini menipu.
"Kita nak nyatakan kenapa sampai sekarang Felda enggan jelaskan bayaran kepada Felda Kemahang. Peneroka tuntut RM11 juta, kalau kata banyak sangat duit, bayarlah, ini tuntutan dari peneroka Felda yang ditipu," tegas beliau.
Tambahnya lagi, keputusan itu juga merupakan titik permulaan dan bakal menyaksikan lebih banyak saman dikemukakan peneroka terhadap Felda. 
Kes yang sama katanya telah difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban 2 melibatkan 776 peneroka Felda Serting dan Gugusan Raja Alias yang menuntut agensi itu membayar RM200 juta manakala peneroka Felda Maokil Labis, Johor mengemukakan saman sebanyak RM80 juta. 
"Biro Felda KEADILAN sedang mengkaji bahawa banyak lagi rancangan Felda yang meletakkan KPG di bawah 20 peratus yang bererti masih ada banyak lagi ruang untuk peneroka mengemukakan saman.
"InsyaAllah, banyak lagi perjuangan peneroka yang menuntut isu KPG di Pahang, Negeri Sembilan dan Johor. Biro Felda KEADILAN telah membentuk pasukan peguam di Negeri Sembilan, Pahang dan Johor melainkan Felda dalam tempoh terdekat ini menaikkan KPG ke tahap yang sesuai," tegas beliau.
Katanya, meskipun terdapat pelbagai isu penyelewengan dan penipuan yang dilakukan terhadap para peneroka, Biro Felda KEADILAN akan menumpukan kes menjurus penipuan KPG secara khusus terlebih dahulu.
"Kita tak akan longgokkan kesemuanya, kita akan selesaikan satu-satu selepas isu kadar perahan ini selesai di seluruh negara.
"Ada orang silap faham, kita bukan menentang Felda. Kita hanya nak bela peneroka yang dipermainkan Felda. Felda memang memberi banyak manfaat kepada peneroka tapi jangan ambil kesempatan. Peneroka juga mahu kehidupan yang lebih baik seperti orang lain," ujarnya.
Sumber:- Suarakeadilan

Projek Hospital Shah Alam RM482 Juta Didakwa Libatkan Rasuah RM40 Juta.

on


SHAH ALAM 27 Ogos - Projek pembinaan Hospital Shah Alam yang sudah dua kali tergendala dan menyebabkan kos meningkat daripada RM300 juta kepada RM482 juta didakwa melibatkan sogokan rasuah kepada pihak tertentu sebanyak RM40 juta.
Mendedahkan perkara ini, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa selain rasuah sebanyak RM40 juta sebelum lagi projek dimulakan, beberapa peratusan daripada setiap bayaran berperingkat yang diterima kontraktor juga terpaksa diserahkan kepada beberapa pihak tertentu sebagai 'insentif'.
"Sub kontraktor pula diberi kontrak untuk menyiapkan semua kerja pembinaan, maksudnya kontraktor utama bagi projek ini tidak berbuat apa-apa pun melainkan membuat tuntutan bayaran daripada kementerian setiap kali satu fasa pembinaan disiapkan dan mengagihkan wang yang diterima.
"Saya tidak hairan jika subkontraktor projek berkenaan, Isyoda Corporation Berhad gagal melaksanakan projek dan rugi kerana terpaksa membayar komisyen yang tinggi bagi memastikan mereka kekal sebagai subkontraktor," tegas beliau ketika ditemui Suara Keadilan semasa rakaman rancangan Bincang-bincang yang disiarkan melalui tv web, www.tvselangor.com Ahad lalu.
Katanya lagi, kemungkinan besar Isyoda terperangkap di dalam keadaan ini dan akhirnya terjerat hingga menyebabkan syarikat itu berhadapan dengan masalah kewangan yang kronik.
Khalid seterusnya berkata, perkembangan dalam projek ini semasa diberi kepada subkontraktor kedua, GM Healthcare Sdn Bhd amat memberangsang.
"Saya telah meneliti kerja mereka dan mendapati kerja yang dibuat oleh GM Healthcare amat bagus hinggakan kerja yang disiapkan jauh lebih cepat daripada standar yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
"Maka, boleh dikatakan GM Healthcare telah berjaya menyelamatkan projek ini, tetapi apabila mereka juga dikenakan kekangan kewangan oleh kontraktor utama dengan tidak membuat bayaran mengikut skala yang dipersetujui menyebabkan mereka menghadapi kesulitan meneruskan kerja," jelas beliau lagi.
Tambah Khhalid, GM Healthcare telah membawa isu ini ke mahkamah dan berjaya mendapatkan arahan agar bayaran kerja dibayar terus kepada subkontraktor tetapi tidak dibayar juga. Keadaan ini telah menyebabkan kedua-dua pihak kontraktor utama dan subkontraktor tidak mendapat bayaran.
"Bayaran telahpun dibuat kepada bank tetapi kerana adanya perintah mahkamah dari kontrator dan subkontraktor untuk tidak membayar kepada mana-mana pihak, maka bank pun tidak dapat membuat apa-apa bayaran dan akhirnya menyebabkan projek terbengkalai," kata beliau lagi.
Beliau menjelaskan masalah kedua-dua pihak telahpun dimaklumkan kepada kementerian tetapi tiada tindakan diambil.
Khalid menjelaskan ini kerana amalan pemberian projek kerajaan melalui rundingan terus membuka ruang kepada sogokan komisyen kepada pihak tertentu yang terbabit dalam projek tersebut.
"Maka sebab itu tindakan tidak diambil kerana pihak terbabit takut identiti mereka yang menerima komisyen didedahkan jika siasatan dilakukan.
"Inilah masalah utama dengan rundingan terus apabila diberi kepada seseorang yang berkepentingan dan pihak itu kemudiannya memberi balik komisyen kepada pihak lain. Apabila sesuatu projek itu gagal tindakan tidak dapat diambil kerana pihak tertentu sudahpun termakan rasuah komisyen atau imbuhan," tegas beliau lagi.
Khalid berkata, ini yang menjadi faktor utama mengapa kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak mampu menyelamatkan projek hospital itu.
Beliau mencadangkan pada peringkat ini adalah lebih baik projek ini diambil alih oleh JKR berdasarkan pengalaman luas JKR yang mempunyai kepakaran yang tinggi serta ramai jurutera terlatih dan profesional.
"Tidak ada sebab untuk JKR tidak mengambil alih dan meneruskan projek ini, setelah menentukan tiada penambahan dari segi kos, kelewatan dan penyelesaian projek itu.
"Kini projek Hospital Shah Alam mungkin akan ditender semula, dan apa yang akan berlaku selepas ini ialah harga tender akan naik, tempoh masa akan dilanjutkan kerana proses tender sahaja akan memakan masa tiga hingga empat bulan dan untuk memulakan kerja juga akan memakan masa kerana kesemua subkontrak yang ada di tapak juga telah dihalau keluar," jelas beliau lagi.
Sumber:- Suarakeadilan


Menteri Luar Tidak Peduli Nasib Rakyat Sabah Hadapi Hukuman Gantung.

on


KUALA LUMPUR 27 Ogos - Kerajaan Umno-Barisan Malaysia serta Kementerian Luar diselar kerana mengambil sikap sambil lewa terhadap nasib Yong Vui Kong, seorang rakyat Malaysia dari Sabahyang kini berdepan dengan hukuman gantung di Singapura.
Jurucakap kumpulan peguam 'Lawyers For Liberty', N Surendran berkata Kementerian Luar yang diterajui oleh Datuk Seri Anifah Aman yang juga merupakan adik kepada Ketua Menteri Sabah, seolah-olah berpeluk tubuh dan tidak menghiraukan langsung nasib yang bakal menimpa Vui Kong.
"Ini merupakan amaran kepada kerajaan Malaysia dan juga kepada Singapura. Kami kecewa dengan sikap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman yang gagal untuk memberikan bantuannya kepada Yong Vui Kong. Dia (Anifah) yang berasal dari Sabah telah gagal untuk membantu rakyat Malaysia yang juga berasal dari Sabah.
"Kita akan mengambil tindakan yang lebih tegas daripada (penyerahan memorandum) ini, untuk menghukum kerajaan Malaysia termasuk melalui peti undi. Rakyat Sabah diminta untuk mengambil pendirian berikutan sikap tidak peduli kerajaan terhadap orang dari negeri anda," tegas Surendran di perkarangan Suruhanjaya Tinggi Singapura di Jalan Tun Razak pagi semalam bagi menyerahkan memorandum membantah penafian hak kepada Vui Kong untuk mendapatkan proses keadilan yang sewajarnya. 
Turut bersama menyerahkan memeorandum tersebut termasuk Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, Ahli Parlimen Teluk Intan, M Manogaran, Ketua Penerangan KEADILAN, Latheefa Koya serta 20 orang penyokong kempen tersebut.
Mereka tidak dibenarkan untuk memasuki bangunan suruhanjaya tinggi untuk menemui Pesuruhjaya Tinggi Singapura T Jasudaseen tetapi hanya dibenarkan menyerahkan memorandum kepada  Setiausaha Pertama, Walter Chia.
Kumpulan penyokong tersebut turut membawa kain rentang yang memaparkan mesej antaranya 'Singapura, Hentikan Pembunuhan' dan 'Berikan Keadilan Kepada Yong Vui Kong'. 
Kenderaan yang lalu di jalan utama berhampiran dengan bangunan kedutaan Singapura turut membunyikan hon sebagai tanda sokongan.
Sehubungan itu Manikavasagam melahirkan kekecewaannya berikutan kegagalan pihak Suruhanjaya Tinggi Singapura untuk mengaturkan pertemuan antara kumpulan Ahli Parlimen Malaysia dan peguam Jasudaseen.
"Saya telah menghubungi pihak suruhanjaya tinggi sebelum ini untuk mengadakan pertemuan, tetapi malangnya gagal. Saya sangat kecewa. Sekiranya mereka masih lagi mahu meneruskan hukuman tersebut, kami akan datang untuk mengadakan demonstrasi lebih besar disini, dan kami akan bawa keranda sebagai tanda kekecewaan kami.
"Kami serius dengan tindakan akan datang dan kami turut kecewa dengan sikap kerajaan Malaysia yang gagal memberikan tekanan dan bantuan. Sebelum ini pun, pernah juga terjadi rakyat Malaysia telah dihukum tanpa mendapat bantuan dan kehakiman yang sewajarnya. Kali ini, tolong berikan peluang kedua kepada Yong Vui Kong," ujar Manikavasagam.
Sumber:- SuaraKeadilan

Jeffrey tells Anwar to stay away from Sabah

on



Sabah strongman Jeffrey Gapari Kitingan has advised Parti Keadilan Rakyat (PKR) adviser Anwar Ibrahim in no uncertain terms that he's not welcome in Sabah at the moment.


Sumber:- Malaysiakini

Tuntut hutang: Wartawan nyaris maut

on

SHAH ALAM – Niat seorang wartawan yang mahu menuntut hutang berjumlah RM30,000 hampir meragut nyawanya apabila beliau diserang dan ditetak oleh sekumpulan empat lelaki di perkarangan sebuah kuil di Seksyen 18 di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Noor Azam Jamaluddin berkata, wartawan itu adalah dari sebuah akhbar Tamil dan merupakan warganegara India yang dikenali sebagai Mohamad Yusof Jahir Hussain, 39.
Beliau dikatakan baru sahaja tiba dari Johor.
"Mangsa datang untuk menuntut hutangnya yang telah tertunggak sejak empat tahun lepas dari seorang lelaki yang telah memintanya datang ke kuil berkenaan.
"Sebaik tiba di kawasan kuil, mangsa telah diserang sehingga mengalami kecederaan di bahagian kiri kepala dan juga lengan kiri,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Noor Azam berkata, kesemua suspek terbabit turut melarikan barangan berharga milik mangsa.
Beliau berkata mangsa yang telah 30 tahun menetap di negara ini kemudiannya dihantar oleh orang awam ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang selepas dapat melarikan diri dari kawasan kuil berkenaan.
Noor Azam berkata, polis kini sedang memburu suspek yang dipercayai warganegara tempatan.
"Polis percaya mangsa dan suspek saling mengenali dan kita kini sedang memburu semua suspek bagi membantu siasatan,” katanya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan. – Bernama

Syor gantung PKR 12: Dungu atau keras kepala?

on

'The March of Folly' adalah sebuah buku yang menarik oleh penulis sejarah popular, Barbara W Tuchman, yang seharusnya dianjurkan dibaca oleh anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sebelum mesyuarat pentingnya Ahad ini.

Mereka perlu merenungkan kajian Tuchman tentang "kedunguan atau keras kepala", yang katanya, menjadi penyebab banyak episod bencana dalam sejarah dari Trojan Horse Troy hingga ke Vietnam.

Tuchman menganggap "kedunguan atau keras kepala" itu berpunca daripada dorongan yang kuat untuk bertindak bertentangan dengan kepentingan terbaik untuk diri sendiri dan dalam menghadapi amaran yang mendesak dan alternatif yang sebaiknya.

Itu kemungkinan berlaku jika MPP PKR menyokong syor jawatankuasa disiplin supaya 12 ahli parti yang berpotensi menjadi ketua cabang dalam pemilihan kali ini, digantung kerana peranan mereka memohon untuk menubuhkan Parti Cinta Sabah (PCS) awal Disember lalu.

Mereka mahu menubuhkan PCS apabila pemimpin mereka, Jeffrey Kitingan (kanan), tidak terpilih sebagai pengerusi PKR Sabah Oktober lalu.

Tentu saja Jeffrey, dengan reputasinya melompat parti, seharusnya menghentikan usaha mereka itu tetapi memecah dan melompat parti bukanlah perkara yang dimulakannya di Sabah. 

Umno yang menggalakkan tindakan lompat parti di Sabah pada pertengahan 1990-an untuk menggulingkan kerajaan PBS pimpinan Pairin Kitingan. Sesetengah daripada mereka yang terlibat dalam episod sedih itu, kini bersama PKR.

Ini seharusnya diberi perhatian sebagai satu peringatan berhubung kehendak mereka dalam PKR yang mahu tindakan diambil terhadap kumpulan 12 itu.


Sumber:- Malaysiakini

Patut le pun......Bekas ketua PKR yang paling tadah 'tak cekap'

on

Ketua pemuda PKR Bukit Bintang, Rahman Hakeem membidas bekas pengerusinya, Mahmood Abdullah yang meninggalkan parti itu semalam untuk menyertai Umno sebagai pemimpin tidak cekap.

Mahmood bersama 15 ahli dari cabang yang menyerahkan borang keahlian menyertai Umno kepada timbalan pengerusi Umno WP Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin semalam dan mendakwa PKR “tidak mempunyai fokus”.

Bagaimanapun kata Rahman, Mahmood meninggalkan parti itu sendiri dan jawatankuasa cabang Bukit Bintang tetap utuh.

Malah jelasnya, Mahmood telah memilih untuk meninggalkan cabang itu dan telah dipindahkan ke PKR cabang Subang pada Jun lalu. Justeru, beliau bukan lagi ketua cabang Bukit Bintang.

"Siapa yang 15 itu? Timbalan pengerusi, tiga naib pengerusi, setiausaha, ketua pemuda (merujuk kepada dirinya sendiri) masih bersama parti,” kata Rahman sambil menambah bahawa Mahmood telah dua tahun tidak menjalankan tugasnya sebagai pengerusi.

"Kami tolaknya kerana dia tidak cekap dan dia rasa dirinya terancam. Mahmood juga gagal memanggil mesyuarat bulanan sejak dua tahun lalu dan tidak menganjurkan sebarang aktiviti untuk cabang ini.”

Rahman mendakwa Mahmood juga mensabotaj cabang Bukit Bintang daripada menghalangnya daripada menghadiri kongres kebangsaan parti 2009 yang diadakan di Kelantan pada Mei tahun lalu.

"Kami mengadakan mesyuarat tahunan cabang pada Mac tetapi dia tidak hantar minit mesyuarat kepada majlis tertinggi,” dakwanya Mahmood sebagai punca cabang itu tifdak dapat menghantar perwakilan menghadiri kongres itu.



Sumber:- Malaysiakini

Kenapa tak haramkan ‘salam 1Malaysia’ jika larang ‘doa sejahtera’ kepada bukan Islam

on


"Amalan media kerajaan dan majlis-majlis kerajaan dengan ungkapan "salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam". Tidakkah "salam sejahtera kepada bukan beragama Islam" itu satu doa untuk mereka?

Mengapa tidak difatwakan ia haram selama ini? Demikian salam ciptaan baru "Salam 1Malaysia" juga bermaksud kesejahteraan untuk semua termasuk bukan Muslim. Mengapa tidak diharamkan?" -Dr Asri


Doa untuk bukan Muslim

Saya rasa amat wajar untuk saya mengulas sendiri tentang isu doa untuk bukan muslim yang 'dikecohkan' sekarang. Ini memandangkan ada media telah memainkan perbezaan antara pendapat saya dan yang dihormati Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak mengenai isu ini. Tujuan tulisan ini agar salah faham dapat dielakkan.

Apabila seorang tokoh Umno yang agak veteran menghubungi saya dan menyatakan beliau tidak puas hati (ayat asalnya "malu") dengan fatwa Tuan Mufti Perak yang mengharamkan doa kesejahteraan untuk bukan Muslim, saya jawab, saya tidak pasti sebab saya sendiri belum membaca fatwa tersebut.


SMS beliau kepada saya: "Apakah saudara bersetuju dengan Mufti Perak bahawa hukumnya haram kita mendoakan kesejahteraan bukan Islam. Salahkah saya mendoakan kesejahteraan mak mertua saya yang bukan Islam? Atau mendoakan penyokong saya yang bukan Islam?"

Setelah mendapat SMS itu saya cuba mencari kenyataan Tuan Mufti dalam media, saya dapati demikian yang dilaporkan oleh beberapa media.

Sebagai husn al-zan (sangka baik) saya anggap mungkin laporan media kurang kemas, atau ada maksud di sebalik pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Tan Sri Harussani Zakaria itu. Ungkapan yang digunakan bahawa Islam mengharamkan doa kesejahteraan kepada orang bukan Islam itu mungkin mempunyai maksud lain, di luar apa yang saya faham.

Perkataan "sejahtera" itu mungkin ada maksud tersendiri yang beliau ertikan. Cumanya, saya ingin mengulas kenyataan itu dari beberapa sudut. Pandangan saya dalam isu ini seperti berikut:

Setiap orang yang mempunyai pengetahuan agama hendaklah sentiasa adil dengan pandangannya. Tidak boleh berpihak untuk kepentingan pembangkang ataupun kerajaan. Saya tujukan nasihat ini kepada mereka yang daif seperti saya ini agar berusaha mendisiplinkan diri dalam pandangan ilmu.


Harussani bukan lemah seperti saya

Adapun Tan Sri Harussani, Mufti Perak sudah pasti seorang yang teguh - bukan lemah seperti saya - dan saya doakan agar keteguhan itu menjadi contoh insan yang berdisiplin dalam ilmu.

Pandangan agama yang membabitkan hal bukan Muslim di negara kita khususnya, dan dunia moden amnya, jika salah ditangani boleh memberikan kesan negatif kepada kefahaman masyarakat mengenai Islam.

Kita memberitahu dunia "Islam adalah agama yang rahmat". Pasti mereka akan ragu jika kita mengeluarkan pandangan sebaliknya. Di kala dunia menuduh Islam pengganas, tiada nilai toleransi dan seumpamanya, pandangan-pandangan golongan agamawan janganlah membantu menyuburkan tuduhan palsu itu.

Di Malaysia, secara praktiknya, ramai yang terbiasa memberi ucapan, terutama di media-media kerajaan, "assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam".

Walaupun Nabi SAW - seperti riwayat al-Bukhari - dalam praktik baginda, jika ada bukan Muslim bersama dengan Muslim, baginda hanya mengucapkan "assalamualaikum" sahaja. Perkataan "assalamualaikum" itu memang bermaksud "kesejahteraan ke atas kamu".

Namun, diulangi oleh amalan media kerajaan dan majlis-majlis kerajaan dengan ungkapan "salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam". Tidakkah "salam sejahtera kepada bukan beragama Islam" itu satu doa untuk mereka?

Mengapa tidak difatwakan ia haram selama ini? Demikian salam ciptaan baru "Salam 1Malaysia" juga bermaksud kesejahteraan untuk semua termasuk bukan Muslim. Mengapa tidak diharamkan? Saya sekali lagi berpesan kepada diri saya sendiri yang amat daif ini: Janganlah bersifat terpilih dalam berfatwa.

Nabi jampi orang gila bukan Muslim

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum mendoakan rahmat dan keampunan kepada bukan Muslim yang masih hidup. Mereka sepakat melarang doa tersebut kepada yang sudah mati dan menolak Islam secara jelas.

Kesepakatan itu disebabkan ia disebut dalam al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 113.
Adapun mendoakan untuk mendapat hidayah, adalah ijmak (sepakat tanpa kecuali) para ulama membolehkannya, bahkan menggalakkan.

Kata Abdullah bin Mas'ud: "Aku seakan masih melihat Rasulullah SAW menceritakan tentang seorang dalam kalangan nabi AS yang kaumnya memukulnya sehingga berdarah, sedangkan dia hanya menyapu darah di mukanya dan berdoa: "Ya Allah! Ampunkanlah kaumku kerana mereka itu tidak tahu". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan berdoa agar Allah memaafkan atau jangan menurunkan bala kepada golongan kafir yang jahil adalah harus. Dalam ertikata lain diberi peluang untuk mereka. Ini sebenarnya, mendoakan agar mereka selamat dari bala yang Allah bakal turunkan.

Dalam hadis yang sahih riwayat al-Nasai dan Abu Daud, sahabah Nabi SAW pernah menjampi untuk seorang gila yang bukan Muslim dengan Surah al-Fatihah sehingga sembuh. Ketua kabilah lelaki itu memberikan kepada sahabah berkenaan 100 ekor kambing.

Nabi SAW bersabda kepada sahabat tersebut: "Makanlah, selama ini orang memakan dari jampi yang batil, engkau memakan dari jampi yang sebenar".

Jampi adalah sebahagian dari doa kepada Allah. Hadis ini menunjukkan boleh mendoakan kesembuhan dan kesihatan kepada bukan Muslim.

Bagi saya, doa kebaikan untuk bukan Muslim seperti agar memerintah dengan adil atau mendapat kesejahteraan kesihatan, keamanan, harta dan seumpamanya adalah dibolehkan. Dada Islam amat luas dalam hal ini. Syaratnya, doa kesejahteraan itu bukan untuk orang bukan Muslim yang bermusuh dengan Islam.

Permainan politik

Firman Allah, maksudnya: "Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim". (Surah al-Mumtahanah ayat 7-8).

Adapun berdoa agar diberikan kekuatan atau kekuasaan kepada mereka yang zalim adalah haram. Samada yang didoakan itu Muslim atau bukan Muslim.

Firman Allah: "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang melakukan kezaliman nanti api neraka akan menyentuh kamu, sedangkan kamu tidak ada sebarang penolong pun selain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan" (Surah Hud: 113).

Namun, saya akui bahawa permainan politik boleh berlaku dalam semua aliran kepartian. Doakan mungkin digunakan dengan tujuan baik, juga mungkin tujuan kempen politik.

Sebab itu 'Ali bin Abi Talib pernah menyebut kepada golongan Khawarij yang menggunakan slogan agama: "Perkataan yang benar, tetapi bertujuan batil" (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Saya tidak pasti doa dalam kes di Pulau Pinang tersebut dalam kategori mana.

Pun begitu, golongan agama tidak boleh membuat fatwa untuk keredaan sesuatu pihak semata-mata. Hukum yang bersifat merentasi masa dan tempat seperti kenyataan mengharamkan doa untuk kesejahteraan orang bukan Muslim secara mutlak akan dipakai selamanya jika rakyat menerima sedemikian rupa tanpa penelitian atau perincian.

Cina rajin dan kaya

Dalam sebuah negara yang berbilang agama, adakah kesejahteraan dan keamanan akan tercapai jika salah satu masyarakatnya porak peranda? Jika masyarakat bukan Islam hidup dalam keadaan tidak aman dan bergolak sesama mereka, apakah negara akan aman?

Jika seorang pemimpin Muslim dibolehkan berusaha secara pentadbiran memulihkan keamanan dalam komuniti bukan muslim, apakah munasabah Islam mengharamkan pemimpin tersebut berdoa agar Allah memulihkan keamanan dan kesejahteraan di kalangan mereka?

Tambahan lain, perlu kita di Malaysia mendoakan agar bukan Muslim menerima Islam ini. Orang Cina khususnya, mereka rajin dan kaya. Jika mereka menerima Islam, agama ini menjadi teguh.

Jika Nabi SAW pernah berdoa: "Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua lelaki yang Engkau lebih sayang; Abu Jahl atau 'Umar bin Al-Khattab". (Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Zahabi).

Alangkah perlunya kita juga berdoa agar tokoh-tokoh yang hebat di negara ini menerima Islam.

Inilah pandangan ringkas saya. Saya percaya Tan Sri Harussani Zakaria mempunyai tafsiran atau andaiannya yang tersendiri. Apapun, kita harapkan andaian dan tafsiran itu sentiasa memberikan nilai yang positif untuk Islam dan bebas dari belenggu kepentingan mana-mana pihak. Ini adalah pandangan saya.

Sumber: Malaysiakini.com

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List