MAKA BERKATA LAH PAK TAIB........???

on Aug 31, 2010

Taib Mahmud: P'raya bukan pesta populariti


Rakyat Sarawak tidak seharusnya melihat pilihan raya negeri akan datang sebagai satu pesta ataupun medan untuk menilai populariti, kata Ketua Menterinya Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini.

Katanya sebarang keputusan yang dibuat rakyat semasa pilihan raya akan datang menjadi penentu kepada hala tuju negeri ini pada masa akan datang.

Pilihan raya, kata beliau bukanlah semata-mata untuk memilih calon yang disukai sahaja kerana wujud perkaitan di antara pilihan rakyat dengan kemajuan yang akan datang ke negeri ini.

"Betul pilihan kita, negeri ini akan terus maju. Salah pilihan kita, negeri ini akan tergendala dalam kemajuan," katanya semasa berucap pada majlis sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 peringkat negeri Sarawak di Stadium Tertutup Miri di Miri.

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng mengetuai sambutan perayaan itu yang telah menarik kira-kira 5,000 orang di sekitar bandar raya ini.

Penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan tamat dalam bulan Jun tahun depan dan pembubarannya bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri dijangka berlaku pada bila-bila masa dari sekarang.

Taib, yang akan genap 30 tahun menjadi Ketua Menteri Sarawak menjelang Mac tahun depan, berkata pilihan raya akan datang harus dilihat sebagai peluang bagi rakyat biasa untuk mencapai impian masa depan yang lebih baik untuk anak-anak mereka.

"Pastikan orang yang mereka mahu undi berupaya untuk berkhidmat, berupaya untuk melakukan dan membangunkan negara yang boleh membawa kemakmuran kepada anak-anak mereka," katanya.

Katanya Sarawak masih lagi memerlukan kestabilan politik dan perpaduan rakyat sebagai asas bagi memastikan usahanya mencapai kemajuan lebih tinggi.

"Kalau kita sayangkan negeri ini, pandai-pandailah kita berunding (membuat pilihan)," katanya.



Sumber:- Malaysiakini

Pemandu senarai hitam boleh bayar ansuran

on

Pemandu kenderaan yang disenaraihitamkan boleh membayar saman mereka secara ansuran sehingga 28 Feb tahun depan, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan.

Beliau berkata perkara itu diputuskan bagi membolehkan orang ramai memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan mereka setelah mendengar alasan, aduan dan rayuan orang ramai dan ahli jemaah menteri berkaitan masalah itu.

"Selepas 1 Mac, kena bayar penuh...mata demerit juga akan disambung semula," katanya ketika ditemui pemberita di kaunter JPJ, Terminal Bas Sementara Bukit Jalil, di Kuala Lumpur hari ini.

Pada 11 Ogos lepas, Kabinet memutuskan untuk menarik balik tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan yang masih belum menjelaskan saman buat sementara waktu.

Tempoh penarikan itu juga diambil kira ekoran musim perayaan yang bermula dengan sambutan Aidilfitri diikuti Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina.

Solah berkata bayaran saman secara ansuran itu boleh dibuat mengikut kemampuan pemandu.



Sumber:- Malaysiakini

SIAPA ANTARA MEREKA YANG CAKAP BENAR....??? Part 2.

on







Tindakan terhadap Wee Meng Chee.




KUALA LUMPUR 30 Ogos – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan, tindakan undang-undang akan diambil terhadap Wee Meng Chee atau dikenali sebagai Namewee jika dia terbukti melakukan kesalahan ekoran penerbitan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) menegaskan, perkara sensitif sebegini tidak boleh dibiarkan dan merupakan satu langkah yang silap serta tidak boleh dimaafkan
“Saya telah mendapat taklimat daripada Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengenai perkara tersebut dan sehubungan itu mengarahkan siasatan menyeluruh dibuat dengan mengambil kira segala aspek.
“Perbuatan seumpama itu tidak boleh dimaafkan jika terbukti dia mempersendakan isu berkaitan kaum sehingga mencetuskan rasa tidak senang di kalangan rakyat,’’ tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia melalui e-mel ketika diminta mengulas mengenai tindakan Meng Chee yang menerbitkan klip video berunsur perkauman.

“Jika Meng Chee sengaja mencetus kontroversi dan mempermainkan agenda kaum, ini menunjukkan sikap angkuh dan memualkan.
“Rakyat tanpa kira kaum sama ada Melayu, Cina atau India dan sebagainya di negara ini menolak sikap ekstrem yang tidak berkesudahan seperti ini,’’ ujar beliau.


Di JOHOR BAHRU, empat laporan polis telah dibuat di negeri ini ekoran penerbitan klip video Namewee.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar berkata, laporan polis pertama dibuat pada pukul 3.20 petang, Sabtu lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya manakala tiga lagi di Balai Polis Johor Jaya, Pasir Gudang dan Masai semalam.
Beliau berkata, satu pasukan khas yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Amer Awal telah ditubuhkan bagi menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Sumber:- UtusanOnLine




Polis: Namewee (Wee Meng Chee) tidak ditahan atau dikehendaki.


Ogos 31, 10 4:01pm


Pihak polis menafikan bahawa penyayi rap dan pengarah muda Wee Meng Chee atau Namewee kini ditahan atau sedang dicari pihak berkuasa.

"Tidak, tidak, tidak. Kami tak akan tangkap dia," kata ketua polis daerah Muar Mohammed Nasir Ramli ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Nasir mengesahkan bahawa polis berkunjung ke rumah pemuda itu di Muar malam tadi. Bagaimanapun menurutnya ia untuk tujuan lain.

"Kami cuma mahu tahu di mana dia," katanya ringkas sebelum menamatkan temubual melalui telefon.

Polis dikatakan telah mengunjungi rumah Namewee sejurus sebelum tengah malam tadi, dipercayai untuk membawanya bagi disoal siasat berhubung klip video yang didakwa berunsur hasutan di YouTube.

Pengurusnya Fred Chong mengesahkan kedatangan tiga kereta peronda polis ke rumah Namewee tetapi Namewee tiada di rumah ketika itu.



Sumber:- Malaysiakini.

SIAPA ANTARA MEREKA YANG CAKAP BENAR....??? Part 1

on

Aku memang dah tahu dah. Cuma ingin anda berfikir sendiri siapa antara mereka yang cakap benar.....Lu fikir le sendiri.............




Akhirnya kerajaan Selangor bagi lampu hijau…
30/8/2010

Setelah main tarik tali yang dibimbangi boleh mencetuskan krisis air di Kuala Lumpur,Selangor dan Putrajaya-kerajaan Selangor akhirnya baru memberi persetujuan bagi projek pusat penapisan air Langat 2.Persetujuan itu diberikan oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim semasa mesyuarat Majlis Sumber Air Negara Kelima di Putrajaya Isnin yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.Sebelum ini sedikit masalah timbul bila kerajaan Selangor berbeza pendapat dengan kerajaan persekutuan mengenai tarikh bila krisis air dijangka bermula.  








Projek Langat 2: Selesaikan dahulu penstrukturan semula industri air di Selangor

31/08/2010

Kerajaan Selangor akan meneruskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) hanya selepas perbincangan penstrukturan semula industri air dengan pemegang konsesi swasta dan agensi persekutuan diselesaikan dengan baik.


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini berkata, kerajaan negeri tidak pernah membantah projek Langat 2 tetapi mempertikaikan mengapa Kerajaan Persekutuan memberi keutamaan terhadap projek itu.
"Kita menerima Projek Langat 2 tetapi ia tidak perlu dibuat dengan terburu-buru. Sekarang kerajaan negeri mahu menyelesaikan isu penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor.
"Kita menegaskan sekali lagi bahawa perlu memberi keutamaan kepada penstrukturan semula industri perkhidmatan air berbanding projek Langat 2,” katanya. 31/08/2010

TOLAK SENTIMEN PERKAUMAN, PELAMPAU AGAMA..... SAPA CAKAP AGAK2 NYA........???

on



Apek ni jugak yang mainkan isu perkauman hari tu. La ni cakap lain pulak. Memang dah dasar kapal yang layar lain lain. Hari ini cakap lain esok cakap lain.


MCA Minta Rakyat Tolak Sentimen Perkauman, Pelampau Agama


Rakyat Malaysia diminta menolak semua bentuk sentimen perkauman serta keagamaan yang ekstrem yang boleh mengancam keamanan dan kesejahteraan negara, kata presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Katanya ia bukan mudah kerana sentiasa wujud suara-suara ekstrem dan parti itu akan terus membantah suara pelampau atau kumpulan fanatik tersebut.
"Generasi Malaysia sekarang dan masa depan tidak harus mengecewakan nenek moyang kita yang memperjuangkan kemerdekaan dengan menolak semua bentuk ancaman," katanya dalam kenyataan sempena Hari Kemerdekaan ke-53, Selasa.
Dr Chua meminta semua rakyat Malaysia memperingati dan menghayati ciri-ciri perpaduan yang membawa negara ke hadapan serta mencapai sasaran konsep 1Malaysia.
Katanya generasi pemimpin politik dan masyarakat era merdeka bersama rakyat yang memperjuangkan kemerdekaan melakukannya dengan tujuan bersama untuk membina sebuah negara yang makmur, demokrasi, toleransi, kepelbagaian kaum dan budaya.
Oleh itu, katanya, MCA menyokong penuh konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kami akan bekerjasama rapat dengan Perdana Menteri untuk mencapai konsep itu dan berharap semua rakyat Malaysia akan menyokong kepimpinan negara dengan mengamalkan ksederhanaan dan toleransi," katanya.

CARA MEREKA SAMBUT MERDEKA

on


BERSEMANGAT PATRIOTIK ... Jasmit Kaur Badesha bersama anak-anaknya Manishajee Kaur (kiri) dan Malvinderjit Sing (tengah) memakai baju yang diperbuat daripada Jalur Gemilang ketika hadir pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, hari ini. Lebih 10,000 orang hadir pada sambutan yang pertama kalinya disambut di ruang tertutup di stadium itu.

Seorang Lagi Mangsa Bom Buatan Sendiri Meninggal Dunia

on

KUALA LUMPUR: Seorang lagi mangsa bom buatan sendiri yang meletup pada Ahad lalu di Cheras meninggal dunia selepas seorang pekerja wanita siber kafe maut pada hari kejadian.
Lelaki berusia 38 tahun itu, cedera parah selepas dia bersama rakannya itu, Wong Siew Song, 51, diminta untuk mengangkat sebuah kotak misteri di depan rumah majikan mereka sebelum ia meletup dan terkena kedua-dua mangsa.
Ekoran kejadian itu, kedua-dua mereka cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, polis telah mengenal pasti suspek utama kes berkenaan dan dijangka akan ditahan tidak lama lagi.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata pada Isnin, suspek, seorang lelaki yang juga merupakan seorang kontraktor berumur 45 tahun, dikesan masih berada di sekitar Lembah Klang.
"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup yang diperolehi dari kawasan kejadian, suspek telah dikesan berada sewaktu kejadian itu berlaku," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan di pelbagai lokasi utama yang berkemungkinan suspek mungkin berada dan dijangka akan ditahan dalam masa terdekat.
Muhammad Sabtu berkata jika operasi menahan suspek di satu lokasi gagal membuahkan hasil, lakaran foto fit suspek akan diedarkan esok kepada orang ramai untuk bantuan lanjut.
Katanya suspek sebelum ini dipercayai telah mengugut salah seorang pekerja itu kerana berang setelah ditegah supaya tidak datang lagi ke siber kafe terbabit akibat kegagalan suspek membayar hutang judi Internetnya.
Ketika ditanya mengenai bagaimana bom buatan sendiri itu boleh meletup, beliau berkata ia memerlukan satu kemahiran tinggi bagi menghasilkan bom yang sedemikian walaupun menggunakan mercun dan minyak tanah.
"Ini memerlukan kemahiran untuk hasilkan bom seperti semalam. Kita belum kenalpasti macam mana boleh meletup walaupun dari mercun dan minyak tanah kerana masih lagi dalam siasatan," katanya
myStar

LAWAK HARI MERDEKA.......???

on

Berita awal  kereta peronda datang ke rumah namewee kat muar. Kalau dah datang tu mesti le nak tahan.. Berita di bawah lak kata tak akan tangkap. Kita semua ni bodoh ke??????. Lu fikir le sendiri...... Lawak....  Lawak......Lawak.....

Polis: Namewee tidak ditahan atau dikehendaki


Pihak polis menafikan bahawa penyayi rap dan pengarah muda Wee Meng Chee atau Namewee kini ditahan atau sedang dicari pihak berkuasa.

"Tidak, tidak, tidak. Kami tak akan tangkap dia," kata ketua polis daerah Muar Mohammed Nasir Ramli ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Nasir mengesahkan bahawa polis berkunjung ke rumah pemuda itu di Muar malam tadi. Bagaimanapun menurutnya ia untuk tujuan lain.

"Kami cuma mahu tahu di mana dia," katanya ringkas sebelum menamatkan temubual melalui telefon.

Polis dikatakan telah mengunjungi rumah Namewee sejurus sebelum tengah malam tadi, dipercayai untuk membawanya bagi disoal siasat berhubung klip video yang didakwa berunsur hasutan di YouTube.

Pengurusnya Fred Chong mengesahkan kedatangan tiga kereta peronda polis ke rumah Namewee tetapi Namewee tiada di rumah ketika itu.



MK

KONSTITUSI PENTING DI BAWAH PARLIMEN.......BARU LE BETUL

on


SPR, KPN dan AG di bawah parlimen jika PR kuasai Putrajaya


Perkara pertama yang akan dilakukan Pakatan Rakyat jika memerintah negara adalah meletakkan beberapa konstitusi penting negara di bawah parlimen.Ianya termasuk badan kehakiman seperti Ketua Hakim negara, badan penguatkuasa seperti seperti Ketua Polis negara, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara tersebut dimaklumkan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub pada majlis berbuka puasa Naib-naib Presiden PAS bersama media alternatif di sebuah hotel di ibu negara semalam.


Menurutnya, tindakan itu mahu dilaksanakan kerana tidak mahu Pakatan Rakyat melakukan kesilapan sama seperti yang dibuat Umno Barisan Nasional pada waktu ini.

"Kita akan buat satu pindaan perlembagaan meletakkan mereka ini di bawah parlimen.

"Kami bimbang jika dengan sistem yang ada ini, kami juga akan melakukan perkara sama seperti yang dilakukan BN.

Perkara tersebut juga ujarnya, antara keputusan yang telah dipersetujui bersama PAS, PKR dan DAP dalam konvenyen Pakatan Rakyat baru baru ini.

Selain itu Pakatan Rakyat juga berjanji akan melakukan pemulihan terhadap demokrasi negara mengikut apa yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia.

Ianya termasuk kebebasan media, kebebasan berhimpun, hak bersuara dan sebagainya.

"Adakah anda mahu, kalau kami di Putrajaya nanti, dengan sistem yang ada sekarang ini tidak diubah, kami juga akan mencengkam media seperti yang Umno BN buat pada hari ini? " soalnya kepada lebih 50 warga media yang diraikan.

Turut serta pada majlis itu, Datuk Mahfuz Omar manakala seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak dapat hadir kerana menghadiri majlis berbuka puasa di Istana Pahang.

Mahfuz dalam ucapannya pula melahirkan penghargaan kepada warga media yang banyak membantu PAS dalam usaha memperjelaskan isu semasa kepada rakyat.

Sehubungan itu, Mahfuz berharap usaha dan kerjasama antara kedua-dua pihak akan terus berlaku.

Detikdaily


SIAPA SEBENAR NYA YANG SEBAR FITNAH, SIAPA SEBENAR NYA JUARA FITNAH.......???

on

Lim Guang Eng Sembelih Lembu Korban? Umno Juara Fitnah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Umno terus memainkan intrumen fitnah bagi memburukan Imej PAS-Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan Ramadhan. Tindakan cybertrooper Umno yang mengunakan nama "PAS Beruk" mencipta dan menyebarkan gambar super impose yang kononnya Lim Guang Eng sedang menyembelih lembu korban untuk umat Islam dengan tagline "Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP??" adalah keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama. 


DPPWP kesal kesal budaya fitnah terus membiak dalam Umno walaupun dalam bulan Ramadhan ini. Begitu jauh mereka tersasar dari hidayah Allah. Demi kepentingan politik mereka, gambar sedemikian dicipta, walhal gambar sebenar adalah menunjukan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sedang menyembelih lembu korban untuk rakyat. Gambar berkenaan sengaja direka dengan harapan rakyat melihat bahawa kerjasama PAS dan DAP kononnya merosakan Islam.


Hal sebegini sudah berakar umbi dalam Umno sehingga diwarisi oleh anak-anak muda hingusan yang baru bersama Umno. Sebelum ini, media Umno-Utusan Malaysia memutar belitkan fakta dengan menyebarkan kepada rakyat yang ahli parlimen DAP-Serdang-Teo Nie Ching beri 'tazkirah' dalam surau. Ucapan aluan sengaja ditukar kepada 'tazkirah' bagi mencetuskan polemik awam.

Dua hari lepas Tan Sri Zainuddin Maidin yang juga manta Ketua Penerangan Umno pula menyebarkan fitnahnya dengan mengatakan PAS mahu rampas harta Cina semasa peristiwa 13 Mei dan PAS kononnya turut menyokong tindakan Indonesia menyerang Malaysia semasa konfrontasi.

Semua ini adalah fantasi Umno. Kini mereka bermain gambar pula, sama seperti gambar Zaid minum arak yang mereka cipta di Hulu Selangor. Tindakan ini menunjukan Umno semakin kehabisan modal untuk burukkan PAS-Pakatan rakyat. DPPWP berharap pemimpin dan ahli Umno bertaubat. Semakin banyak fitnah disebar, semakin terdedah keburukan Umno. Semakin banyak fitnah disebar, semakin meluat rakyat kepada Umno. Malulah kepada bukan Islam, malulah kepada umat Islam, malulah kepada Allah kerana perbuatan fitnah ini begitu jijik dan jauh lebih dahsyat dari membunuh. Ianya tidak akan diterima oleh mana-mana kaum dan agama sekalipun.

Herman Samsudeen
Pemangku Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List