Di Kota Raja orang Hindu & Kristian datang Tazkirah.... UmNo?

on Sep 3, 2010

Minda Dr Siti Mariah
Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Presiden dapat melihat sendiri dan tersenyum bangga melihat kebangkitan luar biasa sokongan non-muslim terhadapat perjuangan Parti PAS. Tidak cukup dengan itu mereka yang non-muslim ini yang kini menjadi sayap parti yang dipanggil DHPP terkadang lebih terkehadapan dalam memperjuang dan mempertahankan kemenangan PAS dalam PRU 12 yang lalu.  seterusnya

Syabas Radio Manis FM Siarkan Tazkirah Tok Guru.

on

Minda Ibnu Hasyim


KL 2 Sept 10: Blog Ibnu Hasyim mengucapkan syabas kepada Radio Manis FM yang berani memberi ruang kepada pemimpin kerajaan negeri Kelantan menyampaikan takzirah agama, khususnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan. Umat Islam Malaysia perlu sedar, begitu zalimnya kerajaan BN kepada dakwah dan keilmuan Islam di negara ini.  seterusnya...

HILANG AKAL DAN KERJA ORANG GILA YANG MEMALUKAN ISLAM

on

Minda Wan Fauzdin
HURU-HARA puak-puak perkauman di P.Pinang dengan kredibiliti KM P.Pinang yang Non Malay, Non Muslim tetapi jauh lebih baik dari pemimpin yang sedia ada di dalam Bn/Umno. Berbagai cara mereka atur dan susun dengan menggunakan kepala otak mereka yang sudah sedia bodoh itu untuk meruntuhkan Kerajaan PR P.Pinang, namun sehingga ini semuanya berjaya `dijentik' oleh pemimpin PR di P.Pinang.  seterusnya

Gambar Jantan Dan Betina Sudah Ada, Nak Jumpa Saya!

on

Minda Sayuti


SEMINGGU lalu saya posting satu berita dalam siasatan mengenai ketua Umno sebuah bahagian Umno di Kelantan dikatakan melakukan atau menerima rasuah sex. Berita itu sempat menggemparkan banyak pihak di Kelantan. Beberapa ketua bahagian atau wakilnya juga telah menghubungi saya untuk memastikan siapakah 'si coplek' itu. 



seterusnya

Siasatan Nurul Izzah ke Peguam Negara

on



KUALA LUMPUR 2 Sept. - Siasatan berhubung tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang mempersoal Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berhubung hak istimewa Melayu akan disiapkan dengan segera.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, laporan polis mengenai perkara itu sudah dibuat dan siasatan rapi sedang dilakukan bagi memudahkan pihak Peguam Negara melakukan pendakwaan terhadap Nurul Izzah.
"Polis akan melengkapkan siasatan berhubung perkara ini sebelum ia diserahkan kepada Peguam Negara untuk menentukan apa bentuk pendakwaan terhadap Nurul Izzah," katanya.
Beliau ditemui di majlis rakaman takbir raya bersama penagih di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik di sini, hari ini.
Hishammuddin mengulas mengenai tindakan ke atas Nurul Izzah di bawah Akta Hasutan ekoran tindakan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mempersoal hak keistimewaan Melayu walaupun ia dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan menerusi Perkara 153.
Nurul Izzah dalam artikel disiarkan portal berita propembangkang, Malaysian Insider Selasa lalu antara lain mendakwa, 'hak keistimewaan' orang Melayu tidak disebut sebaliknya Perkara 153 hanya menjelaskan mengenai 'kedudukan istimewa' masyarakat bumiputera.
Anak kepada ketua pembangkang itu juga mendakwa, hak Melayu hanyalah sekadar falsafah serta ideologi dan bukannya sebuah undang-undang atau Perlembagaan selain menegaskan agenda Melayu yang terkandung dalam Perkara 153 juga bersifat sementera.
Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, kenyataan Nurul Izzah itu membuktikan pemimpin pembangkang tidak bertanggungjawab kerana secara terbuka mempersoalkan peruntukan itu walaupun Perlembagaan dengan jelas melarang sebarang perdebatan mengenainya atau berdepan dengan dakwaan di bawah Akta Hasutan jika ingkar.
"Nurul Izzah seorang wakil rakyat yang silap pertimbangan tetapi sebagai rakyat Malaysia yang diamanah untuk menjaga keselamatan dalam negeri, saya akan mengambil segala tindakan perlu tanpa memilih bulu bagi mengelakkan insiden seperti ini berlaku lagi," jelasnya.
"Kementerian ini akan sentiasa konsisten dan kita akan mengambil terhadap sesiapa sahaja yang bertindak menimbul keresahan rakyat membabitkan isu perkauman, agama dan perkara-perkara yang menyentuh Perlembagaan Persekutuan," jelasnya.
Mengenai tindakan terhadap Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, Hishammuddin berkata, semua pihak tidak perlu menangguk di air keruh dengan cuba membangkitkan api perkauman di negara ini.
Katanya, polis sudah memulakan siasatan dan semua pihak perlu menaruh keyakinan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan undang-undang sedia ada dalam negara.
"Orang ramai kena faham, benda-benda macam ini memerlukan masa tetapi bukan bermakna kita melengah-lengahkan siasatan dan tindakan. Ada kala, kita boleh menyelesaikan kes itu dengan cepat tetapi dalam kes tertentu mungkin terpaksa ambil sedikit masa," ujarnya.

Zahrain cabar Jahabar Sadiq.....????

on

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) The Malaysian Insider, Jahabar Sadiq diminta menjelaskan hubungannya dengan pemimpin Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) bagi memastikan tiada unsur pengkhianatan dilakukan ke atas Malaysia.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, ‘hubungan’ di antara Jahabar yang juga ketua pengarang portal berita propembangkang itu dengan pemimpin Bendera mungkin boleh membetulkan keadaan yang berlaku disebabkan kempen anti-Malaysia anjuran pertubuhan itu.

“Saya mendapat tahu Jahabar ada hubungan dengan tiga pemimpin kanan Bendera iaitu Mustar Bona Ventura (Koordinator Bendera), Adian Napitulupu dan Serdi Semaun.

“Mungkin hubungan itu bersangkut-paut dengan siri provokasi dan penghinaan ke atas kepentingan Malaysia di Indonesia atau Jahabar sekurang-kurangnya boleh menasihatkan Bendera mengenai hal itu jika benar mereka ada kaitan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Racun kupas kulit

on

Sebuah syarikat kosmetik terkemuka yang beroperasi sejak 10 tahun lalu diserbu penguat kuasa Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), semalam kerana membawa masuk secara pukal produk kecantikan beracun berkonsepkan ‘kupas kulit.’  seterusnya...

Apa jadi janji nak jual kuarters Exco Selangor di Seksyen 7 ?

on

Assalamu`alaikum warga Agendadaily,Saya seronok baca berita-berita yang dikeluarkan oleh Agendadaily terutama tentang apa yang berlaku di Selangor sejak dipegang pembangkang. Seronok membaca pembongkaran tentang janji-janji manis pembangkang yang 'cakap tak serupa bikin' dan berjaya mengabui mata rakyat termasuklah saya untuk mengundi mereka dalam PRU12 dulu.   seterusnya

Anwar Syukur Pendedahan Kes Saham Realmild Bersihkan Nama

on


SHAH ALAM 3 Sept - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersyukur pendedahan bekas pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin bahawa 70 peratus saham Realmild (M) Sdn Bhd adalah di atas nama mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.  seterusnya...

Media Arus Perdana Lapor Fakta Tepat...............

on

PM Mahu Media Arus Perdana Terus Lapor Fakta Tepat



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta agar media arus perdana meneruskan laporan berita berdasarkan fakta yang tepat untuk terus kekal mendapat tempat di kalangan masyarakat.
Beliau berkata media arus perdana kini menghadapi saingan sengit daripada media baru seperti blog dan laman-laman web yang lebih bersifat peribadi dan tidak menyediakan laporan berdasarkan fakta tepat.
Justeru itu, beliau berkata media arus perdana perlu kreatif dan inovatif dalam penyampaian berita yang baik dan terus tetap mendapat tempat di kalangan masyarakat.
"Kalau kita baca media arus perdana, intuitifnya adalah laporan yang tidak boleh disangkal, daripada segi faktanya ada pendapat, ada kecenderungan tapi asasnya, prinsipnya ialah berdasarkan kepada fakta.
"Oleh itu, saya ingin menggalakkan media arus perdana untuk terus berpegang kepada peranannya sebagai akhbar yang mensajikan laporan berdasarkan fakta yang disulami dengan pendapat yang bernas, ilmiah dan berdasarkan kepada fakta yang sebenarnya," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian pada majlis berbuka puasa bersama media di News Straits Times (NST), Jalan Riong dekat sini pada Khamis.
Selain itu, Najib berkata masyarakat juga mesti mempunyai keupayaan untuk membuat penilaian yang boleh membezakan kekuatan media arus perdana, yang masih ada dalam era teknologi maklumat pada hari ini.
Dalam pada itu, Najib sekali lagi menekankan bahawa sebagai seorang ketuakerajaan, beliau amat komited untuk melakukan transformasi yang besar kepadanegara.
"Apa yang saya lihat (melalui) gambar dan akhbar, kita berada dalam perjalanan. Pengasas-pengasas telah membina negara dan hari ini menjadi kewajipan kita untuk meneruskan perjalanan itu dan membawa transformasi," katanya.
Terdahulu, Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dibawa melawat balai berita NSTP di tingkat empat sebelum berbuka puasa bersama kira-kira 500 warga media di pekarangan bangunan berkenaan. - BERNAMA

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List