Perbezaan kulit: Dua diserang di ambang merdeka

on Sep 3, 2010

police polis logo


Menurut Lau, mereka kemudian bergegas ke pondok polis di kompleks membeli-belah, Pavilion, tetapi mendakwa pegawai polis yang bertugas di situ enggan menerima aduan mereka.   seterusnya....

PKFZ: Ling mohon kertas kabinet dinyah-rahsia

on



Bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik memohon kes tuduhan menipunya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

NONEMenurut peguamnya, KK Wong, beliau telah menulis kepada pejabat peguam negara pada 1 September lalu agar supaya memindahkan kes yang didakwa mengikut Seksyen 418, Kanun Keseksaan.
Ia membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Katanya, pihak pembelaan juga telah memohon supaya kertas kabinet yang dianggap rahsia dikasifikasikan semula dan salinannya diberikan kepada mereka untuk tujuan pembelaan.
Ini kerana menurut Wong dakwaan yang dikenakan ke atas bekas presiden MCA itu membabitkan minit mesyuarat jemaah menteri, maka dokumen berkenaan diperlukan oleh kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan.
NONEWong juga memohon tarikh awal bagi sebutan kes supaya membolehkannya mendapatkan dokumen berrkenaan.

Adalah dipercayai bahawa pihak pendakwaan sejak beberapa hari lalu menerima beberapa dokumen tetapi minit mesyuarat kabinet yang dikehendakinya tidak disertakan.

Wong juga memohon untuk menyoal beberapa saksi sebelum perbicaraan bermula di hadapan pegawai penyiasat.
Hakim, Mahkamah Sesyen kemudiannya menetapkan 30 November sebagai tarikh sebutan kes.

Ling pada 29 Julai lalu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek ”Mega Distribution Hub” di Pelabuhan Klang.
Hakim kemudiannya menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 30 November depan.

Malaysiakini

Aziz Bari menyifatkan pemimpin dan Perkasa sebagai tidak berwawasan....???

on

KUALA LUMPUR, 3 Sept: Melihat kepada kelantangan Datuk Ibrahim Ali baru-baru ini termasuk menggesa Datuk Seri Najib Razak menjelaskan konsep 1 Malaysia, penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari menyifatkan pemimpin dan Perkasa sebagai tidak berwawasan, malah sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatian.


“Saya sebenarnya musykil kenapa beliau berbuat begitu?” kata pakar perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa ini berhubung pendirian Perkasa akhir minggu lalu.
Ibrahim dilihat seolah-olah “berani” dan lantang mencabar Najib.


“Bagi saya tidak mudah untuk beliau hidup sebab Perkasa adalah sebuah pertubuhan yang tidak mempunyai wawasan dan komitmen,” kata beliau sambil menambah, “apa yang pasti, walau apa jua yang beliau lakukan, saya tidak fikir Umno akan menerima beliau semula.”


Hujung minggu lalu, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas mempersoalkan konsep 1 Malaysia dan meminta Perdana Menteri menjelaskan konsep tersebut, yang sesetengah pengkritik menganggapnya sebagai slogan cetek dan tidak membantu meredakan ketegangan kaum.


Ibrahim berkata, konsep 1 Malaysia telah dimanipulasikan oleh sesetengah pihak dengan mendakwa ia merujuk kepada aspek kesamarataan antara kaum.


Selain itu, Ibrahim juga mencadangkan supaya undang-undang bagi menghalang orang bukan Islam memasuki kawasan masjid dan surau digubal.


Sunber:- malaysianinsider-

Pemilihan keADILan..............

on



Parti Keadilan Rakyat (keADILan) baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka bakal menjadi parti politik pertama di Malaysia untuk menjalankan pemilihan langsung untuk memilih barisan kepimpinan mereka.  Pucuk pimpinan tertinggi parti itu akan dipilih secara terus pada 17 September hingga 3 Oktober 2010.  Semua jawatan di peringkat cabang serta di peringkat Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT), termasuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden, empat Naib Presiden dan 20 anggota MPT akan dipilih terus oleh ahli-ahli parti.  seterusnya

Hudud Bukan Hak Pas Seorang

on

Minda Sayuti

PARA algojo politik cuba mempertikai dan mengaitkan langsung isu hukum hudud dengan Pas. Mereka mempersoalkan kenapa kini Pas tidak lagi memperjuangkan untuk menegakkan hudud. Kalau algojo itu memahami Pas sebagai badan siasah, mereka tidak akan mempersoalkannya. Mempersoalkan perkara itu samalah mendedahkan kebodohan diri sendiri.  seterusnya...

Alahai Musa Hassan

on

Minda Bakaq
Bila baca berita Tan Sri Musa Hassan tidak akan bertapuk lagi di kerusi Ketua Polis Negara dan akan tamat kontrak pada 12 September ini, saya teringat posting bertajuk "Kenapa tak usik Raja Petra?" yang menyebabkan saya ditangkap.

Saya memang delete logo yang polis marah sangat pada posting tu. Bab logo tu, saya tidak berubah sampai sekarang, it was a stupid mistake. Tetapi saya tetap tak nak tarik posting tu walaupun, ketika saya ditangkap, memang ada dicadangkan oleh polis supaya saya berbuat demikian. Tetapi, saya tetap tak nak tarik. The posting was not a mistake at all.  seterusnya...

Ada apa dengan Imam Muda?

on

Minda Haris Zalkapli


Malaysia menyaksikan peningkatan fenomena Islam pop sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan kebanjiran pelbagai produk budaya popular Islam berbentuk novel, rancangan televisyen, muzik dan sebagainya.

Pada penghujung 1990-an, kumpulan nasyid Raihan, dan kemudian diikuti kumpulan-kumpulan lain memenuhi medan budaya popular Malaysia, sehingga menjadi satu bahagian besar dalam muzik Melayu.  seterusnya...

"APA NI JAKIM? Kata nak jadi negara hub halal, yang ini pun tak dapat kawal

on

Minda Ibnu Hasyim
KL 2 SEPT 10: Minyak Sapi Ghee TIDAK Halal, tulis Blog Link  'bertajuk 'DAH BERKILO MASUK PERUT ORANG ISLAM'.

Menurut blog itu, JAKIM mengambil keputusan untuk MENARIK BALIK Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd berkuatkuasa 26 Ogos 2010. Oleh yang demikian, QBI Packaging Sdn Bhd adalah dilarang serta merta menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee.

(AK)



Sumber:  ibnuhasyim



Kibar bendera tetapi ‘hati diselubungi tahi’

on

Blog @ Website
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Maka tatkala mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka)." (Al-A'raaf: Ayat 165). seterusnya...

Bersihkan tahi-tahi , hilanglah ulat-ulat tahi

on

Minda Aspan Alias

Untuk membawa perubahan kepada sesebuah negara bukan setakat mengubah dasar yang mungkin diterima rakyat tetapi yang lebih penting lagi ialah siapa yang hendak melaksanakan perubahan kepada dasar-dasar tersebut dengan betul.

Jika dasar yang sudah ditolak rakyat ia tidak semestinya boleh diubati dengan hanya mengubah haluan dasar yang tertulis diatas kertas secara hitam putih. Banyak dasar selama ini adalah dasar yang baik, tetapi perlaksanaannya tidak dilakukan dengan baik oleh pelaksananya maka dasar itu gagal untuk mencapai matlamatnya.  seterusnya,,,

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List