Siapa sedang ghairah ‘menghodohkan’ wajah Islam.....???

on Sep 4, 2010

Seorang rakan Cina bukan Islam bertanya, “Betulkah Islam menganggap orang bukan Islam sebagai najis dan tidak layak memasuki masjid atau surau?”. Terkedu juga untuk menjawabnya.
Saya lalu bertanya, di mana dia mendapat ‘tanggapan’ itu? “Dari media masa,” katanya. Memang benar, sejak berhari-hari semua media talibarut BN menyemarakkan sentimen perkauman dengan mensensasikan berita kononnya Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching bertazkiroh di dalam surau. (Kerana jahil, media BN menganggap tazkiroh bermaksud ucapan).

756 ahli PAS di parlimen Larut sertai Umno

on





Mat Arop Samat, yang mengetuai kumpulan itu, berkata keputusan keluar parti itu dibuat dengan kerelaan hati tanpa paksaan atau sogokan dari mana-mana pihak.  
seterusnya...

Kakitangan Sarawak Tribune diarah 'tutup mulut'.......???

on

NONE


Ahli lembaga pengarah Sarawak Tribune , James Ritchie menafikan laporan bahawa beliau telah dilucutkan daripada jawatannya sebagai ‘penasihat editorial’ berhubung penerbitan artikel itu.  seterusnya

Umno bahagian Sungai Petani masih bergolak.......???

on

NONE
(Dia) tak boleh sampaikan ucapan. Tak boleh... Macam kita pergi kerja ke pejabat, atas meja ada surat. Tapi kita tak boleh tandatangan surat, "...   seterusnya

ISU HARGA MAKANAN.......Ambil Perhatian.......???

on

Headline mukasurat 1 akhbar Financial Times UK hari ini:

Fears grow over food supply

* Russia extends grain export ban

* Riots in Africa

* Wheat prices soar.

Seram sejuk juga baca laporan daripada The Pink Paper ni - Financial Times digelar pink paper sebab tidak seperti akhbar lain, ia dicetak di kertas akhbar berwarna merah jambu-oren. Kenapa? Agar senang orang nak pilih akhbar kewangan terkemuka ini di newstand di mana banyak akhbar dijual.  seterusnya... 

Ah Long berlesen...

on

"Ah Long berlesen sekarang pun guna akad jual-beli bank syariah (Bai Inah) untuk beri islamic financing kepada golongan Islam (rujuk Harian Metro). Tapi mereka caj 20%-30% sebulan, berbanding bank syariah yang cuma caj 7%-15% setahun.  seterusnya

Pengerusi DAP Pasar Pandamaran Dipercat Kerana Surat Sokongan

on


KUALA LUMPUR 3 Sept - Pengerusi DAP cawangan Pasar Pandamaran Yap Hock Siew dipecat daripada parti itu hari ini manakala timbalannya Ong Chai Huat digantung keahlian selama dua tahun kerana mengeluarkan surat sokongan yang memberi faedah kepada satu perniagaan yang kedua-duanya mempunyai kepentingan.
Jawatankuasa Disiplin parti yang membuat keputusan itu hari ini telahmendapati bahawa Yap dan Ong mengeluarkan surat sokongan itu menggunakan kepalasurat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Negei Selangor (Pandamaran) untuk tujuan berkenaan pada 17 Jun lepas.
"Mereka mempunyai 14 hari untuk membuat rayuan," kata pengerusi JawatankuasaDisiplin DAP Tan Kok Wai dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, parti itu memecat seorang pemimpin akar umbi, Tee Boon Hock, yang ketika itu anggota Majlis Perbandaran Klang, kerana mengeluarkan surat sokongan menggunakaan kepala surat seorang anggota exco kerajaan Selangor, bagi mendapatkan kontrak untuk anggota keluarga dan rakan-rakannya.

Selangor Anjur Sahur Perdana Bersama Pemimpin Tertinggi KEADILAN, PAS

on





SHAH ALAM 3 Sept - Kerajaan Negeri Selangor buat pertama kalinya menganjurkan Majlis Sahur Perdana yang akan diadakan esok di Kompleks Belia dan Kebudayaan negeri Selangor, Seksyen 7 Shah Alam.
Menurut Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hassan Ali, majilis ini merupakan salah satu pengisian Ehya' Ramadhan yang kini begitu rancak berjalan di seluruh 531 masjid dan 1980 surau di seluruh Selangor.  
Ini tidak termasuk program Ehya’ Ramadhan anjuran berbagai pertubuhan dan badan-badan bukan kerajaan lain.
"Majlis ini disamping membina kekuatan dalaman serta penyucian jiwa juga bertujuan untuk menghimpun umat Islam khasnya dalam satu perhimpunan untuk sama-sama mengabdikan diri kepada Allah SWT disamping menemukan dalam suasana yang syahdu diantara pemimpin dengan berbagai golongan rakyat," kata Dr Hassan dalam satu kenyataan.
Majlis Sahur Perdana tersebut akan diisi dengan Qiyamullail, makan sahur bersama, Solat Subuh berjamaah serta siri ucapan tetamu-tetamu yang dijemput khas seperti Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Pejabat Exco Hal Ehwal Islam yang bertanggungjawab menerajui program ini yakin bahawa program yang julung-julung kalinya diadakan di negeri ini akan mendapat sambutan hangat di luar dugaan.  
"Ini memandangkan program yang sama berskala lebih kecil yang diadakan di Gombak dua minggu yang lalu menerima kehadiran mencecah 2,000 orang," tambah beliau.
Dr Hassan membayangkan sekiranya majlis ini berjaya ianya akan dijadikan acara tahunan dengan merangkumi kesemua 9 daerah di dalam negeri ini.  
"Usaha seperti ini adalah untuk menjelmakan satu lagi budaya kecil dalam kehidupan masyarakat bagi menghayati Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap," tambah beliau.

Kematian dalam tahanan: Kakak Gunasegaran menunggu satu jawapan

on



Menurut kawan Gunasegaran, ketika Gunasegaran meraung kesakitan, semasa dipukul polis dengan batang kayu dan paip air, sehingga merayu dalam keadaan berbaring di lantai, polis masih menganggap Gunasegaran sekadar berlakon. Malah, mereka masih mendengar jeritan Gunasegaran, setelah mereka dikurung ke dalam lokap.  seterusnya.....

Mufti Yang Berani Terjun Ke Dalam Api Neraka

on

Tajuk tanpa prangka ini bukan datang dari saya tetapi saya ambil dari kenyataan Mufti Perlis, Sahibus Samahah Dr Juanda Jaya sendiri, “Orang yang berani berfatwa adalah orang yang berani terjun ke dalam api neraka” dari kolum Bicara Mufti di dalam majalah Milenia Muslim edisi Oktober 2009, edisi yang sama memberikan kemenangan untuk dua tahun berturut dalam anugerah berprestij kebangsaan Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2010 bagi kategori Perkhidmatan Awam Cemerlang.  seterusnya

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List