Pertarungan No. 2 PKR: Anwar 'tutup mulut'

on Sep 11, 2010

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih terus 'tutup mulut' mengenai calon yang disokongnya dalam pertandingan jawatan timbalan presiden PKR - yang dijangka menyaksikan pertarungan antara Azmin Ali dengan Datuk Zaid Ibrahim.

Ketika ditanya sama ada beliau menyokong Azmin untuk memegang jawatan tersebut - seperti yang dilaporkan di media - Anwar berkata beliau tidak memihak kepada mana-mana calon dalam pertandingan tersebut.

"Pendirian saya ialah menghormati proses demokrasi. Ahli parti akan berpeluang untuk memahami idea-idea politik calon (yang bertanding), manifesto dan pendirian mereka tentang isu-isu," katanya kepada wartawan di majlis hari raya di Seberang Jaya, Pulau Pinang hari ini.

Dengan pengetahuan itu, tambahnya, mereka boleh mengundi untuk mempertahankan prinsip dan agenda reformasi parti dan prinsip," tegasnya.

Sementara itu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang, juga ditanya tentang cadangan kumpulan yang mendakwa mewakili kesemua 22 cabang PKR di Selangor PKR yang mahu beliau dipilih sebagai presiden parti itu.

Anwar bagaimanapun menegaskan bahawa beliau perlu berhati-hati dalam responnya terhadap cadangan seumpama itu.

Kumpulan itu turut menyarankan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memegang jawatan timbalan presiden.

Tetapi sekiranya gandingan Anwar-Wan Azizah tidak diterima, mereka mencadangkan supaya dikekalkan penyandang jawatan presiden (Wan Azizah) dan timbalan presiden (Syed Husin Ali).

on

Sekumpulan pemimpin akar umbi PKR yang mengelar diri mereka sebagai Majlis Muafakat Kepimpinan Keadilan Negeri Selangor (MMKKNS) mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden PKR pada November ini.
Timbalan pengerusinya Abdul Kudus Omar berkata langkah itu bagi mengatasi kemelut dalam perebutan jawatan timbalan presiden yang semakin panas di antara Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim.
"Dengan ini calon-calon yang telah menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan timbalan presiden hendaklah menarik diri," kata Abdul Kudus ketika membaca kenyataan media bagi pihak pengerusi, Syed Shahir Syed Mahamud.  seterus nya...

Ibrahim: Kenyataan Kunan, Nazri 'melucukan'

on

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan kenyataan setiausaha agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz sebagai "sangat lucu".


"Secara tiba-tiba PERKASA mendapat begitu banyak perhatian, (dan) ditambah lagi, dengan kenyataan Tengku Adnan dan Nazri," kata Ibrahim dalam sidang akhbar di kediamannya hari ini.

Katanya, beliau agak terkejut mendengar kenyataan setiausaha agung Umno bahawa parti itu tidak mahu mengaitkannya dengan PERKASA.

"Bila kita minta sokongan Umno?" soalnya.

Sehubungan itu, Ibrahim menjelaskan bahawa PERKASA adalah sebuah NGO yang tidak ada kena mengena dengan Umno.

"Hanya kerana mereka tidak akan menyokong kami, itu tidak bermakna kami tidak mempunyai sokongan sama sekali," tambahnya.

Awal minggu ini, BN berkata ia akan menjauhkan dirinya daripada PERKASA kerana ia boleh menjejaskan usaha untuk memenangi semula sokongan bukan Melayu.

Tengku Adnan yang bercakap bagi pihak Umno berkata, pihak itu tidak akan mengaitkan dirinya dengan PERKASA selepas menerima tekanan daripada parti-parti komponen BN, yang bimbang dengan pendirian pertubuhan itu yang didakwa bersifat rasis.


Mk

Hubungan UMNO-PERKASA di media berlainan...

on

UMNO-BN akhirnya menyatakan pendirian untuk menjarakkan diri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA), setelah Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata sedemikian kepada media, semalam.
Hubungan antara UMNO dengan PERKASA menarik perhatian ramai sejak badan bukan kerajaan (NGO) ini muncul di arena politik tanahair, dan mendakwa dirinya sebagai pertubuhan yang memperjuangkan kepentingan Melayu.

Sementara PERKASA disifatkan sebagai batu penghalang kepada perubahan yang ingin dibawa Perdana Menteri Najib Razak ketika BN berdepan dengan komuniti bukan Melayu-Islam, PERKASA memainkan peranan seakan-akan "sayap UMNO" untuk melancarkan serangannya terhadap Pakatan Rakyat di kalangan umat Melayu-Islam. 

Seperti slogan 1Malaysia yang diberi tafsiran berbeza mengikut keperluan masing-masing, ketika ia dilaungkan kepada komuniti yang berbeza; PERKASA juga memainkan peranan yang lebih kurang sama untuk BN.  Malah, kekeruhan ini tidak dijernihkan sepenuhnya biarpun pendirian UMNO-BN telah dinyatakan...

NST dan Star
Pendirian untuk menjauhkan diri daripada PERKASA dinyatakan oleh Tengku Adnan dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider  yang disiarkan semalam.  Beliau kemudian mengulangi kenyataan yang sama, ketika dihubungi beberapa media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama bersama Setiausaha Agung parti komponen BN.
New Straits Times, akhbar bahasa Inggeris yang dimiliki UMNO, meletakkan berita ini di muka depannya, dengan tajuk - Pemimpin BN diberi jaminan oleh Setiausaha Agung - "UMNO tidak sokong Perkasa" ('Umno does not support Perkasa' - BN leaderders given assurance by sec-gen).
Mengikut laporan, "UMNO dengan jelas (unequivocally) menjauhkan diri daripada PERKASA, yang disifatkan oleh pemimpin BN sebagai langkah penting untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu."
"Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu parti komponen BN bahawa UMNO tidak akan menyokong PERKASA, atau Presidennya Ibrahim Ali dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang."

Begitu juga dengan Star, akhbar bahasa Inggeris milikan MCA, dengan tajuk UMNO menolak PERKASA (Umno rejects Perkasa) pada muka surat kedua.  Malah di bawah tajuknya, Ku Nan (Tengku Adnan) dipetik berkata, "pertubuhan yang menyebabkan kehilangan sokongan terhadap parti."
Star memetik Tengku Adnan daripada media internet, yang berkata, "Apabila mereka berbicara mengenai kawan Cina dan India saya, mereka membuatkan kami kehilangan lebih undi.  Apa yang kamu mahukan untuk Malaysia?  Kamu mahukan satu perang sivil?"

Ketika menyentuh Ibrahim Ali, Tengku Adnan bertanya, "Mengapa harus UMNO menyokong beliau?  UMNO seharusnya meletakkan calon di Pasir Mas.  Kami akan bertanding di Pasir Mas."

Utusan Malaysia dan Berita Harian
Bagaimanapun, kenyataan Tengku Adnan ini tidak ditonjolkan sebagaimana akhbar Inggeris, dalam ruang dada akhbar bahasa Melayu, seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian.  Utusan Malaysia, yang selama ini senada dengan PERKASA, tidak menyiarkan kenyataan Tengku Adnan tersebut.
Dalam liputan berita Utusan Malaysiaberhubung mesyuarat kali pertama di kalangan setiausaha agung dan setiauasaha kerja parti-parti komponen BN, yang berjudul "Parti komponen BN digesa selesaikan masalah parti" pada muka surat kedua, isunya hanya tertumpu kepada pendaftaran pemilih, langsung tidak mengungkit isu PERKASA.
Berita Harian pula, menyiarkan berita ini pada muka surat ke-9, dengan tajuk "13 parti komponen BN sokong jauhi PERKASA".  Laporannya berbunyi, "Barisan Nasional (BN) dengan sokongan sebulat suara 13 parti komponennya terutama UMNO, membuat keputusan untuk menjauhi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kewibawaan dan keupayaan BN meraih sokongan pengundi pelbagai kaum."

"Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang mempengerusikan mesyuarat itu, berkata UMNO tidak akan menyokong PERKASA atau Presidennya, Datuk Ibrahim Ali pada pilihan raya umum akan datang kerana tindakan itu berpotensi menghakis sokongan pengundi bukan Melayu terhadap BN."
Malah, Berita Harian memetik Tengku Adnan untuk berkata, "PERKASA sudah beberapa kali mengadu domba parti komponen BN hingga menjejaskan perpaduan BN, selain mencetuskan persoalan di kalangan rakyat mengenai pendirian kita."
"UMNO tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan PERKASA seperti didakwa sesetengah pihak dan parti komponen BN lain yang selama ini bimbang dengan maklum balas akar umbi dan mereka menerima baik pendirian ini," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Akhbar bahasa Cina
Di samping itu, akhbar bahasa Cina pula, China Press memetik berita ini daripada The Malaysian Insider, dan disiarkan pada muka surat A7 dengan tajuk, "Tiada hubungan antara UMNO dengan PERKASA".
Malah, laporannya memetik Tengku Adnan Tengku Mansor yang menolak kemungkinan untuk bertemu dengan Ibrahim Ali, "Saya tak perlu berbincang dengan Ibrahim Ali.  Adalah sesuatu yang sukar untuk berbincang dengan Ibrahim Ali.  Biar beliau hidup dalam dunianya sendiri."
Nanyang Siang Pau juga memetik berita ini dari The Malaysian Insider, dan disiarkan pada muka surat A8, bahawa UMNO tidak akan menyokong Ibrahim Ali untuk bertanding dalam PRU akan datang.  Malah, Nanyang Siang Pau sempat menyiarkan respon Ibrahim Ali di bawah berita itu, yang mengkritik Tengku Adnan bahawa beliau hanya mahukan undi Cina dan tidak mahu undi Melayu.

Sin Chew Daily yang selama ini menonjolkan watak Najib Razak sebagai pembawa perubahan, dan PERKASA sebagai penghalang perubahan, tidak memetik berita ini.  Seperti Utusan MalaysiaSin Chew Daily (gambar kiri) hanya melaporkan isu pendaftaran pemilih yang dibincangkan dalam mesyuarat, pada muka surat ke-11-nya.
Dua akhbar bahasa Cina bukan milikan Tiong Hiew King, Oriental Daily, hanya menyiarkan berita pendaftaran pemilih pada muka surat A12, sementara Kwong Wah Yit Poh menyiarkan kenyataan Tengku Adnan pada muka surat kedua, dengan tajuk Khuatir dibeban PERKASA - UMNO akan bertanding di Pasir Mas (kawasan Ibrahim Ali).
*Kaleidoskop adalah "digest" kandungan media cetak.  Media yang dirujuk bertarikh 9 September 2010, berkisar pada kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa UMNO-BN akan menjauhi dirinya dari PERKASA.

SELAMAT HARI RAYA......

on Sep 9, 2010



SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATHIN



SELAMAT  HARI RAYA AIDIL FITRI DARI MAEMAHI.BLOGSPOT.COM
BUAT SEMUA PEMBACA BLOG INI.

Wee Choo Keong minta sampaikan nasihat ini pada Zaid Ibrahim

on



Sebagai pemimpin yang sudah ‘masak’ dengan perjuangan PKR yang hanya mengutamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli parlimen Bebas Wangsa Maju Wee Choo Keong ada nasihat kepada Datuk Zaid Ibrahim yang mahu bertanding jawatan timbalan presiden parti itu November ini.
Katanya, lebih baik Zaid letak semua jawatan dan keluar daripada PKR sebelum pemilihan sebelum kalah dengan taktik tertentu oleh kumpulan pemimpin parti tersebut yang mahu Azmin Ali mengisi jawatan berkenaan.
“Elok beliau buat keputusan sekarang. Ini bukan memalukan malah elak beliau daripada dimalukan apabila kalah kepada Azmin nanti. Lagipun, jika beliau keluar sekarang, ini tidak menjejaskan kredibilitinya sebagai orang politik,” ujar Wee kepada Agendadaily.
Malah katanya, orang ramai akan lebih hormat kepada Zaid kerana berani mengaku kesilapan menyertai PKR yang berjuang hanya atas kepentingan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk ke Putrajaya sahaja.
Wee, bekas wakil rakyat PKR sebelum jadi Bebas berkata, Zaid sepatutnya nampak dengan jelas apa agenda perjuangan parti itu yang mementingkan pemimpin tertentu bukannya membela rakyat.
“Kalau beliau tak nampak dan tidak boleh meneliti semua ini, pada pendapat saya, Zaid bukan ahli politik yang hebat,” katanya.
Menurut Wee, orang lain tidak akan diberikan peluang berada pada kedudukan penting dalam PKR kecuali AAA.
Beliau merujuk kepada Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin.
“Orang lain tak akan ada peluang. Mana boleh lawan anak emas Anwar,” tegasnya.
Katanya, jika Zaid bertanding dan menang sekalipun, belum pasti dapat beliau mengurus parti tersebut berdasarkan kepercayaan perjuangan untuk rakyat kerana Anwar akan memastikan, agenda utamanya menguasai Putrajaya didahulukan.
“Akhirnya, saya rasa Zaid akan kecewa dan keluar juga daripada PKR. Sebab itu, lebih baik pada saya beliau buat keputusan sekarang,” sarannya.
Zaid yang juga Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan sudah mengumumkan untuk bertanding merebut jawatan timbalan presiden yang kini disandang Dr Syed Husin Ali.
Bagaimanapun, sebahagian besar ahli parlimen dan ADUN PKR sudah menyatakan sokongan kepada Azmin sekalipun setakat ini beliau belum umum akan bertanding jawatan itu.
Azmin kini ada Naib Presiden PKR selain ahli parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa.
Nama lain yang diuar-uarkan akan turut bertanding adalah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mustapa Kamil Ayob..
Mungkin Zaid perlu mengambilira pandangan Wee yang sudah tahu selok belok perjuangan sehingga beliau meninggalkan PKR dan jadi wakil rakyat Bebas sama seperti Zulkifli Noordin dan Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim dan Tan Tee Beng serta Mohsin Fadli.

Politik Hilang Maruah Di Sabah

on

http://3.bp.blogspot.com/_ekMi6uhx3y8/SRbGIoU01lI/AAAAAAAAAGo/q78axdf_hqQ/s320/651px-Flag_of_Sabah.svg




Politik kerap dikaitkan dengan kotor, penipuan, janji palsu, pembohongan malah ada yang sampai keperingkat membunuh kerana politik. Umumnya demikianlah persepsi sesetengah anggota masyarakat bila sepak terajang politik dalam negara mula menjijik dan memualkan!  

Perkembangan terbaru politik tanah air khususnya di negeri Sabah, mengesahkan persepsi umum betapa hodoh, jijik dan kotornya permainan politik. Benarlah kata Machiavelli, politik boleh menghalalkan cara, the ends justifies the means. Pokok pangkalnya ialah kuasa dan bagaimana cara mengekalkan kuasa tersebut.  seterussnya..

Tian Chua: Perkara 48 Perlembagaan penghalang politik mobilisasi

on

Mahkamah Rayuan pada 30 Ogos 2010 membenarkan rayuan Tian Chua terhadap sabitan yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi berhubung kesnya, iaitu kesalahan menggigit anggota polis.  Ketiga-tiga orang panel hakim sebulat suara menyetujui bahawa penghakiman Mahkamah Tinggi dibuat tanpa mempertimbangkan semua bukti.
Sejak awal lagi kes ini menjadi pertikaian umum - Polis yang mengakui dirinya membelasah Tian Chua tidak didakwa, sebaliknya Tian Chua (gambar kanan) yang dibelasah pula yang diheret ke mahkamah, berdepan dengan tuduhan menggigit anggota polis - insiden yang tidak kelihatan berlaku dalam klip video yang dirakam di tempat kejadian.
Pertikaian kemudiannya dilanjutkan kepada hukuman denda RM2000, memasuki babak "perkiraan matematik", sama ada hukuman ini memenuhi takrifan "tidak kurang daripada RM2000" dalam Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan, yang bakal menjurus kepada kehilangan hak kelayakan Tian Chua sebagai ahli parlimen.
Keadaan semakin keruh apabila calon mula dicadangkan untuk menyarung jersi PKR, belumpun dikesahkan sama ada kerusi Batu sudah dikosongkan mahupun tidak, lebih-lebih lagi ia harus ditentukan speaker (dewan perundangan) ataupun mahkamah (sistem kehakiman)?  seterusnya..

Boikot media: PKR perlu lindungi diri, Tian Chua

on

"Cakap tak serupa bikin," demikianlah tuduhan yang dilontarkan terhadap PKR, apabila parti yang mendukung "kebebasan bersuara" sebagai matlamat perjuangannya itu mengambil keputusan untuk memboikot media arus perdana.  Bermula dengan boikot sepenuhnya terhadap Utusan Malaysia, sehinggalah "layanan dingin" (no favour) terhadap Sin Chew Daily baru-baru ini, keikhlasan PKR untuk mempertahankan kebebasan media sedikit sebanyak diragui.
Apakah PKR juga akan menekan, malah menindas media seandainya berkuasa?  Persoalan ini berlegar di otak sesetengah orang, melihat kepada apa yang berlaku sekarang.  Tindakan memboikot media, tidak kira sejauh manakah tahapnya, mencungkil pertikaian dan perbahasan di kalangan pejuang kebebasan media, yang belum mencapai kata sepakat sehingga hari ini.
Watak utama kontroversi terkini, Tian Chua tampil untuk menjelaskan pendiriannya dalam satu wawancara bersama MerdekaReview, pada 11 Julai 2010.  Pengarah Strategi PKR ini mengulas isu ini dalam konteks ketidakseimbangan kuasa antara pemerintah dengan media di Malaysia, malah mempertahankan bahawa "tindakan boikot" ini bukanlah satu bentuk "penindasan media", tetapi salah satu cara parti pembangkang menyatakan pendirian dan melindungi diri.  seterusnya

Sabah - contoh terbaik amalan kebebasan media

on

Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Datuk Wilfred Bumburing meminta petugas media di Sabah mengekalkan profesionalisme mereka dalam menyebarkan maklumat dan fakta kepada orang ramai.

Beliau berkata media massa sepatutnya tidak terperangkap dalam pemahaman mereka sendiri berhubung landskap politik.

"Keghairahan untuk menulis dan melaporkan perlu berdasarkan etika profesional sebagai pemberi maklumat awam, yang dipandu oleh perasaan yang kuat mengenai prinsip demokrasi," katanya di Kota Kinabalu hari ini.

Bumburing berkata beliau gembira bahawa kakitangan media tempatan di Sabah telah menunjukkan tahap profesionalime yang tulen semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab dan dengan ini memastikan rakyat Malaysia di Sabah terus mendapat maklumat dalam bentuk laporan yang beretika.

"Keadaan ini amat baik bagi Sabah kerana sepanjang apa yang berkaitan dengan kewartawanan, tambahan pula, masyarakat kita pada umumnya berpendidikan," beliau berkata sambil menambah Sabah mungkin contoh paling baik dalam amalan kebebasan media di negara ini.

Beliau berkata pengaruh media telah berkembang dalam era sains dan teknologi dengan penggunaan meluas Internet.

"Parti-parti politik kini amat bergantung dengan penyebaran maklumat untuk menyebarluaskan agenda dan perjuangan mereka dan di dalam kubu ini di mana kakitangan media massa dapati bahawa profesion mereka berada pada tahap terbaik," katanya.

Oleh itu, Bumburing, yang juga ahli parlimen Tuaran, berkata kedudukan kakitangan media telah meningkat sebaris dengan seorang selebriti, dihormati dan disayangi oleh orang ramai dan "mungkin kadangkala dibenci dan dimarahi juga".

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List