Wee Choo Keong minta sampaikan nasihat ini pada Zaid Ibrahim

on Sep 9, 2010



Sebagai pemimpin yang sudah ‘masak’ dengan perjuangan PKR yang hanya mengutamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli parlimen Bebas Wangsa Maju Wee Choo Keong ada nasihat kepada Datuk Zaid Ibrahim yang mahu bertanding jawatan timbalan presiden parti itu November ini.
Katanya, lebih baik Zaid letak semua jawatan dan keluar daripada PKR sebelum pemilihan sebelum kalah dengan taktik tertentu oleh kumpulan pemimpin parti tersebut yang mahu Azmin Ali mengisi jawatan berkenaan.
“Elok beliau buat keputusan sekarang. Ini bukan memalukan malah elak beliau daripada dimalukan apabila kalah kepada Azmin nanti. Lagipun, jika beliau keluar sekarang, ini tidak menjejaskan kredibilitinya sebagai orang politik,” ujar Wee kepada Agendadaily.
Malah katanya, orang ramai akan lebih hormat kepada Zaid kerana berani mengaku kesilapan menyertai PKR yang berjuang hanya atas kepentingan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk ke Putrajaya sahaja.
Wee, bekas wakil rakyat PKR sebelum jadi Bebas berkata, Zaid sepatutnya nampak dengan jelas apa agenda perjuangan parti itu yang mementingkan pemimpin tertentu bukannya membela rakyat.
“Kalau beliau tak nampak dan tidak boleh meneliti semua ini, pada pendapat saya, Zaid bukan ahli politik yang hebat,” katanya.
Menurut Wee, orang lain tidak akan diberikan peluang berada pada kedudukan penting dalam PKR kecuali AAA.
Beliau merujuk kepada Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin.
“Orang lain tak akan ada peluang. Mana boleh lawan anak emas Anwar,” tegasnya.
Katanya, jika Zaid bertanding dan menang sekalipun, belum pasti dapat beliau mengurus parti tersebut berdasarkan kepercayaan perjuangan untuk rakyat kerana Anwar akan memastikan, agenda utamanya menguasai Putrajaya didahulukan.
“Akhirnya, saya rasa Zaid akan kecewa dan keluar juga daripada PKR. Sebab itu, lebih baik pada saya beliau buat keputusan sekarang,” sarannya.
Zaid yang juga Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan sudah mengumumkan untuk bertanding merebut jawatan timbalan presiden yang kini disandang Dr Syed Husin Ali.
Bagaimanapun, sebahagian besar ahli parlimen dan ADUN PKR sudah menyatakan sokongan kepada Azmin sekalipun setakat ini beliau belum umum akan bertanding jawatan itu.
Azmin kini ada Naib Presiden PKR selain ahli parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa.
Nama lain yang diuar-uarkan akan turut bertanding adalah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mustapa Kamil Ayob..
Mungkin Zaid perlu mengambilira pandangan Wee yang sudah tahu selok belok perjuangan sehingga beliau meninggalkan PKR dan jadi wakil rakyat Bebas sama seperti Zulkifli Noordin dan Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim dan Tan Tee Beng serta Mohsin Fadli.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List