Jenapala Calon Ketiga Umum Hasrat Rebut Timbalan Presiden

on Sep 17, 2010



KUALA LUMPUR 17 Sept - Gelanggang pertarungan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) semakin hangat dan menarik apabila bekas Timbalan Setiausaha Agung PS Jenapala menawarkan diri bertanding kerusi itu hari ini.
Jenapala menjadi calon ketiga mengumumkan secara rasmi hasrat mengisi kerusi tersebut yang dikosongkan oleh Senator Dr Syed Husin Ali apabila memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatan yang disandang beliau sejak 2003, Selasa lalu.
Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim merupakan orang pertama menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden semasa menghadiri majlis berbuka puasa di Kuantan 6 September lalu.
Ini ikuti pula oleh Naib Presiden Azmin Ali yang berbuat demikian ketika sambutan Hari Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah semalam.
Dalam satu kenyataan yang diemel kepada Suara Keadilan Jenapala berkata keputusan beliau bertanding bagi jawatan kedua tertinggi dalam KEADILAN didorong oleh empat faktor - perwakilan yang adil serta rasa hormat kepada komuniti India di dalam KEADILAN, menguji tahap demokrasi dalam parti, mengesahkan KEADILAN sebagai sebuah parti yang pluralistik dan berbilang kaum serta pemerkasaan ahli peringkat akar umbi.
"Saya mempunyai rasa hormat yang ama tinggi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini adalah parti untuk semua rakyat Malaysia. Inilah apa yang dijanjikan oleh parti sebelum Mac 2008 apabila Datuk Seri Anwar menyeru semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, warna kulit atau kepercayaan untuk bersama-sama KEADILAN menegakkan keadilan dan mewujudkan Malaysia yang lebih baik," kata beliau.
Jenapala berkata beliau meletak jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN disebabkan masalah kewangan tetapi kini ia telah hampir selesai.
"Saya berharap KEADILAN menghormati keputusan saya sebagai ahli parti untuk bertanding dalam pemilihan yang akan berlangsung tanpa terlibat dalam kempen memburuk-burukkan calon," ujar Jenapala.

MOTIF KENAPA SOSILAWATI DI BUNUH...!!!!

on

Lokasi pembunuhan Sosilawati bersama 3 lagi di Ladang Gadong, Tg Sepat


KUALA LUMPUR: Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya dikatakan dirancang rapi oleh suspek utama kes itu selepas timbul masalah wang hasil jualan sebidang tanah di Pulau Pinang milik mereka dan dua lagi rakan kongsi.

Tanah seluas 12 hektar bernilai RM25 juta itu dibeli secara kongsi oleh keempat-empat mereka pada 24 Mac 2008 dan dikatakan dijual kepada seorang ahli perniagaan di Selangor pada harga RM29 juta, tahun lalu.

Pembelian dan penjualan tanah itu difahamkan dikendalikan sepenuhnya oleh suspek utama yang juga peguam dan bertindak sebagai broker berikutan pengalaman luasnya sebagai pengamal undang-undang, terutama dalam urusan berkaitan jual beli tanah. Seorang rakan kongsi tanah itu memberitahu Berita Harian, mereka membeli tanah tepi pantai berkenaan untuk tujuan pelaburan dengan Sosilawati menjadi pelabur terbesar.

“Atas persetujuan bersama, kami berempat termasuk suspek berkongsi membayar modal RM2.5 juta sebagai bayaran pendahuluan 10 peratus untuk membeli tanah itu.

“Apabila tanah itu dijual pada 2009 dengan harga RM29 juta, kami sepatutnya berkongsi keuntungan RM4 juta, bagaimanapun kami tidak menerima pulangan yang dijanjikan daripada peguam terbabit sehingga kini, kecuali modal,” kata ahli perniagaan bergelar Datuk itu yang tidak mahu namanya disiarkan.

“Kami pernah bertanyakan hal itu kepada suspek, namun dia memberikan alasan proses penjualan tanah belum selesai... ada kaveat ke atas tanah itu menyebabkan proses menukar nama tidak dapat dilakukan tanpa perintah mahkamah.
“Malah, suspek sentiasa menjelaskan kepada kami bertiga proses itu bukan mudah dan mengambil masa kerana membabitkan banyak prosedur mahkamah, selain meminta kami bersabar,” katanya.

Ahli perniagaan itu berkata, kali terakhir mereka berempat bertemu kira-kira dua bulan lalu bagi membincangkannya, bagaimanapun suspek memberi alasan urusan berkenaan belum selesai.

Beliau mengaku mereka berempat sebagai rakan kongsi selalu berhubungan melalui telefon.

“Saya terkejut membaca mengenai kehilangan Sosilawati, disusuli berita pembunuhannya yang dikaitkan dengan peguam kami. Lebih mengejutkan cara Sosilawati dibunuh bersama tiga yang lain,” katanya.

Sosilawati, pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages; pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44; perunding kewangan CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dipercayai dibunuh dan dibakar di sebuah ladang di Banting sebelum abu mereka dibuang ke dalam Sungai Panchau, pada 30 Ogos lalu.

Sementara itu, seorang lagi ahli perniagaan bergelar Datuk berasal dari Selangor mengesahkan beliau yang membeli tanah berkenaan pada harga RM29 juta daripada mereka berempat, tahun lalu.

Beliau yang meminta identitinya dirahsiakan, bagaimanapun menjelaskan bayaran tanah itu masih belum selesai sepenuhnya berikutan prosedur mahkamah.

“Setakat ini, saya sudah membayar wang pendahuluan 10 peratus (RM2.9 juta) dan hanya menunggu proses kelulusan untuk bayaran penuh,” katanya mengesahkan sudah menerima beberapa dokumen daripada suspek berhubung pembelian tanah itu dan percaya semua proses mengikut saluran undang-undang.

BH

Sultan Kelantan terharu sokongan rakyat

on

Pejabat Sultan Kelantan hari ini menzahirkan rasa terharu dengan sokongan yang diberi oleh seluruh rakyat ke atas pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra sebagai Sultan
Kelantan yang baru.

tengku faris kelantan 130910Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad berkata banyak ucapan tahniah diterima bagi menyatakan rasa gembira dan taat setia kepada Sultan Kelantan serta yakin baginda dapat menjalankan tugas dengan lebih baik.

"Bagi pihak pejabat Sultan, saya terharu dan berterima kasih di atas sokongan dan taat setia rakyat kepada Tuanku Sultan," katanya melalui satu kenyataan ringkas kepada Bernama di Kota baharu, hari ini.

Abdul Halim berkata beliau, yang dibenarkan keluar dari Hospital Pakar Perdana hari ini setelah menerima rawatan akibat keletihan sejak dua hari lepas, membolehkan beliau menguruskan beberapa program lawatan tetamu baginda Sultan ke Kelantan.

"Kita doakan Tuanku selamat sejahtera dan dapat terus memerintah dan menjaga kebajikan rakyat dengan sempurna," katanya.

--Bernama

Sri Ram: Badan kehakiman gagal lindung hak minoriti

on

Bekas hakim mahkamah persekutuan, Tan Sri Gopal Sri Ram berkata badan kehakiman begara telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya memperthankan hak minoriti di negara ini.

Oleh kerana badan eksekutif itu dilantik oleh majoriti, maka ia mewakili hak majoriti, justeru Sri Ram berhujah badan kehakiman mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan hak minoriti.

"Badan kehakiman yang sepatutnya melaksanakan tanggungjawab itu,” kata bekas hakim itu pada ucapannya di persidangan kebangsaan mengenai integriti di Kuala Lumpur, semalam.

Di hadapan kira-kira 350 hadirin, Sri Ram berkata jika soalan sama ada badan kehakiman telah menunaikan tanggungjawab itu, katanya jawapan yang diberikan ialah “dengan tegasnya, tidak!”.

Menurut beliau, ini berlaku kerana badan kehakiman telah menjadi “minda eksekutif” dan hakim telah menjadi alat kerajaan.

"Hakim begitu gelisah untuk membantu eksekutif...dan apabila anda mengetepikan undang-undang untuk membantu mereka, hasilnya ialah penghakiman yang mengarut,” kata Sri Ram.

Sebagai contoh, beliau berkata apabila mahkamah menyerahkan kepada mahkamah persekutuan untuk membuat keputusan yang diinginkan oleh kerajaan persekutuan.

Sri Ram berkata campurtangan eksekutif itu jelas bertentangan dengan doktrin pengasingan kuasa.

Kuasa untuk menentukan salah atau tidah serta menghukum adalah eksklusif di tangan badan kehakiman dan Sri Ram berkata tanggungjawab itu tidak sepatutnya dinodai oleh eksekutif.



MK

Pemohonan Anwar gugur tuduhan liwat ditunda

on

Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan Isnin depan bagi mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menggugurkan tuduhan liwat terhadapnya.

Ini berikutan tindakan pendakwaan membuat bantahan awal sama ada penghakiman Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Anwar sebelum ini adalah muktamad.

Menurut peguambela, Karpal Singh beliau tidak dimaklumkan berhubung bantahan awal itu dan tidak bersedia berhujah buat masa ini.

Menurut Anwar pula adalah dikesali pihak pendakwaan dengan mengejut membuat bantahan tanpa memberi notis kepada pihak pembelaan.
Panel Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Ahmad Maarop membenarkan permohonan untuk menangguhkan rayuan itu ke 20 september ini bagi membenarkan Karpal menyediakan hujah-hujah mengenai isu bidang kuasa mahkamah itu untuk mendengar perkara berkenaan.
Bukan perintah terakhir
Pasukan pendakwaan diketuai Peguam Cara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden membangkitkan bantahan permulaan bahawa Anwar tidak ada hak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi kerana perintah Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, bukan perintah yang terakhir.
Karpal Singh berkata beliau memerlukan masa untuk menyediakan hujah-hujahnya kerana Mohamed Yusof tidak memberikan sebarang petanda kepadanya bahawa beliau akan membangkitkan isu tersebut.

Peruntukan Seksyen 3 Akta Kehakiman Mahkamah yang menyatakan bahawa Mahkamah Rayuan tidak mempunyai bidang kuasa untuk melayan rayuan mengenai perkara interlokutori akan diputuskan dalam perbicaraan kerana keputusan itu dianggap bukanlah perintah terakhir.
Anwar membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 16 Ogos yang menolak pemohonan beliau untuk membatalkan pertuduhan liwatnya.

Ini merupakan percubaan kedua Anwar untuk membatalkan pertuduhan itu. Pada kali ini atas alasan bahawa sikap tidak berpihak oleh keseluruhan pasukan pendakwaan itu telah dikompromi kerana dakwaan hubungan sulit antara penuduh Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan seorang anggota pasukan pendakwaan, timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif.
Hubungan sulit

Beliau mendakwa bahawa berikutan dengan dakwaan hubungan sulit itu, Mohd Saiful Bukhari boleh akses dengan maklumat mengenai kes berkenaan, dan enafikannya daripada perbicaraan yang adil. 
Permohonan pertama beliau yang dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi dan keputusan tu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 4 Mei tahun ini. Alasan beliau ialah laporan perubatan menyatakan bahawa tidak ada tanda penembusan ke dalam rektum Mohd Saiful Bukhari.

Anwar, 63, dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, bekas pembantu beliau di unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun, 2008.

Sementara itu, seorang lagi peguam Anwar SN Nair memberitahu pemberita di luar mahkamah bahawa berikutan dengan penangguhan itu hari ini, perbicaraan liwat tersebut yang ditetapkan untuk sebutan pada Isnin akan ditanguhkan ke Selasa ini.


MK

'Zaid bankrap, guna politik murahan'

on

Walaupun nampak tenang di permukaan, tetapi di dunia maya, Naib Presiden PKR Azmin Ali dan penyokongnya kini dilihat lebih agresif 'menyerang' pesaingnya Datuk Zaid Ibrahim bagi merebut jawatan nombor dua dalam parti itu.

Semuanya bermula apabila pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi (kiri) Nik Ahmad tengah hari tadi dipercayai menyindir Zaid dengan berkata:

"Kalau yakin boleh menang janganlah kata akan dilayan seperti arwah (bekas timbalan perdana menteri) Tun Ghafar (Baba). Kempen secara positif, dengan yakin. Alangkah baiknya."

Walaupun tidak menyebut nama Zaid, ia dipercayai jelas merujuk kepada bekas menteri itu ekoran kenyataannya yang menjangkakan terdapat kemungkinan beliau "dikuburkan" seperti Ghafar itu setelah ada "wira baru yang handal" Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menulis dalam blognya awal September lalu, Zaid berkata, sejak mengumumkan hasrat bertanding dalam pemilihan PKR, beliau dianggap "sudah menjadi orang yang tidak setia, pengacau dan menjual parti pada Umno", berbeza dengan keadaan ketika disambut masuk sebagai wira tahun lalu.

Malah beliau juga mendakwa, ada yang cuba mengupah penulis blog popular bagi memburukkan namanya, antaranya dengan menulis kononnya beliau akan membayar RM20,000 kepada cabang yang mencalonkannya.

Menulis dalam laman Twitter tengah hari ini, Nik Nazmi - dilihat antara pendokong Azmin - juga menulis dalam bahasa Inggeris bahawa "drama" seperti itu tidak diperlukan dalam PKR.

Sementara itu, membalas tulisan Nik Nazmi itu, Azmin (kanan) pula menyifatkannya sebagai "hujah yang mantap dari anak muda"

"Malangnya ada orang yang bankrap dan guna gutter politics (politik murahan)," balas Azmin yang juga bekas setiausaha sulit kepada Anwar.

Serangan terhadap Zaid juga dilihat sebagai reaksi terhadap kenyataannya semalam yang secara sini menyifatkan tindakan Azmin menawarkan diri bertanding dibuat dengan penuh "gaya" semalam.

Malah, Zaid - kini penyelaras Pakatan Rakyat - juga menyifatkannya sebagai 'pertunjukkan' yang mengagumkan" dan "amat mengejutkan".


MK

Pemilihan cabang PKR bermula hari ini

on

Sebahagian besar cabang PKR akan mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) bermula hari ini untuk memilih pemimpin dan mencalonkan mereka yang berkelayakan untuk bertanding di peringkat pusat.

Cabang di Kedah dan Kelantan akan memulakan AGM hari ini manakala mereka di Perak, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perlis dan Sabah akan bermesyuarat mulai esok.

NONECabang PKR di Selangor, Johor, Sarawak dan Wilayah Persekutuan pula akan bermesyuarat mulai minggu depan.

Pertandingan sengit dijangkakan di beberapa cabang yang membabitkan tokoh terkenal PKR.

Di Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka akan dicabar dalam pertandingan tiga penjuru bagi jawatan ketua Ijok, meskipun beliau adalah ADUN Ijok dan juga Menteri Besar Selangor.

Malah, Ketua PKR Selangor, Azmin Ali juga akan dicabar di cabang di Gombak yang diterajuinya. Azmin adalah juga ahli parlimen Gombak.

Di Perak, naib presiden PKR dan ketua PKR Perak, Mustafa Kamil Ayub dijangka akan menghadapi saingan sengit bagi mereka yang mengintai kerusi cabang Pasir Salak.

AGM di lebih 200 cabang diadakan di seluruh negara bermula 17 September hingga 3 Oktober depan.

pkr national congress 291108 pkr leadersSelepas pertandingan di peringkat 203 cabang berakhir, pencalonan untuk kepimpinan pusat pula akan ditutup pada 10 Oktober. Senarai calon akan dimuktamadkan dan dipamerkan pada 24 Oktober ini.

Pengundian bagi barisan kepimpinan pusat akan dijalankan pada peringkat cabang dan diadakan pada hujung minggu antara 29 Oktober hingga 21 November. Lebih 400,000 ahli layak mengundi pada pemilihan secara langsung ini.

Pengundian di Selangor, Sabah, Pulau Pinang, Perak dan Wilayah Persekutuan dijangka paling mencuri tumpuan kerana sebahagian besar ahli PKR adalah di negeri-negeri berkenaan. Selangor adalah negeri yang mempunyai paling ramai ahli dan ini diikuti oleh Sabah, Pulau Pinang dan Perak.

pkr congress agm kota baru 300510 saifuddinSetiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata di sebalik jumlah calon yang ramai menawarkan diri, beliau hanya menerima 10 aduan pada peringkat pencalonan.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan lebih banyak aduan akan diterima apabila mesyuarat cabang dan pengundian bermula.

Kongres kebangsaan PKR dijadualkan pada 27 November ini.



MK

Politik Yang Zalim, Zalim Dalam Politik

on

SELAMA ini PKR melaungkan akan bawa politik baru yang telus, adil dan demokratik. PKR sering mengecam Umno tidak telus dan tidak demokratik. Bukan sedikit pemimpin PKR dan bukan sekali mereka mengatakan demokrasi dalam Umno sudah mati. Apa yang menimpa Anwar Ibrahim 1998 dulu pun adalah berunsur kekejaman demokrasi dalam Umno. Mahathir Mohamad menggunakan kuasa vetonya untuk memecat Anwar tanpa merujuk kepada ahli akar umbi, walhasilnya Umno jadi 'kucar wak yah'

Kerana sikap itu Umno dibenci. Umno disampahkan oleh PKR. Dalam masa sama PKR mengangkat dirinya sebagai sebuah parti yang profesional, penuh demokrtatik. Sebuah parti yang turun dari dewa dan mengharapkan para ahlinya dari kalangan orang-orang kudus.

Selalunya dalam kehidupan ini manusia hanya nampak ada saja yang berada di depannya saja. Mereka dapat nampak keseluruhan muka, kerana ada cermin. Mereka nampak mata, hidung, kening, dahi dan telinga kerana ada cermin menyuluhkan kepada mereka. Lebih dari itu mereka tidak nampak kalau tidak diminta bantuan orang lain.  


Hatta tahu lalat di atas belakang pun sudah tidak nampak, kalau tanpa pertolong orang lain. Jadi kalau benda dalam diri sendiri sudah tidak nampak dan dapat rasa, misalnya najis dipunggung, apalah yang berada jauh di sana. Makinlah tidak nampak. Menuduh memang sedap sebab lidah tidak bertulang...

Dalam masa PKR sedang berdepan dengan proses pemilihan pemimpin ini PKR jadi tidak nampak diri dan lupa kepada yang mereka ucapkan sendiri. Mereka sudah mungkir janji mereka kepada rakyat selama ini. Mereka mahu jadikan PKR parti alternatif untuk rakyat. Yang adil dan terbuka. Yang membawa semangat dan roh politik baru.

Namun melihat kepada beberapa tindak tanduk dan permainan menjelang pemilihan ini sudah tidak mencerminkan apa yang dihasatkan itu. Sudah ada permainan kotor dan jijik. Sudah ada tuduh menuduh antara satu sama lain. Sudah ada elemen dengki dan khianat.

Kehadiran Zaid Ibrahim untuk bertanding timbalan presiden sudah diacah dengan berbagai kerenah yang memabukkan. Macam-macam tuduhan dan sindiran ditujukkan kepada Zaid. Kenapa? Ini sepatutnya tidak berlaku. Biarlah kalau Zaid nak bertanding, biarkan dia bertanding. Suburkanlah demokrasi dalam PKR.

Mungkin sesetengah orang akan menafikan menganggap PKR mengamalkan demokrasi tulen. Tiada apa-apa kecaman dan aktiviti memburukkan Zaid. Tetapi kalau dilihat kepada jawaban Zaid dan ulas atas tuduhan yang dilemparkan kepadanya ia menjelaskan hakikat itu. Ia sungguh menghairankan. Mungkin Zaid juga terkejut dan tidak percaya apa yang berlaku itu.

Sesiapa saja dalam PKR tidak perlu takut kepada Zaid. Beliau menyertai parti itu kerana tidak yakin kepada Umno. Beliau mahu lari dari tindakan non demokratik dalam Umno. Dia mahu melihat sejauh manakah demokrasi dalam PKR. Kalau keadaan dalam Umno sama juga dalam PKR tidak ada guna beliau bersusah payah menyertai PKR. Beliau boleh merayu dan kekal menjadi ahli Umno ataupun beliau tidak menyertai mana-mana parti politik.

Mereka yang cuba menghalang Zaid seharusnya sedar dan malu diri sendiri. Mereka kena yakin kepada diri sendiri. Kalau mereka benar-benar diterima ahli, menjadi jagohan kepada parti banyak berkorban, mereka tidak payah risau. Zaid masuk PKR hanya beberapa hari saja. Dakwat yang digunakan untuk menanda tangani borang pun masih belum kering lagi. Tidak mungkin dalam tempoh terdekat Zaid mengatasi mereka.

Orang yang takut kepada Zaid mereka yang tidak yakin diri. Mereka yang bukan berjiwa besar dan bersemangat demokrasi tulen. Tidak percaya kepada diri sendiri. Orang seperti yang sanggup menodai demokrasi untuk kepentingan diri awal-awal lagi sudah tidak layak untuk menjadi pemimpin kepada Parti Keadilan Rakyat.

Saya juga ingin nasihat Zaid sekali lagi. Kalau beliau juga tidak sedia menghadapi kerenah persis dalam Umno yang kini wujud dalam PKR, keluar sajalah. Beliau atau sesiapa saja tidak akan memperolehi keadilan mutlak, demorkasi tulen serta keihlasan dari sesiapa dalam sebuah badan bernama politik. Saya sudah katakan politik berpaksikan kepada 4C.... 4C. Kalau kamu tidak sedia menerima paksi ini, jadilah seperti saya, penulis, pemerhati dan perakam sejarah politik saja.

Zaid hendaknya jangan peduli apa yang dituduh kepadanya. Beliau juga harus menghadapi pertarungan itu dengan keyakinan dan wibawa yang belau sendiri miliki. Berada dalam politik tak ubah berada atas perahu di samudra luas dan bergelombang. Orang bukan saja setakat sanggup memfitnah membunuh pun boleh dilakukan. 



MSO

Kes Sosilawati:- Laporan Jahat Utusan Memfitnah PR

on

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini membidas akhbar milik Umno - Utusan Malaysia kerana mengheret DAP dalam laporannya berhubung pembunuhan hartawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya.


Sambil menyifatkan laporan berkenaan sebagai 'fitnah', ketua penerangan DAP itu berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seharusnya menegur tindakan akhbar tersebut dan menggesa mereka memohon maaf.
“Utusan Malaysia terus berkempen untuk memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya DAP dengan dakwaan yang tidak berasas serta sindiran dengan tujuan meracuni minda pembaca dan menyemai benih-benih kebencian perkauman,” katanya.  seterus nya...

Hantar maklumat ke laman Facebook saya jika takut buat laporan: KP Selangor

on

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan penyelewengan anggota polis di negeri itu tetapi tidak berani membuat laporan boleh menyalurkan maklumat berkenaan ke laman Facebooknya.

Khalid berkata, orang ramai mungkin takut diancam atau diugut jika laporan yang dibuat diketahui oleh anggota yang menyeleweng tetapi ini tidak akan berlaku jika ianya disalurkan terus kepada beliau.

"Orang ramai tidak perlu takut melaporkan sebarang penyelewengan anggota polis kepada pihak berkuasa...kalau tak berani, terus berhubung dengan saya.

"Bagaimana sesuatu penyelewengan itu hendak disiasat jika tiada sebarang laporan dibuat dan jika benar ada penyelewengan berlaku kenapa takut untuk membuat laporan?," katanya.

Khalid diminta mengulas dakwaan terdapat anggota polis telah "dibeli" (dirasuah) oleh suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain bagi menutup kegiatan jahatnya.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List