Suspek Kes Sosilawati Dakwa Ditumbuk, Mahu Buat Aduan Esok.....???

on Sep 24, 2010



KUALA LUMPUR 23 SEPT: Suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, mendakwa polis menumbuk, menendang dan memaksa menandatangani dokumen tanpa kerelaan.

Tiga peguam yang mewakili suspek dan adiknya, kedua-duanya juga peguam berjaya menemui klien mereka untuk pertama kali di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur  Khamis lalu.

Mereka sampai pada jam 3 petang ditemani isteri suspek yang mendapat kebenaran bertemu suami mereka.

Peguam DP Vijandran dan Ravi Nekoo memberitahu media, suspek berusia 41 tahun itu mendakwa dikasari polis selepas mereka bertemu selama 30 minit.

"Suspek mendakwa dipukul dengan getah paip, ditumbuk di muka dan ditendang sehingga memudaratkan tulang belakang," kata Vijandran, menambah suspek belum menerima bantuan perubatan berikutan kecederaannya.

Suspek utama itu juga mendakwa dipaksa menandatangani dokumen tanpa kerelaannya.

Vijandran berkata, mereka akan membuat laporan polis mengenai hal itu esok.

"Klien saya mendakwa mereka tidak terlibat langsung (dengan pembunuhan itu) mereka disiasat dan tidak bersalah.

"Bagaimanapun, mereka bersedia memberi sepenuh kerjasama kepada polis tetapi berharap dilayan dengan lebih adil pada masa yang sama," kata Vijandran.

Sementara itu, isteri suspek menemui suami mereka selama 10 minit dalam pengawasan ketat pihak polis.

"Mereka tidak dibenarkan dekat dengan satu sama lain. Isteri-isteri mereka amat tenang sepanjang pertemuan," tambahnya.

Sosilawati, 47, tiga yang lain  — peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, Pegawai CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, and pemandu Kamarudin Shansudin, 44, dilaporkan hilang 30 Ogos lalu.

Mayat mereka kemudian ditemui di Ladang Gadong berhampiran Banting.

Lapan suspek ditahan termasuk peguam dua beradik tersebut.

NI BARU BETUL NYANYUK BUKAN NYANYU.........???

on



Siapa tarik biasiswa anak melayu? Siapa sekat bantuan sekolah agama orang melayu? siapa rampas kuasa raja melayu? Siapa yang kata orang melayu tak perlu tongkat lagi..siapa...siapa.. dan eribu lagi siapa yang boleh ditanya pada nyanyuk tua ni... tiba tiba dia plak yang kata.........   anak sengat........   kompom melayu mudah lupa dia ni. Patut dah senja merangkak malam tak usah ckp pasal politik lagi. Tutup buku politik bukak buku ibadat pulak. Cakap pasal islam cukup le punya pandai. Cukup cukup le pasal politik. Duduk rumah diam diam jaga mak siti tu............




KUALA LUMPUR, 23 Sept – Sambil berkata beliau bukannya rasis, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi, orang Melayu akan kehilangan kuasa jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pEmerintahan negara ini.
Bekas perdana menteri mendakwa apa yang dinyatakan itu bukan satu igauan tetapi telah menjadi kenyataan kerana perkara itu sudah pun berlaku di negeri diterajui PR walaupun ketua pentadbiran di negeri itu di ketuai orang Melayu.

Sebelum ini Dr Mahathir (gambar) pernah mengatakan bahawa orang Melayu akan menjadi kaum minoriti dari segi politik jika PR berkuasa.

Melahirkan pandangannya kepada Umno Online hari ini, bekas presiden Umno ini merujuk kepada bekas menteri besar Perak Datuk Ser Ir Mohd Nizar Jamaluddin selepas pilihan raya umum ke-12.
“Kita lihat Nizar di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan dari DAP sehingga dia jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN (Barisan Nasional) menjatuhkan kerajaan Cina.
“Jadi mereka panggil kerajaan Cina, tak mungkin kita juga akan dapat perdana menteri yang semacam Nizar, namanya Melayu, agama Islam tetapi dia bukan sebenarnya bebas, dia adalah alat pada orang lain dan ini boleh berlaku,” katanya.

Dr Mahathir berkata walaupun Nizar itu mewakili PAS yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi mereka sebenarnya menggunakan Islam sebagai alat untuk mendapat sokongan.
Menurutnya, menjadi Perdana Menteri negara ini tidak tertakluk kepada orang Melayu atau mereka yang beragama Islam, jawatan berkenaan terbuka kepada sesiapa sahaja, yang utama ialah mendapat sokongan di parlimen.

“Tidak ada sekatan dalam undang-undang negara, dalam kita punya perlembagaan tiada yang menghalang orang Cina atau India jadi perdana menteri, apa yang perlu sokongan dari majoriti, kalau majoriti dah setuju, kita tak boleh buat apa-apa,” katanya.

Dr Mahathir berkata, apa yang dilakukan oleh PKR bukan untuk memperjuangkan orang Melayu tetapi lebih kepada untuk merealisasikan cita-cita peribadi seseorang pemimpin mereka untuk menjadi perdana menteri.

“Malangnya Umno telah gugur orang ini, dalam perasaan marah peluang dia sudah terputus, dia tubuh parti lain, perjuangannya hanya satu sahaja bukannya untuk bangsa, agama dan negara tapi untuk jadi perdana menteri.

“Trend itu tidak lagi menjadi tumpuan, tetapi kepada apa saya dapat, apa kau dapat, lebih kepada peribadi, itunya terbentuk keadilan, keadilan itu nama sahaja. Tubuh Keadilan (PKR) seolah-olah negara ini tidak ada keadilan,” katanya.

Beliau mengingatkan supaya tidak terpedaya dengan apa yang dilakukan oleh PR, mereka itu hanya untuk mengejar cita-cita menjatuhkan BN dari tampuk pemerintahan negara.

Menurutnya apa yang diperkatakan itu bukannya bersifat perkauman, tetapi kepada kestabilan, sedangkan DAP sering membangkit pelbagai perkara berunsur perkauman sejak dahulu lagi.

Angan-angan kebebasan akhbar.....???

on

Saya merasa terpanggil untuk menulis artikel ini setelah terbaca salah satu ulasan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz dalam percakaran beliau dengan Awang Selamat dari Utusan Malaysia yang dalam persoalan siapa bos mereka, sama ada Perdana Menteri, Pengerusi Barisan Nasional (BN), bekas Perdana Menteri, Ketua Pembangkang dan sebagainya.
Saya amat tertarik dengan "rahsia terbuka" yang diperkatakan oleh Nazri mengenai Utusan Malaysia milik UMNO dan The Star milik MCA yang sepatutnya memperjuangkan agenda dan propaganda parti-parti yang memiliki akhbar-akhbar arus perdana ini tanpa perlu menyebut lidah rasmi parti-parti politik lain seperti Suara Keadilan milik PKR, Harakah milik PAS mahupun Roket oleh DAP yang menjadi alat propaganda parti masing-masing.

Saban hari, dalam membicarakan mengenai kebebasan akhbar, kita sering mendengar pelbagai pihak terutama Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Malaysia yang tidak dapat tidak menyentuh mengenai Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang digesa agar dipinda, supaya penerbit tidak perlu lagi memohon lesen penerbitan akhbar dan majalah bagi memberi lebih ruang dan keterbukaan dalam penerbitan akhbar arus perdana.
Dalam semangat untuk terus berjuang ke arah kebebasan media yang lebih terbuka dan seimbang, selain asyik mengeluarkan kenyataan berkenaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, saya merasakan keperluan untuk kita melihat asas permasalahan yang sering diperdebatkan oleh banyak pihak terutama di kalangan pemimpin pembangkang yang mahukan lebih keterbukaan dalam erti kata turut menyiarkan berita-berita positif atau penjelasan dari mereka, bukan sekadar berita negatif sahaja.

BN pula pada masa yang sama menggunakan akhbar-akhbar arus perdana milik UMNO, MCA dan MIC untuk menerangkan agenda negara dan politik, merasionalkan segala tindakan yang diambil selain pada setiap masa cuba untuk memainkan isu-isu semasa bagi melemahkan lawan mereka.

Selain akta, soal pemilikan media...

Untuk bersikap realistik dalam soal kebebasan media di negara ini, kita perlu menjenguk kepada aspek terpenting kalau bukan utama mengenai pemilikan akhbar-akhbar arus perdana oleh parti-parti politik, seperti UMNO memiliki Utusan Melayu (M) Berhad dan Kumpulan NSTP, MCA pula menguasai The Star manakala MIC menguasai saham dalam syarikat yang menaungi akhbar Tamil Nesan.
Justeru, untuk merealisasikan impian kalau bukan angan-angan untuk melihat kebebasan media yang lebih seimbang, terbuka, bukan berteraskan perkauman dan mendapat perhatian oleh kebanyakan rakyat "atas pagar", kita harus cuba untuk memujuk semua parti komponen BN untuk melepaskan pegangan dalam semua akhbar-akhbar arus perdana.

Urusan penjualan tersebut menjadi lebih mudah kerana kebanyakan syarikat-syarikat penerbit akhbar arus perdana disenaraikan di Bursa Malaysia dan aktiviti penjualan dan pembelian saham boleh dilakukan pada bila-bila masa mengikut segala prosedur dan langkah-langkah tertentu oleh Bursa Malaysia.

Untuk membolehkan rakyat Malaysia terus mendapat maklumat terkini mengenai perikatan itu, BN boleh menerbitkan akhbar sebagai lidah rasmi parti itu seperti yang dilakukan oleh PKR, PAS dan DAP selama ini dan dijual kepada ahli-ahli sahaja dengan pelaksanaan penguatkuasaan yang cukup baik ke atas semua akhbar parti-parti politik tempatan bagi memastikan hanya ahli-ahli sahaja dapat melanggannya dan bukan terbuka untuk belian oleh sesiapa sahaja seperti akhbar-akhbar arus perdana.

Mogok pada tahun 1961
Dalam saranan penuh realistik ini, adalah baiknya juga jika kita mengimbau kisah mogokUtusan Melayu tahun 1961 yang dikepalai oleh Said Zahari (gambar kanan) yang secara jelas menunjukkan masyarakat negara ini terutama Melayu juga tidak mahu akhbar keramat yang lahir dari derma petani dan pesawah dan sumbangan gelang emas untuk digadai semata-mata demi meniupkan semangat kebangsaan menentang penjajah itu dikuasai oleh mana-mana parti politik.

Mogok selama berminggu-minggu itu jelas menunjukkan bahawa campur tangan parti politik dalam mana-mana akhbar arus perdana sememangnya tidak disukai oleh golongan wartawan sendiri sejak tahun 1960-an apatah lagi masyarakat luar yang menuntut keseimbangan dan keterbukaan dalam aspek pemberitaan dalam hal-ehwal negara terutama berkaitan politik dan ekonomi serta hak asasi sejagat.

Pada masa yang sama, saya juga berharap Pakatan Rakyat yang kini sedang ghairah untuk memacu ke Putrajaya agar tidak menyimpan hasrat untuk menguasai mana-mana akhbar arus perdana sekiranya rezeki berpihak ke sebelah anda pada pilihanraya umum ke-13 atau 14, manakala BN yang menjadi pemerintah semasa disarankan untuk membebaskan semua akhbar arus perdana kerana tidak lagi menjadi medium tunggal untuk mendapatkan berita.

Sebagai kesimpulannya, saya berpendapat bahawa bos akhbar-akhbar arus perdana ialah rakyat Malaysia kerana mereka membeli bukan untuk mendengar propaganda politik, tetapi untuk mendapatkan berita mutakhir perkembangan politik semasa, hiburan, luar negara, sukan dan sebagainya dalam corak penulisan berimbang, telus, terbuka dan sahih.  Hanya kuasa rakyat yang berhak untuk menentukan jatuh bangunnya sesebuah akhbar.

*Amran Ahmad ialah bekas Pengerusi NUJ Utusan Melayu.

Suami mithali.....???

on


KUANTAN - “Beginilah keadaan isteri saya sejak sembilan tahun yang lalu, tidak bergerak-gerak malah langsung tidak berikan tindak balas,” kata bekas tentera, Salleh Daud, 54, suami kepada Rusminah Mahusin, 50, yang masih tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) membuang ketumbuhan dalam otak pada 14 Disember 2001. 

Salleh berkata, ketika kejadian, bahagian kiri badan isterinya lumpuh manakala bahagian kanan masih boleh bergerak sebelum Rusminah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk menerima rawatan. 

Bagaimanapun, Rusminah kemudian terpaksa dipindahkan ke HKL untuk pemeriksaan lanjut sebelum doktor mengesan terdapat ketumbuhan dalam otak sebesar dua sentimeter menyebabkannya terpaksa menjalani pembedahan. 

Menceritakan semula, Salleh berkata, selepas selesai menjalani pembedahan, keadaan isterinya tidak ubah seperti `mayat hidup’ apabila masih tidak sedarkan diri serta mampu bergerak dengan bebas. 

Menurutnya, berikutan itu, dia terpaksa bekerja lebih gigih demi menyara kos kehidupan isterinya yang memerlukan lampin pakai buang setiap bulan, susu selain menanggung anak bongsunya, Mohd Farish Aiman, 10. 

Salleh yang berasal dari Kelantan dan tinggal di Felda Panching Utara, di sini, berkata, waktu siang dia terpaksa bergelar `ibu’ untuk menyiapkan Mohd Farish ke sekolah manakala waktu malam dia bertugas pula di Sekolah Integrasi Indera Mahkota di sini sebagai pengawal keselamatan. 

”Begitulah kehidupan saya selama sembilan tahun untuk menguruskan rumah tangga tetapi saya tidak pernah merungut kerana saya sayangkan keluarga biarpun terpaksa menempuh kehidupan yang amat menyeksakan. 

”Sudah berpuluh-puluh khidmat pengamal perubatan tradisional digunakan demi memulihkan keadaan isteri tersayang namun sehingga kini masih gagal,” katanya. 

Perkahwinan Salleh dan Rusminah yang hampir mencecah 23 tahun dikurniakan empat cahaya mata yang berumur antara 10 hingga 21 tahun dan kesemua mereka masih belajar lagi. 

Salleh yang pernah berkhidmat dengan Tentera Darat Malaysia, berkata Rusminah mendapat bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi wang itu digunakan untuk membeli lampin pakai buang serta empat tin susu dalam tempoh sebulan. 

”Saya reda dan akan setia menjaga isteri sampai akhir hayat. Saya terlalu sayangkannya kerana dia (isteri) seorang yang baik serta bertanggungjawab dalam hal menguruskan rumah tangga dan anak-anak sepanjang dia sihat,walau apa pun terjadi kepadanya selepas ini saya pasrah,” katanya.

Timbang bonus penjawat awam....???

on


SEREMBAN - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan menimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam pada pembentangan bajet bulan depan. 

Presidennya Omar Osman berkata Cuepacs sudah menghantar permohonan mengenai perkara itu kepada kerajaan. 

“Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut. Kita mohon dua bulan bonus, namun jika tidak boleh dua bulan, sekurang-kurangnya sebulan. 

“Bagaimanapun, ia terserah kepada kebijaksanaan dan kemampuan kerajaan. Kita berharap pemberian bonus ini dapat dipertimbangkan memandangkan keadaan ekonomi negara yang semakin meyakinkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Aidilfitri bersama pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Negeri Sembilan, di sini, semalam. 

Menurutnya, pemberian bonus itu sudah pasti dapat meringankan beban tanggungan dan menyuntik semangat baru kepada 1.2 juta penjawat awam di seluruh negara. 

“Penjawat awam merupakan tulang belakang kerajaan...jika mereka ceria maka cerialah kerajaan. Saya harap tidak ada pihak yang mempertikaikan pemberian bonus kepada penjawat awam ini kerana jika tidak Cuepacs tidak memperjuangkan, siapa lagi. 

“Selain bonus, Cuepacs dipertanggungjawabkan memperjuangkan kebajikan penjawat awam termasuk masalah gaji, elaun, insentif, perubatan, lanjutan umur persaraan dan sebagainya,” katanya. 

Mengenai isu berlainan, Omar turut meminta kerajaan supaya segera serapkan 14,500 warga Kemas yang berkhidmat secara kontrak ke jawatan tetap memandangkan perkara itu telah lama tertangguh. 

“Perkara ini telah lama dibawa ke pengetahuan kerajaan, namun sehingga kini masih belum dapat jawapan. Oleh itu, kita harap kerajaan dapat mengatasi perkara ini dengan segera, kalau boleh dalam tahun ini juga,” katanya.


SH

Maizawati Dakwa Waheeda & Akhil Halang Jumpa Anak......???

on




PETALING JAYA: Bekas isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal atau Maiza mendakwa tidak berpeluang bertemu anak-anaknya selepas dia mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Yassin Rahim,23, pada 9 Ogos lalu.
Maizawati berkata sebagai seorang ibu dia amat sedih kerana tidak dapat bertemu dua orang anaknya iaitu Siti Nur Maisarah, 13, dan Mohd Sharis, 12, selain beranggapan anak-anaknya itu sudah diracun fikiran supaya membencinya.
Siti Nur Maisarah dan Mohd Sharis diserahkan kepada Akhil selepas penyanyi itu mendirikan rumahtangga dengan Waheeda pada 17 Ogos 2009.
Empat orang lagi anak Akhil dan Maizawati iaitu Diana Sofea, 17, Daniel Arif, 16, mohd shakir, 9, dan Mohd Syathiri,4, berada di bawah jagaan Maizawati.
Maiza mendakwa Waheeda dan Akhil tidak menggalakkan dua anaknya itu untuk berjumpanya dengan memberikan alasan kedua anak-anaknya itu perlu menumpukan perhatian terhadap pelajaran.
"Waheeda dan Akhill sudah tukar nombor telefon dan hanya nombor abang kepada Akhill sahaja yang saya ada dan dia yang menjadi orang tengah diantara kami.
"Saya hanya diberi kebenaran untuk berjumpa dengan anak-anak jika mereka balik kampung di Gopeng, Perak.
Akhil dan Waheeda dikatakan menyekat perhubungan antara Maiza dan dua orang anaknya.
"Nak ikutkan, hati ibu mana yang tak sedih bila sudah lama tidak melihat anak-anak. Saya tak kisah Akhill dan Waheeda mahu memberikan pelajaran yang terbaik buat anak-anak saya tapi jangan putuskan hubungan saya dan anak-anak," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.
Kata Maiza, kadang-kala dia teringin untuk membawa anak-anaknya itu keluar berisar.
Malah selama dua kali menyambut Hari Raya, Maiza tidak berpeluang beraya bersama mereka.
"Saya Akhil dah ada keluarga masing-masing, kenapa perlu buat begini kepada saya?
"Setahu saya, sebelum ini, Akhil tidak ada apa-apa masalah dengan saya cuma perempuan itu (Waheeda) yang bermasalah dengan saya," ujarnya.
Maiza memberi amaran, dia akan bertindak dengan pelbagai cara jika Waheeda melakukan sesuatu di luar batasan terhadap anak-anaknya.
"Dia mula nak membentuk macam-macam perkara terhadap anak-anak saya, itu yang saya tak puas hati.
"Saya tak pernah pun kacau hidup dia, kenapa perlu dia burukkan saya kepada anak-anak? Itu sudah melampau.
"Kadang-kala saya bertanya sendirian, apa gunanya dia bertudung jika berpelakuan begitu? Sepatutnya, sebagai saudara sesama Islam, kita perlu berbaik antara satu sama lain," tegasnya.
myStar

Zahida Rafik Perjelas Kahwin Ahli Politik

on




RASANYA bukan sekali dua pelakon cantik Zahida Rafik (gambar) dikatakan telah berkahwin dengan VIP.
Yang terbaru, pelakon ini mengejutkan industri hiburan tempatan apabila dikatakan sudah berkahwin dengan seorang ahli politik bergelar Datuk Seri.
Desas-desus itu sudah kedengaran sejak sekian lama tetapi tiada pihak yang mahu mengesahkannya.
Menurut laporan sebuah blog hiburan, Zahida dan ahli politik itu dikatakan telah melangsungkan pernikahan mereka di London sebelum bulan Ramadan lalu. Majlis tersebut dilakukan secara tertutup.
Lebih mengejutkan apabila ada akhbar yang mengeluarkan dakwaan tersebut tanpa mengesahkan cerita itu terlebih dahulu.
“Saya tak kahwin pun dan masih tinggal dengan ibu bapa saya. Saya juga masih single and available.
“Saya memang tahu tentang penyebaran gosip itu di Internet tetapi saya hanya diamkan sahaja kerana bimbang nanti orang ingat saya sengaja hendak menggembar-gemburkan cerita itu. Pada hal gosip itu langsung tak betul.
“Saya nak tahu daripada mana sumber tersebut mendapat gosip itu kerana ia menyusahkan saya. Selepas ia tersebar, ramai kawan yang mengucapkan tahniah,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Khamis.
Justeru, bagi menghalang lebih banyak gosip liar yang dirasakan melampau itu, pelakon yang berdarah kacukan Melayu-Pakistan ini tidak menolak untuk mengambil tindakan selepas ini jika cerita yang tidak betul itu tersebar lagi.
Dalam perkembangan lain, pelakon filem Mami Jarum dan Anak Mami The Movie itu belum mampu mengisi masanya untuk kembali ke pentas lakonan kerana sibuk dengan program amal.
“Sekarang saya sedang sibuk dengan majlis rumah terbuka dan majlis amal sehingga tidak mengizinkan saya untuk berlakon.
"Apabila ada tawaran pula, tiba-tiba timbul masalah lain. Jika ada tawaran lain suatu hari nanti, saya akan cuba menerimanya.
“Saya rindu nak berlakon semula selepas dua tahun tak berlakon,” beritahunya.
myStar

Cepat Betul Dia Orang Siasat.......??? Pasal Pembangkang ke......???

on

Derma RM4 bilion: I'Da World Disiasat SSM


PETALING JAYA: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah memulakan siasatan awal terhadap syarikat I'Da World Group Sdn Bhd yang mendakwa menyumbang RM4 bilion kepada Kerajaan Pas Kelantan untuk membangunkan negeri itu.
Pengarah Kanan Penguatkuasaan SSM, Muhd. Redzuan Abdullah ketika dihubungi mStar Online pada Khamis berkata, pihaknya sedang menyiasat kewujudan syarikat tersebut melalui data suruhanjaya itu.
Bagaimanapun, menurutnya siasatan masih belum menjurus kepada sebarang keraguaan yang membolehkan pihaknya meneruskan siasatan lanjut.
"Setakat ini kita hanya menyiasat daripada data-data yang terdapat di SSM. Kita baru menyiasat butiran mengenai syarikat itu. Setakat ini tiada sebarang keraguaan yang timbul mengenai syarikat itu.
"Jika mempunyai asas yang cukup kita pasti akan mengambil tindakan," katanya.
Dalam pada itu, Riduan berkata pihaknya akan terus memantau dari semasa ke semasa mengenai perkembangan syarikat itu dan setakat ini tiada pihak tampil membuat aduan mengenai syarikat tersebut.
Sementara itu, difahamkan dua pegawai daripada SSM mengunjungi pejabat I'Da World yang terletak di Kelana Jaya bagi memeriksa status syarikat berkenaan dan pegawai berkenaan dilihat turut mengambil gambar di pejabat tersebut hari ini.
Ahad lalu, I’Da World mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan sumbangan RM4 bilion kepada Pas Kelantan pada majlis makan malamnya yang diadakan di sebuah hotel.
Replika cek berkenaan disampaikan oleh pengerusi eksekutif syarikat terbabit, Abdul Rahim Abdul Wahab kepada Nik Din yang juga adik kepada Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat.
Nik Aziz bagaimanapun dalam kenyataannya memberitahu beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu serta tidak mempunyai kaitan dengan syarikat berkenaan dan beliau telah menyenaraihitamkan syarikat tersebut.
myStar

Zaid Patut Jadi Hero Negara Bukan Champion Dalam Parti...???

on

APABILA Zaid Ibrahim membuat keputusan untuk tidak merayu kepada Umno atas pemecatannya dan selepas itu mengumumkan kemasukannya ke dalam PKR banyak orang merasa gembira dan bertuah. Kedatangan Zaid ke dalam PKR dikira akan menyemarakkan lagi perjuangan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan BN. Apa yang diharap, pengalaman jahat, provokasi, politik wang, rasuah di dalam Umno yang dilalui dan dialami Zaid akan digunakan untuk menempelak BN seluruhnya. Zaid akan menjadi senjata ampuh untuk membunuh Umno


Selain itu orang melihat langkah Zaid bersama pembangkang dan meninggalkan kedudukan lumayan sebagai menteri satu tindakan berani beliau dan menggambarkan beliau seorang pejuang tulen. Orang yang ingin melihat keadilan, kebenaran dan benci kepada penyelewengan dan salah guna kuasa yang diratah UBN selama ini. Orang sudah benci!

Tanpa mempersoalkan bagaiman atau kronologi beliau melepaskan jawatan menteri dan dipecat dari parti, orang di luar khasnya penyokong Pakatan Rakyat mengangkat Zaid sebagai seorang berprinsip, berani, telus, tidak mementingkan diri dan kedudukan. Beliau mulai dilihat atau diletakkan bakal menjadi hero baru pembangkang. Beliau diharap menjadi wira membela rakyat tertindas. Itulah ilusi umum.

Memang Pakatan Rakyat terutamanya PKR memerlukan orang seperti Zaid. Apa lagi PKR telah kehilangan beberapa jagohan termasuk jagohan kampung yang perut leper dan tetapi pelahap. Kekosongan yang ditinggalkan mereka itu dikira akan dipenuhi oleh Zaid. Hati penyokong PKR dan Pakatan Rakyat dikira terubat dengan kehadiran Zaid.

Zaid memang diterima dengan seadanya dan sesuai dengan profesionalisme dimilikinya. Dia diletakkan terus ke dalam saf kepimpinan tertinggi PKR. Beliau menjadi ahli Biro Politik, biro tertinggi dalam membuat dasar dan menentukan hala tuju parti. Beliau dilayan sama tinggi dan sestatus timbalan presiden dan naib-naib presiden.

Tidak cukup itu, dan atas kepercayaan kehebatan serta wibawa beliau juga beliau diberi tugas untuk menguruskan Pakatan Rakyat sebagai penyelaras. Ini tugas besar sebenarnya di mana beliau seolah bertindak menjadi Setiausaha Agung kepada Pakatan Rakyat. Sudah pasti sekiranya Pakatan Rakyat menjadi sebuah komponen sah beliaulah menjadi Setiausaha Agungnya.

Kemajuan terus dicapai oleh beliau apabila diberi kepercayaan untuk menghadapi calon BN dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor. Kepercayaan PKR kepada beliau satu penghormatan yang memerlukan pengorbanan bukan kecil. PKR terpaksa berkorban dan turut sama kehilangan beberapa ahli jagohan kampung (perut leper dan pelahap) apabila beliau diberi kepercayaan. Hakikat ini patut disedari Zaid dan hendaklah dijadikan bahan renungan jiwa buatnya.

Iya tidak terhenti di situ saja. Bintang dan tanggungjawab beliau semakin bertambah, terbaru beliau dilantik pula menjadi Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Lebih ironisnya beliau mengambil tempat Mohamad Azmin Ali.

Sebenarnya dengan kedudukan itu semua sudah cukup untuk Zaid menunjukkan bakat, komitmen dan melakukan sesuatu kepada PKR dan Pakatan Rakyat dalam usaha gagasan untuk memerintah Malaysia. Zaid seharusnya tidak perlu sibuk dengan hal-hal yang akhirnya menyerlahkan beliau sebagai tamak ataupun inginkan kepada kuasa lebih besar dalam waktu terdekat yang mana menatijahkan perbalahsan sesama sendiri.

Beliau boleh menjadi hero dengan jawatan itu semua. Misalnya beliau harus mencari ikhtiar bagaimana kedudukan Pakatan Rakyat kemas, mantap dan kuat. Tugas menyelaras bukan saja setakat untuk memastikan ROS meluluskan pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai parti politik. Kita dianggap bijak kalau kita boleh menyelaras, menyusun dan memperkuatkan ikatan parti-parti Pakatan Rakyat tanpa ianya dilulus sebagai sebuah parti. Di sinilah orang akan menilai kerja dan kebolehan kita.

Agak malangnya, tugas-tugas dan harapan diberikan kepada Zaid itu sedikit terbengkalai apabila beliau kini berkucah dalam pergolakan untuk menjadi Timbalan Presiden PKR. Beliau nampak lebih menumpukan kepada agenda diri sendiri daripada agenda parti. Beliau banyak berusaha menjadi champion dalam parti bukannya hero dalam negara. Bukan tidak boleh beliau bertanding, dengan nilai dan wibawanya beliau layak. Tetapi untuk apa? Zaid harus bertanya diri sendiri dulu sedalam-dalamnya untuk mengambil keputusan itu. Itu sepatutnya.

Saya nampak alasan yang diberikan untuk mengembalikan kuasa presiden adalah semata-mata alasan setelah alasan lebih besar tidak ada. Apakah Zaid mengira selama ini Wan Azizah Wan Ismail gagal mengemudikan parti secara berkesan kerana beliau dihalang atau kuasanya dirogol? Dan ikhlas saya tanya, apakah Zaid mempercayai seorang wanita seperti Azizah mampu untuk mengemudi bahtra sebesar PKR yang menjadi tunggak kepada Pakatan Rakyat kalaupun Azizah diserahkan tanggungjawab itu sepenuhnya?

Zaid juga tahu selama ini Azizah hanyalah lambang kepada presiden sebenar. Sebagai simbol juga Azizah tidak mungkin dapat atau berkuasa melakukan lebih dari itu.

Rasanya Zaid sendiri tidak percaya dan tahu sejauh mana kemampuan Azizah. Selain itu beliau juga tahu bahawa kuasa Wan Azizah sebagai presiden siapa yang memakan dan memamahnya. Bukankah Anwar? Jadi kalau Anwar yang memakan dan memamahnya, kenapa Zaid harus bingkas memeprsoalkan kedudukan Azizah terhalang. Makanya itu cuma alasan semata.

Kalau begitu kenapa Zaid tidak saja bertanding jawatan presiden? Kenapa timbalan presiden?

Dalam satu hal saya tidak senang dengan sikap Azmin terhadap semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor. Pada saya Azmin jelas mensebotaj Zaid dan salah satu faktor kekalahan Zaid ialah bila Azmin tidak berperanan sepatutnya dan melumpuhkan sebahagian jentera pilihan PKR. Azmin perlakukan begitu kerana bimbang dengan Zaid. Kemenangan Zaid di Hulu Selangor boleh mengancam periok politiknya dalam PKR. Makanya beliau kena usaha kalahkan Zaid dalam tidur.

Tetapi itu bukan alsan besar untuk Zaid membenci Azmin dan menjadikan pertandingan merebut jawatan timbalan presiden satu peluang terbaik buatnya. Beliau harus melalui pertandingan ini dengan tenang tanpa menimbulkan kerosakan kepada parti. Beliau harus menumpukan kepada Azmin saja disamping mendedahkan apakah misi dan visi beliau. Zaid sepatutnya meletakkan kepentingan parti lebih daripada kepentingan untuk menjatuhkan Azmin.

Beliau tidak boleh menjadi 'bas ekspress' dalam PKR. Beliau harus menjadi bas henti-henti terlebih dahulu. Beliau tidak perlu bertanding jawatan timbalan presiden, apa lagi atas alasan peribadi kerana tidak senang dengan Azmin. Beliau boleh menyokong mana-mana calon lain kalaupun beliau tidak setuju dengan Azmin dan bukan terus memandu bas ekspres - bertanding jawatan itu. Bila beliau bersikap memandu bas ekspress orang akan nampak yang beliau ingin lekas sampai!

Pun begitu, tidak menjadi masalah. PKR mengamalkan demokrasi tulen (kononnya). Zaid boleh bertanding dan sesiapa saja boleh bertanding. Tetapi dalam kempen janganlah terkeluar kata nesta, andaian dan provokasi yang boleh merosakkan parti ianya tidak baik. Kenapa harus emosi sangat. Hadapilah pertandingan sebagai satu ruang yang halal dan hadapi dengan sikap kekeluargaan. Misalnya membaitkan orang lain sebagai alat kempen adalah tidak bagus. Kritikan terbuka Zaid kepada Syed Husin Ali sesuatu yang mendukacitakan.

Saya mencatatkan ini kerana ada bahasa dan lenggok Zaid yang pada saya tidak elok kepada PKR. Ketegasan dan ketelusan Zaid dalam mempertahankan prinsipnya ada kalanya tidak tepat dan ini memberi masalah kepada PKR sendiri. Sesuatu yang selama ini orang tidak tahu, kini ia sudah terbuka dan terbahar bila Zaid menghuraikannya dalam mempertahakan tindakannya. Zaid juga tidak boleh merasakan tindakannya bersama PKR satu pengorbanan besar yang tak mungkin dilakukan orang lain. Beliau harus ingat beliau bersama PKR sesudah penyokong dan pemimpin PKR lain telah menyeberang sungai darah dan airmata.

Justeru diseru kepda Zaid agar tenang menghadapi pertandingan merebut jawatan timbalan presiden ini. Serahkan kepada ahli tanpa banyak provokasi dan muslihat. Tirulah sifat dan sikap seorang lagi calon, Mustapa Kamil Ayub yang diam dan tidak berbuat sesuatu yang boleh memberi imej buruk kepada parti. Bersikap sedarhana dan bersifat tasamuh itu lebih baik ia dari agresif dan penuh emosi.

Jika ini tidak dikawal dan berlebihan kemungkinan apa yang saya bimbangi sebelum ini akan jadi kenyataan. Sesungguhnya parti PKR itu sudah terlalu penat dan letih untuk berdepan dengan satu lagi perpercahan. Apa lagi Anwar sendiri juga sudah tidak daya untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Kekadang kesian melihat Anwar dalam dia bergelut dengan masalah dirinya sendiri, (kes mahkamah) beliau juga kena tangani masalah parti bukan saja dalam PKR adakalanya masalah membabitkan Pas dan DAP.

Sebenarnya kalau semua orang sayangkan parti dan sayangkan Anwar jangan cipta masalah tetapi cubalah hindarkan masalah dari timbul. Zaid dan Azmin adalah aset besar untuk Anwar dan PKR.



Jet eksekutif yang selalu digunakan bawa pembesar negara terbabas

on



Sebuah jet eksekutif jenis Falkon 900 M 37-0 milik Tentera Udara di Raja Malaysia (TUDM) dipercayai dipandu dua juruterbang TUDM terbabas ke dalam kawasan lapang, lapangan terbang sewaktu mendarat cemas pagi tadi.

Ia berlaku ekoran tayar belakang sebelah kiri pesawat terbabit meletup.

(Gambar: Jet yang selalu digunakan pembesar negara terbabas di Kuala Terengganu)

Asistant Commisioner Zamri Shamsuddin, Ketua polis Daerah Kuala Teregganu yang dihubungi mengesahkan pesawat milik TUDM itu yang selalu digunakan untuk penerbangan khas membawa para pembesar negara.

Tidak diketahui apakah ia dijadualkan akan membawa mana-mana pemimpin negara atau negeri dalam penerbangan dari Kuala Terengganu selepas itu.

Dalam kejadian cemas 10.45 pagi tadi itu, jet yang terbang dari Lapangan Terbang Subang ke lapangan Terbang Sultan Mahmood adalah untuk penerbangan latihan dipercayai terbabas dikawasan lapang sewaktu mendarat dari arah barat balai bomba dan penyelamat.

Kedua-dua juruterbang dan tiga anggota TUDM yang menaiki jet berkenaan tidak mengalami apa-apa kecederaan. Mereka adalah Mejar Haris Hassan, Mejar Hassan Bakri Tajul Ariffin, Kapten Farah Diba Ahmad Roslan, Kapten Tengku Syed Mahmmod Tengku Amin, PN Rozainor Mat Zin.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Lapangan terbang Sultan Mahmood, Ahmad Ramli Mahmood yang ditemui menjelaskan, jet berkenaan tidak mengalami kerosakan besar berjaya ditarik keluar jam 12.55 tengahari tadi mengunakan enjin pesawat tersebut, selepas usaha menarik mengunakan kren gagal.

Waktu Operasi lapangan terbang yang terpaksa dihentikan selama 2 jam lebih itu beroperasi sediakala jam 1 petang tadi. -HRKH

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List