Gambar Orang Yang Mendakwa Diliwat Anwar.....Comot Je Aku Pun Tak Selera..........???

on Oct 6, 2010



Jam 2.00 petang, bertempat di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Klang, seorang pegawai khas Pakatan Rakyat dan Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim telah membuat laporan polis yang beliau turut menjadi mangsa liwat Anwar Ibrahim. Mangsa liwat tersebut adalah Rahimi Osman. Beliau dijangka akan membuat press conference di Lotus PJ pada jam 4.00 petang ini. Anwar Ibrahim yang kini berada di Rome, Itali bagi menghadiri International Meetings of Prayers for Peace di Church of Sant’Egidio. Serangan demi serangan mereka lancarkan terhadap Anwar Ibrahim serta parti KEADILAN !

Inilah satu bukti bahawa Anwar Ibrahim tidak akan dilepaskan daripada meringkuk ke penjara Sg Buluh !!

Siap sedialah untuk bangkit menentang kebathilan !!!

Maklumat yang saya terima mengatakan, Rahimi Osman adalah ex staff pejabat DSAI yg jadi saksi pembelaan dalam kes fitnah 2. Rahimi ada buat akuan bersumpah tolak dakwaan Saiful juga dikaitkan Ezam dalam konspirasi fitnah 2.

Tengahari tadi Rahimi dah buat report polis dan sebentar lagi tepat pukul 4 petang, PC akan dilakukan.

Wang yang disatukan:- Bila mahu dibersihkan...???

on

Asalnya memang malas hendak melayan isu ini.  Memang kata orang, kerja orang politik senantiasa hendak menjatuhkan lawan.  Mutakhir tampak macam UMNO mencetus isu, mengambil sebanyaknya "mileage" dan kemudiannya meninggalkan isu begitu sahaja.  Pakatan hanya "mengekor" sahaja dan bertindak reaktif.  Contohnya mana isu Teo Nie Ching masuk masjid, isu Kalimah Allah dsbnya.
Tak putus-putus serangan dibuat.  Tapi kali ini UMNO silap congak.  PAS dan Pakatan tidak akan izinkan UMNO mencetuskan isu dan melenyapkan isu ini begitu sahaja.  Kali ini, PAS akan lanjutkan sehingga terlondeh UMNO!  Isu ini akan akhirnya ke Parlimen lagi!


Apabila Reezal Merican Naina Merican  pertama-tama mendedahkan bahawa Kerajaan Pulau Pinang telah menggunakan wang sumbangan sebanyak RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang untuk pemberian wang ehsan RM100 kepada warga emas, UMNO menyangka Ketua Penerangan Pemuda UMNO itu bijak mencari isu membunuh lawan politiknya.

Serangan ini dianggap berjaya dan berkesan mencetuskan rasa marah orang Islam, khususnya warga emas yang memulangkan wang RM100 itu.  Mereka bertujuan menjatuhkan wibawa Ketua Menteri Lim Guan Eng.  Lantas ada yang "berlakon" memulangkan pemberian itu kembali.

UMNO menggeletek keseronokan melihat taktiknya menimbulkan kemarahan terhadap kerajaan Pulau Pinang dan Ketua Menteri itu berjaya.  Ketika mendapat tentangan, serangan beralih sasaran.  Kali ini ditujukan ke arah program pembayaran RM1000 kepada waris ketika warga emas meninggal.  Kedua-dua ini dikatakan dari sumber haram hasil derma RM2juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang.

Kerajaan Pulau Pinang telah secara jelas mengatakan bahawa sumber kedua-dua program tersebut adalah dari peruntukan belanjawaan 2010 sebanyak RM20 juta hasil penjimatan penjimatan dari urustadbir CAT (kecekapan, pertanggungjawaban dan ketelusan).  Tuduhan UMNO jelas meleset.  Tetapi peduli mereka tentang fakta dan kebenaran.  Yang penting mereka telah "spin" - "putar-belit" dan mampu yakinkan rakyat yang tidak membaca media alternatif dan internet - golongan yang bengantung seluruh maklumat dari media BN/UMNO - Utusan MalaysiaBerita Harian dan RTM.

Begitu juga program Rakan Anti-Kemiskinan (RAK).  RAK adalah program kerajaan Pulau Pinang untuk membasmi kemiskinan tegar dengan mengeluarkan keluarga daripada garis pendapatan RM400 sebulan kepada sekurang-kurangnya RM500 sebulan.
UMNO kecewa.  Program murni terus ini diserang UMNO, kononnya sumber haram dan dari judi.

Pegawai Kewangan Negeri sendiri Farizan Darus telah menegaskan bahawa sumber RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda diasingkan dan dikhusus pemberiannya hanya kepada orang bukan Islam.  Memang miskin tegar bukan hanya terdiri dari bukan Islam.  Tentunya tidak salah menyalurkan wang derma kepada orang bukan Islam sementara orang Islam tidak diberikan dari sumber ini.  Bukankah ini satu usaha murni dari kerajaan negeri Pulau Pinang mempastikan orang Islam mendapat pemberian yang halal?

Persoalan yang hendak ditanya rakyat, khususnya umat Islam ialah, Sejak bila pulak UMNO pandai membezakan sumber rezeki halal dan haram?  Sebabnya?  Judi dan UMNO ini sinonim sejak azali lagi!
Sejarah merakamkan betapa UMNO mengingkari fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang pada tahun 1951 iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim (Ayahanda mantan PM Abdullah Ahmad Badawi) bahawa judi loteri adalah haram.  Ini dikatakan punca mengapa ulama meninggalkan UMNO lantas akhirnya menubuhkan PAS.
Ertinya halal dan haram dalam UMNO tidak pernah menjadi masalah sejak penubuhannya mereka lagi.  Malahan, tumbesaran UMNO tidak sangat memperhitungkan halal-haram sejak Merdeka lagi.
Ini terbukti apabila kalangan ulamak di dalam UMNO membantah loteri kebajikan adalah haram.  Pemimpin UMNO tidak mempedulikan bantahan ulamak dalam UMNO, berakhir dengan episod penubuhan PAS pada 24 November 1951.

Sampai sekarang kita tidak dengar suara membantah secara agresif dalam UMNO supaya judi dihapuskan, malahan baru sahaja kerajaan UMNO BN meluluskan lesen judi bola 2010 sempena pertandingan Piala Dunia kepada Syarikat Ascot Sport Vincent Tan Berjaya Group pada 6 Mei 2010 tetapi terpaksa digantung buat sehingga kini.

Peliknya kerajaan Negeri Pulau Pinang yang pertama mengharamkan judi bola sekaligus memusnahkan rancangan UMNO untuk membenarkan lesen judi bola di Malaysia.  Kerajaan PAS lebih awal lagi tidak mengizinkan lesen judi di premis-premis di Kelantan dan berbincang dengan semua tokoh agama-agama lain.
Isu pokok yang hendak diketengahkan ialah sumber pendapatan.  Timbalan Perdana Menteri turut tumpang semangkok mengambil kesempatan untuk memukul kerajaan Pakatan Rakyat kononnya orang Islam cukup peka dengan sumber pendapatan mereka bukan dari sumber haram seperti judi.

Kalau benar TPM peka dan UMNO peka dengan sumber pendapatan perlu bersih dan halal, mengapa kerajaan UMNO/BN sejak berdekad lamanya masih mengumpulkan semua pendapatan dari cukai dan bukan cukai dari sumber yang haram seperti Cukai Dosa atau "Sin Tax", rokok, judi, arak dsbnya masih tidak lagi dipisahkan bahkan disatukan dalam "Wang yang Disatukan" atau "Consolidated Fund" di peringkat kerajaan Pusat?
Ahli Parlimem Kuala Selangor  pernah membangkitkan perkara ini, seperti juga beberapa ahli Yang Berhormat yang lain, tetapi pimpinan Melayu UMNO membisu seribu bahasa.  Tiba-tiba nak tunjuk warak dan alim kononnya peka dengan sumber pendapatan - halal dan haram.  Kemuncak hipokrasi UMNO!

Seluruh rakyat perlu diberitahu bahawa pimpinan UMNO menipu rakyat lagi khusus kakitangan kerajaan bahawa penerimaan gaji mereka adalah tidak jelas dari sumber yang halal kerana telah "disatukan".  Dalam amalan Kewangan Islam, sumber yang jelas boleh dipisahkan dari sumber yang haram bagi pembersihan pendapatan.  Tentunya gaji kakitangan mampu dibayar dari sumber yang jelas halalnya.

Sudah sampai waktunya pimpinan negara bertindak menyelamatkan pembayaran imbuhan kakitangan kerajaan untuk umat Islam di segi gaji dan bayaran yang mereka terima.  Hanya "political will" atau iltizam politik yang tinggi serta kepekaan terhadap agama yang mendalam yang akan mampu membuat perubahan seperti ini.  UMNO/BN tidak diharapkan untuk membuat perubaan ini.
Hanya kerajaan Pakatan Rakyat termasuk kepekaan pimpinan bukan Islam dari Pakatan tampaknya lebih peka dari kelompok elit UMNO yang tegar dengan rasuah dalam kerasukan haloba tempolok masing-masing, meninggalkan kepentingan umat Islam dan mengorbankan kesejahteraan rakyat seluruhnya.

Kemelut Politik Parti Sukarkan Pilihan Pengundi

on

PERTIKAMAN lidah di kalangan beberapa orang pemuka baru Parti Keadilan Rakyat berkaitan kedudukan Anwar Ibrahim bukanlah sesuatu yang di luar jangkaan atau luar biasa jika kita memahami “psyche” atau cara mereka berfikir. Begitu juga pergeseran perwatakan yang sedang berlaku dalam DAP.

Kedua-dua parti ini menampilkan ciri-ciri kepelbagaian watak, gaya dan agenda yang luar biasa. Persaingan dalaman ini ada kaitan dengan tanggapan bahawa patrti-parti ini kuat dan semakin relevan kerana parti-parti Barisan Nasional lemah sejak pilihan raya umum 2008.


Dengan Umno, MCA, Gerakan dan MIC masih mencari formula penyatuan dan penyemarakan semula, tanggapan umum adalah parti-parti Pakatan Rakyat kuat dan berkeyakinan.

Tetapi di sebalik penampilan yang positif itu, parti-parti PR pun sedang mengalami perentapan dalaman yang hebat akibat perebutan kuasa di peringkat parti dan kerajaan.

Misalnya, di Selangor percubaan mengganggu-gugat dan menjatuhkan Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar bukanlah olok-olok atau wayang kulit, tetapi sesuatu yang nyata.

Hatta di Kedah, di mana Pas menjadi peneraju kerajaan PR dan Menteri Besar Azizan Abdul Razak cukup popular di kalangan rakyat kerana kesederhanaan dan gaya santainya, namun di belakang tabir wujud kedinginan hubungan antara Pas dan PKR.

Bisik-bisik di kalangan kepemimpinan Pas adalah mereka kurang selesa dengan apa yang sedang berlaku dengan PKR, khasnya perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim dan kemasukan bekas-bekas anasir BN ke dalam kepemimpinan parti itu.

Sementara perhubungan antara Pas dan DAP terus runcing mengenai isu pokok perjuangan kedua-dua parti iaitu Negara Islam bagi Pas dan negara sekular bagi DAP. Tanpa PKR sebagai broker, kelangsungan kerjasama Pas-DAP adalah dipertikaikan.

Sebaliknya jika kerjasama Pas-DAP berakhir, Pas akan menjadi ancaman lebih besar kepada Umno kerana lebih ramai orang Melayu dan orang Islam akan menyokong Pas atas dasar perjuangan Islamnya.

Justeru itu, apa yang sedang berlaku dalam pemilihan kepemimpinan PKR sekarang akan memberi kesan besar bukan sahaja kepada parti itu, tetapi juga kepada PR dan BN.

Media massa memetik salah seorang naik presiden Umno, Hashammuddin Hussein, sebagai berkata masalah dalam PKR adalah baik bagi Umno.

Keputusan pemilihan PKR akan menentukan watak mana yang akan muncul mendominasi kepemimpinan parti itu yang sekali gus memberi kesan kepada PR.

Kemenangan atau kekalahan watak-watak yang kini menonjolkan diri dalam pemilihan parti itu seperti Mohd Azmin Ali, Mohd Zaid Ibrahim dan Abdul Khalid akan menentukan corak kepemimpinan, agenda dan ideologi PKR.

Anwar Lawan Wan Azizah

Azmin pasti cuba mengekalkan status quo dan memperkukuhkan pengaruh dan peranan Anwar manakala Zaid pula nampak mirip kepada merombak kepemimpinan PKR, termasuk mendefinisikan semula kedudukan dan peranan Anwar.

Zaid dilaporkan mempertikai kekaburan kedudukan Anwar yang disifatkannya sebagai tidak boleh mengatasi kuasa presiden (Dr Wan Azizah Wan Ismail) yang dipilih perwakilan.

Ini menarik respons bekas rakan seperjuangannya dari BN, Chua Jui Meng yang berkata kedudukan Anwar sebagai ketua de facto adalah lebih tinggi.

Bahas ini pastinya sensitif kerana Dr Wan Azizah adalah isteri Anwar dan peranan beliau tidak begitu menonjol dalam PKR, apatah lagilah dalam PR yang didominasi oleh Anwar, Lim Kit Siang, Abdul Hadi Awang, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Karpal Singh.

Di kalangan parti anggota PR pula, DAP nampaknya lebih selesa dengan Mohd Zaid kerana latar belakangnya sebagai peguam dan bekas menteri BN. Atas alasan itulah DAP memberi sepenuh sokongan kepadanya sebagai pengerusi penaja Pakatan Rakyat.

Dalam PKR, Azmin nampaknya lebih diterima luas oleh kepemimpinan bahagian. Ini terbukti kerana setakat ini dia mendahului Zaid dan calon-calon lain untuk jawatan Timbalan Presiden.

Azmin dilihat sebagai “loyalist” Anwar yang boleh bekerjasama dengan Wan Azizah dan tidak akan menggoyangkan bahtera, apatah lagi menderhaka kepada bosnya.

PKR Sedang Disusupi

Selepas beberapa orang pemuka kanan PKR keluar parti dan sebilangannya menyertai parti-parti BN, pasti wujud kebimbangan di kalangan kepemimpinan asal era reformasi bahawa PKR sedang disusupi oleh anasir-anasir luar yang tidak berjiwa reformasi dan tidak setia kepada Anwar.

Orang luar ini masuk PKR bukan sahaja kerana mereka terpelanting daripada parti-parti BN, tetapi kerana mereka berpendapat PKR adalah buah ranum yang menunggu untuk dipetik.

Oleh kerana itu, keputusan pemilihan yang sedang berjalan sekarang akan menentukan sama ada PKR kekal sebagai parti yang berpaksikan perjuangan reformasi dan ketaatan kepada Anwar atau sebuah parti liberal yang dasar serta komitmennya berubah-ubah mengikut siapa yang menerajuinya dan siapa yang lebih berkuasa.

Perentapan juga sedang berlaku dalam DAP yang menyaksikan perang terbuka antara pengerusi Perak Ngeh Koo Ham dan sepupunya, Nga Kor Ming dengan timbalan pengerusi negeri, M. Kulasegaran.

Portal berita Malaysian Insider melaporkan yang Ngeh terpaksa menanggung malu dengan memohon maaf kepada orang ramai di atas cara beliau mentadbir DAP Perak dan meminta agar dia dan sepupunya tidak diadili.

Serentak itu, parti-parti BN juga sedang melalui masalah dalaman masing-masing. Proses pemulihan Umno terus dihantui oleh masalah kewibawaan kepemimpinan, dasar, program dan cogan kata yang dicurigai dan dipertikai oleh orang Melayu.

Di sesetengah negeri, khasnya di mana BN tewas dalam PRU lalu, Umno ketandusan kepemimpinan dan kemunculan bakat baru terus disabotaj oleh penyandang yang mabuk kuasa.

MCA sudah mula menampakkan kesepaduan suara manakala MIC akan memasuki fasa baru Januari ini apabila S Samy Vellu mengundurkan diri selepas 32 tahun menerajui parti itu.

Tetapi Gerakan nampaknya terus terumbang ambing dan mungkin wujud hanya pada nama setelah dinyahkan dari Pulau Pinang. Kepemimpinannya yang lemah menjadi lebih terancam apabila bekas presiden dan penasihatnya, Lim Keng Yaik meletakkan jawatan kerana kecewa dengan presiden sekarang, Dr Koh Tsu Koon.

Kekalutan dalam parti-parti politik nasional ini, sama ada di pihak BN atau PR, akan memberi kesan kepada pemerintahan dan seterusnya mempengaruhi cara pengundi membuat pilihan pada pilihan raya umum akan datang.

Jika antara sekarang dengan PRU akan datang, parti-parti politik utama tidak memantapkan dasar dan kepemimpinan mereka, pengundi akan mengalami dilema untuk memilih siapa yang akan memerintah di Putrajaya dan di negeri-negeri.

Selamat pulang Ku Li

on













Ku Li — bade kuat, serupo gagah.Tengku Razaleigh Hamzah akan pulang ke tanah air pada sabtu ini. Dia di jadualkan tiba di KLIA pada pukul 7 pagi. Sahabat saya, Aspan Alias yang menjadi penyokong setia Ku Li sejak zaman dulu dulu lagi, tidak akan menanti ketibaan tersebut. Dia akan tidur kembali sesudah subuh.
Tambahan pula, kata Aspan, ramai muka tembok dan mamat Umno yang lain sudah merancang menyambut Ku Li. Maka lebih elok, orang seperti kita berundur ke belakang. Sekurang kurang nya, kita dapat mengenal pasti muka muka hipokrit dalam Umno.



Saya tidak fikir Ku Li akan merasa tersinggung jika Aspan tidak berada di KLIA. Saudara Lokman dan Tuan Hj Ridhuan akan berada disana. Jika selalu nya Ku Li keluar masuk KLIA secara incognito, kali ini dia kembali dengan sambutan yang luar biasa.
kali ini, selain dari orang orang yang kita sebut diatas, kepulangan Ku Li mungkin di sambut oleh ramai orang. 

Umno Kelantan yang di ketuai Mustafa Mohamad di katakan akan menanti ketibaan Ku Li. Mus akan mencium tangan Ku Li. Mustafa Mohamad adalah KETUA PERHUBUNGAN UMNO Negeri Kelantan akan mencium tangan Ku Li, seorang KETUA BAHAGIAN.

Yang hendak di lakukan oleh Mus dan Teuku Adnan, adalah perlakuan yang sangat sangat un-Umno. Perangai Umno yang 'second nature' ialah melupakan jasa pemimpin nya yang terdahulu. Perangai yang kesemulajadian ke2 ialah mengenepikan orang. Maka, sebab itu, perangai Mustafa Mohamad dan pimpinan Umno yang lain, saya katakan sebagai perlakuan yang luar biasa. Hipokrasi ialah second nature kepada majority pimpinan Umno.

Beberapa bulan lalu Ku Li adalah pemimpin Umno yang hampir di pecat dari Umno. Hampir semua warga Umno menuduh Ku Li sebagai pengkhianat kepada perjuangan parti Umno.
Kenapa ada perubahan drastic ini? Saya tidak fikir perasaan menyampah kepada Ku Li sudah bertukar menjadi kasih sayang. Ini bukan perlakuan tipikal orang Umno. Orang Umno bersetia kepada yang memegang kuasa yang boleh memberi imbuhan. Ku Li yang tidak ada kuasa, boleh beri apa kepada mamat2 Umno?

Jadi suara suara yang sekarang ini berdendang sayang memuji Ku Li, bukan melakukan nya kerana mereka sayang kepada Ku Li,. Mereka lakukan kerana demikian lah isyarat dari pemimpin tertinggi Umno. Najib, Muhyidin dan naib presiden yang lain.

Dan isyarat yang muncul dari gunung Putrajaya ialah Umno boleh menang jika Tengku Razaleigh Hamzah di beri peranan yang penting. Seperti menjadi pengarah pilihanraya DUN Galas dan mungkin juga sebagai calun ADUN.
Ini transformasi yang lebih besar dari transformasi kerajaan atau transformasi ekonomi. Transformasi dari melihat Ku Li sebagai duri dalam daging kepada Ku Li sebagai penyelamat air muka Umno. Dan Umno hanya mampu mengiktiraf stature Ku Li dengan menawarkan peranan sebagai Pengarah pilihanraya dan jika Ku Li mahu, jadi calun lagi baik. Dan seperti juga mana mana idea Presiden Umno, idea mengiktiraf Ku Li besar kemungkinan hanya untuk sementara untuk political expediency.

Tetapi suara suara yang sekarang ini yang memuliakan Ku Li, hanya beberapa bulan yang lalu mengutuk Ku Li sebagai mengkhianati perjuangan parti. Parti Umno kata Kelantan( yang majoriti nya Melayu) tidak layak dapat royalti minyak. Tapi kalau wang ehsan boleh. Bila kita terima wang ehsan, ertinya, kita adalah kumpulan yang di jaga, yang memberi pula adalah penjaga.

Cara ini tidak di terima oleh orang Kelantan. Ku Li sebagai tokoh Umno yang bermaruah tidak dapat terima cara ini. Orang yang mempunyai harga diri dan maruah, tidak boleh menerima peraturan seperti ini. Bila Ku Li kata orang Kelantan berhak menerima royalti dan bukan pemberian ehsan, ini bererti Ku LI sebagai orang Umno mempunyai maruah. Si mamat Umno yang memutar belitkan faka tidak ada maruah.
Makanya, selain dari isiu siapa calun dan siapa pengarah pilihanraya kecil DUN Galas, isiu nya ialah soal maruah dan harga diri.

Kita semua tahu Ku Li adalah orang yang setia kepada Umno iaitu Umno yang di lihat sebagai suatu ideal dan Umno yang memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan negara.
Sebagai sorang yang setia kepaa Umno, saya tidak fikir bahawa Ku Li akan membelakangkan parti Umno. Dia akan menerima kemahuan parti untuk dia menjadi pengarah pilihanraya. Tapi saya juga yakin yang Ku Li akan menerima nya diatas terms dia sendiri. Dan saya rasa sebahagian dari terms Ku Li ialah membenarkan Ku Li menjanjikan pemberian royalti minyak kepada Kelantan.

Kepentingan rakyat Kelantan menerima wang royakti melepasi kepentingan kepartian. Saya rasa jika Ku Li di benarkan menyatakan jika Umno di beri kemenangan di Galas, Kelantan akan terima wang royalty, maka saya rasa siapa pun calun BN/Umno di Galas akan menang. Dan penyokong Ku Li akan melihat penerimaaan Ku Li menjadi pengarah pilihanraya sebagai konsisten dengan perjuangan nya mendapatkan wang royalty minya untuk negeri Kelantan.

Dalam keadaan Umno kemaruk untuk dapat satu kemenangan, jika Ku Li meletakkan terms seperti ini, saya rasa Umno akan terima. Dengan cara ini, Ku Li akan membuktikan konsistensi perjuangan nya, dan Umno pula, jika bersetuju member royalty minyak, akan membuktikan Umno meletakkan kepentingan orang Melayu sebagai perjuangan teratas.PAS pula boleh menarik diri dengan menyatakan bahawa mendapatkan royalty minyak sebagai hak adalah lebih besar dari mengambil bahagian dalam pilihanraya GALAS.

Nakhaie gesa pimpinan Najib keluar ‘ketiak’ pengaruh Barat

on

 Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad menggesa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya tidak terperangkap dengan pengaruh Barat dan memastikan pentadbiran negara berpandukan ajaran Islam.

“Sekiranya Islam mahu bebas dari penjajahan, pemimpin negara perlu memastikan segala pentadbiran negara perlu bebas daripada pengaruh dan jaringan dari Barat.


“Jika kita mahu memastikan Islam menjadi keutamaan dalam pentadbiran negara, maka pemimpin-pemimpin kita perlu berubah dan memastikan supaya tidak terperangkap dengan pengaruh Barat,” kata beliau pada forum perdana Islam sempena Persidangan Antarabangsa Islam Dalam Masyarakat Malaysia di Universiti Malaya malam tadi.

Forum bertajuk “Cabaran Islam di Malaysia: Kini dan Masa Hadapan” turut disertai Exco Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan PKR Dr Muhammad Nur Manuty.
Nakhaie berkata, pentadbiran negara masih lagi berada di bawah “ketiak” penjajah iaitu sistem pentadbiran daripada Barat.
“Pembangunan dan pemikiran dalam pembentukan negara Islam masih lagi berada di bawah ketiak Barat.
“Kita masih lagi tidak dapat menentukan haluan sendiri. Dalam perkara ini kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana ia tidak dapat menyelesaikan masalah yang berlaku,” katanya.

Menurut Nakhaie, pemimpin negara ini masih memberi keutamaan dalam perkara yang remeh yang dilihat menyumbang kepada kegagalan negara untuk melakukan perubahan yang besar.
“Pemimpin kita masih lagi dikongkong dengan mentaliti, mereka memberikan keutamaan kepada perkara yang remeh-temeh, sebaliknya perkara yang besar tidak pula dijadikan isu.
“Apa yang dipertikaikan hanya soal Wahabi dan perkara kecil lain dan ini jelas menunjukkan tiada perubahan dari segi pemikiran serta pengetahuan.
“Jadi saya minta supaya pemimpin-pemimpin dapat melakukan perubahan yang besar dengan memastikan masa depan Islam tidak gelap,” katanya.

Hassan pula berkata, Islam dilihat gagal di Malaysia kerana ia berpunca daripada sistem pentadbiran negara yang tidak menerapkan hal-hal berkaitan agama sejak dari kecil lagi.
“Penyelesaian kepada semua masalah yang berlaku adalah kembali kepada ajaran Islam. Ubat untuk mengubati manusia adalah Islam.
“Kita sudah 53 tahun merdeka tetapi pemimpin kita gagal menerapkan ajaran Islam kepada orang Islam sejak dari bangku sekolah.

“Kenapa Islam ini tidak diterapkan di peringkat tadika lagi?” soal pemimpin PAS ini.
Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu berkata, satu tranformasi perlu dilakukan bagi memastikan Islam terus menjadi pegangan utama.
“Kalau kita mati tidak mengapa tapi jangan Islam yang mati, ataupun biar kita mati kerana Islam,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Nor berkata isu utama kegagalan Islam adalah disebabkan oleh soal kepimpinan.
“Rakyat dan kekuatan agamanya bergantung kepada pemimpin.
“Saya tahu cabaran yang dialami Islam begitu hebat, jadi kita jangan berputus asa untuk memartabatkan Islam,” katanya.

Persidangan selama dua hari itu bertujuan untuk membincangkan isu-isu terkini seperti sejarah, pembelajaran, pengajaran dan kontemporari Islam di Malaysia

ANWAR LIWAT SORANG LAGI......???

on

PELURU BERPANDU PILIHANRAYA GALAS !!!!!!!  RAHIMI OSMAN PULA MANGSA LIWAT TERBARU ANWAR IBRAHIM !!!!!!!!!



Jam 2.00 petang, bertempat di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Klang, seorang pegawai khas Pakatan Rakyat dan Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim telah membuat laporan polis yang beliau turut menjadi mangsa liwat Anwar Ibrahim.

Mangsa liwat tersebut adalah Rahimi Osman. Beliau dijangka akan membuat press conference di Lotus PJ pada jam 4.00 petang ini.

Anwar Ibrahim yang kini berada di Rome, Itali bagi menghadiri International Meetings of Prayers for Peace di Church of Sant’Egidio. 
 

Dun Galas :- Penamaan Calon 26 Oktober, Pengundian 4 November 2010.

on

Pengundian bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan akan diadakan pada 4 November ini.

Pada sidang media di Putrajaya, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar juga mengumumkan tarikh penamaan calon akan diadakan pada hari Selasa, 26 Oktober ini.

Zaid, CheguBard dan Nurul......???

on

Pemilihan 2010: Zaid, Chegubard Serta Nurul Di Lihat Calon Pilihan Untuk Meneruskan Agenda Perubahan Besar Dalam Parti Keadilan Rakyat !!





Biarpun terdapat banyak tohmahan dan fitnah terhadap dirinya, namun ternyata bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim terus sibuk dengan gerak kerja kempennya. 


Beliau yang menawarkan diri sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat(PKR) dilihat saingan yang paling kuat untuk menentang ketokohan Naib Presiden PKR, Azmin Ali. Biarpun terdapat calon lain seperti Mustafa Kamil Ayub, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Tian Chua turut mendapat pencalonan bertanding jawatan itu. Namun, ramai pemerhati politik melihat bahawa pertembungan sebenar ialah antara Zaid dan Azmin. Jika ada pun persaingan, mungkin daripada Mustafa Kamil. 

Namun pemimpin PKR Perak yang tewas Ketua Cabang itu kemungkinan besar menemui laluan sukar untuk menarik undi. Tambahan pula beliau hanya mendapat pencalonan terbanyak daripada cabang-cabang PKR dari seluruh negeri Perak untuk bertanding jawatan itu. 

Itu pun, beliau disokong oleh NGO bernama Perkasa yang mungkin bertujuan untuk mencetuskan polimik baru dalam perebutan jawatan tersebut. Apa yang penting ialah pertembungan sebenar iaitu antara Zaid dan Azmin, kini semakin dihangatkan lagi dengan berbagai isu panas yang kini semakin mendapat tempat sebenarnya.

 Persoalannya, siapakah calon yang paling layak untuk berada di kerusi Timbalan Presiden itu agaknya?. Sama ada Zaid, Azmin atau Mustafa Kamil?. Kini keputusannya terletak ditangan majoriti ahli yang diberi hak untuk mengundi calon pilihan mereka.

 Oleh itu, pemilihan 2010 ini tentunya satu sejarah baru buat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebenarnya. Tambahan pula, amalan ini dilihat tidak berlaku dalam lain-lain parti yang memberi kuasa penuh kepada perwakilan untuk menentukan siapakah yang layak dipilih itu. -PDO

Sistem Baru Berjaya Suburkan Amalan Demokrasi

on




Percubaan PKR dengan sistem baru ini amatlah menarik bagi menyuburkan amalan demokrasi. Persoalannya, apakah ia praktikal dibuat pada masa ini? Sedangkan jentera petugas pemilihan parti dilihat tidak mencukupi untuk mengawasinya. 


Apapun, PKR dilihat berani mencuba dan sanggup berhadapan dengan risiko besar sebenarnya. Risiko pertama yang berlaku sudah pun dilalui. Kekecohan akibat berbagai masalah yang terjadi semasaMesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) dan Pemilihan parti diperingkat cabang baru-baru ini. 

Masalah timbul akibat, kurangnya persediaan parti untuk melaksanakan sistem baru itu. Ramai pihak yang tidak berpuas hati dan kecewa dengan perlaksanaannya. 

Namun begitu, ia harus dilihat dari sudut yang positifi kerana secara keseluruhannya sistem itu berjaya membendung berbagai masalah lain yang berlaku selama ini. Memang benar ada sesetengah cabang yang bermasalah, tetapi jumlahnya agak kecil dan tidak menggambarkan kegagalan sistem tersebut secara keseluruhannya. 

Kini semua mata tertumpu kepada pemilihan pucuk pimpinan parti November ini. Kerusi panas yang dinantikan sudah pasti bagi jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ketua Angkatan Muda (AMK). -PDO

Zaid Ibrahim Sanggup Berkorban Kerana Prinsip

on



Ramai pemerhati politik kini mempertikaikan keikhlasan Datuk Zaid Ibrahim (foto), yang menawarkan diri sebagai calon Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan November ini. Bagi mereka, masih terlalu awal untuk Zaid bertindak sedemikian, kerana perjuangannya dalam PKR masih belum teruji sepenuhnya. 


Malah, tidak kurang juga yang mencemuh kononnya Zaid membawa budaya tidak sihat dalam UMNO ke PKR. Semua ini telah dijawab oleh Presiden PKR, Datuk Dr.Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataannya baru-baru ini. 

Dengan tegas beliau menyatakan bahawa tidak ada bukti kukuh yang mengaitkan Zaid dengan dakwaan yang dibuat oleh pihak-pihak terbabit. Soalnya, apakah dakwaan itu sebenarnya?. Kenapa Zaid dijadikan mangsa tuduhan liar seperti itu?. Zaid yang tewas kepada calon BN, P.Kamalanathan di Pilihanraya Kecil Hulu Selangor baru-baru ini sebenarnya merupakan salah seorang tokoh baru dalam parti yang wajar diberi perhatian sebenarnya.

 Biarpun beliau baru dalam PKR, namun pengalaman politiknya dalam UMNO sudah memantangkan beliau. Malah, jika dikaji pada sejarah memang tidak ada mana-mana pemimpin UMNO yang sanggup terkorban kerana prinsip. Namun, Zaid rela melepaskan jawatan sebagai Menteri kerana prinsipnya yang jelas iaitu tidak mahu bersekongkol dengan rejim yang jelas menyalah gunakan undang-undang termasuk ISA. Zaid tinggalkan UMNO ketika karier politiknya memuncak. 

Siapa lagi yang berani berbuat demikian selain Zaid. Malah Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mula kembali kepada rakyat selepas dipecat dari UMNO dan Kerajaan. Begitu juga lain-lain pemimpin yang bertaraf Menteri dalam kerajaan BN dulu dan ramai lagi. Maknanya Zaid ada asas perjuangannya yang tersendiri. Apa yang dilakukan oleh Zaid adalah besar kepada rakyat sebenarnya. 

Maka itu, beliau layak untuk diberi ruang berbakti kepada parti dengan kedudukan penting bagi meneruskan lagi agenda perubahan pada masa akan datang. Jika diperkatakan soal keikhlasannya, ikhlaskah Zaid Ibrahim letak jawatan Menteri UMNO semata-mata untuk kembali semula kepada rakyat?. -PDO

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List