Zaid, CheguBard dan Nurul......???

on Oct 6, 2010

Pemilihan 2010: Zaid, Chegubard Serta Nurul Di Lihat Calon Pilihan Untuk Meneruskan Agenda Perubahan Besar Dalam Parti Keadilan Rakyat !!





Biarpun terdapat banyak tohmahan dan fitnah terhadap dirinya, namun ternyata bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim terus sibuk dengan gerak kerja kempennya. 


Beliau yang menawarkan diri sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat(PKR) dilihat saingan yang paling kuat untuk menentang ketokohan Naib Presiden PKR, Azmin Ali. Biarpun terdapat calon lain seperti Mustafa Kamil Ayub, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Tian Chua turut mendapat pencalonan bertanding jawatan itu. Namun, ramai pemerhati politik melihat bahawa pertembungan sebenar ialah antara Zaid dan Azmin. Jika ada pun persaingan, mungkin daripada Mustafa Kamil. 

Namun pemimpin PKR Perak yang tewas Ketua Cabang itu kemungkinan besar menemui laluan sukar untuk menarik undi. Tambahan pula beliau hanya mendapat pencalonan terbanyak daripada cabang-cabang PKR dari seluruh negeri Perak untuk bertanding jawatan itu. 

Itu pun, beliau disokong oleh NGO bernama Perkasa yang mungkin bertujuan untuk mencetuskan polimik baru dalam perebutan jawatan tersebut. Apa yang penting ialah pertembungan sebenar iaitu antara Zaid dan Azmin, kini semakin dihangatkan lagi dengan berbagai isu panas yang kini semakin mendapat tempat sebenarnya.

 Persoalannya, siapakah calon yang paling layak untuk berada di kerusi Timbalan Presiden itu agaknya?. Sama ada Zaid, Azmin atau Mustafa Kamil?. Kini keputusannya terletak ditangan majoriti ahli yang diberi hak untuk mengundi calon pilihan mereka.

 Oleh itu, pemilihan 2010 ini tentunya satu sejarah baru buat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebenarnya. Tambahan pula, amalan ini dilihat tidak berlaku dalam lain-lain parti yang memberi kuasa penuh kepada perwakilan untuk menentukan siapakah yang layak dipilih itu. -PDO

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List