Bagi jawatan Ketua AMK pula, Chegubard dilihat sebagai calon yang paling sesuai untuk mengambil alih kepimpinan daripada Samsul Iskandar Md Akin. Apa rasionalnya, kerana Samsul sudah diberi ruang yang secukupnya untuk membawa perubahan dalam AMK.
Namun banyak kelemahan yang dikesan masih berlaku dalam gerakan anak muda itu. Antaranya, tiada gerakan besar-besar untuk menarik seberapa ramai anak muda menyertai AMK. Akhirnya berlakulah mesyuarat AMK cabang yang ketandusan ahli, malah ada yang tidak cukup calon untuk dilantik sebagai AJK di peringakt cabang. Jika dilihat kepada jumlah anak muda yang menyertai AMK juga amatlah membimbangkang.
Dua tahun selepas kemenangan di Pilihanraya Umum 2008 yang lalu, namun masih ada cabang yang ahli AMK tidak sampai 20 orang. Apakah yang berlaku sebenarnya. Samsul tidak boleh dipersalahkan sebenarnya, mungkin kerana ada Exco AMK yang hanya mengejar jawatan tetapi lemah untuk melakukan tindakan.
Akhirnya ini jela sdilihat berlaku di MATC baru-baru ini. Disamping itu, AMK juga dilihat gagal menggerakkann jentera "perang siber" untuk berhadapan dengan musuh. Walhal ramai pihak yang berminat menawarkan diri untuk berkerjasama.

Akhirnya cabang AMK langsung tidak mempunyai jaringan siber untuk diterokai oleh anak muda. Sepatutnya setiap cabang sudah mempunyai blog sendiri untuk memperkemaskan aktiviti. Ada sesetengah cabang AMK yang tidak langsung berfungsi akibat kekurangan dana dan latihan yang secukupnya untuk memimpin.
Justeru itu, satu perubahan besar perlulah dibuat mulai sekarang. Gerakan anak muda perlu diperkemas dan dimantapkan lagi agar ia berupaya meneruskan agenda perjuangan. Chegubard dilihat berupaya melaksanakan tugas tersebut. -PDO

0 comments:
Post a Comment