PRK Galas: Umno tak jadi letak Ku Li sebagai calon.....???

on Oct 9, 2010


WarkahDaily – Tarikh pilihanraya belum lagi diumum, tapi juak-juak Umno dah pun berkira-kira nak meletak Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Umno di Dun Galas.

Memang diketahui umum, Umno beriya mahu meletak Ku Li kerana mahu mengambil kesempatan pengaruh Ku Li di kawasan berkenaan.

Namun sehingga kini, Ku Li belum lagi menerima permintaan beberapa pemimpin Umno itu walaupun ada antara mereka berlebihan memuji Ku Li adalah calon sesuai. Padahal sebelum itu, Ku Li menjadi antara sasaran cemuhan mereka apabila Ku Li menyokong kerajaan negeri Kelantan menuntut royalti minyak dari kerajaan pusat.

Nak terima ke tak nak, terpulang kepada Ku Li, bahkan tidak sedikit pun menjadi kudis kepada PAS yang bakal mempertahankan kerusinya itu selepas kematian penyandangnya, Che Hashim Sulaima, 46, pada 27 September lepas.

Pemimpin PAS bertegas, siapa sahaja calon Umno, PAS tetap lawan habis-habisan. Jadi ianya bukanlah halangan jika betul Ku Li mahu menyahut cabaran menjadi calon.

Tapi, yang ingin dibawa penulis, apakah beberapa pemimpin Umno negeri (Kelantan) yang lain akan berdiam diri jika betul Ku Li akan dicalonkan di kawasan itu walaupun pada luarannya mereka ini dilihat memberi sokongan terhadap cadangan mencalonkan Ku Li.

Bagaimana Datuk Mustafa Mohamed yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan telah pun secara sinis memberi teguran agar hentikan spekulasi calon Umno. Ketika itu Ku Li dilihat terus diwar-warkan calon Umno.

Kenapa Datuk Pa mahu menghentikan spekulasi itu? Apakah Datuk Pa ingin orangnya bertanding di kawasan berkenaan?

Perkara ini sudah menjadi kebiasaan dalam Umno iaitu ‘cantas-mencantas’. Masing-masing mahu meletakkan orang dari teamnya sebagai calon. Lebih-lebih lagi Datuk Pa ialah pengerusi Umno Kelantan. Sudah pasti dia mahu menguatkan kedudukannya sebagai pengerusi Umno.

Dalam semua Umno duk sokong Ku Li sebagai calon, ada Umno kawasan luar Kelantan mahu sebaliknya.

Umno bahagian Ceras telah pun menyatakan, Ku Li bukanlah calon yang sesuai di kawasan itu jika dilihat kepada kedudukan dan ketokohan, karisma dan pengalamannya masih diperlukan di peringkat nasional.

“Hentikan spekulasi Tengku Razaleigh Hamzah dicalonkan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan (DUN) Galas,” kata Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras, Syed Mehdhar Syed Abdullah.

Beliau juga turut membuat tuduhan kononnya spekulasi itu adalah permainan PAS untuk memecah belahkan pemimpin Umno.

Katanya, pihak pembangkang terutama PAS sengaja menyebarkan cerita kononnya hanya Tengku Razaleigh layak bertanding di DUN Galas jika UMNO ingin meraih kemenangan.

“Ini semua taktik Pas untuk pecahbelahkan UMNO dan malangnya kita (pemimpin UMNO) terus terikut-ikut dengan dakyah yang mereka sebarkan itu,” ujarnya lagi.

Laporan akhbar dua hari lepas, setiausaha Umno Gua Musang, Abdul Aziz Yusof, 49, adalah antara nama yang disebut-sebut sebagai bakal calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas.

Satu lagi nama yang timbul ialah Naib Ketua Pemuda Umno Gua Musang, Zamzani Harun, 39.

Dua yang bakal dicalonkan itu tidak diketahui cadangan siapa dan melalui ‘team’ mana.

Namun bagi pihak Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula, beliau berkeinginan mahu meletak Ku Li sebagai calon Dun Galas.

Laporan Umno-online, Muhyiddin menegaskan Ku Li adalah calon Umno Dun Galas yang paling layak bertanding.

‘‘Kita mengiktiraf kewibawaan beliau (Ku Li). Siapakah orang yang lebih layak kalau tidak Tengku Razaleigh khususnya di Gua Musang, selain politik di peringkat nasional?, “jelas Muhyiddin di Sydney yang ketika ini dalam rangka lawatan rasmi ke Australia selama lima hari.

Namun keputusan berada di tangan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib dijangka akan membuat pertemuan dan berbincang dengan Tengku Razaleigh ketika perjumpaan di parlimen Isnin ini.

Namun pertembungan dalam meletak siapakah calon yang sesuai untuk berhadapan calon PAS masih lagi menjadi teki-teki walaupun masing-masing mempunyai kehendak yang berlainan lebih-lebih lagi beberapa pemimpin Umno Kelantan yang berasakan kedudukan mereka tergugat di negeri itu jika Ku Li diberi peluang itu.

Apa-apa pun, tunggu keputusan pertemuan Najib dan Ku Li Isnin ini. Bagi penulis, sebarang keputusan mungkin akan meletakkan pertembungan ‘team’ dalam Umno Kelantan semakin panas.

Lagi Pilihan Raya Kecil.

on

Ahli parlimen Batu Sapi Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, hari ini.

Mendiang berusia 54 tahun.
Chong dipercayai menunggang motosikal Kawasaki 750 di jalanSembulan-Tanjung Aru apabila bertembung dengan sebuah kereta Mercedez dari arah bertentangan pada sekitar jam 11.40 pagi ini.

Mayatnya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu.

Chong dilahirkan pada 9 April 1956 di Sandakan. Beliau berkhawin dengan Linda Tsen Thau Lindan mempunyai empat orang anak.
Chong, seorang perunding kejuruteraan adalah bendahari PBS dan pengerusi cawangan Elopura parti itu.

Mendiang menduduki kerusi Batu Sapi sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenangi kerusi itu tanpa sebarang saingan.
Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah - menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi.
Kehilangan besar
Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771.
Sementara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menyifatkan pemergian Edmund sebagai kehilangan besar untuk rakyat dan negeri Sabah.

"Beliau adalah seorang pemimpin yang dedikasi dan komited terhadap tanggugjawabnya sebagai Anggota Parlimen Batu Sapi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Queen Elizabeth.

Musa yang juga Pengerusi BN Negeri berkata beliau dan keluarga mengucapkan takziah kepada keluarga Edmund dan juga PBS atas pemergian itu. 

Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang turut berada di situ, berkata "kehilangannya adalah amat menyedihkan bagi negeri dan negara terutama PBS. Beliau juga kawan rapat saya".

Batu Sapi MP Edmund Chong Dies In Road Accident

on



KOTA KINABALU: Batu Sapi MP Edmund Chong Ket Wah (fourth from the right) of Parti Bersatu Sabah died in a road accident in Kota Kinabalu. He was 54.
He is believed to have been riding a Kawasaki 750 bike along the Sembulan-Tanjung Aru road when he was involved in a crash with an on-coming Mercedez car at about 11.40am Saturday.
His body has been taken to the Queen Elizabeth Hospital here.
Chong was born on April 9, 1956 in Sandakan. He is married to Linda Tsen Thau Lin and has four children.
A consultant engineer, Chong was the party treasurer-general and its Elopura division chairman.
He first became MP after winning the Batu Sapi seat in the 2004 general election.
In the 2008 general election Chong had won the Batu Sapi parliamentary seat by beating independent candidate Chung Kwong Wing by a majority of 3,708 votes. Chong had garnered 9,479 votes.
Chong's death has triggered the 13th by-election for the country since the March 2008 general election.
Bernama quoted Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman describing Chong’s death as a great loss for the people and state of Sabah.
“He was a dedicated and committed leader in discharging his responsibilities as the Member of Parliament for Batu Sapi,” he told reporters when approached at Queen Elizabeth Hospital Saturday.
Musa, who is the State Barisan Nasional chairman, said he and his family extended condolences to Chong’s family and PBS.
PBS president Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, who was also at the hospital, said: “It’s very sad for the state and the country, especially PBS. He was my close friend.” -- (The Star)

Malam 28 Jun:- Anwar mengeletar, pucat lesi.....Betul ke Rahimi....???

on

Bekas pembantu kontroversial Datuk Seri Anwar Ibrahim - Rahimi Osman yang mendakwa dipaksa membuat akuan bersumpah palsu - menyangkal cerita Latheefa Koya berhubung peristiwa merangka akuan tersebut.

Katanya, cerita Latheefa kepada Malaysiakini, yang disiarkan semalam adalah tidak betul dan hakikatnya, - dia langsung tidak takut bahawa polis akan menangkapnya dan sekaligus menafikan yang dia mencari perlindungan di Quality hotel di Shah Alam pada 28 Jun 2008.

“Orang-orang Anwar yang sebenarnya tidak henti-henti menelefon saya untuk menyuruh saya ke Quality Hotel. 

“Pada mulanya saya enggan pergi, tetapi apabila ibu dan bapa menasihati saya supaya pergi untuk berjumpa dengan Anwar atas tanda hormat kepada Anwar kerana masih belum tentu dipastikan Anwar itu bersalah,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Cerita sebenar???

Latheefa sebelum ini, mendakwa Rahimi tiba pada malam 28 Jun itu dengan gementar dan ketakutan sebelum menceritakan semula apa yang beliau dengar daripada Saiful Bukhari Azlan.
Menurut ketua penerangan PKR itu lagi, Rahimi juga minta tinggal di hotel itu kerana takut dicari polis berikutan kemungkinan namanya turut disebut dalam laporan polis Saiful Bukhari. Pasukan peguam itu kemudian bersetuju memberikan perlindungan kepada Rahimi.

Rahimi dilaporkan kembali tenang semula setelah beberapa hari Saiful Bukhari membuat laporan polis mendakwa diliwat Anwar.

Dalam kenyataan akhbarnya hari ini, Rahimi menafikan cerita Latheefa itu.

Dakwanya, sebelum ke Quality Hotel, dia berada di Hospital Kuala Lumpur bersama Saiful Bukhari, pakciknya, staff-staff dan doktor serta ramai pihak polis termasuk daripada bahagian Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman dan sempat berkenalan dan berbual panjang dengan mereka.

“Jadinya, kenapa pula kata Latheefa bahawa saya yang takut pihak polis menangkap saya dan meminta perlindungan daripada mereka di Quality Hotel? 

“Sedangkan saya baru sahaja pulang dari HKL, berbual dan beramah mesra dengan ramai anggota serta pegawai polis yang mengendalikan kes Saiful. Ini adalah antara kenyataan paling kelakar yang dibuat oleh Latheefa.”

Tangannya mengeletar

Sebaliknya menurut Rahimi, sebenarnya, Anwar yang berada di dalam ketakutan.
“Mukanya pucat lesi dan ketika bersalam dengan Anwar, tangannya memang mengeletar.

“Saya boleh cabar pemimpin parti yang ada pada malam itu di Quality Hotel untuk nafikan bahawa muka Anwar pucat lesi. Kalau dia seorang hero dan tidak takut, kenapa pula perlu lari ke kedutaan Turki?” soal Rahimi.

Katanya, beliau telah menceritakan berhubung apa yang sebenarnya terjadi kepada naib pengerusi PKR, R Sivarasa dan Latheefa tetapi mereka menyuruhnya menukar cerita.

“Saya tidak hairan langsung Latheefa boleh menipu. Kerana dialah yang sibuk menjadi guru mengajar saya berkali-kali untuk memberi kenyataan palsu di mahkmah. 

“Sehinggakan membuat demonstrasi keadaan di mahkamah kepada saya dan soalan-soalan yang bakal diajukan kepada saya. Kalau saya tidak perlu menipu, kenapa pula mereka perlu berkali-kali mengajar saya?” katanya .

Menurut Rahimi beliau juga bersimpati dengan Latheefa kerana dipergunakan dan juga diperalatkan tetapi sebagai seorang peguam, ketua penerangan PKR itu sepatutnya faham apa yang dilakukannya adalah semata-mata untuk meperbetulkan kesilapan.

Mulut sangat becok

“Walaupun bukan sedikit orang-orang dalam PKR yang membenci Latheefa kerana mulutnya yang sangat becok. Tetapi, orang-orang yang membenci Latheefa inilah yang menggunakan dia untuk memelihara kedudukan masing-masing.
“Saya doakan hati Latheefa terbuka dan tidak dipergunakan lagi. Amin,” kata Rahimi.

Rahimi membuat kejutan pada 6 Oktober lalu, apabila memberitahu wartawan bahawa dia telah membuat laporan polis di ibupejabat polis daerah Klang berhubung dua akuan sumpah (SD) yang dibuatnya lebih tiga tahun lalu.

Peguamnya - S Ravi Chandran - berkata laporan polis dibuat untuk menyatakan bahawa dua akuan bersumpah itu adalah tidak tepat.

Akuan bersumpah itu ada kaitan dengan perbicaraan liwat Anwar yang sedang berjalan, di mana beliau dituduh meliwat seorang lagi bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Anwar nafi Rahimi dipaksa.....

on Oct 8, 2010



Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan Rahimi Osman bahawa bekas pembantunya itu telah dipaksa oleh ahli-ahli PKR untuk mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes liwat kedua yang sedang dihadapinya sekarang.

Dua hari lalu, Rahimi mendakwa dia telah dipaksa oleh beberapa pemimpin PKR termasuk peguamnya agar menandatangani akuan bersumpah pada akhir Jun 2008.
Anwar juga berkata dakwaan-dakwaan Rahimi itu tidak relevan sama sekali dalam kes yang dihadapinya sekarang.

“(Saya) menghargai keprihatinan. Tetapi ia tidak relevan kepada saya,” kata Anwar dalam emel ringkas kepada The Malaysian Insider.
Anwar yang masih berada di luar negara memberitahu, beliau menyerahkan kepada peguam-peguamnya menangani perkembangan terbaru ini.
“Peguam-peguam (saya) telah berkata mereka akan menguruskan isu ini terlebih dulu,” katanya lagi.

Difahamkan Anwar berada di New York dan akan kembali ke tanah air esok.

Petang kelmarin, Rahimi mendakwa dia telah dipaksa mengaitkan Najib dan Rosmah kes liwat kedua dihadapi Anwar dengan menandatangani dua akuan bersumpah.

Rahimi berkata dia telah dipaksa menandatangani akuan bersumpah pada 28 Jun 2008, yang mendakwa Najib dan Rosmah mendalangi konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat melibatkan bekas pembantunya, Mohd Saiful.
Saiful mendakwa dia diliwat Anwar beberapa hari sebelum itu dan kes itu sedang berlangsung.

Dalam laporan itu, Rahimi mendakwa dia telah dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah oleh Latheefa dan juga beberapa anggota parti di Quality Hotel akhir Jun 2008

Semalam, Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya mendakwa laporan polis dibuat Rahimi dua tahun lalu membuktikan dia tidak pernah dipaksa untuk menandatangani akuan bersumpah mengaitkan Najib dan Seri Rosmah Mansor dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dua tahun lalu.

Latheefa Koya juga mendakwa bahawa Rahimi, bekas pembantu Anwar, secara sukarelawa telah bekerjasama dengan pasukan peguam Ketua Umum Pakatan Rakyat semasa menandatangani akuan bersumpah di Quality Hotel pada 28 Jun 2008.
“Dakwaan Rahimi bahawa akuan bersumpah telah dipinda untuk memasukkan nama Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor tanpa kebenarannya tidak benar sama sekali dan tiada kredibiliti langsung,” kata beliau.

Ini kerana menurut Latheefa, kenyataan dibuat Rahimi kepada polis pada 23 Julai 2008 di Bukit Aman mengesahkan yang dia mengetahui Mohd Saiful Bukhari Azlan pernah bertemu dengan Najib dan Rosmah.

Mohd Saiful membuat aduan polis pada 28 Jun 2008 bahawa dia diliwat oleh Anwar.
Latheefa menambah, Rahimi hanya mendedahkan maklumat itu selepas ia dikemukakan kepada polis.

Sidang Dun Kelantan Ditangguhkan Gara-Gara PAU & SPR Yang Jadi Balaci UMNO

on


Dek kerana SPR balaci UMNO. Maka terpaksalah Sidang Dun Kelantan ditangguhkan. Sebab SPR lebih utamakan PAU daripada Sidang Dun. Bukankah boleh kalau buat pengundian pada 30 Oktober, hari sabtu cuti pulak tu. Tapi SPR takut kat UMNO. UMNO dah warning jangan kacau Persidangan Agung UMNO (PAU) pada tarikh 28 hingga 30 Oktober. Jadi SPR terpaksa ikutlah. Maka tarikh 4 November dipilih. Peduli apa dengan sidang Dun Kelantan. Mereka bukannya bos SPR.

Jadi kerana kebangangan SPR ini, maka terpaksalah Sidang Dun bercuti satu hari. SPR nampaknya lebih utamakan ahli UMNO dari rakyat Kelantan..walaupun dalam PAU, lebih banyak orang tidur daripada mendengar perbahasan..

KOTA BARU, 8 Okt — Persidangan Belanjawan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang dijadualkan selama seminggu mulai 1 November, akan ditangguhkan pada hari pembuangan undi pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November ini.
Speakernya, Datuk Mohd Nasuruddin Daud berkata penangguhan itu bagi membolehkan anggota dewan negeri itu, sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang menumpukan perhatian kepada suasana pilihan raya itu.

Katanya walaupun Speaker mempunyai kuasa menangguhkan jadual persidangan yang ditetapkan dari 1 hingga 7 November itu, tetapi pihaknya tidak akan meminda tarikh berkenaan yang telah diwartakan mengikut peraturan Dewan.
"Kita akan teruskan juga.... kita hanya mengambil keputusan untuk tidak mengadakan persidangan sehari pada hari pembuangan undi pilihan raya kecil DUN Galas itu bagi memberi peluang kepada kedua-dua pihak (penyokong kerajaan dan pembangkang)," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Bagaimanapun, beliau kesal dan terkilan kerana pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengambil kira jadual persidangan belanjawan yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri dalam menentukan tarikh pilihan raya kecil itu.

Mohd Nasuruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Meranti berkata sepatutnya SPR boleh berbincang dengan pihak kerajaan negeri bagi mengelakkan pertembungan tarikh itu berlaku, jika mereka benar-benar berlaku adil dalam melaksanakan tanggungjawab itu.

Beliau mengakui pihak Dewan tidak memberitahu SPR berhubung tarikh persidangan dewan itu dan beranggapan "sepatutnya SPRlah yang perlu merujuk (perkara itu) kepada kerajaan negeri."
SPR, mengumumkan tarikh penamaan calon bagi pilihan kecil DUN Galas akan diadakan pada 26 Oktober ini, manakala hari mengundi ditetapkan 4 November jika ada pertandingan.
Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat PAS kawasan itu, Chek Hashim Che Sulaima, 46, akibat barah usus, 27 September lepas. — Bernama 
Gambar - JusticeForAll



Bekas Pengarah Tekun Nasional Pulau Pinang.......???

on

 Kau Sembunyi Belakang Bini Ke.....???




BEKAS pengarah Tekun Nasional Pulau Pinang, Sabaruddin Md Hashim (kanan), hari ini, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas tuduhan pecah amanah kerana mengeluarkan tiga keping cek bernilai RM2,955.15 setiap satu di atas nama isterinya Noorhayati Othman pada 2008.

Aksi kantoi, nak bersembunyi belakang bini tapi takdan lepas...Eh! nak malu apa pulak bang, masih tak salah kan, mahkamah belum putuskan bersalah walaupun duit tu dah telan! He! He! -ek-ele

Budak sekolah bertudung berani seks di tempat awam......???

on


Lu Fikir Lah Sendiri.............



Macam - macam perangai budak-budak sekolah sekarang. Ada budak sekolah bertudung yang berani melakukan seks di tempat terbuka. Diorang ni nak jadi pornstar ke ape? Keruntuhan moral budak-budak sekolah sekarang dilihat semakin ketara, nampaknya sistem pendidikan di Malaysia tidak berkesan untuk mendidik akhlak sesetengah pelajar di Malaysia ini sehingga ada yang bertindak melampaui batas.

Di bawah ini gambar-gambar bukti yang menunjukkan terdapat budak sekolah yang cukup berani melakukan seks walaupun di tempat awam. Gambar ini sebenarnya hasil dari screenshot video yang diperolehi di youtube.com, namun begitu KaTaK rasakan tidak perlulah link video tersebut didedahkan kepada umum memandangkan ia hanyalah memalukan bangsa melayu sendiri.

Di dalam video tersebut kelihatan seorang individu yang tidak dikenali merakankan adengan seks sepasang remaja sekolah dari dalam sebuah rumah. Intipan itu dilakukan melalui sebuah tingkap. Melihat keadaan persekitaran, pasangan ini nampaknya benar-benar melakukan aktiviti seks di tempat terbuka.

Berikut gambar-gambar yang dimaksudkan, sila klik untuk membesarkan image.





Musa Hassan Dan Bakri Zinin Diperintah Hadir Mahkamah......???

on




Hina Mahkamah: Musa Hassan Dan Bakri Zinin Diperintah Hadir

Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin untuk hadir di mahkamah pada 28 Oktober, pada hari keputusan prosiding menghina mahkamah yang dibuat dua lelaki berhubung penahanan semula mereka mengikut Ordinan Darurat 1967.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak bersetuju dengan peguambela Datuk N Sivananthan bahawa Musa dan Mohd Bakri perlu hadir di mahkamah seperti responden yang lain.

"Pada hari keputusan, mereka perlu hadir di mahkamah, tiada siapa mengatasi undang-undang dan ini adalah mahkamah undang-undang di mana tiada siapa yang diberi pengecualian," kata Sivananthan.

Mohd Sofian berkata beliau bersetuju dengan Sivananthan bahawa integriti mahkamah perlu dipelihara.

"Saya tidak mahu memberikan mesej yang salah kepada orang awam, tidak kira apa pun keputusan, mereka perlu berada di sini pukul 8.30 pagi pada 28 Oktober," katanya.

Sebelum itu, Peguam Kanan Persekutuan Najib Zakaria memohon panduan mahkamah sama ada Musa dan Mohd Bakri boleh dikecualikan daripada hadir pada hari itu dan akan memastikan kehadiran mereka jika mahkamah menuduh mereka menghina mahkamah pada hari itu.

"Saya dimaklumkan bahawa Musa berada di luar negara mengerjakan umrah di Mekah manakala Mohd Bakri, tidak jadi masalah. Yang membimbangkan saya ialah media, sama ada dituduh atau tidak mereka tetap melaporkannya," kata Najib.

R Muniyandi, 26, dari Kluang, Johor dan B. Sasinthiran, 28, dari Kuala Selangor, ditahan mengikut Ordinan Darurat atas dakwaan terbabit dengan gangsterisme dan lain-lain kegiatan jenayah.

Muniandy berjaya mendapatkan writ habeas corpus dari Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 10 Jun tahun ini dan dia ditahan semula sebaik sahaja keluar dari Pusat Tahanan Simpang Renggam di Johor pada 23 Jun.

Sementara itu, Sasinthiran mendapat writnya pada 29 Julai dan dia ditahan semula hari berikutnya.

Pada 30 September, kedua-dua lelaki itu berjaya dalam usaha mereka untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Musa dan Mohd Bakri kerana tidak mematuhi arahan mahkamah bagi membebaskan mreka.

Semasa prosiding hari ini, Sivananthan berhujah bahawa kedua-dua responden gagal menjawab dakwaan ke atas mereka melalui jawapan dalam afidavit.

"Dalam perkara ini, undang-undang telah jelas di mana mereka mesti menjawab dakwaan itu dan jika anda tidak jawab, anda seperti mengaku kepada dakwaan yang dibuat pemohon-pemohon (Muniyandi dan Sasinthiran)."

"Agak ganjil jika mereka memutuskan untuk berdiam diri dan ia agak mengejutkan, mereka sepatutnya menjawab walaupun kedua-dua mereka memilih untuk tidak hadir di mahkamah," kata Sivananthan.

Beliau berkata jika mahkamah sangsi dengan tindakan polis, sudah tentu keseluruhan permohonan habeas corpus itu menjadi satu bahan ejekan dan sesuatu yang memalukan.

Sementara itu, dalam hujahnya, Najib berkata permohonan itu tidak mempunyai merit dan dibuat tanpa asas.

"Walaupun jika Musa dan Bakri dikatakan terlibat dalam menangkap pemohon-pemohon itu, tindakan sedemikian tidak boleh merupakan seperti menghina mahkamah.

"Mahkamah tidak boleh menghalang polis menjalankan tugas mereka. Ketua Polis Negara tidak boleh dipertanggungjawabkan menghina mahkamah mengikut doktrin kewajipan wakil," katanya.

Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa tiada perintah daripada mahkamah untuk menghalang tangkapan berikutnya dan berharap agar mahkamah menolak permohonan itu.
- Bernama

Nurul Umum Pendiriannya Ahad Ini......???

on

KUALA LUMPUR, 8 Okt — Nurul Izzah Anwar berkata beliau memerluakn masa untuk memikirkan tawaran laluan yang hendak diberikan oleh Datuk Zaid Ibrahim bertanding jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR). 

Anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim ini berkata, beliau memerlukan masa untuk membincangkan perkara tersebut dengan “pemimpin-pemimpin kanan parti.”

Sehubungan itu kata Nurul Izzah, beliau akan mengumumkan pendiriannya Ahad ini.
“Kesemua ini adalah baru kepada saya. Saya perlu berbincang dengan akar umbi dan juga pemimpin-pemimpin kanan parti sebelum saya membuat kenyataan rasmi,” kata Nurul Izzah kepada The Malaysian Insider, yang lebih dua minggu lalu menawarkan diri bertanding kerusi naib presiden.

Ahli Parlimen Lembah Pantai ini merupakan antara 27 orang yang layak telah bertanding kerusi naib presiden pada pemilihan secara langsung yang juga kali diadakan oleh PKR.
Semalam, Zaid yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR berkata, beliau bersedia menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti itu sekiranya Nurul Izzah ingin bertanding jawatan itu.

Sebelum ini Zaid berkata beliau akan turun gelanggang saingan timbalan presiden jika Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak berbuat demikian.
Khalid yang telah pun mengesahkan bertanding jawatan pusat belum memutuskan sama ada bertanding timbalan presiden ataupun naib presiden.
Ia akan diumumkan selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Anwar, dijangka juga Ahad ini.

“Saya difahamkan Nurul (Izzah) akan menawarkan diri sebagai timbalan presiden dan saya difahamkan dia ada cukup pencalonan.
“Jadi kalau dia benar-benar serius dan mahu jawatan ini, saya bersedia untuk menarik diri daripada jawatan timbalan presiden itu supaya Nurul dapat peluang yang seluas-luasnya.
“Saya melihat Nurul sebagai satu nafas baru dalam parti, orang muda yang boleh menarik keahlian baru yang lebih dinamik dan profesional, saya akan menyokong dan membantu beliau serta tidak akan merumitkan peluang beliau menang,” kata Zaid.

Zaid yang menerima 38 pencalonan bagi jawatan itu berkata, beliau tidak menolak kemungkinan untuk bertanding jawatan nombor satu parti.
“Saya juga ingin menerangkan di sini bahawa ini tidak bererti saya tetap tidak akan bertanding apa-apa jawatan. Kalau dia (Nurul Izzah) tak nak bertanding, saya akan bertanding... jawatan apa bergantung... mungkin lebih tinggi
daripada timbalan presiden,” kata Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan ini.

Puteri Reformasi ini sebelum ini menegaskan, beliau bertanding kerusi peringkat pusat bukan untuk meneruskan dinasti keluarganya.
Ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merupakan presiden, jawatan yang dipegang sejak Keadilan ditubuhkan.

Dr Wan Azizah juga dicalonkan bertanding presiden dan timbalan presiden.
Setakat ini, dua pemimpin sudah pun mengesahkan bertanding kerusi timbalan presiden iaitu Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub yang kedua-dua merupakan naib presiden.
Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) menetapkan 16 Oktober ini sebagai tarikh akhir mengesahkan penerimaan pencalonan.


Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List