Was Tony Fernandes's "white guys" remark a racial slur....???

on Oct 17, 2010

SYABAS !!! TO TONY FERNANDES - WE AGREE TOTALLY WITH YOU THAT ASIANS TOO CAN MAKE IT BIG & EXTREMELY SUCCESSFULL



A war of words has erupted between two budget airlines in the region, with Singapore-based Tiger Airways accusing the AirAsia boss of making a racial slur with his “white guys” remark.

AirAsia group chief executive officer Datuk Seri Tony Fernandes’ comments to Bangkok Post on Tiger Airways’ plan to partner Thai Airways to set up a budget carrier in Thailand, has left its management fuming. Fernandes, however, is sticking to his guns and not budging.

Tiger Airways is headed by Tony Davis, a British, who is both president and chief executive officer of the airline. He was also the founding managing director of bmibaby, a British low-fare carrier which took off in 2002.

In the Bangkok Post article, Fernandes was quoted as saying he was sceptical over Westerners running any successful Asia-based businesses, pointing out that Thai AirAsia is run by a Thai management that is well versed with the local and Asian markets.


Tony Davis took offense
“We’re Asians, not a bunch of white guys running the airlines,” Fernandes was quoted as saying.

The report irked Tiger Airways which issued a statement, saying they were “disappointed and surprised” by Fernandes’ “racial remarks against Tiger Airways”.

“While we understand that we are intensifying the level of competition with our expansion across Asia, resorting to racial slurs is unbecoming and unnecessary,” the statement issued on Friday said.

Reports by Singapore’s The Straits Times and TODAY said Fernandes stood by his comments, and that his remarks were neither racial nor a general statement of all Westerners running Asia-based businesses.

“I gave my honest opinion. I was just talking about the Westerners in Tiger Airways’ management who do not know Asia very well,” Fernandes told The Straits Times.

He also told the daily that there were many Westerners in AirAsia and AirAsia X management.

In the Bangkok Post interview, Fernandes joined other industry figures in questioning the move to create Thai Tiger Airways (TTA), claiming that Tiger Airways was an “odd” choice for a business ally given its problems, especially with pilot shortage and flight cancellations.

“They have not yet been able to solve their problems, so what are they going to teach the Thai (Airways),” Fernandes told the Bangkok Post.
-ANN

Kita mahu gula kopi minyak masak yang turun harga bukan nya.......????

on

Kita mahu gula kopi minyak masak yang turun harga bukan beg tangan seluar dalam dan pewangi .. Belanjawan Seluar Dalam Rosmah 2011




YB Nurul Izzah bersama para petugas di Ibu Pejabat PKR

Semalam Belanjawan Negara telah dibentangkan oleh Najib Tun Razak. Kita sebagai rakyat menantikan apakah yang lebih baik untuk kita. Kita rakyat Malaysia yang semakin tertekan dengan harga barang yang semakin naik. Dengan kenaikan harga minyak maka semuanya pasti naik. Golongan yang paling terkesan adalah rakyat yang berpendapatan rendah.




Majoriti rakyat Malaysia yang tidak berniaga mengharapkan ada sesuatu yang dapat meringankan beban mereka. Mereka masih mengharapkan agar kerajaan yang memerintah dapat menurunkan harga barangan runcit dengan memperuntukkan sebahagian berbillion ringgit itu kepada sudut itu. Kita tidak mahu mendengar projek berbillion ringgit bangunan pencakar langit. Kita hanya mahukan ekonomi yang bersifat kemanusiaan.

Saya bukan pakar ekonomi. Tapi apa yang penting bagi saya sebagai rakyat Malaysia mahukan kualiti kehidupan yang lebih bermakna. Dari sudut kesihatan, pendidikan, dan poket kami yang semakin kering ini. Pergilah tanya pada mereka yang benar - benar bebas dari pengaruh politik. Semuanya kecewa dengan bentangan belanjawan kali ini. Saya bukan berbual kosong tapi inilah hakikatnya. Rata - ratanya mempersoalkan apa yang diperuntukkan kepada rakyat. Mereka mempersoalkan rasional kerajaan memperuntukkan ratusan juta yang entah kemana hasilnya.

Sebagai contoh apabila kerajaan menghapuskan cukai pembelian telefon bimbit sebanyak 10%, janganlah kita seronok dengan penghapusan cukai tersebut. Apakah kita akan membeli telefon setiap hari? Jangan ada yang kata bagus sebab orang kampung boleh pakai blackberry Torch dan IPhone. Semua itu tidak pernah menjadi keutamaan kepada mereka. Jangan samakan kampung di Kuala Lumpur dengan kampung di Kuala Nerang. Jangan samakan kampung tersusun dengan kampung yang berselerakan. Mereka ini tidak sama. Mereka perlukan keperluan asas yang lebih banyak contohnya harga beras yang lebih rendah, gula, tepung, ayam atau daging dan sayur - sayuran. Ini yang mereka perlukan. Ada kerajaan BN memberi peruntukan sedemikian rupa?

Tapi antara perkara yang paling menyakitkan hati kita sebagai rakyat apabila berjuta - juta duit kita rakyat yang sepatutnya diberikan kepada saluran yang betul mengenai pendidikan disalurkan kepada satu badan yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan. Sebanyak RM111 Juta telah diberikan kepada PERMATA. PERMATA merupakan kepunyaan Rosmah. Apa pentingnya Rosmah kepada kita? Apa pentingnya Rosmah kepada negara? Siapa Rosmah? Kenapa dia dapat keistimewaan yang melampau? Peruntukan itu meliputi projek pembinaan fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, bagi membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti PERTAMA Pintar, Seni, Insan dan Remaja. Kenapa tidak disalurkan kepada Kementerian yang bertanggungjawap?

Sakit hati rakyat tidak pernah diambil kira. Kita mahu harga barang turun. Kita mahu harga makanan ruji turun. Tapi yang turun? Beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut,pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu. Apakah ini yang kita mahu? Apakah ini yang orang kampung mahukan? Apakah ini yang mampu menaikkan taraf ekonomi negara. Apakah keperluan ini hari - hari kita beli?

Belanjawan kali ini hanya untuk golongan tertentu. Soalan kepada Najib? Apa peruntukan kepada golongan petani dan nelayan? Apakah sumbangan kepada golongan pekerja swasta? Tiada satu pun peruntukan diberikan kepada mereka. Mungkin ada yang kata ekonomi apa yang kita mahukan. Idealistik atau realistik. Ya kita mahu yang realistik. Realistik agar rakyat dapat tersenyum lebar dengan penurunan harga barang. Realistik rakyat senyum apabila harga ubat atau yang berkaitan dengan kesihatan diturunkan.

Itulah yang realistiknya selain daripada menyuntik wang untuk memacu ekonomi negara. Sudah berapa lama kita merdeka. Sudah berapa banyak bangunan tinggi yang kita ada. Sudah berapa banyak gedung - gedung membeli - belah kita ada. Sudah berapa banyak sekolah bestari yang kita ada. Tapi jujur dengan diri kita, apakah pencapaian kita? Malu kita jika dibandingkan dengan Cuba. Cuba sebuah negara yang tidak punya bangunan pencakar langit. Namun dari sudut pendidikan cuba meninggalkan kita jauh. Kita yang hebat dalam bangunan hanya dapat 88.9% peningkatan dalam pendidikan jauh tertinggal di belakang Cuba yang mendapat 99.8%. Ini yang kita mahu. Ini yang rakyat idamkan. Itu belum bicara soal kesihatan dimana dari semua sudut Cuba jauh meninggalkan kita. Ya, sebuah negara yang mundur bangunan tapi rakyat senyum dan sihat.

Ramai ahli politik kata ini Belanjawan PRU. Saya katakan ini Belanjawan Rosmah atau Belanjawan Hari Kiamat BN. Kenapa? Belanjawan yang tidak menguntungkan rakyat. Belanjawan yang hanya bermanfaat buat golongan tertentu. Tak semua orang menjadi Ketua Kampung, tak semua menjadi Tok Batin, tak semua orang jadi Guru KAFA. Majoritinya orang kampung. Kasihan orang biasa macam kita. Tepuk dada tanya selera. Apakah ini yang kita mahukan?

Sumber

PAS Sudah Banyak Berubah,UMNO Masih Tidak Berubah :- Dr Asri......???

on


Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin muncul pada forum anjuran Umno malam tadi sambil berkata, PAS seolah-olah memperlihatkan ia banyak berubah berbanding dengan parti dominan Barisan Nasional (BN) itu sepanjang dua dekad yang lalu.
Kata beliau (gambar) perubahan mengikut peredaran masa itu dapat dilihat dengan ketara khususnya sejak selepas pilihan raya umum ke-12.

Sehubungan itu menurut beliau, Umno yang ada sekarang dilihat tidak lagi menjaga dan mengangkat hal-hal berkaitan agama Islam.
Malah kata beliau, Umno tidak boleh jadi parti yang membawa sentimen perkauman, sebaliknya perlu menjadi lebih matang dalam membuat keputusan.

“Umno tidak boleh jadi (parti membawa sentimen) perkauman, sebaliknya Umno perlu lebih matang dalam membuat keputusan. Jangan membuat perkara yang boleh membahayakan diri sendiri,” katanya.
“Kalau dulu Umno boleh dikatakan mendahului dalam banyak perkara termasuk dalam hal-hal agama.
“Tetapi sejak kebelakangan ini selepas pilihan raya umum ke-12, saya lihat isu yang dibawa Umno gagal mengangkat Umno di peringkat global.
“Isu yang dibawa Umno hanya setempat, saya tidak tahu macam mana Umno menyusun ulama-ulama mereka,” katanya.

Sebagai contoh kata beliau, dalam isu bukan Islam masuk masjid, doa untuk bukan Islam dalam khutbah dan juga isu wang ihsan, ia tidak menunjukkan identiti Umno yang sebenarnya.
“Saya dukacita dengan apa yang berlaku dalam isu-isu tersebut, apabila pemimpin-pemimpin Umno (kata) tidak boleh sedangkan banyak bukti mengatakan sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada forum Kursus Kepimpinan Kelab Umno Luar Negara di bawah tajuk “Menjana Modal Insan Ulul-Albab di Peringkat Global” di sini malam malam tadi.
Beberapa jam sebelum pandangan Asri itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengusulkan kemungkinan diwujudkan Model Politik Baru bagi memastikan kelangsungan Umno sebagai parti yang menerajui pemerintahan negara.

“Bukan sahaja kita perlu Model Ekonomi Baru, kita mungkin perlu Model Politik Baru,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Kelab Umno Pesara Kakitangan Kerajaan di Seri Perdana.
Najib, yang juga Presiden Umno berkata strategi seperti “politik pembangunan” tidak lagi berkesan jika digunakan sekarang.
“Saya kira mengapa orang menolak parti-parti yang banyak berjasa dahulu kerana parti itu tidak berubah. Parti itu dilihat sebagai kaku dan tidak dinamik. Mereka tidak berubah mengikut masa.
“Tetapi sebaliknya kalau kita berubah dan kita dilihat sebagai parti yang dinamik dan segar, Insya-Allah sokongan rakyat pada kita akan berterusan pada masa-masa akan datang,” katanya.

Asri juga menegaskan PAS yang dulu begitu menitikberatkan soal agama sudah berubah mengikut peredaran zaman, tetapi Umno dilihat kembali ke masa lalu.
“Kita lihat sekarang PAS sudah berubah dan banyak melakukan kelonggaran dalam beberapa isu tapi nampaknya Umno menjadi seperti PAS semasa tahun 80-an dulu.
“Umno tidak boleh jadi perkauman, sebaliknya Umno perlu lebih matang dalam membuat keputusan. Jangan membuat perkara yang boleh membahayakan diri sendiri,” kata beliau yang pernah disebut-sebut akan menyertai Umno tetapi telah menegaskan tidak akan menjadi ahli mana-mana parti buat masa sekarang.

Asri juga mendakwa sikap pemimpin Umno yang ada sekarang merupakan punca rakyat terutamanya orang Melayu sudah bosan dan tidak lagi menyokong parti Melayu itu.
Beliau berkata pemimpin Umno dilihat lebih menjaga kepentingan peribadi masing-masing sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat.
“Apa yang berlaku sekarang kita lihat Umno sudah mula hilang sokongan kerana sikap peribadi pemimpin-pemimpin mereka iaitu sikap sombong dan cara pengurusan negara yang menyebabkan rakyat mula tolak Umno.
“Rakyat terutamanya orang Melayu tidak membenci Umno atau formula yang digunakan Umno selama memajukan negara ini tetapi adalah kerana sikap pemimpin mereka.
“Umno perlu betulkan semua ini, jika tidak mereka akan kehilangan sokongan orang bukan Melayu dan juga orang Melayu,” katanya

Dalam ucapannya itu, Asri juga menegaskan parti-parti politik di negara ini perlu melahirkan lebih ramai individu yang berpengetahuan luas ataupun Ulul-Albab.
“Ulul-Albab adalah golongan yang mempunyai pengetahuan yang matang di mana mereka bersedia mendengar dan kemudian pilihan yang terbaik cuma selama ini ia tidak diangkat oleh kepimpinan negara.
“Justeru, parti politik yang bertanggungjawab adalah parti yang menjadikan rakyat sebagai bangsa Ulul-Albab iaitu rakyat yang berpengetahuan.
“Bukan pemimpin yang hanya menyuruh rakyat mengikut telunjuk mereka walaupun apa yang diikut itu sememangnya salah,” katanya.

Kursus selama dua hari itu disertai kira-kira 200 perwakilan pelajar luar negara dan juga pemerhati.
Turut hadir anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Shahidan Kassim yang bertindak sebagai moderator, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan Timbalan Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) Ibrahim Ahmad. TMI


Gempar!! Pendedahan Skandal Taib Mahmud, Dan Kaitan Dengan Kematian Ross Boyert

on

Taib Handed Rockefeller $100 million - Whistleblower's Letter


Following the tragic death of Ross Boyert, which we announced earlier this week, Sarawak Report has decided to publish in full the amazing allegations contained in a personal letter he wrote to his employer, the Chief Minister of Sarawak.

Berikutan dari kematian tragik Ross Boyent, seperti yang diumumkan awal minggu ini, Sarawak Reportmemutuskan untuk menyiarkan sepenuhnya tuduhan yang terkandung dalam surat peribadinya yang dihantar kepada bosnya, Ketua Menteri Sarawak.

Company letterhead. Boyert wrote as the former Vice-President of Sakti International to the majority shareholder, Abdul Taib Mahmud


Kepala surat syarikat. Boyert telah menulis atas nama bekas Naib Presiden Sakti International kepada pemegang saham terbesar, Abdul Taib Mahmud.

The 388 page document, sent after Boyert was sacked in November 2006, begged Taib to put to an end what he described as appalling treatment in return for his years of hard work building the family’s US property company, Sakti International, into a multi-million dollar business.

Dokumen setebal 388 muka surat telah dihantar selepas Boyert dipecat pada November 2006, merayu Taib supaya menghentikan apa yang disifatkannya sebagai sudah terlanjur jauh, sebagai pulangan di atas bertahun-tahun usaha kerasnya membangunkan harta milik keluarga di US, Sakti International, menjadi perniagaan puluhan juta ringgit. 

He also complained how he had to rescue the disastrous mismanagement of the company by Taib’s son, Rahman, and put a halt to a catastrophic building project, by his son-in-law Sean Murray, which was condemned on safety-grounds by the San Fransciso authorities.

Dia juga mendakwa betapa payahnya dia menyelamatkan kepincangan yang berlaku dalam pengurusan yang selama ini dipegang oleh anak Taib, Rahman, dan dan menjebakkannya dalam projek bangunan dalam bahaya , oleh menantu lelakinya Sean Murray, yang dituduh oleh pihak berkuasa San Franscisco sebagai tidak selamat.

[TO VIEW THE FULL DOCUMENT CLICK ON THE ICONS BENEATH THIS ARTICLE. SOME FAMILY DETAILS ERASED].

[UNTUK MELIHAT SENARAI PENUH DOKUMEN, KLIK PADA IKON DI BAWAH ARTIKEL INI. BEBERAPA MAKLUMAT KELUARGA TELAH DIPADAMKAN]

Key revelations

In the letter Boyert detailed bitter divisions and rivalries between Taib family members; described what he regarded as bullying tactics by Taib’s ambitious son-in-law, the Canadian Sean Murray, and related how Murray bragged about the Chief Minister’s extreme wealth. When Murray approached Boyert to help run the family’s US properties in 1994, he even disclosed Taib’s billionaire status and revealed that the Chief Minister had just met with billionaire banker David Rockefeller and made an astonishing deposit of money:


Dalam surat tersebut, Boyert dengan terpeinci menjelaskan betapa huru-hara dan persaingan berlaku dalam ahli keluarga Taib, menjelaskan apa yang didakwanya sebagai taktik buli menantu lelakinya, Sean Murray yang terlalu berciti-cita tinggi, dan mengaitkan bagaimana betapa cakap besar Murray Taib mempunyai harta terlalu banyak. Apabila Murray mendekati Boyert meminta bantuan untuk menguruskan harta keluarga mereka di US pada 1994, dia menutup segala maklumat berkaitan suatus bilionair Taib dan mendedahkan bahawa Ketua Menteri hanya bertemu dengan pemilik bank bilionair David Rockerfeller dan membuat urusniaga wang masuk.

Indiscreet? Boyert acquired much of his information from family members

Terbongkar? Boyert mempunyai lebih dari maklumat berkaitan daripada orang lain dalam keluarga Taib

Junior partner - Hisham (Sean) Murray, Jamilah's younger husband


Rakan junior - Hisham (Sean) Murray, suami muda Jamilah

Empire Bulding

Bangunan Empire

The letter goes on to explain how it was Boyert’s deteriorating relationship with Sean Murray that led to his summary dismissal twelve years later and a bitter court case. In that period Boyert describes a family torn apart by rivalries and greed, which as an employee he strove to manage.

Surat ini membawa kita menjelaskan bagaimana hubungan dingin Boyert dengan Sean Murray membawa kita kepada pemecatan menyeluruh 12 tahun selepas itu dan kes mahkamah yang perit. Dalam tempoh itu, Boyert mengumpamakan sebagai hubungan keluarga yang makin retak disebabkan saingan dan ketamakan, yang menyebabkan pekerja sukar untuk menguruskannya.

The worst jealousies, he described were those between Taib’s sons, Rahman and Mahmud, and his son-in-law, Hisham (Sean Murray), who they believed was ’Empire Building’ within the network of Taib property companies based in Canada, the US, Britain and Australia.

Kecemburuan yang paling teruk, dia menjelaskan antara anak-anak Taib, Rahman dan Mahmud, dan menatu lelakinya, Hisham (Sena Murray), yang dia percaya "Bangunan Empire" adalah dalam rangkaian harta syarikat Taib yang berpangkalan di Kanada, US, Britain dan Australia.

“As Rahman had told me many, many times, Sean was busy empire building, I was immediately on guard”, wrote Ross, as he explained to the Chief Minister why he had been reluctant to accept Murray’s original announcement that he had replaced Rahman (Sulaiman) Taib as President of Sakti International in 2005. Boyert angered the Canadian by insisting on documented evidence, signed by all the company’s official family shareholders. Sakti is the Taibs’ main property company in the USA and Boyert was employed as its Vice-President and Chief Operating Officer.

"Menurut Rahman yang bercerita kepada ramai orang, beberapa kali, Sean adalah "Bangunan Empire yang sibuk", saya dengan segera mengawalnya, tulis Ross, setelah dia memberitahu Ketua Menteri kenapa dia enggan menerima pengumuman asal yang dibuat oleh Murray yang dia (Murray) menggantikan Rahman sebagai Presiden Sakti International pada 2005. Boyert marah dengan warga Kanada itu (Ross) dengan memintanya mengemukakan dokumen sebagai bukti, yang ditandatangani oleh semua pemegang saham dalam syarikat. Sakti adalah harta utama syarikat Taib di USA dan Boyert telah diamabil bekerja sebagai Naib Presiden dan Ketua Pegawai Operasinya.

Ridiculed? - son Mahmud Taib and his wife

Seakan mengejek? - Anak Taib, Mahmud dan isterinya

“It [a remark] reminded me how Sean would speak ill of Rahman when he was discussing their interaction. In fact, in a recent call, Sean said the board meetings he attended droned on-and-on with Mahmud constantly talking but saying nothing. He couldn’t believe how stupid it was and if not for him, the Kuching Convention Center would have been a total failure since he changed the design facing away, rather than towards, the river.

"Ia (petanda) mengingatkan saya bagaimana Sean mengutuk Rahman apabila dia bercakap mengenai interaksi antara mereka berdua. Sebenarnya, dalam perbualan telefon baru-baru ini, Sean memberitahu mesyuarat Lembaga Pengarah yang dia hadiri, hanya mendengar pekikian Mahmud terus-terusan tetapi langsung tiada apa-apa manfaat. Dia tidak percaya betapa bodohnya Mahmud, dan disebabkan kerana dia, Pusat Konvensyen Kuching hampir menjadi kegagalan mutlak sejak dia mengubah corak membelakang, dari menghadap sungai.

A tactic that backfired

It is likely however, that by confiding in this way to Abdul Taib Mahmud, a man he had met but a few times, and by revealing that he was fully aware of the Chief Minister’s great wealth and commanding role in the company (which was meant to be a closely-guarded secret), Boyert had naively sealed his own fate. Instead of gaining sympathy, it is likely he would have incurred the old man’s ire and convinced him that with all this knowledge, he was a dangerous liability to his company and reputation.

Taktik yang memakan diri

Bagaimanapun, dengan mengandaikan inilah memperincikan cerita cara Abdul Taib Mahmud, seorang lelaki dengan topi tapi beberapa kali, dan dengan dirinya sedar kekayaannya sebagai Ketua Menteri dan mengawasi perjalanan syarikatnya (yang bermaksud rahsia dikawal rapi), Boyert akhirnya dengan jujur dan sederhana menentukan nasibnya. Daripada mendapat simpati, nampaknya "nasibnya" kini telah menumbulkan kegusaran baru terhadap orang tua itu, dan dengan segala pengetahuan dalam genggamannya, dia (Boyert) sudah menjadi liabiliti berbahaya kepada syarikat dan reputasinya.


Sihir Satu Jenayah.....???

on

Sisi ghaib jadi nyata





"AKU tahu perbuatan ini dosa besar. Tapi aku tak kisah nak santau dia sampai mati pun. Aku sanggup tanggung segala dosa!"
Demikian ungkapan kesumat seorang wanita Melayu yang nekad mensantau bekas teman lelakinya seperti yang diceritakan rakan penulis, Suhaila.
Suhaila mengimbas kata-kata yang pernah berdesing di cuping telinganya itu sekitar empat tahun lalu.
"Aku dengar-dengar, lelaki itu sudah pun mati," cerita Suhaila.
Sihir atau ilmu hitam bukan perkara baru. Menurut sejarahwan, amalan melakukan sesuatu menerusi bantuan makhluk halus seperti jin dan syaitan telah berakar umbi sejak sekitar 5,000 tahun Sebelum Masihi.
Dalam tamadun Mesopotamia, pengaruh ilmu sihir begitu kuat dan mereka yang mahir dalam bidang ini digelar asipu.
Dalam tamadun Rom dan Yunani, ahli-ahli sihir mereka mampu melumpuhkan seseorang dengan bacaan mantera manakala dalam tamadun Mesir, ahli-ahli sihir yang hebat digaji menjadi pengawal peribadi.
Di Malaysia kini, cabang-cabang sihir didapati pada amalan santau, pukau, tuju-tuju, ubat guna-guna dan sebagainya.
Seorang lelaki dari Pulau Pinang, Salman (bukan nama sebenar) berusia 40 tahun menderita penyakit misteri selama setahun.
Berat badannya susut secara mendadak daripada 80 kilogram (kg) menjadi 40 kg dalam tempoh yang agak singkat.
Setiap kali menjelang Maghrib, dia tidak boleh mengangkat kakinya untuk berjalan sehingga perlu berpaut pada tembok dinding di rumah.
Dia mendakwa doktor tidak mempunyai penjelasan tentang penyakitnya.
"Setelah doktor sendiri hairan dengan penyakit saya, saya berjumpa bomoh. Bomoh menyuruh saya membasuh muka kemudian dia memberikan saya cermin.
"Saya lihat ada benang, duri, serpihan kaca dan sekam menempel pada muka saya.
"Saya menyentuhnya dan memang terasa ia ada di situ.
PERBUATAN menyihir hingga menyebabkan mangsa menderita bahkan menemui ajal perlu dianggap satu jenayah. - Gambar hiasan


Santau
"Bomoh itu memberitahu, saya telah disantau. Katanya, mujur saya berjumpanya cepat kerana jika tidak, dalam tempoh sebulan lagi, saya mungkin akan menemui ajal," kata Salman kepada Jurnal.
Ceritanya, daripada gambaran rupa yang diberikan bomoh itu, orang yang berniat menyantaunya ialah seorang kawannya. Salman kini sudah pulih.
Mangsa santau tidak mengenal usia. Seorang remaja berusia 14 tahun turut terkena santau. Abangnya, Mohd. Sharul Nizam Sharuddin, 29, berkongsi cerita.
"Sangat menyayat hati melihat keadaan adik saya pada masa itu. Dah macam mayat hidup.
"Dah jumpa doktor dan lakukan imbasan sinar X, doktor kata ada tompok-tompok hitam mungkin tibi. Tapi keadaan adik masih tidak baik.
"Kami akhirnya jumpa seorang bomoh di Perak. Selepas dirawat, adik saya muntahkan serpihan kaca, dawai besi dan rambut.
"Bomoh beritahu, adik saya telah disantau. Tetapi siapa yang santau kami sendiri tidak pasti," katanya.
Namun, jauh di sudut hati Sharul Nizam, dia bersyukur kerana adiknya dapat disembuhkan, tidak seperti seorang rakannya yang mati kerana santau.
"Kawan saya itu disantau dengan teruk sampai segala organ dalam badannya hampir hilang.
"Dikatakan ia penangan santau Orang Asli. Difahamkan, dia disantau oleh kawan baiknya yang sukakan isterinya," katanya.
Justeru, apa yang membezakan perbuatan sihir ini dengan perbuatan mencederakan atau membunuh mangsa menggunakan pisau atau senjata lain?
Sebenarnya, jika dihalusi kedua-duanya adalah perbuatan jenayah iaitu membunuh atau mendatangkan kecederaan.
Cuma, sihir senjatanya ialah makhluk halus dan kerana itu 'penjenayah' sering terlepas. Mahkamah lazimnya tidak mengambil kira hal-hal berbaur metafizik dan di luar logik akal.
SIHIR biasanya bermatlamatkan negatif seperti melampiaskan rasa dengki dan cemburu.


Jenayah
Namun, keadaan ini mungkin akan berubah. Baru-baru ini, seorang pensyarah universiti mengusulkan supaya kerajaan mewujdkan Akta Jenayah Sihir bagi mengekang amalan itu daripada terus berleluasa dan membawa penjenayah sihir ke muka pengadilan.
Pensyarah Undang-Undang Kolej Antarabangsa Institut Kemajuan Iktisas Pahang (IKIP), Dr. Mahyuddin Ismail menggambarkan jenayah sihir adalah sesuatu yang bersifat realistik dan bukan retorik.
Beliau cuba mengetengahkan satu formula yang mampu membawa persamaan antara jenayah sihir dan jenayah biasa.
"Banyak perkara jenayah di negara ini yang turut dikaitkan dengan perbuatan sihir.
"Jenayah membabitkan sihir boleh berlaku dalam kes bunuh, mendatangkan kecederaan, rogol, penipuan, kecurian, kes orang hilang, kes cerai dan poligami.
"Daripada kajian saya juga terdapat 13 kes di mahkamah sivil dan mahkamah syariah yang membabitkan jenayah ini termasuk kes Mona Fandey.
"Maklumat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan hanya 55 peratus kes orang hilang diketahui puncanya sedangkan bakinya tidak diketahui.
"Terdapat juga kekerapan mangsa santau yang kembali mendapat santau selepas beberapa bulan dirawat.
"Semua ini mendorong kita untuk segera membanteras masalah ini," katanya yang turut mempunyai pengalaman merawat gangguan makhluk halus.
Mahyuddin menjelaskan undang-undang berkenaan sihir juga bukan perkara baru. Ia pernah wujud di England dan Australia.
Ia juga masih wujud di negara-negara Afrika, India, China dan Arab Saudi.
Namun, kebanyakannya hanya bertumpu pada aspek tertentu misalnya, di China, peruntukan undang-undang jenayah yang diluluskan pada tahun 1979 berkisar tentang mendapatkan wang dengan helah sihir.
Di Arab Saudi pula penjenayah sihir dikenakan hukuman pancung. April lalu, seorang lelaki Lebanon dijatuhi hukuman pancung di Arab Saudi atas dakwaan mengamalkan ilmu sihir.
Cedera atau kecederaan parah yang terjadi akibat sihir juga tidak bercanggah dengan maksud cedera yang terdapat dalam Seksyen 319, Kanun Keseksaan.
Ini bermakna sihir yang menyebabkan kecederaan atau kesakitan termasuk lumpuh, tuli, buta, bisu dan sebagainya dianggap satu jenayah.
Bagaimana hendak membuktikan perkara yang dianggap ghaib ini?
Mahyuddin menjelaskan, walaupun dianggap perkara ghaib namun hal-hal sihir biasanya hanya akan berlaku menerusi peralatan dan alat-alat itu boleh menjadi bahan bukti di mahkamah.
"Sihir berlaku kerana perjanjian antara manusia dengan makhluk halus dan perjanjian itu biasanya menghendaki manusia melakukan pemujaan dan menyediakan bahan-bahan sihir.
"Secara asasnya terdapat dua kategori bahan iaitu bahan luaran (bahan yang bukan berasal dari tubuh mangsa atau orang yang menyihirnya) atau bahan dalaman (bahan yang berasal dari diri mangsa dan penyihirnya).
Bukti
"Antara contoh bahan luaran yang biasa digunakan ialah darah, najis, tengkorak, abu mayat, simpulan kain, air lipan bara, katak puru bertanduk, hati kura-kura, kaca, paku, ranting bunga kertas, benang, tanduk kerbau, tanah liat, lilin atau jerami yang dibentuk menjadi patung.
"Bahan dalaman pula seperti apa-apa yang menjadi identiti mangsa atau orang yang hendak melakukan sihir seperti pakaian, pakaian dalam, kuku, rambut, bulu roma dan tuala," katanya.
SIHIR boleh menyebabkan sakit pada anggota badan tertentu.


Elemen penting dalam penentuan terdapat jenayah atau tidak seperti mens rea (niat) dan actus rea (tindakan) juga boleh dikenal pasti.
"Tukang sihir juga boleh dianggap sebagai pembunuh upahan atau penceroboh seperti dalam kes jenayah biasa.
"Pengamal sihir akan didakwa bersama-sama kerana bersubahat dalam jenayah.
"Bahan bukti juga boleh menyatakan niat mereka yang menyantau sama ada untuk membunuh atau sekadar mencederakan.
"Misalnya, jika jarum dicucuk pada otak atau jantung patung itu menandakan tujuan bunuh dan jika dicucuk pada anggota lain seperti tangan dan kaki, ia mungkin sekadar mahu mencederakan," ujarnya.
Jelasnya, dalam hal penyiasatan, satu badan perlu diwujudkan, misalnya menubuhkan Jabatan Siasatan Jenayah Sihir.
Siasatan turut dilakukan dengan kerjasama antara pakar forensik dan pakar rawatan sihir yang terbukti kredibilitinya dan boleh dipercayai.
"Akta Jenayah Sihir perlu ada. Selama ini orang mungkin memilih kaedah sihir untuk membunuh atau mencederakan kerana fikir ia tidak meninggalkan bahan bukti lalu mereka terlepas.
"Mereka hanya menyerahkan kepada makhluk halus untuk 'mengerjakan' mangsa.
"Sedangkan apa yang dilakukan juga jenayah dan patut dibawa ke muka pengadilan," ujarnya sambil memetik kata-kata sarjana Barat, Emmet V. Mittlebeeler:
"Kalau undang-undang jenayah itu digubal bertujuan menjaga kepentingan awam, maka jenayah sihir ialah jenayah paling utama yang perlu dibanteras."
KosmoOnLine.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List