DR. ASRI CUBA SELAMATKAN UMNO MENGAPA.......??? Double Trouble Ke....

on Nov 3, 2010

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd (gambar) berkata, kenyatan Asri semalam, yang mencadangkan agar Anwar bersara daripada politik, kononnya kerana “rentak tari politik yang makin tidak seimbang” adalah satu kenyataan pelik dan tidak berpijak pada realiti politik tanah air semasa.

Sehubungan itu, Shamsul Iskandar mempersoalkan apakah Asri lupa bahawa tercetusnya gelombang perubahan di kalangan rakyat sebenarnya adalah melalui Anwar yang juga penasihat PKR.

“Apakah beliau tidak sedar berlakunya impak kepada Umno-BN dalam pilihan raya umum ke-12 adalah kerana gelombang rakyat melalui muafakat Pakatan di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar?” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Katanya, AMK tidak apologetik dan kekal menegaskan, kepimpinan Anwar adalah relevan sehingga kini dan masih diperlukan berikutan pengalaman serta kredibiliti kepimpinannya yang jelas berjaya memperkukuh PR di sebalik pelbagai usaha Umno-BN untuk merincih kefahaman dan keyakinan rakyat ke atas perikatan itu.

“Di saat beliau menyarankan politik idea dan politik nilai dibudayakan, cadangan beliau seolah-olah satu bentuk perlindungan kepada Umno-BN yang jelas kelihatan tandus idea untuk mengekang kemaraan rakyat melalui kepimpinan Datuk Seri Anwar dan kesepakatan kepimpinan PKR-PAS-DAP di bawah panji Pakatan.

Sumber:- http://suwaritimur.blogspot.com/2010/11/asri-coba-selamatkan-umno-mengapa.html

SPR BERKUASA.....Lagi Double Trouble.......???

on

SPR: Kami ada kuasa tentukan tempat kira undi, PAS boleh bantah jika mahu.

Sudah Terang Lagi Bersuluh........


GUA MUSANG, 3 Nov — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa dalam menentukan tempat mengira undi sama ada di pusat-pusat pengundian ataupun di tempat lain termasuk pusat penjumlahan undi jika difikirkan perlu dalam kes-kes khas.

Sambil menasihatkan mana-mana pihak tidak bimbang, Timbalan Setiausaha SPR Datuk Noordin Che Ngah (dalam gambar: kiri)berkata, langkah sedemikian diambil dalam keadaan cuaca tidak menentu.

Sehubungan itu, SPR memberi jaminan kepada PAS bahawa tiada penipuan akan berlaku ketika proses pengiraan undi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas membabitkan empat kawasan Orang Asli yang didakwa PAS semalam.

“SPR mempunyai kuasa untuk tentukan macam mana nak kira kertas undi.

“Dalam isu Orang Asli ini, kita bawa balik ke pusat penjumlahan kertas undi selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk cuaca.

“Kalau cuaca sekarang yang tidak menentu dan hujan, kalau kira di sana, bila masa baru kita akan balik ke sini. Bukankah ia akan lebih melambatkan?” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi.

Petang semalam, PAS menggesa SPR mengkaji semula keputusannya mahu membawa peti undi dari empat kawasan Orang Asli — yang mempunyai 924 pengundi — tanpa dikira terlebih dahulu di pusat pengundian terbabit.

PAS akan memfailkan bantahannya berhubung keputusan SPR itu hari ini — sehari sebelum pengundian diadakan.

Empat kawasan tersebut adalah Belatim, Balar, Bihai dan Hau yang mana SPR akan menggunakan khidmat helikopter untuk mengangkut kertas undi sebelum dikira di pusat penjumlahan undi di sini.

Noordin berkata, PAS boleh memfailkan bantahan sekiranya merasakan perlu.

“SPR ada cara untuk mengira undi, kalau sesuatu proses itu melambatkan kita akan bawa ke pusat pengumpulan kertas undi.

“Kalau PAS nak failkan bantahan tiada masalah. Lagipun ini bukan kali pertama kita bawa balik kertas undi dan kira di pusat penjumlahan undi.

“PAS nak risau buat apa? Kita bawa naik helikopter. Dalam helikopter itu nanti ada polis yang bertugas, tidak akan berlaku penipuan,” katanya lagi.

Justeru, Noordin meminta PAS supaya tidak terlalu risau dengan perkara itu kerana pihaknya akan menjalankan tugas dengan baik.

“Tidak perlu risau, kita akan jalankan tugas dengan baik.

“Kita cuma bawa balik dengan helikopter nanti ketika buat pengiraan ejen calon pun ada bersama, tiada masalah pun,” katanya.

Menurut Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Harun semalam, bantahan itu akan dibuat hari melalui peguam partinya.

“Kita tidak mahu ia dibawa ke pusat pengumpulan kertas undi (Dewan Pusat Sivik Gua Musang), kita mahu ia dikira di sana terlebih dahulu,” katanya.

Menurut Abdul Fatah, SPR tidak memaklumkan perkara itu kepada pihaknya terlebih dahulu.

Tambah Noordin, sekiranya selepas pilihan raya kecil selesai dan PAS masih tidak berpuas hati mereka boleh memfailkan petisyen di mahkamah.

Kerusi DUN Galas menyaksikan pertarungan satu lawan satu di mana Barisan Nasional (BN) meletakkan Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff manakala PAS, yang mewakili Pakatan Rakyat, meletakkan Dr Zulkefli Mohamad yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang.

Seramai 11,553 pengundi layak untuk mengundi pada pilihan raya kecil kali ini iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.

Ulasan GB

SPR berdegil untuk gunakan helikopter dengan berkeras menyatakan mereka mempunyai kuasa menentukan dimana undi hendak dikira. Alasan: cuaca tidak menentu. Kita menyatakan itu alasan untuk melakukan penipuan. 
Jawapan kita: kira dulu, lepas itu baru bawa balik naik helikopter. Biar lambat tetapi adil, telus dan berwibawa.

Tambahnya dalam helikopter ada polis. Kami kata polis tidak semestinya adil. Beribu kejadian di dalam negara memperlihatkan pihak polis sentiasa bersikap berpihak dan berat sebelah.

SPR benar-benar cuba memperbodohkan PR, memperbodohkan rakyat.

PR perlu bertindak pantas dan tegas.

1) Hari ini juga, kerahkan semua wakil rakyat PR (Parlimen & DUN) buat bantahan. Ketua Pembangkang dan Presiden PAS perlu berperanan aktif.
JANGAN LEMAH UNTUK BERFIKIR DAN BERTINDAK. Jangan bertindak selepas dah kalah. Tak berguna.

Usah sibuk nak fikir dan berebut jadi Perdana Menteri jika hal sebegini pun tak mampu di atasi.

2) Buat laporan polis SEGERA mengenainya.

3) Dapatkan perintah mahkamah hari ini juga halang SPR mengira undi di Pusat Penjumlahan.

4) Desak Pengerusi dan Timbalan pengerusi SPR dipecat atau letak jawatan segera.

5) Pastikan rakyat di Galas berperanan untuk membantu tindakan PR untuk mengira undi di pusat kiraan undi bukan di pusat penjumlahan.

6) Ahli Parlimen PR perlu bentang usul supaya SPR diwakili oleh wakil semua parti. Jika usul ditolak, bentang usul tak percaya kepada Speaker.

7) Lain-lain yang difikirkan perlu. (Panggillah sesi brainstorming. Apa nak jadi pemimpin-pemimpin PR yang lembek dan asyik leka & kena perlekehkan dengan agen-agen BN saja ni?)





Komen Sharpshooter - Teringat semasa 10 hari di Batang Ai Sarawak, beginilah perangai SPR di Batang Ai, 7 tempat mengundi tidak dikira ditempat ,mengundi tetapi dibawa dengan helikopter dan di kira di tempat penjumlahan undi di Lubuk Antu. 

Biarpun dibantah, SPR tetap dengan keputusannya, akhirnya semua tong undi di 7 tempat tersebut Keadilan kalah teruk. Siapa boleh naik helikopter bersama SPR?

Teringat kata sahabat baik sekolah Penang Free berpangkat Major, katanya memang kami buang peti undi yang asal dan ganti tong yang lain semasa membawa tong undi dengan helikopter.


PAS mewakili Pakatan Rakyat boleh menang di Galas dengan syarat menang 60%. Semoga Allah memberi kemenangan PAS di Galas..takbir.



Sumber

Video Mohd Nor Deris Vs Nik Aziz......Double Trouble........???

on

Ko orang fikir lah sendiri. Kau dengar betul betul kata Mohd Nor Deris. Bukan memperjuangkan Islam tapi lebih kepada pertembungan peribadi dan politik diri sendiri. Apa itu UMNO islam......???
Marah Nik Aziz kawan ngan PKR dan DAP,  yang dia tu sokong UMNO tak ke kawan ngan MCA MIC Gerakan PBS dan mcm mcm parti lagi......Apa ni Mohd Nor Deris.... Kenapa Double Trouble....???




Nabil Mengaku Leka Nikmat Tuhan......???

on



PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Nabil Ahmad terpaksa akur dan menerima keputusan Irma Hasmie, untuk memutuskan hubungan cinta mereka yang telah terjalin sejak dua tahun lalu.Menurut Nabil, dia terpaksa mengikut kata Irma seperti mana pendedahannya dalam sebuah akhbar mingguan Ahad lalu yang enggan memulihkan semula hubungan mereka."Jika sebelum ini saya tidak mengaku kami berpisah, kini saya ingin katakan yang saya sudah solo. Mungkin sebelum ini saya terlalu leka dengan pemberian Allah S.W.T yang telah memberi kesenangan hidup, seorang kekasih yang cantik dan kerjaya yang bagus.

"Setakat ini, tiada perancangan lagi untuk pulihkan hubungan kami. Saya cuma ingin memperbaiki diri saya dahulu, barulah saya baiki hubungan kami jika Tuhan izinkan. Lagipun dia dah kata tak mahu saya lagi. "Benda ini satu pengajaran buat saya. Mungkin selama ini saya lalai. Apa-apa pun, saya anggap perkara ini ada hikmahnya. Walaupun sekarang fikiran saya sedang serabut, saya perlu berfikir secara positif dan selesaikannya secara perlahan-lahan. Saya percaya ada orang lagi besar dugaannya berbanding diri saya," tuturnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa. Dengan nada suara agak kesal atas kejadian yang berlaku, Nabil berkata sebenarnya dia telah membuat persiapan kahwin sedikit demi sedikit untuk menempuh hari bahagia mereka yang dijangka pada tahun 2012 itu.

"Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan saja yang menentukan. Begitu juga dengan saya, beberapa persiapan kahwin dah pun dibuat sikit-sikit. Mana tahu satu hari nanti jodoh kami masih ada. Tapi, andaikan Irma telah berjumpa dengan lelaki yang lebih baik, saya tidak kisah. "Apa-apa pun yang sedang saya hadapi, kerjaya akan menjadi keutamaan saya dan saya perlu fokus dan kawal emosi saya tanpa mengganggu kerjaya saya sehingga menyusahkan orang lain," katanya yang sedang sibuk dengan penggambaran filem Bujang Terlajak arah Profesor Razak Mohaideen.

Tambah Nabil, dia ingin menegaskan bahawa, gambar seorang wanita yang diambil bersamanya serta beberapa rakan lain yang tersebar di internet tidak ada kaitan langsung dengan masalahnya dengan Irma. Sebaliknya wanita itu merupakan kenalan baru Nabil. "Tak fasal-fasal, dia pula terkait dalam masalah kami. Saya harap, orang luar tidak mengaitkan dia lagi," tegasnya.

Ditanya adakah Nabil masih lagi mencintai Irma, jawab Nabil: "Saya masih sayangkan dia. Rasanya, perasaan sayang masih lagi ada bagi pasangan yang baru lepas putus cinta. Hal ini merupakan satu masalah seperti yang turut berlaku kepada pasangan-pasangan lain. Tapi disebabkan kami dikenali, maka ia menjadi besar. "Saya ingin doakan sebuah kehidupan yang terbaik buat Irma. Saya tahu dia seorang wanita yang baik. Dulu, masa saya masih bersamanya, kalau ada apa-apa masalah, dia pasti akan berbincang dengan saya. Sekarang ini, saya harap dia ada kawan-kawan yang boleh berkongsi masalah. Kepada Irma, jagalah diri baik-baik,” kata Nabil-mStar

Galas: Jangan Terperangkap Data Pusat Kajian Milik Umno......

on



Kajian lapangan yang dijalankan oleh Ilham Centre membayangkan Umno mendahului PAS sebagai parti yang akan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas tidak membimbangkan PAS.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, sesiapa sahaja berhak mengutarakan kajian masing-masing untuk tatapan umum, tetapi kajian itu tidak semestinya menepati sasarannya.

“Tiada masalah bagi kita siapa mendahului atau siapa menang sebab keputusan sebenar adalah di tangan rakyat. Rakyat yang akan menentukan keputusan akhirnya.

“Kajian itu adalah hasil laporan dari tenaga jentera masing-masing, jadi itu tidak menjadi halangan untuk bekerja kuat sehingga ke saat akhir,” katanya yang juga Timbalan Menteri Besar semasa ditemui selepas majlis perasmian Tanah Perkuburan kampung Tanah Putih, dekat sini petang semalam.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas kajian firma penyelidikan lapangan bebas, Ilham Centre dari 29 hingga 31 November mengatakan BN mendahului PAS dalam PRK Galas dengan 22 peratus berbanding PAS 15.6%.

Manakala 54.1 peratus tidak membuat kenyataan pasti sebagaimana disiarkan portal Harakahdaily, semalam.

Sebelum itu, Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun yang sependapat dengan Ahmad berkata, tiada sebarang komen mengenainya kerana PAS juga mempunyai kajian mengikut mekanismenya yang tersendiri.

“Itu mengikut kajian dia (Ilham Centre). Terpulang pada dia. Kita tidak menghalang mana-mana pihak hendak buat kajian itu, tapi kita juga ada kajian sendiri,” katanya tetapi tidak mendedahkan hasil kajian dijalankan dengan alasan tidak diperlukan.

Mengulas jentera tempatan tidak kelihatan dalam membantu kempen PAS sebaliknya didominasikan jentera luar, beliau berkata nisbah antara jentera tersebut adalah satu persepuluh.

“PAS Galas mendapat komitmen penyokong dari seluruh negara. Satu persepuluh, habis tu hendak nampak macam mana jentera tempatan,” katanya.

PRK Dun Galas yang akan diadakan esok, 4 November menyaksikan pertandingan dua penjuru antara PAS dan Barisan Nasional (BN).

PAS yang mewakili Pakatan Rakatan mengemukakan calonnya, Pemangku Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamed. Manakala BN mempertaruhkan setiausaha Umno kawasan, Abdul Aziz Yusuff.

Galas & Batu Sapi : Modus Operandi Paling Berkesan Kemenangan BN.....Rasuah......???

on

Fitnah terbesar Umno Barisan Nasional terhadap seteru utamanya dari Pakatan Rakyat khususnya Pas ialah dengan menyiar gambar dan menyebut dengan jelas tentang ‘rasuah berbentuk wang tunai bagi pengundi-pengundi di Dun Galas supaya memangkah Pas’. 


Tanpa perlu mencari buktinya, gambar yang disiarkan mengikut intrepretasi pemberita adalah sangat mengelirukan dan sungguh biadap dari segi etika kewartawanan apatah lagi sekiranya dia adalah seorang muslim yang merdeka…memang dasar! 


Semua ini terpaksa dilakukan kerana video panas di youtube telah dirakam secara tidak sengaja oleh rakan pasukan wanita umno yang sedang membedak duit rasuah, tersebar di serata Batu Sapi…Tak kiralah PKR atau Sapp asalkan Barisan Nasional ke kubur bah.


Mengikut pengalaman penulis sendiri ketika menjadi salah seorang wakil ‘poling agen’ pada pilihanraya 1999, pernah melihat bagaimana sorang pengundi ‘dikantoikan’ oleh pegawai bilik undi di hadapan semua petugas SPR ketika sedang memasukkan kertas undi ke dalam poket atasnya…jelas kelihatan.


Penulis sendiri ‘tersundat katak’ melihat kejadian itu sambil marah di dalam hati ajelah…terus sejuk apabila pegawai itu suruh ‘pengundi iblis’ masukkan kertas undi ke dalam peti(skang upgred jadi lutsinar)..uhuk2 kepala otak aku fikir dia nak bawak balik pun biarlah, dia rugi satu undi.


Rupa-rupanya ilmu matematik Umno Barisan Nasional ketika itu sudah kehadapan untuk menipu rakyat Malaysia dalam proses Pilihanraya Kecil atau Pilihanraya Umum… 


Modus operandinya mudah dan sungguh berkesan…janji duit,lagi banyak lagi meyakinkan. 


Beberapa helai kertas undi yang telah dipangkah akan diberi kepada pengundi tertentu sebelum mereka masuk ke tempat mengundi. Proses membuang undi telah ditukar kepada hanya proses menukar kertas undi yang ada di dalam poket. Tanpa memegang pen atau pensel pengundi tersebut akan memasukkan kertas undi yang telah diberi oleh agen ke dalam peti dan kertas undi yang belum dipangkah dipulangkan untuk menerima habuan RM100++..


Kualiti kertas undi yang boleh dilenyek dimerata kedai Photostat yang berdekatan.


Umno Barisan Nasional dengan sepenuh keringat sambil bermodalkan ‘berbilion’ wang rakyat akan mencari setiap nama-nama pengundi secara ‘direct’ kerana mata lagi sedap berbicara tentang wang, bukan hanya panggilan telefon. 


Inilah salah satu strategi ampuh yang sentiasa digunakan umno Barisan Nasional untuk terpaksa memenangi setiap kali pilihanraya. Mereka cukup licik bermain dengan media ketika menghadapi pilihanraya dengan memainkan isu-isu yang lebih bersifat teknikal untuk mengalih perhatian rakyat terhadap taktik jahat mereka yang lain sambil dibantu tangan ghaib yang bernama Suruhanjaya Penipu Rakyat.wallahua'lam.

Isu Banglo Mewah: Khir Toyo perlu fail jawapan pembelaan

on



SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, semalam menetapkan sehingga 3 Disember ini untuk Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo memfailkan jawapan pembelaan yang difailkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang disamannya selepas mendakwa wakil rakyat itu memfitnahnya berhubung isu banglo mewah di Seksyen 7, di sini.

Timbalan Pendaftar Mankiranjit Kaur mengeluarkan perintah itu selepas prosiding dalam kamar oleh peguam M Athimulan yang mewakili Mohamad Khir dan peguam M Manoharan yang mewakili ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim.

Pada 25 Oktober lalu, Mankiranjit menetapkan semalam tarikh bagi Mohamad Khir memberi penjelasan mengapa fitnah yang difailkan terhadap Suee Lim itu tidak boleh dibatalkan apabila beliau tidak mengambil sebarang tindakan selepas tujuh bulan wakil rakyat DAP itu memfailkan pembelaannya pada 26 Mac lalu.
Manoharan yang ditemui di luar mahkamah, berkata Mankiranjit menetapkan tarikh itu bagi Dr Mohamad Khir memfailkan jawapannya terhadap pembelaan yang difailkan Suee Lim.

Pada 7 Januari lalu, plaintif memfailkan saman fitnah yang tidak dinyatakan jumlahnya terhadap Suee Lim yang didakwa memfitnahnya berhubung isu banglo mewah di Seksyen 7, di sini, melalui artikel yang didakwa berbaur fitnah disiarkan akhbar The Star, bertarikh 7 Julai 2009.

Dalam tuntutan saman fitnah itu, Dr Mohamad Khir menuntut ganti rugi am, teladan dan teruk selain memohon perintah injunksi bagi menghalang defendan atau ejennya daripada terus mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya.

-BeritaHairan

Banjir: Mentua Dihanyut Air, 3 Jam Berpaut Di Pokok

on





Jitra: “Saya melihat sendiri bagaimana ibu mentua dihanyutkan air, tetapi tak mampu menolongnya kerana nyawa saya dan suami juga pada waktu itu bagai telur di hujung tanduk.”

Demikian kata Ashalehah Zain, 40, yang terselamat daripada lemas selepas berpaut pada sebatang pokok hampir tiga jam apabila banjir menenggelamkan rumahnya di Kampung Kota Giam, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, suami Ashalehah, Yusuf Abdullah, 41, seorang warga Jerman turut mengalami pengalaman serupa, namun ibu Yusuf, Erna Fischer, 64, hanya mampu berpaut pada pokok selama satu minit sebelum dihanyutkan arus deras dan masih belum ditemui sehingga petang semalam.

“Saya dan suami yang berpaut pada pokok berasingan hanya mampu bertawakal kepada Allah SWT kerana sedar nyawa kami dalam bahaya,” kata Ashalehah.

Ashalehah dan Yusof diselamatkan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kedah, kira-kira jam 11.30 malam selepas menerima maklumat penduduk kampung berkenaan.

Ashalehah berkata, sebelum kejadian dia dan suami serta ibu mentuanya keluar daripada kediaman mereka sejurus melihat air sungai membanjiri rumah mereka hingga ke paras pinggang.

Menurutnya, tidak sampai seminit mereka keluar, tiba-tiba arus deras menolak mereka hingga ke sungai kira-kira 300 meter dari rumahnya.

“Saya sempat berpaut pada sebatang pokok di tepi sungai itu manakala suami berpaut dan memanjat pokok kira-kira lima meter daripada saya.

“Saya dengar ibu menjerit meminta tolong dan lama-kelamaan suara itu semakin sayup dan tidak kedengaran lagi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, malam kelmarin.

Ashalehah berkata, dia nampak ibu mentuanya dibawa arus deras melalui sungai itu dan terkilan kerana tidak sempat menyelamatkannya.

Bagaimanapun, Ashalehah menyifatkan dia bernasib baik kerana ketika kejadian, anaknya yang berusia 13 dan 10 tahun berada di asrama sekolah.

Katanya, dia sudah tujuh tahun tinggal bersama suami di kampung berkenaan dan kadang-kala ibu mentuanya melawat mereka dan tinggal antara dua atau tiga bulan sebelum pulang ke Jerman.

“Sepatutnya hari ini (semalam) ibu pulang ke Jerman kerana tiket penerbangan sudah ditempah. Namun, segala-galanya sudah ditakdirkan dan saya hanya mampu berdoa supaya ibu selamat,” katanya.

Penduduk kampung, Ropian Hasan, 51, berkata, dia menemui pasangan suami isteri itu selepas terdengar suara meminta tolong dari pokok tidak jauh dari rumahnya.

“Saya meredah air separas dada ke kawasan pokok itu dan terkejut mendapati seorang lelaki dan seorang wanita sedang berpaut pada dua batang pokok,” katanya. Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Kota Setar, Leftenan Muda Khairul Afzan Yassin berkata, pihaknya mengambil masa hampir satu jam untuk menyelamatkan kedua-dua mangsa.

“Kami mengerah 150 anggota dalam misi menyelamat mangsa di empat daerah yang terbabit banjir,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin pula berkata, Erna dilaporkan hilang kira-kira jam 8.30 malam ketika keluar menyelamatkan diri bersama anak dan menantunya.

Another Malaysian By-Election.......

on

A longtime dissident returns to the tricky job of leading UMNO efforts in Kelantan 




Image
The result of Malaysia's 12th by-election to occur since tumultuous national elections in 2008 is in practical terms irrelevant. Whether or not Parti Islam se-Malaysia (PAS) retains the state seat of Galas on Nov. 4 by-election will make no difference to the Islamic party's control of the state legislature. 

But it will be a test of the influence of the United Malays National Organisation's most distinguished internal dissident, Tengku Razaleigh Hamzah, and his calls for sweeping reform of Umno. Galas is part of Razaleigh's federal parliamentary constituency and is centered on his home town of Gua Musang in the south of the state. And, together with a federal seat by-election on the same day, the election is expected to play a role in whether Prime Minister Najib Razak will go to national polls in early 2011.

But interpreting the Galas result will not be easy. The 73-year old Razaleigh, usually known as Ku Li, is between a rock and a hard place. On the one hand the Kelantan aristocrat knows that his calls for reform of Umno are unlikely to make much progress if the erosion of support for the Umno-led Barisan Nasional ruling coalition that was seen both in the 2008 federal election and in subsequent bye-elections is stemmed or reversed. 

On the other hand Razaleigh has no choice but to support his own party and the candidate he himself chose in this local election. Recognizing his difficult position, Razaleigh has been playing down the significance of the election. But there is little doubting the attention it has been getting in the media because of him.

Ministers in the government that Razaleigh relentlessly criticizes have been trooping to Gua Musang to kiss his hand and try to shore up Barisan support among the voters. They too doubtless have mixed feelings, one the one hand needing to show Umno making a comeback, on the other worried about the enhanced reputation Razalaigh may acquire should Umno poll well here but not elsewhere.

Razaleigh, once billed as bapak ekonomi or "father of the Malaysian economy" for his role running Pernas, which was created to encourage Malay-controlled businesses in 1975, as well as creating the national energy company Petronas and then as Finance Minister, but who has been out of power since narrowly losing to Mahathir in 1987, may have little clout in today's UMNO or following in its higher echelons. But his stringing criticisms of corruption in the Barisan and of Umno's hypocritical attempts to compete with PAS on religious issues have found a ready audience in a wider community. For all of Prime Minister Najib's talk of his 1Malaysia slogan, many in Umno continue to pander to more extreme views of Malay and Muslim supremacy that are being peddled by the chauvinist Perkasa movement and aided and abetted by former Prime Minister Mahathir Mohamad. Razaleigh's criticisms of the Barisan have been getting plenty of media coverage, a privilege not so available to opposition parties.

The odds are certainly stacked against a national comeback by Razaleigh. Yet in the event that Anwar Ibrahim ends back in jail at the same time the opposition still does well in the election, moderate elements from all races might look to him as representative of an older and more tolerant version of UMNO as existed, at least in many minds, before Mahathir's reign.

What is far from clear is whether the voters in Galas, and particularly the Chinese (20 percent) and Orang Asli (aboriginals, 16 percent ) who deserted the Barisan in the last election come back to it. On the one hand both are known to respect Razaleigh personally and like his inclusivist views on racial and religious issues. On the other hand the Chinese may have yet to be convinced that at the national level the 1Malaysia slogan is more than rhetoric, or that the Malaysian Chinese Association is a credible member of the Barisan. 

As for the Orang Asli, traditional Barisan supporters, they have been wooed by a state government which promises to prevent further shrinkage of their traditional lands as a result of acquisitions by members of the Kelantan royal family and other well-placed persons.

As it controls the state government, PAS itself has been buying loyalties through grants of state lands and has been vigorously attacking the federal government for its denial of the Kelantan state government's proper share in oil royalties. This ill-conceived Mahathir-era punishment for electing an opposition government does UMNO no favors. But at least Razaleigh is not tainted by it. As the author of the 1974 legislation that provided for a royalty to the states he has backed Kelantan's claim against the federal government. 

However, Nov. 4 will test whether support for Razaleigh overrides deep national dissatisfaction with the Barisan, which Razaleigh himself believes shows no signs of abating. Indeed within Umno there are now those who think that it could lose control of the majority of state governments.

But others believe that Najib has sufficiently steadied the Umno/Barisan ship that he can look to an election in the first half of 2011, perhaps to coincide with state elections due next year in Sarawak. The economy is doing well enough thanks to high oil, rubber and palm oil prices – and government spending. There have been no major racial incidents such as Hindu temple destructions and cow head displays to upset minorities. 

Anwar is preoccupied with his legal problems and without him the opposition has no unifying focus. So the issue is whether people will just vote against the Barisan rather than for the opposition. An election two years before one is due would be a risk for Najib, but even modest success would strengthen his position in Umno and in particular make it less difficult to translate the One Malaysia slogan into policies.

However, reading the results of the by-elections will not be easy given the Razaleigh factor in Galas and that politics in ethnically diverse Sabah, as in Sarawak, are not necessarily a guide to what happens in Peninsular Malaysia. So whatever the result, the significance of a by-election involving just 11,553 voters may be debated long after Thursday.


Sumber

Khianat: Pejuang Usno perlu bersama PAS

on

SANDAKAN, 3 Nov: Keikhlasan Tun Datu Mustapha yang dikhianati oleh pemimpin Umno kononnya untuk membantu Usno memartabatkan umat Islam di Sabah sudah cukup menjadi sebab mengapa pejuang-pejuang Usno perlu bersama dengan PAS.
Justeru, Pemuda PAS Sabah mengajak semua ahli Usno yang masih teguh memperjuangkan masa depan umat Islam di Sabah.
Mereka sewajarnya keluar daripada Umno dan berganding bahu bersama PAS untuk merealisasikan cita-cita yang sama.
Menurut Ketua Penerangan Pemuda Sabah, Salman Amin, sejarah perjuangan Usno (United Sabah National Organization) sebenarnya banyak memainkan peranan di dalam sejarah perkembangan umat Islam di Sabah.
Penubuhan Usia (United Sabah Islamic Assiciation) oleh Tun Datu Mustapha menjadi salah satu bukti kesungguhan beliau untuk memartabatkan Islam di bumi Sabah ini.
"Malangnya, kemasukan Umno yang dijangka boleh menjadi rakan untuk membantu umat Islam di Sabah bertindak sebaliknya dengan mengambil kesempatan ini untuk mematikan inspirasi perjuangan rakyat Sabah.
"Ketika itu rakyat di Sabah mungkin terpedaya dengan Islam yang ada pada Umno, padahal ia tidak menggambarkan jati diri seorang muslim sebenar mengikut Al-Quran dan as-Sunnah.
"Pemimpin Umno tidak serius membela umat Islam di Sabah kerana sibuk mengaut khazanah kekayaan bumi Sabah," ujar Salman.
Katanya, NGO-NGO Islam yang meninjau ke pedalaman Sabah melaporkan hampir 30 buah kampung terdedah kepada risiko murtad.
Malah di Sabah, ujarnya ada satu istilah iaitu 'kawasan selamat untuk murtad’.
Walaupun terdapat jabatan-jabatan yang ditubuhkan untuk menjaga hal ehwal umat Islam, pembangunan umat Islam di Sabah masih terlalu lemah.
"Ruang lingkup gerak kerja (jabatan-jabatan) ini telah dikawal sepenuhnya oleh pemimpin Umno sehingga membantutkan usaha mereka untuk membantu secara lebih meluas," ujar beliau.
Ini terbukti, kata Salman, apabila ramai di kalangan para ustaz tidak diberi kebenaran untuk menyatakan pendirian dan ramai yang diperkudakan agar tindakan pemimpin Umno dilihat mendapat sambutan dari badan-badan agama walaupun ia jelas bertentangan dengan Islam.
Ini, katanya berbeza dengan Islam yang diperjuangkan oleh PAS yang menjunjung tinggi al-Quran dan as-Sunnah dan menjadi dasar perjuangannya seperti yang tercatat dalam perlembagaan PAS.
Tambahnya, bukti keazaman PAS untuk memartabatkan Islam tidak mengira bangsa dan keturunan boleh dilihat di Kelantan di bawah pentadbiran Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menurutnya, Islam yang diperjuangkan oleh PAS tidak pernah berubah walaupun ada di kalangan pemimpin PAS yang dipenjara malah ada yang dibunuh.
"Istilah PAS parti semenanjung tidak wujud kerana sepertimana Islam pernah menguasai 1/3 dunia tidak ada istilah Islam Arab, Islam Parsi atau Islam Eropah kerana semuanya bernaung di bawah sebuah sistem keadilan Islam," tambah beliau.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List