Galas: Jangan Terperangkap Data Pusat Kajian Milik Umno......

on Nov 3, 2010



Kajian lapangan yang dijalankan oleh Ilham Centre membayangkan Umno mendahului PAS sebagai parti yang akan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas tidak membimbangkan PAS.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, sesiapa sahaja berhak mengutarakan kajian masing-masing untuk tatapan umum, tetapi kajian itu tidak semestinya menepati sasarannya.

“Tiada masalah bagi kita siapa mendahului atau siapa menang sebab keputusan sebenar adalah di tangan rakyat. Rakyat yang akan menentukan keputusan akhirnya.

“Kajian itu adalah hasil laporan dari tenaga jentera masing-masing, jadi itu tidak menjadi halangan untuk bekerja kuat sehingga ke saat akhir,” katanya yang juga Timbalan Menteri Besar semasa ditemui selepas majlis perasmian Tanah Perkuburan kampung Tanah Putih, dekat sini petang semalam.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas kajian firma penyelidikan lapangan bebas, Ilham Centre dari 29 hingga 31 November mengatakan BN mendahului PAS dalam PRK Galas dengan 22 peratus berbanding PAS 15.6%.

Manakala 54.1 peratus tidak membuat kenyataan pasti sebagaimana disiarkan portal Harakahdaily, semalam.

Sebelum itu, Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun yang sependapat dengan Ahmad berkata, tiada sebarang komen mengenainya kerana PAS juga mempunyai kajian mengikut mekanismenya yang tersendiri.

“Itu mengikut kajian dia (Ilham Centre). Terpulang pada dia. Kita tidak menghalang mana-mana pihak hendak buat kajian itu, tapi kita juga ada kajian sendiri,” katanya tetapi tidak mendedahkan hasil kajian dijalankan dengan alasan tidak diperlukan.

Mengulas jentera tempatan tidak kelihatan dalam membantu kempen PAS sebaliknya didominasikan jentera luar, beliau berkata nisbah antara jentera tersebut adalah satu persepuluh.

“PAS Galas mendapat komitmen penyokong dari seluruh negara. Satu persepuluh, habis tu hendak nampak macam mana jentera tempatan,” katanya.

PRK Dun Galas yang akan diadakan esok, 4 November menyaksikan pertandingan dua penjuru antara PAS dan Barisan Nasional (BN).

PAS yang mewakili Pakatan Rakatan mengemukakan calonnya, Pemangku Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamed. Manakala BN mempertaruhkan setiausaha Umno kawasan, Abdul Aziz Yusuff.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List