Dua individu saman syarikat kosmetik milik Sosilawati

on Nov 3, 2010

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Dua ahli perniagaan memfailkan saman terhadap syarikat Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd, milik jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya atas dakwaan melanggar perjanjian jual beli sebidang tanah yang mempunyai kedai pejabat bernilai RM3 juta di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Dalam saman yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini pada 5 Ogos lepas itu, Low Choong Yen, 59, dan Lim Bee Geok, 52, menamakan Nouvelle Beauty sebagai defendan.
Media memperoleh writ saman itu melalui carian fail di mahkamah hari ini.

Saman itu difailkan 25 hari sebelum Sosilawati, 47, ditemui mati bersama pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting pada 30 Ogos lalu.
Hari ini kes saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Hilmiah Yusof.
Peguam S.H. Tang yang mewakili dua ahli perniagaan itu hadir ketika kes itu disebut.
Bagaimanapun tiada peguam yang hadir bagi mewakili Nouvelle Beauty. – Bernama

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List