ANTARA WANG ZAKAT DAN WANG RASUAH.........???

on Nov 3, 2010

Jangan buka pintu fitnah dalam tempoh berkempen



Dalam pilihan raya, masa sentiasa tidak cukup. Sedikit masa yang ada sepatutnya digunakan untuk menghimpit lawan ke tepi. Masa tidak sepatutnya dibazirkan untuk mempertahan atau menjelaskan kesilapan atau kesalahan sendiri. Oleh itu, jangan buat silap, jangan buat salah.

Saya boleh menerima penjelasan bahawa Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi zakat kepada Orang Asli yang diIslamkannya. Saya rasa penjelasan itu tak bohong kerana pemberian zakat itu diberi secara terbuka, tidak sorok-sorok dan wang juga diberi tanpa dibungkus atau dimasukkan dalam envelope.


Melainkan orang bodoh, tidak ada siapa pun akan menumbuk rusuk secara terbuka seperti itu. Biasanya, kalau nak tumbuk rusuk, orang akan beri secara sembunyi seperti yang diceritakan dalam liputan Merdeka Review 2/11/10 "Perarakan Satu Malaysia: Satu orang, satu ratus ringgit". Bagi zakat tak perlu sembunyi-sembunyi.

Bagi zakat memang bagus dan ia tidak kira masa. Tetapi saya rasa ada satu lagi ajaran Islam yang lain iaitu mengelakkan fitnah. Seikhlas mana pun niat dalam hati dan sesuci mana pun pemberian zakat itu, tetapi jika dihulurkan ketika kempen pilihan raya, ia pasti menimbulkan fitnah. Janganlah mengundang bala walaupun nak cari pahala.

Kebaikannya hanyalah apabila kita diperi hiburan percuma apabila membaca berita Malaysiakini hari ini bertajuk "Perkasa buat laporan polis terhadap Nik Aziz".

Sejak malam tadi lagi apabila beberapa blog Umno membantai atau mempersendakan perkara tersebut (sila lihat di sini, di sini dan di sini), saya menjangkakan Utusan Malaysia pasti membantai perkara itu. Bagai di duga, tersiarlah berita bertajuk "SPR teliti tindakan Nik Abdul Aziz beri wang kepada Orang Asli" dalam Utusan hari ini.Link

Tidak fasal-fasal terpaksa dijelaskan dalam berita Harakahdaily hari ini "Orang Asal diberi wang zakat selepas masuk Islam", "Takkan beri zakat rasuah" dan "‘Sogokan’ jadi isu hari akhir kempen". Persoalannya, berapa orang baca penjelasan dalam Harakahdaily itu? Dan, berapa ratus ribu orang pula yang membaca berita Utusan itu, tidak kira sama ada edisi bercetak atau edisi onlinenya?

Adakah PAS mempunyai cukup masa untuk memberi penjelasan mengenai perkara itu kepada mereka yang dihidangkan dengan cerita "rasuah PAS" di Galas? Pilihan raya pun macam urusniaga jugak - time is of the essence. Tu belum lagi cerita tentang perangai bodoh tak bertempat dan gatal mulut sangat nak berlagak fasal duit tambang RM250 atau memungkiri janji tak nak hentam Tengku Razaleigh Hamzah. Kalau tak reti tunai janji, jangan berjanji.

Sebelum ahli dan penyokong PAS nak marah sangat dan, bagai biasa, bersedap-sedap memfasiqkan aku dengan memperalatkan ayat 6 Surah al-Hujurat (aku pun tak larang hampa nak fasiqkan aku), cuba tanya dengan ikhlas kepada diri sendiri - macam mana kalau Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghulurkan duit yang bertelanjang tak bertutup itu kepada Orang Asli?

Tolonglah! Masa dalam kempen pilihan raya amat singkat. Janganlah buat perkara yang mendatangkan fitnah yang akhirnya akan mencukai masa yang ada untuk menyerang lawan.


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List