Dun Galas : Orang Asli 'Ranjau' BN Di Galas.

on Nov 4, 2010


Untuk sekian lama, masyarakat Orang Asli dianggap sebagai 'simpanan tetap' dan kubu kuat BN, tetapi tetapi jika rungutan di peringkat akar rumput itu benar, maka mereka mungkin menjadi 'ranjau' yang mungkin menghalang, jika tidak pun, menjejaskan kemenangan BN di Galas.

Walaupun ramai menganggap mereka sebagai masyarakat sederhana dan tidak komplikated, mudah dipengaruhi oleh bantuan pihak pusat, tetapi Orang Asli, terutamanya di kalangan generasi baru, kini mempunyai aspirasi melepasi setakat menerima bantuan pihak persekutuan.

Seorang penduduk perkampungan Orang Asli Balar, Mustapa Alwie berkata hati masyarakat itu 'terluka' setiapkali mereka dianggap sebagai golongan miskin tegar.

"Setiap kali memberikan bantuan mereka selalu kata yang kami miskin tegar.

"Kami tidak miskin, jika kami miskin, kami tidak akan dapat datang ke sini," keluh Mustapa , 41, (kiri) seorang bekas tentera, yang juga setiausaha Umno cawangan di situ.

Beliau juga kesal kerana janji-janji yang ditunaikan oleh kerajaan persekutuan juga tidak seberapa dan bukan sesuatu yang konkrit.

Seorang penduduk Balar Seman aweng, 50, memberi contoh sebuah jambatan berhampiran perkampungan itu yang mereka pohon.

"Mereka bina sebuah jambatan kecil, yang tidak cukup besar pun untuk dilalui motosikal dengan selamat," katanya.

Seman (kanan) menceritakan bahawa hubungan mereka dengan bantuan kerajaan persekutuan adalah seperti rumah singgah yang dibina di permulaan laluan menuju ke perkampungan Orang Asli di kawasan pedalaman.

"Mereka memanggilnya rumah 46 atau Rumah Sandang. Seorang lelaki bernama Sandang tinggal di sana dan menjaganya. Dia adalah orang kepercayaan ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah. Itulah tempat kami tinggal ketika kami datang ke bandar. Sekarang dia telah meninggal dunia dan tidak ada orang lain yang benar-benar menjaganya."

Walaupun seorang dari pejabat tanah ditugaskan untuk menjaga rumah tersebut, tetapi keadaannya tidak seelok dahulu dan kini dalam keadaan menyedihkan, dengan atapnya bocor dan lantai pula reput.

Menurut Mustapa, mereka telah mengundi dalam lima pilihan raya umum, tetapi hampir tiada apa yang boleh ditunjukkan hasil mereka menyokong BN.
'Tanah rayau' semakin susut

Jamali Along, 24, dari perkampungan Pasik, pula berkata walaupun 
tanah diambil dari mereka dan penebangan yang berterusan sejak tahun 60-an dan 70-an, tetapi tidak memberi manfaat kepada Orang Asli.

"Jika kita bertanya mengapa tidak ada projek di tanah kami untuk kami, mereka kata ianya terlalu jauh dan membabitkan kos yang terlalu mahal. Tapi bila tanah kami diambil, mereka akan membangunkannya dan memberinya kepada orang lain, kami tidak dapat apa-apa.

"Hanya yang dapat kami lihat adalah jejak tayar dan debu kenderaan balak," kata Jamali (kiri).

Perhatian utama mereka pada masa ini, kata Mustapa, adalah tanah adat mereka atau tanah rayau Orang Asli bergantung untuk hidup, yang terus susut kerana penebangan balak dan pembangunan.

"Kami ingin bebas, yang penting adalah tanah rayau kami. Ini cara hidup kita. Kami ingin berjalan selama berhari-hari mencari sumber di hutan. Jika enam hektar, kita boleh berjalan hanya satu petang," keluhnya

Malaysiakini

Galas, Yang Tergamak Kenyanglah Dengan RM500.....???

on




Ramai pengundi luar yang pulang mengundi menuntut wang perbelanjaan tambang mereka. Di pihak Pas pengundi dari Kuala Lumpur akan menerima Rm200 dan dari Johor akan mendapat RM250. Itulah yang dapat menampung perbelanjaan pulang mereka. Ringan sedikit beban mereka.

Umno juga membuat perkara yang sama. Bayaran perbelanjaan juga dipercayai lebih banyak dari yang diberikan oleh pihak Pas, itulah kebiasaannya kerana Umno lebih berduit. Semuanya akan diserahkan apabila mereka selesai menunaikan tanggungjawab mereka.

Sementara mereka yang jenis selamba/tak malu/muka biawak dan mampu menunjukkan kesungguhan  bahawa mereka telah mengundi Pas dan juga mengundi Umno, insyaallah dapatlah mereka RM500. Itu pun sekiranya mereka tergamak berbuat demikian. Namun kebiasaannya petugas-petugas lebih arif mereka sebetulnya pengundi mana tetapi sekiranya lakonan mereka berkesan, raya Deepavalilah dia hari ini.

Moga-moga Pas menunjukkan kehebatannya walaupun pejabat Pas sedikit terbakar, insyaallah...

Pengundi jumpa kertas undi tanpa lambang

on

























GUA MUSANG, 4 Nov: Agak mengejutkan proses pembuangan undi di Dun Galas hari ini dikejutkan apabila ada kertas undi tanpa logo parti dikenalpasti di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, Kampung Baru.

Perkara itu didedahkan isteri calon PAS, Zainab Jalar apabila kertas undinya tidak tercetak lambang parti.

"Ketika membuang undi, saya mendapati kertas undi yang diberikan kepada saya tidak mempunyai simbol parti politik yang bertanding.

"Sebaliknya ia hanya mempunyai nama calon sahaja," katanya ketika ditemui di sini.

Ekoran insiden tersebut beliau segera menghubungi jentera pilihan raya PAS memaklumkan perkara itu bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

Beliau berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada pasukan peguam PAS yang berada di unit peti undi Kampung Baru.

Seorang peguam, Hisyam Fauzi berkata, perkara  ianya masih berada pada peringkat siasatan dan laporan kepada urusetia Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibuat bagi mengelakkan masalah itu tidak berulang di pusat pengundian lain.

"Setakat ini tiada sebarang jaminan yang diberikan oleh pihak SPR," katanya.

Menurut beliau setakat ini pihaknya  menerima dua aduan mengenai masalah terbabit dan salah satu daripadanya telah dilaporkan kepada pihak polis.

Ia terdiri daripada satu kertas undi di unit peti undi Sungai Terah serta UPU Kampung Baru.

"Tindakan yang terdekat, kita telah meminta kepada pihak polling agent untuk membuat bantahan bertulis mengenai kes tersebut," ujarnya.
Kempen solo
Sementara itu, para pengguna jalanraya Gua Musang - Kota Bharu sangat tertarik dengan cara penunggang basikal ini berkempen untuk PAS.
Beliau dilihat memasang dua bendera besar PAS pada basikalnya dan bergerak ke seluruh kawasan pilihan raya dan jalan raya utama di sekitar Gua Musang.

Ketika ditemui oleh wakil Harakahdaily, penunggang ini berkata, beliau sangat marah kepada Umno dan BN yang membawa masuk ramai pengundi luar ke Gua Musang.

Ketika ditanya, bagaimana dia tahu mengenainya, penunggang ini berkata, "Saya kenal mereko dan sapa-sapa (orang) bersama dia."

Agen Umno ketuk rumah penduduk jam 3 pagi

on



GUA MUSANG, 4 Nov: Pengundi di Dun Galas awal malam tadi dikejutkan dengan kedatangan agen-agen yang dipercayai Umno membawa bungkusan makanan dan wang ketika mereka sedang enak tidur.

Seorang penduduk di RPT Sungai Terah memberitahu kumpulan agen Umno datang membawa makanan dengan mengetuk pintu rumah penduduk antara jam 2 hingga 3 pagi.

Katanya bungkusan makanan itu dibawa dengan kenderaan dan diedar ke rumah-rumah setiap penduduk ketika mereka sedang tidur.

“Saya terkejut dengan bunyi bising yang berlaku. Apabila mengintai dari tingkat dilihat beberapa petugas membawa bungkusan makanan turun naik ke rumah penduduk.

“Tetapi mereka tidak datang ke rumah saya, cuma pergi ke rumah jiran-jiran saya,” katanya ketika ditemui selepas beliau bersama suami membuang undi di Sekolah Kebangsaan Tengku Mohamad Fa-iz Petra di sini, pagi tadi.

Seorang penduduk Cina di Kampung Baharu juga memberitahu ada agen yang membawa  bungkusan makanan menemui penduduk sekitar jam 3 pagi tadi.

Katanya, kehadiran agen itu tidak dijangka memandangkan  ramai petugas PAS dan Pakatan Rakyat sudah tidur.

“Kami tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan tidak ada petugas kita yang dapat memantau pergerakan agen Umno membawa makanan ke rumah penduduk ketika awal pagi,” katanya.

Malfrel bantah

Sementara itu, jurucakap Mafrel berkata pihaknya akan menghantar surat bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tidak mengamalkan kaedah biasa membilang undi di tempat mengundi membabitkan pusat mengundi Orang Asal sebelum dibawa ke tempat penjumlahan.

Beliau berkata, sepatutnya pembilangan undi dilakukan di tempat mengundi terlebih dahulu sebelum dibawa ke tempat penjumlahan di Pusat Sivik, Gua Musang menggunakan perkhidmatan helikopter.

“Peraturan dibuat SPR itu boleh mendedahkan kepada penyelewengan kerana undi belum dikira ketika dibawa ke tempat penjumlahan.

“Kami akan menghantar nota  bantahan kerana peraturan tersebut boleh mengundangkan ruang penyelewengan memandangkan tiada wakil –wakil dari parti yang bertanding ketika peti dibawa ke pusat penjumlahan di Dewan Sivik,” katanya ketika ditemui di sini.

Sukarelawan Mafrel diketuai Dr Abdul Halim Yusof memantau pilihan raya tersebut biar pun kurang mendapat kerjasama SPR.

Semalam PAS menghantar memorandum bantahan terhadap SPR kerana mahu membilangkan undi terlebih dahulu di tempat pengundian sebelum dibawa ke tempat penjumlahan.

Sepanjang kempen sehingga tengahari ini bilangan petugas dan perayu PAS jauh mengatasi kehadiran perayu undi BN.

Malah di daerah mengundi Sungai Terah hanya kelihatan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Adun Kuala Balah, Datuk Abdul Aziz Derashid dan beberapa penyokong Umno dari Jeli. Turut kelihatan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.

Namun media tidak dapat mengesan di manakah pengarah jentera BN, Tengku Razaleigh Hamzah.

Sedangkan ramai pemimpin Pakatan Rakyat kelihatan termasuk Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa,  Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengarah Strategik Keadilan, Tian Chua.

Tok Guru Ziarahi Puteri Umno.......???

on

MENJELANG Asar tadi Tok Guru Nik Abdul Aziz masuk ke kampung Sungai Teka, 
Galas untuk mengunjungi seorang puteri Umno, Nirmila Mohamad yang baru saja telah menukar perjuangan dari Umno kepada Pas. Kedatangan Nik Aziz itu disambut oleh suami Nirmila, Nik Azmin Nik Man, anak-anak dan sanak saudaranya.

Kedatangan Tok Guru itu sebagai rahmat kepada Nirmila dan keluarga berkenaan. Orang kampung itu yang kebanyakan waris warasnya juga turut sama mengambil kesempatan untuk menatap wajah Tok Guru dari dekat.



Beberapa hari lalu Tok Guru Nik Aziz telah pun datang ke kampung berkenaan. Kedatangan yang sekejap itu menyebabkan mereka tidak puas untuk bermesra dengan MB itu. Sebaik berita mengatakan Tok Guru akan berkunjung sekali lagi ke kampung itu mereka keluar beramai-ramai.

Bagi mereka yang pertama kali menatap wajah MB itu dan juga melihat persiapan menyambut kedatangannya mungkin tidak percaya. Ianya terlalu simple dan bersahaja. Kedatangan itu tak ubah seperti kedatangan seorang datuk ke rumah anak cucunya. Apa lagi Tok Guru begitu melihat kanak-kanak melintas dan mendekatinya dipegang dan gosok kepalanya satu persatu penuh kasih sayang dan mesra.

Dalam kunjungan ringkas itu Nirmila sempat menceritakan kepada MB Kelantan itu mengenainya rumahnya yang daif. "Wanita Umno sudah berjanji berberapa kali untuk bantu tetapi tak ada apa-apa. Gambar juga sudah diambil," jelas Nirmila dan didengar Tok Guru dengan penuh prihatin.

Memahami maksud puteri Umno berkenaan Tok Guru menjelaskan kerajaan Kelantan tidak berapa banyak duit, tetapi adalah sikit-sikit. "Kerajaan kita tidak banuak duit macam BN, tetapi boleh sikit-sikit," katanya samblo menekankan apa yang diperjuangkan oleh Pas yang utamanya untuk mendekati diri kepada Allah.

"Apa yang kita kena pastikan bahawa hidup kita ini kerana Allah. Kita kena ingat selepas mati kelak kita akan ditanya oleh Allah. Itu yang penting," nasihatnya.

Sebelum MB itu memberi apa-apa jaminan kepada puteri berkenaan, Adun Lombongan Drs Zainuddin Awang Hamad yang ikut serta dalam rombongan itu memberi menjelaskan pihaknya sudah pun berusaha untuk membantu meringankan beban Nirmila. [gmusang 10:00 pm 02/11/10]

Ketibaan Tok Guru disambut oleh semua Nirmila, Nik Azmin dan anak lelalakinya, bersalaman dan mencium tangan Tok Guru.
Tok Guru menanyai nama anak Nirmila sambil diperhatikan oleh Nik Azmi dan ayahnya.

Kata Tok Guru: apa yang menjadi keutaman Pas ialah mendekati umat kepada Islam. Nirmila dan suaminya mendengar penuh prhatin tazkirah ringkas itu.

Nirmila bersama suami dan anak-anak serta bapa mertuanya bergambar kenangan dengan Tok Guru.

Tok Guru pulang kelihatan Rusdhan Mustafa ahli Pas seumur hidup mengiringi Tok Guru.

Inilah rumah puteri Umno, usur dan tidak melambangkan kekayaan parti yang diikutinya itu.
Dari MSO

RAYUAN BUAT PENGUNDI DI DUN GALAS DAN PARLIMEN BATU SAPI

on

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya ingin melahirkan perasaan amat gembira di atas kesempatan untuk bertemu mata dan mengunjungi penduduk di kawasan Pilihan Raya Kecil DUN Galas, Kelantan dan kawasan Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah sepanjang tempoh kempen pilihanraya di kedua-dua kawasan yang berhadapan dengan pilihan raya kecil ini. 
Apa yang boleh saya simpulkan ialah : Para pengundi sekalian wajar menggunakan kesempatan ini untuk menjadi hakim yang adil dalam satu proses demokrasi bagi memilih untuk bersama dengan PAS di Galas dan PKR di Batu Sapi pada hari esok Khamis 4 November 2010 untuk kesejahteraan rakyat dan masa depan yang lebih baik.

Kepada pengundi di DUN Galas: Kita sudah melihat kejayaan PAS memerintah Kelantan selama 20 tahun terbukti menerusi kepimpinan beramanah dalam menguruskan hasil negeri, menguruskan pentadbiran dan melaksanakan pembangunan seimbang kepada seluruh rakyat. Tidak ada sebarang kes rasuah atau salahguna kuasa melibatkan kepimpinan kerajaan negeri. Ia berbeza sama sekali dengan pemerintahan Barisan Nasional yang begitu mendarah daging dengan kes rasuah.

Oleh itu sewajibnya pengundi di Galas memberi undi kepada PAS bagi meneruskan usaha pentadbiran kerajaan negeri membina kemajuan kepada seluruh masyarakat ketahap yang lebih baik.

Buat pengundi di Parlimen Batu Sapi: Tuan/puan sekalian sudah melihat bagaimana penyakit pemerintah yang tidak amanah telah berlaku sehingga menyebabkan Sabah yang asalnya adalah sebuah negeri yang kaya dengan hasil buminya, tetapi telah dipinggirkan oleh kerajaan BN dari sudut kemudahan asas dan infrastruktur. Jalan raya, bekalan air dan elektrik yang belum selesai dalam keadaan negara sudah merdeka lebih 50 tahun. Maka amanah untuk memimpin rakyat ini harus diberikan kepada Pakatan Rakyat. Suara rakyat di Batu Sapi khususnya mestilah didengarkan di Parlimen tanpa ada sekatan dan kebimbangan jika wakil rakyat yang dipilih daripada Pakatan Rakyat. Jika Barisan Nasional terus diberi pilihan, maka suara mereka tidak bebas di parlimen kerana tertakluk kepada kehendak parti pemerintah.

Sekian. Terima kasih.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden PAS

BN rasuah saat akhir di Batu Sapi.....???

on





Usaha terdesak terakhir b-end di Batu Sapi bagai sapi terputus tali. Untuk menang, b-end sanggup menyogok 30 ribu keping zink kepada pengundi Batu Sapi. Semua penduduk di Batu Sapi akan mendapat zink tersebut sekiranya mereka mempunyai slip pengundian sahaja.

Ini tidak rasuah sebab b-end yang buat tetapi jika Pakatan Rakyat buat pasti ini di namakan rasuah politik. Seperti mana yang kita sedia maklum, 500 juta duit kapal selam itu komisyen bukan rasuah tetapi jika beri kepada polis RM50, itu rasuah namanya.

1 Malaysia tetapi tidak sama undang-undangnya, untuk orang atasan lain, untuk rakyat marhaen lain pula undang-undangnya.



Manakala warga emas di Batu Sapi pula dijanjikan akan mendapat RM100 seorang. Maka berduyun-duyunlah warga emas beratur untuk dapat duit raya RM100. Ini juga tidak rasuah sebab b-end yang bagi tetapi jika Pakatan Rakyat beri, ini di namakan rasuah politik.

Kesian warga emas, ada yang pengsan sebab beratur terlalu lama tetapi malang, akhirnya duit pula tidak ada, penyamun tarbus sudah samun di tengah jalan agaknya.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

PRK DUN GALAS - SI TUAH DARI GUA MUSANG

on



UMNO telah berjaya `menghitamkan' sejarah Ku Li yang dikenali sebagai tokoh yang bersih serta jujur di dalam Umno. Rakyat Kelantan khususnya amat menghormati Ku Li kerana beliau sentiasa bersih dari amalan rasuah, jujur di dalam bicara dan selalu berkata yang benar dengan ikhlas. PAS juga menghormati Ku Li walaupun berlainan kem dan ideologi. Sebab itulah PAS seboleh-bolehnya tidak suka berdepan dengan Ku Li di dalam PRK Dun Galas ini.

Atas kebijaksanaan Umno mengatur masa depan politik Ku Li, maka secara tidak sedar Ku Li telah dilatih oleh Umno untuk berperangai seperti kebanyakan pemimpin mereka. Di dalam PRK Dun Galas ini kita lihat Ku Li tidak lagi seperti dahulu di dalam tindakan dan tutur katanya. Ku Li kini sudah boleh menerima amalan rasuah politik di dalam pilihanraya. Ku Li juga sudah pandai menggunakan media kerajaan sebagai cara berkempennya. Malahan, Ku Li terpaksa menipu dirinya sendiri apabila menyebut tentang kelemahan Kerajaan PAS Kelantan.

Satu sahaja yang belum Ku Li lakukan iaitu menyebut bahawa sememangnya Kelantan tiada hak menikmati royalti minyak. Tidak mustahil jika terdesak, Ku Li sanggup berkata demikian. Sekarang ini, Ku Li memang benar-benar menjadi `kuli' kepada Umno parti yang tidak pernah memberi ruang demokrasi untuk beliau menjadi Presiden Umno. Malah, parti ini sanggup menjadi `haram' semata-mata tidak mahu terlepas ke tangan Ku Li. Mungkin sebab itulah mengapa kali ini Tun Mahathir tidak muncul berkempen di PRK Dun Galas. Tun Mahathir lah yang membuatkan Umno diharamkan oleh mahkamah kerana takutkan pengaruh Ku Li waktu itu.

Jika rakyat di Gua Musang khususnya di Dun Galas tidak mahu melihat Ku Li terus di `kuli'kan atau di`buli', mereka tiada pilihan lain. Rakyat di Galas perlu berkorban dan berjuang untuk memberikan kemenangan kepada PAS. Itulah caranya untuk menghukum Umno yang telah memberi imej buruk kepada Ku Li. Rasuah pilihanraya, propaganda oleh media yang berat sebelah, cerita fitnah dan salahguna jentera kerajaan sepanjang kempen pilihanraya ini sebenarnya tidak sehaluan dengan naluri Ku Li. Namun, Ku Li dalam `terpaksa' harus menerimanya walaupun menjejaskan kredibilitinya yang dilihat bersih sebelum ini.

Demi Umno, Ku Li sanggup menggadaikan prinsipnya. Ku Li umpama Si Tuah yang terlalu taat kepada Sultan yang zalim. Biarlah calon PAS menjadi Jebat berdepan dengan Si Tuah yang taat membuta tuli itu. /wfauzdin.blogspot.com

DARI MATA PENA MOHD SAYUTI OMAR (MSO)........

on

1. Ada dua faktor menolak terhadap BN yang menyebabkan parti itu tenat. Pertama penolakan oleh ahli Umno baru terhadap Tengku Razaleigh Hamzah. Mereka ini tidak berkerja sepenuh hati, datang hanya tunjuk muka saja. Selain itu Tengku Razaleigh juga yang optimis menang tidak suka kepada ahli Umno baru datang membantu calonnya.

2. Pekerja BN yang datang dari luar baik Kelantan atau luar Kelantan tidak diberikan tugas khas. Mereka datang untuk meramikan pos-pos sahaja. Kempen dari rumah ke rumah tidak berjalan seperti biasa. Sementara ada kelihatan Pajero atau van yang membawa kotak yang tertera gambar Najib dan Shahrizat. Sebahagian besar peninjau politik BN sudah pulang.

3. Dalam satu kes kotak yang dibahagikan itu diberikan kepada beberapa orang Pas. Mereka menerima seadanya dan menganggap kotak itu dibeli dengan wang kerajaan. Apabila ditanya apakah mereka akan menyokong BN, mereka menjawab mereka orang Pas asal.

4. Pas masih dengan keadaan merendah diri. Pengarah pilihan raya, Abdul Halim Abdul Rahman mengakui BN mempunyai kekuatan untuk menang. Sekali lagi dengan pengakuan ini menandakan Pas akan kalah, tetapi dari sisi strategi kenyataan atau pengakuan itu untuk menggerakan jentera Pas agar berkerja lebih keras. Ini tektik lama.

5. Sekumpulan penjudi Melayu di sebuah pekan di luar Gua Musang sudah membuat pertaruhan dengan kadar sali - sama, iaini bayaran sama kalau masuk RM100 akan dibayar RM100. Penjudi ini berpihak kepada Pas.

6. Apakah pandangan atau pemerhatian kaki judi ini benar?

7. Di pihak Pas kalau Galas mereka berjaya tawan, mereka berjaya membunuh dua ekor burung dengan sebutir batu. Membunuh Tengku Razaleigh dan Umno Baru sekaligus. Sebaliknya kalau kalah ia tidak menjejaskan apa-apa.

8. Terbaru maklumat dari bilik gerakan BN (Baru) sehingga jam 10:00 malam ini BN memerlukan kira-kira 200 undi lagi untuk menjamin kemenangan. Maklumat itu juga selari dengan maklumat beberapa agensi rasmi dan tidak rasmi kerajaan.

9. Kemenangan kepada Pas bergantung kepada jumlah peratus keluar mengundi. Kalau peratus keluar mengundi tinggi mencecah 85% ke atas Pas akan kalah tipis di bawah 300 undi. Kalau peratus mengundi rendah sekitar 82% ke bawah Pas akan menang. Menurut perkiraan Pas sehingga petang ini mereka sudah mempunyai 4,547 undi tidak termasuk yang atas pagar atau mereka yang tidak dapat dikenal pasti.

Beri Peluang Kepada PR untuk Perubahan

on

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meminta warga Batu Sapi agar memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil kali ini.

Dalam satu sidang media pagi tadi di sini, beliau berkata kesemua janji kerajaan Umno-BN mengenai peruntukkan pembangunan, pemberian hadiah dan wang yang diberikan kepada penduduk Batu Sapi merupakan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan bagi menjaga kebajikan rakyat dan bukan hanya apabila adanya pilihanraya.



"Mesej yang jelas ialah masa depan anak cucu kita. Masa depan generasi akan datang merupakan mesej terpenting yang dapat diberikan kepada para pemerintah elit dalam pilihanraya kali ini, maka berikan kita peluang," kata beliau.
Katanya lagi, pilihanraya ini amat penting dalam sejarah negara dan penduduk Batu Sapi amat bertuah kerana akan menjadi pemangkin perubahan di negara ini.



"Jika dilihat calon kita, Ansari Abdullah, beliau telah memperjuangkan kes Kampung Perpaduan, Borneo Development Corporation (BDC) dan kes pembinaan Dewa Ma Tzu, yang mana menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin untuk semua lapisan masyarakat," tegas beliau.



Beliau seterusnya berkata hanya PKR bersama DAP dan PAS dapat mengubah kerajaan persekutuan dan ini dinantikan ole PR, dan walaupun Batu Sapi tidak berupaya untuk membuat apa-apa buat masa ini tetapi kemenangan pilihanraya kali ini akan menjadi satu titik permulaan dalam membawa perubahan.
"Dengan itu, saya merayu kepada para pengundi Batu Sapi agar mengundi untuk calon PKR, Ansari ," kata beliau, mengahkiri ucapannya.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List