PRK DUN GALAS - SI TUAH DARI GUA MUSANG

on Nov 4, 2010



UMNO telah berjaya `menghitamkan' sejarah Ku Li yang dikenali sebagai tokoh yang bersih serta jujur di dalam Umno. Rakyat Kelantan khususnya amat menghormati Ku Li kerana beliau sentiasa bersih dari amalan rasuah, jujur di dalam bicara dan selalu berkata yang benar dengan ikhlas. PAS juga menghormati Ku Li walaupun berlainan kem dan ideologi. Sebab itulah PAS seboleh-bolehnya tidak suka berdepan dengan Ku Li di dalam PRK Dun Galas ini.

Atas kebijaksanaan Umno mengatur masa depan politik Ku Li, maka secara tidak sedar Ku Li telah dilatih oleh Umno untuk berperangai seperti kebanyakan pemimpin mereka. Di dalam PRK Dun Galas ini kita lihat Ku Li tidak lagi seperti dahulu di dalam tindakan dan tutur katanya. Ku Li kini sudah boleh menerima amalan rasuah politik di dalam pilihanraya. Ku Li juga sudah pandai menggunakan media kerajaan sebagai cara berkempennya. Malahan, Ku Li terpaksa menipu dirinya sendiri apabila menyebut tentang kelemahan Kerajaan PAS Kelantan.

Satu sahaja yang belum Ku Li lakukan iaitu menyebut bahawa sememangnya Kelantan tiada hak menikmati royalti minyak. Tidak mustahil jika terdesak, Ku Li sanggup berkata demikian. Sekarang ini, Ku Li memang benar-benar menjadi `kuli' kepada Umno parti yang tidak pernah memberi ruang demokrasi untuk beliau menjadi Presiden Umno. Malah, parti ini sanggup menjadi `haram' semata-mata tidak mahu terlepas ke tangan Ku Li. Mungkin sebab itulah mengapa kali ini Tun Mahathir tidak muncul berkempen di PRK Dun Galas. Tun Mahathir lah yang membuatkan Umno diharamkan oleh mahkamah kerana takutkan pengaruh Ku Li waktu itu.

Jika rakyat di Gua Musang khususnya di Dun Galas tidak mahu melihat Ku Li terus di `kuli'kan atau di`buli', mereka tiada pilihan lain. Rakyat di Galas perlu berkorban dan berjuang untuk memberikan kemenangan kepada PAS. Itulah caranya untuk menghukum Umno yang telah memberi imej buruk kepada Ku Li. Rasuah pilihanraya, propaganda oleh media yang berat sebelah, cerita fitnah dan salahguna jentera kerajaan sepanjang kempen pilihanraya ini sebenarnya tidak sehaluan dengan naluri Ku Li. Namun, Ku Li dalam `terpaksa' harus menerimanya walaupun menjejaskan kredibilitinya yang dilihat bersih sebelum ini.

Demi Umno, Ku Li sanggup menggadaikan prinsipnya. Ku Li umpama Si Tuah yang terlalu taat kepada Sultan yang zalim. Biarlah calon PAS menjadi Jebat berdepan dengan Si Tuah yang taat membuta tuli itu. /wfauzdin.blogspot.com

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List