TSUNAMI DI MENTAWAI.......

on Nov 5, 2010

HANYA MASJID YANG SELAMAT.....???


Kepulauan Mentawai: Kuasa Allah, itu yang hanya mampu dilafaz apabila sebuah masjid di perkampungan Pasapuat, Pulau Pagai Utara, di sini, masih teguh berdiri meskipun kawasan rumah sekitarnya hancur akibat dilanda tsunami.

Ketika kejadian malam Isnin itu, tiga keluarga berlindung dalam masjid yang gelap selepas bekalan elektrik terputus dan mereka hanya mengalami cedera ringan.

Masjid berkenaan yang sudah berusia 31 tahun tidak dimasuki air seolah-olah air mengelak sebaik tiba di pagar masjid itu sebaliknya hanya melalui tepi kiri dan kanan dindingnya.

Ombak setinggi pokok kelapa ketika tsunami itu juga menghancurkan kawasan perumahan sejauh 100 meter dari pantai berkenaan, namun tidak mengorbankan nyawa 321 penduduk yang menghuni kampung berkenaan.

Tinjauan mendapati semua mereka masih menghuni kawasan dalam masjid itu sementara yang lain menghuni khemah yang dibina di atas bukit berhampiran.

Seorang penduduk, Idris, 35, berkata, ketika kejadian itu mereka merasa gegaran kuat sebelum beberapa bahagian rumah runtuh dan selepas itu mereka mula melarikan diri ke arah bukit. -hm





ROBOH SURAU DAN PASTI........

on

Jangan lupa demo hari ini selepas Solat Jumaat di beberapa masjid di kawasan Parlimen Bukit Katil. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Jawatankuasa Bertindak.


MAE KOMEN :-


CUBA LE FIKIR SATU KAEDAH LAIN SELAIN DARI BERDEMO. ADAKAH DENGAN BERDEMO AKAN MENYELESAIKAN MASALAH????. DAH TU BERDEMO KAT MASJID PULAK TU. TAK PERLU ITU SEMUA.



AKU CADANGKAN :- 


1.PEMIMPIN KEHADAPAN 
2.PEMIMPIN TURUN PADANG 
3.PEMIMPIN BERTEMU RAKYAT 
4. PEMIMPIN MESRA RAKYAT.


Ikhlas kepada Ketua Penerangan PAS DAP Dan PKR Negeri Melaka Maju.

DUN Galas: PAS juga terkejut, anggap kekalahan luar dugaan......

on

Jika Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan majoriti hampir dua kali ganda sesuatu yang mengejutkan, PAS juga terkejut dengan kekalahan mempertahankan kerusi Galas sambil menyifatkan ia sebagai sesuatu yang “di luar dugaan.”
“Saya terkejut kerana ia di luar dugaan kita, mungkin ada kelemahan yang berlaku,” kata Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Harun kepada The Malaysian Insider malam tadi.

Kata beliau, PAS tetap tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya kecil semalam yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) — perikatan ini merampas balik kerusi itu yang dimenangi calon PAS dua tahun lalu.
Fatah berkata, pihaknya hanya berpuas hati dengan pergerakan jentera pilihan raya parti itu, tetapi tidak keputusan yang diumumkan malam tadi.

Namun begitu, menurut Fatah, kepimpinan PAS akan menerima hakikat kekalahan dan gagal mempertahankan kerusi DUN Galas yang dimenangi Che Hashim Sulaima dalam pilihan raya umum 2008.
“Saya puas hati dengan jentera tapi keputusan kita kena ambil masa nak kaji.
“Kita memang tak puas hati dengan keputusan tapi kita terima hakikat ini,” katanya.
Beliau yang ternyata terkejut dengan keputusan itu berkata pihaknya akan mengadakan “post-mortem” untuk mengenal pasti punca kekalahan mereka.

“Lepas ini kita akan buat post-mortem untuk kenal pasti punca kekalahan.
“Saya terkejut kerana ia di luar dugaan kita, mungkin ada kelemahan yang berlaku,” kata beliau.
Ketika pengumuman keputusan pilihan raya kecil DUN Galas diumumkan di pusat pengumpulan rasmi undi di Dewan Pusat Sivik, Gua Musang di sini malam tadi, tiada seorang pun pemimpin PAS berada di premis itu.
Calon BN Abdul Aziz Yusoff menewaskan calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dengan majoriti 1,190 undi.
Abdul Aziz memperoleh 5,324 undi iaitu 56 peratus manakala Zulkefli menerima 4,134.  Undi rosak sebanyak 132.
Pada Mac 2008, kerusi itu ditawan oleh PAS dua tahun lalu — buat julung kali — dengan kelebihan 646 undi menerusi Che Hashim yang meninggal pada 27 September lalu.

Malam tadi,  Tengku Razaleigh selaku pengarah pilihan raya jentera BN dan Ahli Parlimen Gua Musang berkata, beliau tidak menyangka pihaknya akan menang dengan majoriti besar — hampir dua kali ganda di Galas.
“Saya rasa besar hati kerana pengundi Galas memberikan sokongan kuat kepada BN.
“Saya tidak jangka akan menang majoriti besar.
“Malah saya terkejut apabila saluran tiga dan saluran empat iaitu pengundi muda lelaki dan wanita memilih BN,” kata Tengku Razaleigh.

BN kini merapatkan jurang dengan 5-8......???

on

Menang Galas dan Batu Sapi:
BN kini merapatkan jurang dengan 5-8





Barisan Nasional akhirnya berjaya mempertahankan kerusi parlimen Batu Sapi dengan majoriti yang lebih besar, sementara merampas kerusi DUN Galas dari PAS-Pakatan Rakyat, dalam Pilihan Raya Kecil yang diadakan pada hari ini.  Kemenangan 2-0 ini semestinya memberangsangkan pemimpin dan penyokong BN, setelah sekian lama diselubungi kesuraman sejak dilanda "tsunami politik" pada 8 Mac 2008.
Malah, kemenangan BN ini berjaya memperbaharui rekod pertarungan antara BN dengan PR kepada 5-8, dalam 13 PRK yang diadakan sejak Pilihan Raya Umum ke-12.
Majoriti 6,359 undi di Batu Sapi
Di Batu Sapi, calon PBS-BN, Linda Tsen Thau Lin meraih 9,773 undi, menang dengan majoriti 6,359 undi.  Ansari Abdullah dari PKR memperolehi 3,414 undi, mengatasi calon SAPP Yong Teck Lee yang hanya mendapat 2,031 undi.  Bagaimanapun, jumlah undi Ansari Abdullah dengan Yong Teck Lee hanya 5,445 undi, iaitu 914 undi lebih kurang daripada undi majoriti.  Di samping itu, terdapat 372 undi rosak mengikut perkiraan Suruhanjaya Pilihan Raya.
Jumlah pengundi berdaftar Batu Sapi adalah 25,582 orang, terdiri daripada 15,099 orang bumiputera Islam (59.02%), 689 orang bumiputera (2.69%), 9,737 orang Cina (38.06%) dan kaum lain 57 orang atau 0.22%.  Peratus mengundi pada hari ini mencatat 61.47%, atau 15, 774 orang, agak dekat dengan 61.45% pada PRU ke-12.
Dalam PRU ke-12 pada 8 Mac 2008, 61.45% pengundi tampil melaksanakan tanggungjawab mereka.  Edmund Chong Ket Wah dari BN meraih 9,479 undi, mengalahkan calon bebas Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi.  Mendiang Edmund Chong meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya pada 9 Oktober 2010.
PRK Galas: Undi PAS menurun
Sementara di Galas, calon UMNO-BN Abdul Aziz Yusoff memperolehi 5,324 undi, menewaskan calon PAS-PR Zulkefli Mohamed dengan majoriti 1,190 undi.  Dalam PRU ke-12 pada 8 Mac 2008, Allahyarham Chek Hashim Sulaima (PAS) berjaya meraih 4,399 undi, menewaskan Saufi Deraman (UMNO-BN) dengan majoriti 646 undi.  Allahyarham Chek Hashim Sulaima meninggal dunia pada 27 September 2010, memberi laluan kepada PRK ke-12 selepas PRU ke-12.
Di Galas, jumlah pengundi berdaftar seramai 11,553 orang, terdiri daripada 7,125 orang Melayu (61.67%), 2,317 orang Cina (20.06%), 1,839 orang asli (16.35%), 185 orang India (1.6%), 10 orang bumiputera Sarawak (0.09%) dan kaum lain-lain 27 orang atau 0.23%).  Peratus mengundi adalah setinggi 83%, iaitu 2% lebih tinggi daripada PRU ke-12.
Menurut perkiraan DAP, undi Cina yang diperolehi PAS menurun kira-kira 2% hingga 3.5%.  Malah, undi yang diperolehi PAS jelas berkurang berbanding PRU ke-12, seandainya dibaca dari perbezaan antara menang dengan majoriti 646 undi, dengan kalah 1,190 undi - membawa kepada kehilangan 1,836 undi, mengikut perkiraan kasar.
BN bangkit dari tsunami politik?
Seandainya diimbas kembali, sentimen rakyat jelas menyebelahi Pakatan Rakyat (PR), untuk satu jangka yang agak panjang selepas PRU ke-12.  Situasi ini dapat diperlihatkan apabila PR memenangi dua PRK selepas PRU ke-12, iaitu Permatang Pauh dengan majoriti yang lebih besar, dan Kuala Terengganu dengan rampasan kerusi dari BN.
BN hanya berjaya mempertahankan satu kerusi di DUN Batang Ai, Sarawak pada 7 April 2009.  Namun, kemenangan ini sedikitpun tidak menceriakan BN, khususnya Najib Razak yang baru mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan, memandangkan dua PRK yang berlangsung serentak, iaitu Bukit Gantang (Perak) dan Bukit Selambau (Kedah) kekal dalam genggaman PR.
Kekalahan demi kekalahan ini mungkin antara faktor yang membelenggu BN, sehingga tidak menurunkan calon dalam PRK Penanti, yang berlangsung pada 31 Mei 2009.  Bagaimanapun, kekalahan tetap menghantui UMNO-BN apabila tewas sekali lagi di PRK Permatang Pasir, kira-kira tiga bulan selepas itu.
Undi Melayu kembali ke UMNO?
Bagaimanapun, UMNO-BN hampir mengecapi kemenangan dalam PRK Manek Urai pada Julai 2009, apabila berjaya menghakis undi majoriti PAS dari 1,352 ke 65 undi, tetapi tetap gagal untuk menembusi kubu PAS.  BN hanya berjaya menikmati manisan kemenangan pertamanya di Semenanjung Malaysia, melalui Mohd Isa Samad apabila mempertahankan DUN Bagan Pinang dengan majoriti lebih besar pada Oktober 2009.
Sejak itu UMNO-BN kembali dengan keyakinan bahawa undi Melayu telah balik ke pangkuan UMNO.  Dakwaan ini diperkukuhkan apabila BN merampas kerusi parlimen Hulu Selangor dari PKR-PR, pada April 2010.  Namun, kegembiraan ini tidak kekal lama, apabila DAP-PR mencipta keajaiban dengan merobohkan kubu BN di Sibu, Sarawak sebulan kemudian.
Kini, BN berjaya merampas DUN Galas, sementara mempertahankan Batu Sapi dengan majoriti yang lebih besar.  Keputusan ini sekurang-kurangnya melegakan BN di Sabah, sementara merunsingkan PR di Semenanjung Malaysia.  Kemenangan BN pada malam ini lantas mengundang spekulasi bahawa pilihan raya umum kilat mungkin diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

Galas beri isyarat Umno akan rampas Kelantan.......???

on

galas 2GALAS: Barangkali terlalu awal untuk mengatakan rakyat Kelantan kembali menyokong BN khususnya Umno ekoran kemenangan dalam pilihanraya kecil Galas hari ini.
Bagaimanapun, ia memberi isyarat bahawa BN sedia merampas Kelantan yang diperintah PAS sejak 20 tahun lalu.
Jika keputusan Galas dijadikan ukuran,  PAS menghadapi laluan sukar untuk mengekalkan kuasa di negeri pantai timur itu.
Calon BN Abdul Aziz Yusof menang dengan majoriti menyakinkan iaitu 1,190 undi. Beliau mendapat 5,324 undi manakala calon PAS, Dr Zulkifli Mohammad mendapat 4,134 undi.
Daripada 13 peti undi, PAS hanya menang satu di Sungai Terah dengan majoriti 285 undi. 
Agak mengejutkan BN mendapat undi majoriti pengundi kaum Cina yang pada pilihanraya umum lalu menyokong PAS.
Mengapa PAS kalah kali ini sedangkan pada 2008 calon mereka, Che Hashim Sulaima menang dengan majoriti 646 undi. Che Hashim meninggal dunia 29 September lalu akibat kanser.
Tengku Razaleigh Hamzah nyata masih berpengaruh di kalangan pengundi Gua Musang. Tiada siapa pengundi Galas yang tidak mengenalinya. Peribadi anak raja itu menjadi ikon di Gua Musang.
Pengaruh Tengku Razaleigh atau Ku Li di kalangan penduduk tempatan masih mencengkam kemas di Galas. Beliau akan menjadi aset BN dalam pilihanraya umum akan datang.
Serangan bersepadu jentera kempen BN terhadap kerajaan negeri pimpinan PAS berjaya menyakinkan pengundi secara keseluruhan.  Terlalu banyak penyelewengan kerajaan PAS didedahkan oleh BN termasuk isu ladang rakyat.
Satu lagi faktor kemenangan BN ialah demam bola sepak Kelantan yang menjalar hingga ke Galas.  Gelombang merah ekoran kemenangan Piala Malaysia sedikit sebanyak mempengaruhi pengundi memberi sokongan kepada BN.
Ini kerana Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa yang membawa kemenangan bola sepak Kelantan dalam piala paling prestij itu merupakan orang kuat Umno Kelantan. Beliau merupakan ketua Umno bahagian Peringat.
Keputusan petugas BN dan Umno memakai baju T merah sebagaimana idea bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh telah menyemarakkan lagi semangat petugas BN.
Kesimpulannya, kemengan BN di Galas ini adalah hasil kerja keras parti itu yang mahu menyelamatkan rakyat Kelantan dari terus ketinggalan.
Bagaimanapun, adalah silap untuk mengatakan keputusan Galas itu merupakan satu jaminan kepada BN merampas Kelantan dalam pilihanraya umum akan datang.
Cuma ia memberi sedikit kelegaan kepada Umno negeri itu yang diketahui kaya dengan pemimpin berwibawa tetapi sering bermasalah.
Tengku Razaleigh akan menjadi penyelesai kepada BN Kelantan kali ini.

Cubaan Anwar di Sabah gagal sepenuhnya.......???

on






Cubaan sulung Anwar  melalui calonnya Ansari Abdullah (gambar) di Sabah gagal sepenuhnya.Barisan Nasional hari ini berjaya mempertahankan kerusi parlimen Batu Sapi miliknya.

Di Batu Sapi, calon BN dari parti PBS, Datin Linda Tsen mendapat 9,773 undi dan berjaya mengekalkan kerusi yang dimilik mendiang suaminya, Datuk Edmund Chong.Calon PKR, Ansari Abdullah hanya mendapat 3,414 undi.Majoriti yang diperolehi oleh BN adalah 6,359 undi.

Keputusan kali ini mencerminkan perkembangan yang hampir sama pada pilihan raya umun 2008 yang lalu. Pada pilihan raya itu, suami Tsen, mendiang Edmund Chong mendapat 9,479 undi berbanding calon Bebas, Chong Kwong Ming, 5,771.

Pada pilihan raya kali ini, jika jumlah undi pembangkang - SAPP dan PKR digabungkan, jumlahnya adalah 5,288 dan masih tidak mampu mencabar kedudukan BN.

Namun, sekalipun jika ia pertandingan satu lawan satu, Pakatan Rakyat memerlukan strategi yang lebih mantap sebelum berangan-angan untuk ke Putrajaya.

Selain itu, strategi BN mempolitikkan kempen 1Malaysia di kalangan masyarakat Cina juga dikatakan berjaya mencuri tumpuan masyarakat itu. Bilangan pengundi masyarakat Cina dikatakan memihak semula kepada BN walaupun jumlah itu tidak menyeluruh

BAPAK BOREK ANAK RINTIK.........???

on




KETUA AMK - CHEGU BARD DAN AZMIN PUN SAMA MENIPU....???

 





SEJAK awal saya menyokong Chegu Bard di dalam perebutan jawatan Ketua AMK. Beliau memang seorang tokoh muda yang penuh dedikasi, berani serta mempunyai wawasan untuk membawa golongan muda bersama-sama parti menuju matlamat ke Putra Jaya. Di sebalik sokongan ini, saya mengharapkan kemenangan Chegu Bard nanti biarlah kemenangan yang bersih lagi tulen.

Apabila membaca berbagai cerita tentang beliau, saya tertarik dengan dakwaan bahawa kemenangan Chegu Bard sebagai Ketua Cabang Rembau adalah hasil dari pengundian yang `tercemar'. Dikatakan terdapat `pengundi hantu' yang telah ditangkap turut mengundi beliau di Cabang Rembau. Sedikit petikan berita yang saya baca berbunyi "Berkaitan dengan individu yang ditangkap iaitu Zamri Vinoth yang menggunakan identiti orang lain, ini nampaknya seperti ada suatu yang telah dirancang. Beliau adalah Ketua AMK Cabang Rasah. Bagaimana seorang Ketua Cabang boleh hadir bagi tujuan mengundi di Cabang Rembau."(Ketua AMK Negeri Sembilan - PKRn9.blogspot.com)

Saya telah pun baca komen dari Chegu Bard berkaitan perkara ini, Beliau sendiri terperanjat dengan dakwaan tersebut dan beliau menyokong sepenuhnya agar JPP menyiasat dakwaan yang boleh mencemar imej beliau. Persoalannya, jika benar dakwaan tersebut adakah ianya dirancang oleh Chegu Bard? Amat malang sekali jika benar Chegu Bard merancang atau pun meredhai penipuan seperti ini kerana sebelum ini dakwaan penipuan sering ditujukan kepada pihak lawan terutamanya terhadap YB Azmin. Namun, tidak mustahil Chegu Bard telah dianiayai. Sebab itulah pada pandangan saya ketegasan Chegu Bard agar dakwaan ini disiasat segera adalah satu sikap yang positif, berani dan jujur.

Seandainya benar dakwaan ini, PKR mestilah mengambil tindakan tegas terhadap `pengundi hantu' tersebut apatah lagi beliau dikatakan seorang pemimpin Cabang yang sepatutnya menjadi contoh dan teladan kepada ahli bawahannya. Lebih adil dan telus, pemilihan semula wajib diadakan sekiranya terbukti dakwaan ini benar. Bahkan, jika terbukti Chegu Bard terlibat di dalam penipuan ini maka beliau juga dikenakan tindakan tatatertib yang tegas.

Begitu juga dengan mana-mana pemimpin yang melakukan salah laku atau penipuan di dalam pemilihan parti. Jika kita mahu YB Azmin dan Chegu Bard diangkat sebagai Timbalan Presiden PKR dan Ketua AMK, beliau mesti menang dengan cara yang jujur dan bersih. Kita berasa bangga jika pemimpin yang kita sokong itu dipilih dengan kaedah demokrasi yang bersih. Apa guna kita menang dengan pemimpin yang kita suka tetapi pemimpin itu terpalit dengan penyelewengan dan penipuan

RAMALAN KU......???

on

Kemenangan BN Beri Bayangan Najib Razak Awalkan PRU-13



Kemenangan dua pilihan raya kecil serentak ini dilihat memberi bayangan awal kemungkinan Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya umum ke-13 dalam waktu terdekat.


Dalam Pilihan Raya Kecil di Batu Sapi dan Galas menyaksikan Barisan Nasional menang di kedua-dua kerusi tersebut dengan majoriti selasa.
Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi apabila calonnya Datin Linda Tsen memenangi pertandingan tiga penjuru itu dengan majoriti 6,359 undi.
Tsen, balu mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah, dari Parti Bersatu Sabah(PBS) menewaskan saingannya Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee dan Ansari Abdullah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tsen memperoleh 9,773 undi berbanding Ansari yang mendapat 3,414 undi danYong 2,031 undi.Undi Rosak ialah 372 undi . Jumlah yang keluar mengundi:15,774 atau 61.47 Peratus.
Keputusan rasmi diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohamad Hamsan Awang Supain di Dewan Komuniti Sandakan, di sini malam ini.

Sementara itu Pilihan Raya Kecil DUN GALAS, Barisan Nasional Ab. Aziz Yusoff menang mendapat 5,324 undi manakala Dr Zulkefli Mohamad (PAS) mendapat 4,134 undi. Jumlah keluar mengundi 9,555 atau 82.71. Undi rosak pula 132 undi. Barisan Nasional menang dengan majoriti 1,190 undi.
Mengikut twitter Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan Tantawi menyatakan " Sikap positif ialah lihat pada kelemahan diri untuk diperbaiki kerana kita perlu menang dengan kekuatan sendiri bukan menunggu musuh lemah."

Ujar Nasruddin lagi," Kalah PRK jangan dibaca kalah berjuang. Selama kita bersama kebenaran, ia adalah kemenangan. Sabar harungi medan dengan kekalkan prinsip dan akhlak"

Terima Kasih PAS - Tengku Razaleigh

on

Pengarah jentera BN bagi pilihan raya kecil DUN Galas Tengku Razaleigh merakamkan penghargaannya kepada PAS kerana "tidak menimbulkan banyak masalah" kepadanya sepanjang 10 hari berkempen.

"Saya juga telah menasihatkan pemimpin BN supaya tidak menyentuh peribadi pemimpin lawan mereka demi menjaga pemuafakatan dalam membela hak rakyat," katanya dalam sidang media di kediamannya di Bukit Cekati selepas pengumuman kemenangan BN malam ini.


Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang berkata, beliau tidak merasakan PAS telah melancarkan serangan peribadi terhadapnya sepanjang tempoh kempen tersebut.

"Kalau dia nak tuduh saya, biar dia tuduh. Saya tidak perlu jawab kerana tidak benar," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut ditanya sekiranya kemenangan ini menandakan sokongan masyarakat mula berubah kepada BN selepas penolakan dalam pilihan raya umum 2008.

"Tak tahulah ini boleh jadi ukuran sama ada rakyat boleh terima kita balik," katanya.

Namun, katanya, ia tetap menunjukkan sokongan hebat masyarakat tempatan yang mahukan "perubahan."

"Ramai golongan muda beri sokongan kepada kita, menampakkan mereka mahu kepada perubahan, mereka mahukan pembangunan yang memberi makna kepada mereka seperti peluang pekerjaan dan perniagaan," katanya.

Menurutnya lagi, cara lama dengan menggunakan media tradisional yang dikawal ketat oleh kerajaan, tidak lagi berkesan dalam kempen pilihan raya.

Sebaliknya pendekatan melalui media baru yang lebih bebas sepatutnya digunakan bagi memikat hati rakyat, tambahnya.

"Saya ingin pergi lebih jauh dari sini dan tidak lagi gunakan cara tradisi.

"Masa sudah sampai untuk kita bebaskan media supaya tidak dikawal begitu ketat.

"Memang wajar pertimbangkan supaya media dibebaskan supaya tidak begitu dikawal.

"Kita tengok ancaman keselamatan pun dah berkurangan," katanya dan menambah, masyarakat sekarang lebih banyak memilih media alternatif," katanya lagi.

PAS bedah siasat gagal pertahan Galas

on


PAS akan melakukan bedah siasat terhadap kegagalan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas pada pilihan raya kecil yang diadakan hari ini.
Biar pun begitu jentera pilihan raya PAS Kelantan berpuas hati dengan gerak kerja kempen yang dijalankan dan bantuan jentera dari luar serta rakan-rakan dari Pakatan Rakyat.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, kesungguhan ditunjukkan jentera kempen begitu memberangsangkan sekali sehingga ramai tenaga dari luar datang membantu.
“Namun kita juga mengesan ada penyokong di peringkat Unit Peti Undi (UPU) tidak keluar mengundi mungkin berpunca dari masalah tertentu.
“Kegagalan mereka keluar mengundi menyebabkan prestasi pilihan raya umum lalu gagal dipertahankan,” katanya di sini.
Pada pilihan raya kecil hari ini calon Barisan Nasional (BN),  Abdul Aziz Yusoff mendapat 5,324 undi, manakala calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed memperolehi 4,134 undi.
BN mendapat majoriti sebanyak 1,190 undi. Dan peratusan keluar mengundi sebanyak 83 peratus.
Keputusan rasmi pilihan raya tersebut diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dun Galas, Wan Mustapha Wan Abdul Hamid.
Abdul Fatah yang juga Adun Bukit Tuku berkata, faktor peningkatan ketara pengundi Orang Asal kepada BN kerana  penglibatan secara langsung agensi kerajaan terutamanya Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), tentera dan Rela di penempatan mereka.
Katanya, penglibatan secara langsung agensi kerajaan terbabit dengan mengawal sepenuhnya masyarakat Orang Asal menyebabkan mereka tidak berani memberi sokongan kepada calon PAS.
“Biar apa pun PAS akan melakukan post mortem bagi mengenal pasti punca sebenar kemerosotan undi pada pilihan raya kecil ini. Selain jentera kerajaan pusat kita perlu lihat ada faktor sampingan lain,” ujarnya.                                                              

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List