Kemenangan BN Beri Bayangan Najib Razak Awalkan PRU-13
Kemenangan dua pilihan raya kecil serentak ini dilihat memberi bayangan awal kemungkinan Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya umum ke-13 dalam waktu terdekat.
Dalam Pilihan Raya Kecil di Batu Sapi dan Galas menyaksikan Barisan Nasional menang di kedua-dua kerusi tersebut dengan majoriti selasa.
Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi apabila calonnya Datin Linda Tsen memenangi pertandingan tiga penjuru itu dengan majoriti 6,359 undi.
Tsen, balu mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah, dari Parti Bersatu Sabah(PBS) menewaskan saingannya Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee dan Ansari Abdullah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Tsen memperoleh 9,773 undi berbanding Ansari yang mendapat 3,414 undi danYong 2,031 undi.Undi Rosak ialah 372 undi . Jumlah yang keluar mengundi:15,774 atau 61.47 Peratus.
Keputusan rasmi diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohamad Hamsan Awang Supain di Dewan Komuniti Sandakan, di sini malam ini.
Sementara itu Pilihan Raya Kecil DUN GALAS, Barisan Nasional Ab. Aziz Yusoff menang mendapat 5,324 undi manakala Dr Zulkefli Mohamad (PAS) mendapat 4,134 undi. Jumlah keluar mengundi 9,555 atau 82.71. Undi rosak pula 132 undi. Barisan Nasional menang dengan majoriti 1,190 undi.
Mengikut twitter Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan Tantawi menyatakan " Sikap positif ialah lihat pada kelemahan diri untuk diperbaiki kerana kita perlu menang dengan kekuatan sendiri bukan menunggu musuh lemah."
Ujar Nasruddin lagi," Kalah PRK jangan dibaca kalah berjuang. Selama kita bersama kebenaran, ia adalah kemenangan. Sabar harungi medan dengan kekalkan prinsip dan akhlak"
0 comments:
Post a Comment