SOMBONG NYA SHAHRIZAT ..........???

on Nov 5, 2010

Kenyataan "Penghinaan" Jauhi Chaula Terhadap PKR.....





Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil atau lebih dikenali oleh Sdr Mat Sabu dengan gelaran Jauhi Chaula Malaysia menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya layak menjadi badan bukan kerajaan (NGO), bukan menerajui kepemimpinan negara kerana boleh dilabel sebagai parti yang mempunyai banyak masalah.

Beliau berkata, parti itu juga dilihat kucar-kacir dan menghadapi masalah kepemimpinan yang begitu teruk, manakala calonnya di Batu Sapi, Ansari Abdullah pula sudah dua kali terjatuh jeti sebelum kalah dalam PRK semalam. 

“Mungkin ada yang simpati tapi kita boleh lihat kalau di tempat yang orang lain tak jatuh, dia boleh jatuh. Kalau jalan pun sudah tak betul, macam mana nak tolong orang lain,” katanya berseloroh.

Juragan : Jangan terlalu "Sombong" dengan kekuasaan sementara
pemberian Allah,sedangkan jatuh dan bangunnya sesebuah pemerintahan itu
adalah dalam perancangan dan kehendak Allah s.w.t. semata-mata.


4 KOMEN:


Tanpa Nama berkata...
hoi saharizat hang tak payah dok kacau parti hang jaga parti cukuplah...hang jaga diri hang sudahlah....orang yg tak bertudung akan dididihkan kepalanya..dan bagi orang yg tudung berjambul pun sama juga....cakap macam malaysia mak pak hang punya tapi terkangkang kalah pilihanraya....tersungkur ditangan PKR...hang seorang saja tak suka PKR..orang lain suka..
Tanpa Nama berkata...
Orang UMNO cakap ikut sedap sebab TV boleh siar. Betul salah bukan orang Melayu nak fikir; dia ada pangkat, jawatan, kedudukan di atas muka bumi ini. Ansari tak boleh jawab
Tanpa Nama berkata...
Selaku Ketua Wanita UMNO dan mewakili 1juta pergerakan wanita UMNO biarlah berhati-hati mengeluarkan kenyataan. Jangan terlalu cepat mengeluarkan kata2 kesat kat parti lawan kena jagalah maruah wanita. Kalau nak ikutkan kepimpinan Sharizat selaku Ketua Wanita taklah sehebat mana kalau dibandingkan dengan tokoh2 wanita yang dahulu seperti allahyarhamah Tun Fatimah, Tan Sri Aishah Ghani,Tan Sri Rafidah dan juga Dato Sri Siti Zaharah yang sudah membuktikan kepimpinan mereka membawa wanita banyak berkerja tapi kurang mendabik dada dan cakap besar sebab Dato Shahrizat sedang di perhatikan oleh pemimpin2 tertinggi UMNO supaya wanita UMNO berkerja kuat di PRU 13 dan mempastikan UMNO menang besar disemua tempat negeri pembangkang... Selangor,Kedah,Pulau Pinang, dan. Kelantan.
Tanpa Nama berkata...
jangan angkuh..tengok nasnti..dulu masa lawn nurul kata budak sekolah ..senang nk tumbangkan..apa jadi

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List