PAKATAN RAKYAT...... Berubah Sebelum Anda Di Ubah......???

on Nov 5, 2010

PAKATAN RAKYAT "JANGAN DOK ASYIK DALAM ZON SELESA" - Buat Perubahan Dengan Bersungguh Sungguh !!!!



2 Kekalahan PR : Anwar Patut Digantikan Dengan YB Nizar??





Bermuhasabalah wahai PR. Majoriti kekalahan anda dalam PRK Galas dan Batu Sapi sudah meningkat. Di Galas, PAS hilang 265 undi manakala di Batu Sapi, BN meningkat undi sebanyak 294 undi.

Jangan dok asyik dalam zon selesa, kononnya rakyat mahukan perubahan. Ya memang rakyat mahukan perubahan, tapi rakyat mahukan perubahan total. Bukannya perubahan suam-suam kuku. Saya sebagai generasi muda melihat pembangkang dah hilang taring. Dah tiada karisma. Mereka sama sahaja dengan UMNO. Bahkan lebih teruk dari UMNO kerana seburuk-buruk UMNO, negara ini tetap membangun juga.

Saya bukannya nak kecilkan hati pemimpin PR, tapi saya nampak mereka sudah kehilangan karisma. Benarlah kata Dr Asri bahawa Anwar perlu bersara (sini). Digantikan dengan tokoh-tokoh muda yang segar dan berwibawa. Mempunyai public relations yang baik dan menkagumkan. Orang yang saya nampak mampu galas tugas ini ialah Datuk Seri NizarJamaluddin. Kerana dengan keseimbangan dunia dan akhiratnya, dia mampu membawa politik segar buat pembangkang.

Ini yang saya nampak. Isu liwat Anwar sebenar satu beban. Berapa ramai masyarakat baca blog dan akhbar pembangkang. Tak ramai kan. Mereka saban hari tak sah kalau tak baca akhbar perdana, terutamanya Harian Metro, anak syarikat Berita Harian. Jadi nak tak nak, dalam pemikiran rakyat, dah ada persoalan sama ada Anwar ini gay atau tidak.

Begitu juga kelemahan PR dalam menangi isu SPR. SPR sah-sah terangan kuda kepang UMNO. Mereka sengaja pilih hari mengundi waktu bekerja kerana tak mahu pengundi muda pulang. Juga isu 'roswah' Nik Aziz kepada mualaf, diperbesarkan oleh SPR kononnya salah di sisi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Sedangkan roswah yang ditaburkan UMNO, langsung tak disentuh oleh Suruhanjaya haprak ini. Maka di sinilah kita tak tegas lawan kebejatan SPR ini.

Faktor terbesar yang saya lihat ialah kelemahan pemimpin PR itu sendiri. YB-YB PR sebenarnya memang dah buat kerja. Tapi kerja mereka tak smart, tak capai ke sasaran dasar. Tengok macam PRK Hulu Selangor, PRK Galas dan PRK Manek Urai, majoriti pengundi asal berkurangan. Ini sudah tentu ada faktornya.

Tempoh selepas menang PRU tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Mereka masih berbulan madu. Kalau benar mereka berkhidmat, sudah tentu rakyat akan ingat, dan majoriti pula takkan jatuh. Tapi nampak sangat yang banayak YB dalam PR malas bekerja. Turun hanya ada ceramah. Sedangkan aktiviti ziarah langsung tidak diadakan. Sebab itulah rakyat yang mengundi mereka sebelum ini, sudah beralih angin menyokong BN.

Berkaitan hal kempen pula, nampak sangat calon PAS, Dr Zulkifli tak tertonjol mana dalam PRK Galas ini. Juga calon PKR, Ansari Abdullah. Yang tertonjol adalah Tok Guru Nik Aziz dan Yong Teck Lee. Juga strategi memakan diri kerana tak nak serang isu royalti, sedangkan Ku Li bebas pergi jumpa pengundi dan sebarkan keburukan PAS.

Ku Li pilih kempen secara kelompok kerana dia ada taktik untuk kenakan PAS. PAS yang jadi Pak Pandir kerana tak nak serang isu Royalti, tapi cuba-cuba pula kaitkan Ku Li dengan isu penyelewengan tanah orang asli. Kalau benar bukti itu wujud, sebarlah secara berhemah, bukannya main cakap pastu dapat ditangkis dengan mudah oleh Ku Li dengan buat penerangan secara jelas kepada orang asli.
Di Batu Sapi, jelas bahawa PKR tak mampu untuk kembalikan aura mereka 2008 lalu. Batang tubuh Anwar sudah lunyai dan tak mampu tarik pengundi bukan melayu sokong PKR. Juga kelemahan jentera mereka yang berbalah sesama sendiri. Itu belum lagi isu lompat parti pemimpin PKR itu sendiri. Hatta Timbalan Pengerusi Cabang PKR Batu Sapi pun lompat parti masuk UMNO. Jadi apa yang diharapkan dengan PKR. Kalau menang pun takde gunanya.

Jadi saya merasakan PKR perlu buat post mortem dan atasi kelemahan mereka sendiri. Isu-isu seperti di bawah ini, jelas telah menyebabkan PR semakin ditolak oleh pengundi-pengundi :

1) Isu lompat parti. Ini isu besar kerana sudah 6 ahli Parlimen PKR lompat parti. Tu belum dikira Adun lagi. Kejatuhan PR Perak, disebabkan oleh parti ini juga. Jadi nak tak nak, PKR perlu buat satu pembetulan. Mereka sebenarnya tak layak memimpin Pakatan jika keadaan ini masih berterusan. Rakyat pun menyampah sokong katak-katak yang bila-bila masa sahaja boleh melompat.
2) Pemilihan parti PKR yang haru biru. Kes gaduh, baling kerusi, hina menghina, puak-puak dalam PKR jelas telah menyebabkan rakyat benci PR. Mereka tak sangka parti kononnya perfect sebelum pru 2008 ini, rupanya penuh dengan sampah. Pemilihan PKR ibarat pertandingan gusti tanpa undang-undang. Walaupun setiap ahli 1 undi, tapi beberapa peratus yang keluar mengundi. Dahla haru biru, pemilihan pula tidak mendapat sambutan dari ahli sendiri. Macam manalah rakyat nak yakin dengan Parti ini???

Ini alasannya. Jadi PKR yang perlu banyak buat post mortem. Mereka perlu perbetulkan diri sendiri. Jika tak nak betulkan diri sendiri, mereka perlu keluar secara hormat. Anwar pula perlu fikirkan kerelavanan sebagai pemimpin PR. Adakah dirinya masih sebuutir berlian, ataupun segumpal beban.

Kalau dirinya adalah beban buat PR, eloklah berundur dan berilah laluan untuk tokoh muda segar seperti Nizar Jamaluddin, untuk ambil alih tugas ini. Kepentingan rakyat lebih penting daripada kepentingan individu yang berdendam..

1 comments:

a.samad jaafar said...

sudah lama saya fikirkan tentang PKR ini.. maaf cakap.. PKR adalah beban kepda rakan2 dlm PR.. isu lompat bukan isu kecil yg boleh diremehkan.. saya kerap terdengar keluhan rakyat.. apa jaminan mereka dr PKR tidak akan melompat lagi... hakikatnya, saban hari ada saja ahlinya yg beraih angin.. Apakah Anwar terlepas pandang atau hanya sibuk dgn retorik murahannya... secara peribadi, saya terlalu sukar utk mempercayai kata-kata Anwar yg dulu amat saya sanjungi ini... Anwar patut malu kepada sahabatnya daam PR... terlalu sarat kepincangan yg berlaku dalam PKR.. ditempat saya pemimpin yang ingin bertanding dalam pemilihan baru-baru ini kami tahu latar belakangnya.. ayat mudah.. mereka adalah 'sampah' yg cuba menjema menjadi emas.. saya terlalu sedih melihat perkembangan yang sedang berlaku...

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List