Naik harga minyak, Najib ikut jejak langkah Pak Lah.....???

on Dec 4, 2010



Harga minyak naik lagi, dengan kedua-dua Ron 97 dan Ron 95 naik kepada RM2.30 dan RM1.90 seliter.

Ron 97 naik kepada RM2.30 1 Disember lalu, manakala kenaikan harga Ron 95 diumumkan petang tadi, berkuatkuasa 4 Disember.

Kenaikan diumum Datuk Idris Jala, ketua eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pencapaian, Pemandu.

Kenaikan ini dijangka akan menghasilkan kesan negatif terhadap kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, terutama sekiranya pilihan raya umum diadakan awal tahun depan.

Kenaikan harga minyak ini berpotensi menjadi kesilapan langkah Najib dalam usaha menarik kembali sokongan untuk menghadapi pilihan raya umum.

Isu minyak menjadi salah satu isu utama kempen pembangkang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac 2008.

Kenaikan susulan selepas itu menguatkan sokongan kepada gabungan pembangkang dalam rancangan peralihan kuasa 16 September, yang walau bagaimanapun tidak berjaya dilaksanakan.

Kenaikan kali ini juga berlaku ketika muncul laporan perbelanjaan RM66 juta untuk menubuhkan Pemandu, yang dilapor sejumlah besar dibayar kepada perunding luar negara sebelum penubuhan.

Kenyataan-kenyataan seperti "tidak membebankan rakyat" dan membandingkan harga dengan negara serantau mengundang lagi rasa kurang senang orang ramai yang dihidangkan dengan kenyataan yang sama setiap kali berlaku kenaikan.

Tindakan menaikkan harga yang disebut penyelarasan subsidi itu juga dikatakan bakal menjimatkan perbelanjaan kerajaan, sekaligus membolehkan peruntukan itu digunakan untuk perbelanjaan pembangunan lain.

Alasan ini turut boleh dilihat dengan kritikal. Sejak di bawah pemerintahan Abdullah, penjimatan subsidi disebut akan membolehkan perbelanjaan disalurkan untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam, tetapi masih tidak mendatangkan hasil yang konkrit berhubung sektor itu.

Menakjubkan: Bahtera Nabi Nuh a.s. Telah Ditemui

on



Umat Nabi Nuh a.s. yang ditenggelamkan oleh Allah SWT karena kedurhakaannya seperti dikisahkan dalam Al-Qur’an, sudah menemukan pembuktian kebenarannya secara ilmiah. 


Sejak tahun 1949, sudah ditemukan lokasinya dan kemudian dilakukan penggalian oleh penelitian sekumpulan ahli antropologi yang dipimpin oleh Prof. Ron Wyatt di Turki sejak tahun 1977. 



Berikut ini adalah sebahagian foto-fotonya. 


1. Awal Penemuan


Pemotretan awal oleh Angkatan Udara AS di 14,000 kaki (sekitar 4.600 meter)




Kemudian, awal tahun 1960, berita dalam Life Magazine: Pesawat Tentara Nasional Turki menangkap sebuah benda mirip perahu di puncak gunung Ararat yang panjangnya 500 kaki (150 meter) yang diduga perahu Nabi Nuh AS (The Noah’s Ark)



2. Foto-foto tahun 1999-2000

Seri pemotretan oleh Penerbangan AS IKONOS tahun 1999-2000 tentang dugaan adanya perahu di Gunung Ararat yang tertutup salju.


3. Peta Lokasi Perahu Nabi Nuh









6. Pengukuran di Atas Perahu






7. Struktur Perahu menurut para arkeologi yang menemukannya

picture3.jpg



8. Bentuk Perahu Nabi Nuh AS



THE REAL NOAH’S ARK! TOP POINTS TO CONSIDER


10 Hal Penting untuk Diketahui tentang Perahu Nabi Nuh:!!

  1. It is in the shape of a boat, with a pointed bow and rounded stern. Bentuknya adalah perahu dengan deknya berbentuk bundar/melingkar.
  2. Exact length as noted in biblical description, 515 feet or 300 Egyptian cubits. (Egyptian not Hebrew cubit would have been known to Moses who studied in Egypt then wrote Genesis.) Panjangnya seperti dinyatakan Bible adalah 515 kaki atau 300 cubit Mesir [± 160 meter.
  3. It rests on a mountain in Eastern Turkey, matching the biblical account, “The ark rested . . . upon the mountains of Ararat” Genesis 8:4. (Ararat being the name of the ancient country Urartu which covered this region.) Perahu ini terdampar di Timur Turki, selaras dengan pernyataan Bible, “Perahu itu terdampar … di atas pegunungan Ararat” (Genesis 8:4). (Ararat adalah sebutan untuk negara kuno Urartu yang meliputi wilayah ini.
  4. Contains petrified wood, as proven by lab analysis. Dari pengujian makmal, perahu itu adalah kayu yang sudah membatu.
  5. Contains high-tech metal alloy fittings, as proven by separate lab analyses paid for by Ron Wyatt, then performed later by Kevin Fisher of this web site. Aluminum metal and titanium metal was found in the fittings which are MAN-MADE metals! Dari beberapa pengujian berasingan, bahannya mengandung metal yang sangat kuat dan berteknologi tinggi. Metal alumunium dan titanium ditemukan menyatu yang dibuat tangan manusia.
  6. Vertical rib timbers on its sides, comprising the skeletal superstructure of a boat. Regular patterns of horizontal and vertical deck support beams are also seen on the deck of the ark. Bingkai timah vertikal pada sisi-sisinya menunjukkan kerangka struktur perahu yang canggih. Pola-pola yang sama pada dek melintang dan menegak yang memperkuat balok-balok tiang juga terlihat di atas dek perahu.
  7. Occupied ancient village at the ark site at 6,500 ft. elevation matching Flavius Josephus’ statement “Its remains are shown there by the inhabitants to this day.” Lokasi perahu itu menutupi sebuah desa kuno di ketinggian 6.500 kaki (2275 meter.
  8. Dr. Bill Shea, archaeologist found an ancient pottery sherd within 20 yards of the ark which has a carving on it that depicts a bird, a fish, and a man with a hammer wearing a headdress that has the name “Noah” on it. In ancient times these items were created by the locals in the village to sell to visitors of the ark. The ark was a tourist attraction in ancient times and today. Dr. Bill Shea, seorang antropologi, menemukan pecahan-pecahan tembikar sekitar 18 meter dari perahu yang memiliki ukiran2 burung, ikan, dan orang memegang palu dengan memakai hiasan kepala yang bertuliskan “Nuh.” Pada zaman kuno, barang-barang tersebut dibuat oleh penduduk lokal di desa itu untuk dijual kepada para pengunjung perahu. Sejak zaman kuno hingga sekarang, perahu tersebut telah menjadi lokasi pelancongan.
  9. Recognized by Turkish Government as Noah’s Ark National Park and a National Treasure. Official notice of its discovery appeared in the largest Turkish newspaper in 1987. Sekarang ini lokasi itu dijadikan Taman Nasional Perahu Nabi Nuh dan Warisan Nasional. Pejabat setempat menyebutkan berita liputan penemuan perahu tersebut muncul dalam akhbar terbesar Turki pada tahun 1987.
  10. Visitors’ center built by the government to accommodate tourists further confirms the importance of the site. Gedung Pusat Turis dibangun oleh Pemerintah untuk mengakomodasi para pelancong agar mengetahui pentingnya lokasi tersebut.
  11. 11. Huge anchor stones were found near the ark and in the village Kazan, 15 miles away, which hung off the rear of the ark to steady its ride. Jangkar batu besar ditemukan dekat perahu di Desa Kazan, berjarak 15 mile (24 meter) yang menggantung di bagian belakang perahu untuk mengokohkan tumpangan.
  12. 12. The ark rests upon Cesnakidag (or Cudi Dagi) Mountain, which is translated as “Doomsday” Mountain. Perahu terletak di atas Gunung Cesnakidag yang diartikan sebagai “Gunung Kiamat.”
  13. Dr. Salih Bayraktutan of Ataturk University stated, “It is a man made structure, and for sure it’s Noah’s Ark” Common Sense. This same article also states “The site is immediately below the mountain of Al Judi, named in the Qur’an as the resting place of the Ark.” Houd Sura 11:44Dr. Salih Bayraktutan dari Universiti Ataturk menyatakan “ Perahu ini adalah struktur yang dibuat manusia dan kerananya yakin ini adalah Perahu Nabi Nuh.” Artikel itu juga menyatakan, “Lokasinya di Gunung Judi yang disebut dalam Al-Qur’an sebagai tempat pendaratan bahtera.” Surat Hud ayat 44.
  14. Radar scans show a regular pattern of timbers inside the ark formation, revealing keels, keelsons, gunnels, bulkheads, animal chambers, ramp system, door in right front, two large barrels in the front 14′ x 24′, and an open center area for air flow to all three levels. Imbas radar menunjukkan pola timah yang tetap di dalam betuk sebuah perahu, ada balok-balok kayu besar di dasar perahu, dinding pemisah, kandang-kandang binatang, sistem lorong-lorong jalan dalam perahu, pintu bahagian hadapan, dua tong besar berukuran 14’x24’, dan sebuah pusat area terbuka untuk ruang udara di tiga tingkat ruangan dalam perahu.
  15. SEMOGA BERMANFAAT DAN MENAMBAH KEYAKINAN KITA AKAN KEBENARAN ADANYA NABI-NABI UTUSAN ALLAH SWT. 

Malaysiakini dilarang hadiri taklimat PEMANDU

on

NONE
Malaysiakini hari ini dilarang daripada menghadiri satu taklimat media di Putrajaya yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri, mengenai pelan rasionalisasi subsidi.


Portal berita itu dilarang masuk walaupun tengah hari tadi, firma perhubungan awam untuk PEMANDU, menelefon untuk mengesahkan kehadiran wakilMalaysiakini di majlis taklimat tersebut.


WartawanMalaysiakinidiberitahu di tempat taklimat tersebut bahawa beliau 'tidak dibenarkan" masuk ke dewan tempat pengerusi PEMANDU, Datuk Idris Jala dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Halehwal Pengguna, Datuk Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan kenaikan harga barang.
Wartawan Malaysiakini itu kemudiannya diiring keluar dari bangunan itu oleh seorang eksekutif perhubungan awam.


Bila ditanya, eksekutif tersebut berkata, beliau "tidak boleh komen" mengenai sebab larangan tersebut, kecuali berkata, beliau diarah oleh PEMANDU melarang Malaysiakini masuk.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan larangan tersebut ada kaitan dengan laporan Malaysiakini hari ini mengenai RM66 jutayang dibelanjakan oleh kerajaan untuk menubuhkan PEMANDU, dengan kebanyakan peruntukan itu dibayar kepada firma-firma perhubungan awam.

Malaysiakini merupakan satu-satunya pertubuhan berita yang dilarang menghadiri taklimat tersebut, yang dipercayai menyentuh tentang langkah mengurangkan lagi subsidi kerajaan.

Anwar dinafikan hak, Pakatan adu kepada IPU........???

on



Pemimpin Pakatan Rakyat tidak teragak untuk menfailkan laporan kepada Kesatuan Inter-Parlimen (IPU) terhadap Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen Malaysia sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dinafikan hak memberi keterangan berhubung kenyataan APCO Worldwide di parlimen Jun lalu.


Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang dihubungi TV selangor petang tadi berkata keputusan yang dibuat jawatankuasa itu tanpa mengambilkira keterangan Anwar melanggar hak asasi manusia justeru melabelkan jawatankuasa itu sebagai pengecut.



Mennurutnya, tindakan itu menunjkkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen telah melanggar amalan biasa. Orang yang dituduh selalunya harus dipanggil untuk memberi keterangan membela diri.



"Jawatankuasa ini mesti tunjuk ketelusan mereka, kenapa jawatankuasa ini takut? Nampaknya jawatankuasa ini takut untuk berhadapan dengan keterangan yang hendak diberi Datuk Seri Anwar.



Jika ini dilakukan saya rasa ini akan menjatuhkan reputasi parlimen Malaysia pada mata parlimen dunia dan ini adalah tidak sihat kepada proses demokrasi berpalimen di negara kita," tegas beliau ketika dihubungi TV Selangor petang tadi.



Dalam sidang media di Ibupejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini, Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhasrat untuk menggantung beliau menghadiri sesi parlimen.



Menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu titik hitam dalam sejarah parlimen dan di antara Kesatuan Inter-Parlimen, Anwar bertegas akan mengemukakan bukti kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak menggunakan pendekatan Israel dalam konsep 1Malaysia yang dilaksanakan di negara ini.



Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata, status institusi tertinggi di negara ini semakin merudum justeru menghakis nilai demokrasi yang pertahankan negara selama ini.



"Anwar semua dinafikan. Di mahkamah dia dinafikan untuk mendapatkan dokumen, di sini dia dinafikan untuk memberi keterangan. Jadi bagi saya amat memalukan bila institusi demokrasi tertinggi di negara kita iaitu parlimen tidak dapat menterjemah dan memurnikan proses demokrasi itu," tambah beliau lagi.

Dua persoalan hubungan AG - Shahidan

on

NONEDua perkara berhubung dakwaan hubungan antara Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dan Shahidan Shafie, proxi bekas pengerusi Penerbangan Malaysia, Tan Sri Tajuddin Ramli, perlu diperjelaskan, kata Majlis Peguam.


Pengerusinya, Ragunath Kesavan (kanan) berkata perkara pertama yang perlu dijawab adalah sama ada benar atau tidak seseorang telah membayar perbelanjaan Abdul Gani dan keluarganya menunaikan ibadat Haji baru-baru ini. Kedua, sama ada bayaran itu sebagai satu bentuk penghargaan kerana melakukan sesuatu ataupun untuk tidak melakukan sesuatu.



"Ini adalah dua isu yang menjadi soalan. Saya tidak pasti sama ada Abdul Gani sepatutnya menjawabnya tetapi ia terserah kepadanya untuk memberikan respon,” katanya kepada Malaysiakini.



"Isu yang hampir sama ditimbulkan apabila Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat didakwa ditawarkan untuk menunaikan ibadat haji oleh sebuah syarikat.”



lingam tape panel meeting 031007 abdul gani patailRagunath berkata beliau juga menyedari mengenai gambar-gambar lawatan Abdul Gani (kiri) ke rumah Shahidan ketika pengkebumian anaknya seperti yang didedahkan oleh lamanwebMalaysia Today.

"Ramai juga yang berada di sana, bukan hanya Abdul Gani, dan ini tidak sepatutnya dijadikan satu isu,” katanya.



Ditanya kemungkinan hubungan antara Abdul Gani dan Shahidan mengakibatkan “tiada tindakan” ke atas Tajuddin, Ragunath menolaknya dan berkata ia cuma khabar angin.



Abdul Gani dan Shahidan enggan mengulas dakwaan berkenaan ketika disoal wartawan semalam. Kedua-dua mereka berkata mereka tidak mempunyai sebarang komen.

Cubaan seludup 7,200 tan pasir tumpas

on

PELABUHAN KLANG – Kastam Selangor berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar pasir seberat 7,200 tan metrik bernilai kira-kira RM144,000 ke negara jiran dalam dua serbuan berasingan di sekitar Banting pada Selasa lepas dan semalam.
Turut ditahan dalam serbuan itu adalah lapan anak kapal termasuk seorang kapten berusia 53 tahun dan seorang pemilik pasir berusia 54 tahun.
Pengarah Kastam Selangor, Datuk Roslan Yusof berkata, penahanan pertama melibatkan seorang kapten dan tujuh anak kapal dibuat Selasa lepas setelah pihaknya menerima maklumat awam mengenai sebuah kapal menunda tongkang yang disyaki membawa muatan pasir di perairan Sungai Langat berhadapan Jugra, Banting.
"Bahagian Penguatkuasaan Kastam Selangor berjaya mengesan dan menahan kapal itu yang sedang dalam pelayaran ke sebuah negara jiran di selatan tanah air kira-kira pukul 2 petang di perairan itu.
“Pemeriksaan mendapati tongkang yang membawa muatan pasir seberat 3,600 tan metrik bernilai RM72,000 bagi tujuan eksport diikrar sebagai ”Mortar Mix” iaitu bahan yang digunakan untuk melekatkan batuan.
Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini, Roslan berkata, susulan tangkapan kes pertama, pasukan kastam telah melakukan serbuan di sebuah jeti persendirian di Jeti Pulau Carey, Banting, Selangor kira-kira pukul 1.20 petang semalam dan menahan sebuah tongkang yang juga membawa muatan pasir seberat 3,600 tan metrik bernilai RM72,000.
Lanjutan itu, seorang lelaki berusia 54 tahun telah tampil ke pejabat kastam dan mengaku dirinya sebagai pemilik pasir berkenaan dan ditahan untuk tindakan seterusnya,” katanya. – Bernama

MPEN: Jual GLC bagi biayai dana kekayaan negara

on

NONE

Kerajaan hari ini dicadang membentang dana kekayaan negara (SWF) yang bakal melabur dalam pelbagai kelas aset, termasuk sekuriti, tukaran asing dan derivatif dalam usaha menarik pelabur dan mempermantapkan saingan.


Namun Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) dalam laporan bertajuk "Model Baru Ekonomi Untuk Malaysia-Bahagian Akhir: Langkah Dasar Strategik" tidak menetapkan rangka masa untuk skim itu. Ia juga sekaligus mengelakkan perbalahan mengenai hak keistimewaan Melayu.



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini menjanjikan pembaharuan ekonomi kerana kadar pelaburan ke negara ini masih belum pulih selepas krisis kewangan Asia 1998 dan kemasukan pelaburan asing langsung yang terus menjunam sejak 1990an.



“Kerajaan wajar menimbangkan untuk mengehadkan pemilikannya dalam syarikat strategik kepada 30 peratus daripada saham terbitan,” kata MPEN.



NONE
“Kerajaan juga perlu mengambil kaedah kawalan strategik kurang invasif seperti saham emas, dasar industri dan sekatan pemilikan asing.



Laporan itu dilancarkan oleh Najib, hari ini.



Saham emas memberi kuasa kepada pemegang untuk mempengaruhi keputusan utama dalam sebuah syarikat, manakala dasar industri adalah cara menjaga kawalan strategik melalui dasar industri tersebut dan sekatan-sekatan pemilikan bagi mengawal pelaburan pelabur asing.



MPEN juga mencadangkan kerajaan menjual syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang tidak strategik dan memberi peluang kepada sektor swasta yang mempunyai peluang lebih besar untuk menambah nilai.



MPEN berkata, carian data mendapati terdapat 445 syarikat GLC di negara ini.



Menurutnya hasil daripada penjualan pelaburan tidak seharus dikira sebagai pendapatan kendalian (aliran) tetap diiktirafkan sebagai penukaran modal (saham) manakala perolehan patut ditempatkan ke dalam SWF.



SWF akan melaksana rangka kerja tadbir urus seperti pengurusan rizab tukaran asing Bank Negara Malaysia (BNM) dan ditadbiruruskan sejajar dengan prinsip Santiago yang antara lain memerlukan pendedahan dasar pelaburan SWF, penyata kewangan dan pendekatan pengurusan risiko, MPEN.



NONEMenurut laporan itu, keuntungan daripada SWF boleh digunakan untuk memangkin inisiatif baharu sektor swasta.



Menurut MPEN, terdapat GLC yang dinyah labur boleh menjadi sebahagian daripada program khas untuk menyokong konsortium usahawan Bumiputera menerusi proses tender terbuka yang telus.



MPEN juga mencadangkan satu pihak berkuasa kawal selia GLC (GOA) ditubuhkan bagi mengumpul data kewangan kesemua GLC, memantau prestai mereka, dan GLC bertanggungjawab ke atas perbelanjaan belanjawannya.



NONE"Sebaik-baiknya, GOA perlu melapor kepada Jabatan Perdana Menteri bagi memastikan prinsip keterusan ke arah membina keyakinan sektor swasta," menurutnya.



MPEN juga meminta kerajaan meminda rangka kerja perundangan dan kawal selia yang sudah wujud untuk menyediakan asas yang sama rata antara GLC dan perniagaan swasta selain mengurangkan ketidakpastian para pelaburan swasta.



“GLC juga perlu tertakluk kepada peruntukan Akta Persaingan 2010 bagi memastikan amalan perdagangan mereka tidak bersifat antipersaingan, selain kerajaan seboleh-bolehnya tidak menyediakan jaminan automatik ke atas liabiliti GLC," menurutnya.



Menurut laporan itu, halangan rasmi mahupun tidak rasmi dalam proses perolehan kerajaan, yang memberi keutamaan akses kepada GLC, harus dihapuskan.

PRU 13......Umno Masih Teraba-Raba.

on

View Image


Apabila DS Najib membuat pengumuman untuk menangguhkan pemilihan dalam perhimpunan Umno yang akan datang, khabar-khabar angin mula bertiup kencang yang PRU13 akan diadakan pada tahun hadapan. Mungkin juga PRU13 akan dibuat serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak yang sudah hampir tarikh luputnya.

Muhyiddin dalam kenyataannya kepada media tentang  perkara tersebutr, beliau menafikan dengan alasan yang Umno pernah beberapa kali melakukannya. Apa pun alasan yang diberikan ianya tetap tidak memuaskan kerana ada beberapa sebab yang boleh kita taksirkan, antaranya ialah;
  • Ramalan bomoh terkenal dari Kedah yang mengatakan BN akan dapat merampas beberapa negeri dari Pakatan Rakyat.
  • Najib melihat yang kedudukan BN semakin kukuh dengan kemenangan besar di Galas dan Batu Sapi.  
  • Yakin Bn akan menang besar pada PRU13.
  • Sokongan orang Melayu kepada Umno semakin meningkat.
  • Mengandaikan yang PKR semakin lemah semasa pemilihan baru-baru ini.
  • Melihat Pakatan Rakyat mula berpecah.
  • Melihat Perkasa semakin mendapat sokongan orang Melayu dan Umno boleh menumpang sekaki.
  • Masa terbaik untuk menyinkirkan KJ dengan meletakan calon pilihannya bagi jawatan ketua pemuda.
  • Sekiranya pemilihan Umno dilakukan sebelum pilihan raya, Umno mungkin akan berpuak jika calon yang bertanding kalah dalam pemilihan tersebut.
  • Ingin menguji populariti beliau dengan slogan One Malaysianya.
  • Ingin menghapuskan sumpahan R.A.H.M.A.N. sebagai mana Mahathir melakukannya terhadap sumpahan Mahsuri di Langkawi.
  • APCO telah menasihati beliau.
  • Rosmah telah memberi lampu hijau.
Dan banyak lagi andaian yang boleh difikirkan oleh pemerhatian politik kerana PRU 13 adalah penentu jatuh bangun Umno dan kerjaya politik beliau. Jika melihat kepada Bajet 2011, beliau seperti memberi petunjuk dengan menaikkan elaun JKKK yang mana pengerusi JKKK telah dinaikkan daripada RM450 kepada RM800 sebulan dan elaun mesyuarat sebanyak RM50. Kerana itulah bajet tersebut dipanggil Bajet mesra BN dan bukan Bajet mesra rakyat.

Jika zaman UMNO Khir Toyo..mampus nak bagi arahan macam nie..!!

on

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri sudahpun mengarahkan jabatan audit untuk mengaudit secara menyeluruh ke atas beberapa urus niaga yang dikatakan tidak selaras dengan tata cara Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). 


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, buat masa ini, jabatan audit diberikan masa selama dua hingga tiga minggu untuk menjalankan proses tersebut. 



“Saya sedang menunggu laporan itu, apabila siap kita akan benarkan laporan itu dibacakan oleh orang ramai supaya kita mendapat maklumat dan penjelasan tentang perkara itu. Kemudian barulah tindakan yang sesuai jika perlu diambil,” katanya. 



Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus yang menggesa beliau dan Pengurus PKNS, Othman Omar menjelaskan pelantikan tiga syarikat oleh PKNS yang didakwa tidak mengikut peraturan. 



Abdul Shukor berkata, lantikan syarikat yang mempunyai alamat operasi sama dan kepentingan seorang individu itu sepatutnya dibawa ke jawatankuasa tender, bukannya jawatankuasa sebut harga.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List