Pemimpin Pakatan Rakyat tidak teragak untuk menfailkan laporan kepada Kesatuan Inter-Parlimen (IPU) terhadap Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen Malaysia sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dinafikan hak memberi keterangan berhubung kenyataan APCO Worldwide di parlimen Jun lalu.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang dihubungi TV selangor petang tadi berkata keputusan yang dibuat jawatankuasa itu tanpa mengambilkira keterangan Anwar melanggar hak asasi manusia justeru melabelkan jawatankuasa itu sebagai pengecut.
Mennurutnya, tindakan itu menunjkkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen telah melanggar amalan biasa. Orang yang dituduh selalunya harus dipanggil untuk memberi keterangan membela diri.
"Jawatankuasa ini mesti tunjuk ketelusan mereka, kenapa jawatankuasa ini takut? Nampaknya jawatankuasa ini takut untuk berhadapan dengan keterangan yang hendak diberi Datuk Seri Anwar.
Jika ini dilakukan saya rasa ini akan menjatuhkan reputasi parlimen Malaysia pada mata parlimen dunia dan ini adalah tidak sihat kepada proses demokrasi berpalimen di negara kita," tegas beliau ketika dihubungi TV Selangor petang tadi.
Dalam sidang media di Ibupejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini, Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhasrat untuk menggantung beliau menghadiri sesi parlimen.
Menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu titik hitam dalam sejarah parlimen dan di antara Kesatuan Inter-Parlimen, Anwar bertegas akan mengemukakan bukti kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak menggunakan pendekatan Israel dalam konsep 1Malaysia yang dilaksanakan di negara ini.
Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata, status institusi tertinggi di negara ini semakin merudum justeru menghakis nilai demokrasi yang pertahankan negara selama ini.
"Anwar semua dinafikan. Di mahkamah dia dinafikan untuk mendapatkan dokumen, di sini dia dinafikan untuk memberi keterangan. Jadi bagi saya amat memalukan bila institusi demokrasi tertinggi di negara kita iaitu parlimen tidak dapat menterjemah dan memurnikan proses demokrasi itu," tambah beliau lagi.
0 comments:
Post a Comment