Pesawat NASA Generasi Masa Depan 2025

on Jan 27, 2011


Pesawat NASA Generasi Masa Depan 2025



Future flight? Boeing unveils its innovative design for a faster, bigger and cleaner aircraft


NASA telah memilih tiga syarikat reka bentuk pesawat super berkonsepkan"wraps off" lebih senyap,  pesawat efisyen berkuasa yang berpotensi bersedia untuk terbang sebelum 2025.  Design  pesawat super ini adalah hasil rekaadaripada Lockheed Martin, Northrop Grumman dan Syarikat Boeing.Pada bulan-bulan terakhir tahun 2010, ketiga-tiga syarikat ini telahmemenangi kontrak daripada  NASA untuk menjalankan kajian dan mengujikonsep mereka sepanjang 2011 ini.

Nampaknya, NASA mensasarkan untuk membangunkan barisan pesawat 
super 
yang lebih tenanglebih besar, lebih cepat, serta mempunyai teknologimembakar bahan bakar lebih lambat dan lebih bersih [mesra alam] daripadapesawat yang ada sekarang[dailymail.co.uk]



 Cleaner: All three designs - including this one from Lockheed Martin - were required to have green credentials


 NASA's Solar Flapper is an unconventional concept for a plane that would use solar power and flapping of the aircraft's 'wings' to propel itself up and forward


 This futuristic 'flying saucer' design is not only space-age but eco-friendly too, designed by the CleanEra project, led by Etnel Straatsma of Delft University of Technology in The Netherlands


 The Flying Yacht: The Aeroscraft ML866 offers the ultimate luxury experience


 The Icon A5 is known as the 'ultimate joyride' and can take off and land on water or dry land and, when its 32-foot wings are folded, it can fit comfortably into a large garage

MALAYSIA.......???

on


Gelombang Tunisia merebak ke Mesir, desak Hosni Mubarak letak jawatan





KAHERAH: Sekumpulan aktivis menggunakan rangkaian sosial di Internet bagi meminta tunjuk perasaan diadakan lagi selepas ptotes terbesar diadakan kelmarin sehingga awal pagi semalam.

Tunjuk perasaan itu diadakan bagi mendesak supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan selepas memerintah selama 30 tahun atas dakwaan rasuah, penindasan dan pengangguran.

Bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri memberi amaran bahawa polis tidak akan berlembut dengan tunjuk perasaan itu.

Ribuan anggota polis ditempatkan semalam di bandar raya ini bagi berdepan dengan tunjuk perasaan yang diilhamkan daripada gerakan demonstrasi di Tunisia sehingga menyebabkan bekas Presidennya, Zine El Abidine Ben Ali melarikan diri.

Protes di Tunisia itu memuncak selepas seorang peniaga sayur-sayuran membakar dirinya bagi memprotes rasuah yang berlaku di negaranya.

Zine El Abidine dibenci rakyatnya kerana amalan rasuah yang berleluasa dan pembolotan harta oleh kaum keluarga dalam perniagaan manakala kadar pengangguran meningkat di Tunisia.

Protes di Mesir turut berlaku disebabkan kematian seorang lelaki, Khaled Saad yang menurut saksi-saksi dan keluarganya dipukul oleh dua anggota polis di Iskandariah pada tahun lalu.

Polis menyatakan kira-kira 200 anggota penunjuk perasaan ditahan awal semalam dalam pertempuran dengan anggota-anggota pihak berkuasa di sini dan di beberapa lokasi di Mesir. –Agensi


WarkahDaily – Gelombang kebangkitan rakyat Tunisia mula merebak. Masyrakat seluruh dunia kini sudah mula membuka mata mereka akan kebejatan yang berlaku dalam kerajaan negara masing-masing. Sekarang pemerintah Mesir pula berhadapan tekanan dari rakyat sendiri.

Rakyat dilihat sudah mula berani menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap salah guna kuasa yang dilakukan oleh kerajaan.

Gelombang kebangkitan ini tidak mustahil merebak ke serata dunia termasuk negara kita, Malaysia. Kegelojohan kerajaan, banyak berlakunya rasuah, penyalahgunaan kuasa, kezaliman menyebabkan rakyat membuka mata dan mula membuat protes untuk menuntut kerajaan dibubarkan atau mendesak pemimpin-pemimpin negara meletak jawatan.

Malaysia secara khususnya, banyak berlakunya penyalahgunaan kuasa, kegiatan rasuah berleluasa, kronisme dan kezaliman terhadap rakyat yang tidak menyokongnya. Tidak mustahil, rakyat sudah tidak tahan lagi dengan kerenah kerajaan yang cuba memperbodohkan rakyat sendiri sambil mengumpul harta mahsyul negara untuk kaum kerabat sehingga rakyat keseluruhannya terpaksa menanggung beban kenaikan harga-harga barangan dan berlakunya inflasi yang tidak dijangka. Semuanya kerana pemimpin yang boros dan agih kekayaan negara sesama sendiri.

Tidak mustahil, Malaysia juga turut serta rakyat Tunisia dan Mesir kerana sesebuah kerajaan itu tidak akan kekal selama-lamanya kecuali kerajaan Allah SWT.

GUAN ENG SAJA KE....... UMNO DIMANA DAN BAGAIMANA..........???

on Jan 26, 2011

LIM GUAN ENG BANGUN PERTAHANKAN ISLAM.. UMNO DIMANA?




Guan Eng bidas MCA takutkan bukan Islam tentang Islam




Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa MCA membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil Tenang kerana mahu menghalang bukan Islam daripada mengenali Islam.

Beliau berkata tindakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyerang PAS dengan membangkitkan isu negara Islam semata-mata mahu menimbulkan rasa “ketakutan” di kalangan bukan Melayu di Tenang terutamanya orang Cina.

“Dia (Dr Chua) tak mahu kita tahu antara satu sama lain, sebab itu tidak mahu kita kenali Islam.

“Memang itu yang mereka mahu, itu yang pemimpin MCA mahu.

“Ia penting, tapi kita tidak bimbang jika MCA gunakan isu negara Islam kerana isu ini dah digunakan sejak pilihan raya 2008 lagi,” katanya pada sidang media di sini.

Terdahulu, Dr Chua berkata akan terus menyerang PAS dengan memberi amaran kepada pengundi-pengundi bahawa sokongan mereka hanya akan memperkukuh kedudukan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.

Beliau berkata berkata meskipun DAP menjadi rakan komponen dalam Pakatan Rakyat parti itu tidak mampu menghalang PAS daripada meneruskan dasar negara Islamnya.- TMI

Note:    Cina DAP mahukan islam. Tapi UMNO tolak islam, sedangkan UMNO mengaku islam. Bukan islam ( Lim Guan Eng) bela islam. Tapi islam UMNO ( Najib dan penyokongnya )bela pelakon porno kutuk dan caci maki islam...apa nak jadi malaysiaku ....... 


Mana perginya kerajaan UMNO islam di Malaysia???  Sudah tiada lagikah? Tahniah UMNO kerana bisu dan terus membisu.. Tahniah Perkasa kerana tak berani buat demo. Tahniah Zul Nordin kerana tak berani buat ulasan. Tahniah Jamil Khir kerana langsung tak ambil port. Tahniah Harus Sana Sini kerana suruh Chua SoiLlek minta maaf.. semoga teguran itu berserta dengan kesungguhan dan demi kerana Allah dan islam.. dan bukan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. 

KENAPA UMNO DIAM MEMBISU.......???

on

MCA Berpesta Menghina Islam di TENANG.






Pada mulanya, Presiden MCA merendah-rendahkan amalan Cikgu Normala memakai sarung tangan apabila bersalaman dengan mereka yang bukan muhrim. 

Bagi Chua Soi Lek, menutup tangan itu satu amalan yang ganjil dan tidak sesuai dgn zaman moden. Mungkin kerana Chua Soi Lek ni biasa bergaul dengan wanita yang tidak menutup lebih dari tangan mereka.

Secara terbuka Chua Soi LEk mempermainkan ajaran Islam yang menyatakan batalnya wudhu' apabila bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan bukan muhrim (mengikut madzhab Syafiee Qaul Qadeem).

Kita sesama Islam pun TIDAK DIIZINKAN menghina pendapat madhab2 lain sungguhpun kita bermadzhab Syafiee. Inikan pula seorang Zani Muhsan yang bukan Islam bernama Chua Soi Lek.

Tidak cukup dengan itu, dengan angkuh pelakon porno ini berkata:

"What is so great about knowing Muslim values?"


Secara mudahnya, Presiden MCA ini berkata "Apa baiknya untuk (saya) mengetahui tatasusila orang Islam?".

Jawapan bagi kenyataan yang sebegitu angkuh ini adalah mudah: Kebaikkannya adalah kamu dapat mengetahui intipati agama persekutuan Malaysia yakni Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.


Di kala MCA berpesta menghina Islam dan ajaran Islam, UMNO dan Pemuda UMNO hanya mampu melihat dan diam seribu bahasa. Tak nampak PERKOSA membuat demo, tak nampak GAPS turun berdemo bersama muka-muka demonstran yang serupa tiap kali demo, tak nampak Pemuda UMNO membengis dan memberi amaran kepada orang bukan Islam.

Semuanya senyap sunyi macam tikus.

Berbeza dengan DAP yang semakin hari semakin menghargai dan menghormati Islam. Sehingga Karpal Singh sanggup meminta maaf secara terbuka dan sanggup berbincang berkaitan topik Negara Islam.

Nak buat macamana??? Dah perangai UMNO pun sama jugak. Kaki maki dan cerca Islam.

Bila Chua Soi Lek tengok pemimpin UMNO mempermainkan hukum potong tangan yang terkandung dalam Al Quran, maka pemimpin MCA pun tumpang semangkuk menghina hukum-hukum yang khilaf dalam Fiqh Islami.

Bapak borek, anak rintek.

Punya teruk pesta menghina Islam sehingga Raja Petra yang anti hadith pun turut sama terasa dan mencabar Muhyiddin Yaasin menyatakan sikap sebenar beliau terhadap hukum jenayah Islam.

Semoga Allah SWT menunjukkan kekuasaanNya kepada mereka yang memperlekeh hukum Allah SWT. Amin!!!!

Ciplak dari Tulang Besi

MERLIMAU MENGALU ALUKAN KEDATANGAN ANDA........???

on Jan 21, 2011



Pemergian Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, ADUN Merlimau yang juga Exco Kerajaan Negeri Melaka memang tidak diduga oleh sesiapa sekalipun beliau telah dimasukkan ke hospital sejak minggu lepas selepas mengadu sakit dada.

Kekosongan kerusi berkenaan menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil bakal diadakan iaitu yang ke-15 selepas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor yang jatuh pada 30 Januari ini.

Hasrat SPR yang mengharapkan pilihanraya kecil DUN Tenang akan menjadi pilihanraya yang terakhir sebelum negara melangkah ke pilihan raya umum nampaknya tidak kesampaian.

Ia sebagai bukti bahawa kuasa dan perancangan Allah sentiasa mengatasi kuasa dan perancangan manusia.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang akhbar yang diadakan untuk mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang beberapa hari lalu menyatakan bahawa SPR telah membelanjakan lebih RM10 juta untuk mengendalikan 13 pilihan raya kecil setakat ini berharap pilihan raya kecil ke-14, di Johor, akan menjadi yang terakhir sebelum negara melangkah ke pilihan raya umum. 

Setakat ini SPR telah mengendalikan 13 pilihan raya kecil dengan yang pertama pada Ogos 2008 membabitkan kerusi Parlimen Permatang Pauh dan yang terakhir kerusi DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi awal bulan lalu. PRK Tenang adalah yang ke 14 sementara Merlimau nanti adalah yang ke 15.

Namun, pilihan raya kecil sepanjang tempoh selepas Mac 2008 hingga sekarang bukan kali pertama negara menyaksikan pilihan raya kecil yang banyak jumlahnya.

Yang paling banyak ialah sebanyak 16 pilihan raya kecil telah diadakan sepanjang tempoh antara 1995 dan 1998 iaitu sebelum pilihan raya umum 1999.

DUN MERLIMAU



Merlimau adalah sebuah pekan yang terletak di tengah perjalanan antara Bandaraya Melaka dan Bandar Muar, Johor. Jaraknya adalah kira-kira 23 km dari Bandaraya Melaka dan Muar serta 22 km selatan dari bandar Jasin. 

Fakta:

Jumlah Pengundi: 10,471
Peratusan Kaum: M:64.69% C:21.11% I:14.16% L:0.04% 

N27 Merlimau, di dalam pilihanraya umum yang lepas menyaksikan pertandingan dua penjuru diantara BN dan PAS. Di dalam pilihanraya sebelumnya (2004) Allahyarham Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN) telah memenanginya dengan majoriti 5,087 undi. Pada PRU 2008, majoriti BN merosot dan hanya menang dengan 2,154.



Ini bermakna PAS hanya perlukan peralihan undi sekitar seribu lebih sahaja lagi untuk merampas kerusi DUN Merlimau selain mengekalkan jumlah undi pada PRU12 yang lalu.

Dari Tenang kita ke Merlimau pula nanti.



Macam Tu Le Datuk Bun........???

on


Chong Wei mara ke suku akhir Terbuka Proton




Kehadiran Datuk Misbun Sidek yang duduk di kerusi jurulatih pada perlawanan pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Proton Malaysia Siri Super malam ini ternyata menyemarakkan semangat perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei.

Chong Wei yang menentang Hu Yun dari Hong Kong melakukan serangan bertubi-tubi sebaik permainan permainan bermula, menyaksikan beliau menang mudah 21-6, 21-9 untuk mara ke suku akhir esok.

Pemain nombor satu dunia itu akan bertemu Nguyen Minh dari Vietnam.

"Saya tak sangka Misbun akan hadir malam ini. Sekarang saya hanya fikir untuk buat yang terbaik dan fokus untuk menang kejohanan ini,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu di sini.

Bagaimanapun kata Chong Wei, beliau tidak tahu sama ada Misbun telah memberi jawapan untuk kembali berkhidmat di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan berharap isu di antara Misbun dan badan itu selesai secepat mungkin.

Turut mara ke suku akhir esok ialah beregu negara Mohd Zakry Abdul Latif/Hoon Thien How setelah menundukkan beregu Singapura Hendri Kurniawan Saputra/Chayut Triyachart 21-16, 21-15.

Mereka dijadualkan bertemu Naoki Kawamae/Shoji Sato dari Jepun.

Sementara itu, ketua jurulatih negara Rashid Sidek berkata kedatangan Misbun pada malam ini tidak dijangka.
"Masa datang, dia meminta untuk duduk di tempat ”coach” jadi saya mengizinkan beliau,” katanya.

Bagaimanapun, pembantu jurulatih Tey Seu Bock berkata beliau dan Chong Wei ada menghubungi Misbun beberapa hari lepas untuk memujuknya hadir ke kejohanan tersebut.

"Semalam juga saya ada mengajak beliau, tapi katanya dia ”busy”.. tak sangka dia akan datang malam ini dan duduk bersebelahan saya,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat BAM Ng Chin Chai berkata persatuan itu telah menghantar surat kepada Misbun meminta beliau menimbang semula perletakan jawatannya.

"Dalam surat itu juga kami menjemput Misbun untuk hadir sebagai jurulatih Chong Wei pada Terbuka Malaysia. Kehadiran beliau malam ini menunjukkan beliau memberikan respon yang positif,” katanya.


Melangkah Mesti Ke Hadapan.........???

on Jan 20, 2011

Penyesalan ketika maut datang menjemput


"Siapa yang menyalahgunakan segala pemberian Allah kepadanya, pasti akan menyesal ketika maut datang menjemputnya, dan akan ditanya masa hidupnya sekalipun hanya sebentar, untuk dicela dan tahu apa yang telah hilang, jauh, yang telah ada, dan yang datang kemudian, semua menurut kelalaiannya." 
(Tafsir Ibnu Katsir)





SUATU hari ketika menatap halaman sebuah akhbar, saya tersenyum sendirian apabila membaca temu ramah wartawan yang bertanya seorang wanita yang dipilih penyimpan paling konsisten sebuah bank tempatan mengapa dia prihatin dalam hal itu, dia berkata: “Untuk masa depan!”

Hati saya tergeletek kerana wanita itu berusia 75 tahun, masa depan apa lagi yang mahu difikirkannya? Namun di samping ketawa saya juga kagum kerana dia masih beringat-ingat akan masa depan pada usia itu.

Namun kekaguman itu serta merta pudar apabila saya teringat tazkirah seorang rakan tabligh yang berkata lebih kurang begini: “Di hadapan orang berusia 60 atau 70 tahun adalah kubur, itulah yang perlu difikirkan, itulah destinasi kita, sudah cukupkah bekalan ke alam sana?”

Pada hari yang lain pula saya terbaca kisah menarik ini: Seorang profesor sudah terlambat untuk ke kelas pengajian di universiti berdekatan. Dia menahan sebuah teksi, memberitahu si pemandu membawa kereta paling laju dia mampu. Pemandu menekan pedal minyak, membawa teksi bagikan orang gila.

Si profesor lantas bertanya, “eh mana kamu mahu bawa aku?” Pemandu menjawab: “Bukankah tuan hanya menyuruh saya pandu selaju mungkin tanpa menyatakan destinasinya?”

Demikianlah antara misalnya akan terjadi jika pemimpin kita sibuk mencanangkan mahu menjadikan negara maju atau berpendapatan tinggi tetapi tidak mempunyai destinasi (matlamat)nya.

Sewajarnya negara boleh dipandu menuju status maju, tetapi rakyat kebanyakan jangan dibiarkan keciciran. Dalam Islam, seseorang itu boleh menjadi kaya raya tetapi dia jangan lupa dalam kekayaannya itu ada hak orang miskin yang perlu dilunaskan. Itulah zakat namanya.

Ya., kini negara kita dipandu laju menjadi negara maju atau berpendapat tinggi tetapi mengapa soal haram tidak diambil peduli? Mengapa pula mahu diadakan hab hiburan maksiat, mengapa mahu dibenarkan judi bola dan sebagainya? Tak ingatkah di depan kita (kebanyakan menteri sudah berusia lebih 60 tahun) ada kubur seperti diingatkan teman tabligh saya.

Kemudian mengapa kehidupan rakyat awam (orang kebanyakan) mahu disusahkan? Apabila harga barangan asas seperti petroleum, gula dan gas dinaikkan, secara automatik harga barangan dan perkhidmatan turut melambung. Kini minyak masak sukar ditemui dalam pasaran, harga bawang melambung tinggi manakala pengusaha warung dan restoran turut menaikkan harga makanan dan minuman.

Negara ini boleh saja dipenuhi bangunan tinggi pencakar langit, hab-hab maksiat yang hebat, restoran bertaraf antarabangsa, rumah mewah bagaikan istana dengan segelitir rakyat berpendapatan hebat bagi melayakkan ia digelar negara maju berpendapatan tinggi, tetapi apakah ertinya jika sebahagian besar rakyat bagaikan slogan lama – dulu, kini dan selamanya – miskin dan merempat?

Ini yang kita tidak mahu, jadi agihkan wang pendapatan negara yang kerap rakyat dengar berbilion-bilion ringgit itu secara bijaksana; berilah rakyat peluang menikmatinya sekarang ini, janganlah biarkan mereka kempunan sehinggalah mereka masuk kubur seperti diingatkan teman tabligh itu. Bahagiakan rakyat sekarang bukan cuba bahagiakan mereka selepas mereka dimamah tanah! 

Dr. Mahathir DiBelasah Oleh Melayu Singapura........???

on

Bekas perdana menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad telah menjadi topik hangat di sini apabila ulasan-ulasannya mengenai nasib Melayu Singapura menjadi polemik dan mendapat kritikan pedas beberapa orang Melayu setempat.

Akhbar Berita Harian Singapura telah menyiarkan beberapa surat daripada pembacanya sepanjang minggu lepas yang mengecam Dr Mahathir kerana sering memberi ulasan mengenai nasib Melayu republik itu yang telah terpinggir dan ketinggalan.

Dalam ruangan forum akhbar itu, seorang pembaca Haji Sallim Haji Ahmad menulis bahawa beliau rasa tercabar mengikuti ulasan Dr Mahathir yang membuat kenyataan yang tidak berasas bahawa Melayu republik itu terpinggir dan tertinggal.

"Inilah hujah kegemarannya yang pedas dan luncas setiap kali mempersoalkan masalah yang menghambat Melayu Malaysia yang belum lagi terpinggir pada logika Dr Mahathir.

“Kekerapan ungkapan yang menjadi sandarannya ialah menegaskan bahawa Melayu Singapura terpinggir sehingga akhir dunia,” kata Sallim.

Tak tagih subsidi

Katanya Dr Mahathir yang terbuai dengan populariti di alam siber dan blog suka menggunakan Melayu Singapura sebagai contoh.

Penulis itu juga mempertahankan kedudukan Melayu Singapura dengan menyatakan kaum itu maju tanpa menagih subsidi dan kedudukan agama Islam di Singapura terpelihara dan berkembang walaupun ia bukan agama rasmi.

“Kita tidak kontang jenayah, tapi yang ditugaskan beramanah. Rasuah di sini wujud, tetapi tahapnya tidak mengejut. Sumbang mahram itu keji, dahsyat lagi buang bayi. Mat Rempit bukan hambatan, tabiat lepak bukan amalan,” ungkap Sallim.

Seorang lagi pembaca, Hajah Kamariah Lim Li Hwa menegur Dr Mahathir bahawa sebelum membuat apa-apa kenyataan tentang orang Melayu Singapura, diharap beliau “menyelidik dulu keadaan kami.“

“Kami orang Melayu Singapura berasa senang hati dan bersyukur kerana pemerintah Singapura menjalankan amanah dengan telus,” katanya.

'Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi'

Menurutnya, walaupun Singapura bukan negara Islam, kebanyakan undang-undang di Singapura tidak ada yang bercanggah, malah sejajar, dengan ajaran Islam.

Hajah Kamariah berkata kemungkinan Dr Mahathir (bersikap demikian kerana) berurusan dengan seseorang individu (rakyat Singapura) yang tidak berpuas hati atas beberapa dasar pemerintah Singapura kerana tidak dapat memenuhi kepentingan diri sendiri.

Seorang lagi pembaca, Eusope Musawa menulis Melayu Singapura hidup dengan selesa dan 'duduk sama rendah, berdiri sama tinggi', dan mereka ada kebebasan dalam hal agama dan pelajaran mereka juga setaraf dengan penduduk masyarakat lain.

“Tun Dr Mahathir sepatutnya menasihatkan orang Melayu Malaysia agar belajar daripada orang Melayu Singapura bagaimana boleh maju. Saya berharap kenyataan beliau akan membakar semangat orang Melayu setempat untuk terus maju,” tulis Eusope.

Bagaimanapun, seorang pembaca yang menamakan diri beliau, Walid Jumblatt Abdullah menulis dalam forum akhbar itu semalam, bahawa beliau amat gembira sekali apabila melihat masyarakat Melayu Singapura bergegas menyangkal kritikan Dr Mahathir.

Katanya, “Alangkah baiknya kalau masyarakat Melayu begitu cepat sekali bertindak ketika masalah-masalah seperti keluarga pincang, keruntuhan akhlak, keputusan pelajar kurang memuaskan berbanding kaum lain dan sebagainya timbul untuk menangani masalah-masalah tersebut.”

sumber mkini

Medical Report Day 1 and 2

on

Penyakit Apa kah Ini.......???







ANWAR SEMAKIN HAMPIR KE PENJARA........???

on Jan 14, 2011

Rayuan Anwar Minta Hakim Tarik Diri Ditolak.


Apakah Ini Bererti Anwar Semakin Dekat Ke Pintu Penjara? 



PUTRAJAYA: Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan Ketua Pembangkang itu untuk mengenepikan keputusan hakim itu enggan menarik diri daripada mendengar perbicaraan itu.



Panel tiga hakim terdiri Hakim Datuk Wira Low Hop Bing, Hakim Datuk Abdul Malik Ishak dan Hakim Datuk Ahmad Maarop sebulat suara memutuskan bahawa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi (menolak permohonan Anwar supaya Mohamad Zabidin menarik diri), tidak boleh dirayu.


Panel itu menerima bantahan awal yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Hanafiah Zakaria bahawa keputusan itu tidak boleh dirayu sepertimana ketetapan Seksyen 50 (1) (a) dan Seksyen 3, Akta Mahkamah Kehakiman 1964.



Mohamad Hanafiah dalam hujahnya berkata Anwar tidak mempunyai hak untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi kerana keputusan itu dibuat semasa perbicaraan sedang berjalan yang tidak melupuskan sepenuhnya hak pihak berkenaan.

Hakim Low hari ini berkata mahkamah berpendapat keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat ketika perbicaraan sedang berlangsung.

"Oleh yang demikian kami memutuskan bahawa mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar rayuan itu, begitu juga Anwar tidak mempunyai hak untuk merayu di peringkat interlokutori di Mahkamah Tinggi.

Kami menerima bantahan awal pihak pendakwa dan menolak rayuan ini," katanya.

Hakim Mohamad Zabidin pada 6 Dis tahun lepas menolak permohonan kedua Anwar supaya beliau menarik diri daripada mendengar perbicaraan liwatnya.

Anwar, 63, membuat permohonan itu atas alasan hakim telah mengugut peguam belanya semasa prosiding lepas dan walaupun hakim telah menarik balik ugutan seperti didakwa itu, wujud bahaya akan berlaku berat sebelah sekiranya hakim terus mendengar kes itu.

Mohamad Zabidin turut menolak permohonan pertama Anwar supaya beliau menarik diri, yang difailkan atas alasan mungkin berlaku berat sebelah sekiranya Mohamad Zabidin enggan melayani permohonan peguam belanya untuk mengambil tindakan menghina mahkamah terhadap Utusan Malaysia berhubung dua artikel yang disiarkan akhbar itu.

Anwar memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi tetapi kemudian menariknya balik.

Anwar dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, bekas pembantunya, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Kes itu dijadualkan untuk pengurusan kes pada Isnin.

Terdahulu, peguam yang mewakili Anwar, Karpal Singh menggesa mahkamah menolak bantahan awal pihak pendakwa kerana menurutnya keputusan Mahkamah Tinggi boleh dirayu kerana ia merupakan perintah muktamad.

Katanya jika Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar kes itu, masalah berhubung perkara itu akan berakhir. 


 BERNAMA

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List