MALAYSIA.......???

on Jan 27, 2011


Gelombang Tunisia merebak ke Mesir, desak Hosni Mubarak letak jawatan





KAHERAH: Sekumpulan aktivis menggunakan rangkaian sosial di Internet bagi meminta tunjuk perasaan diadakan lagi selepas ptotes terbesar diadakan kelmarin sehingga awal pagi semalam.

Tunjuk perasaan itu diadakan bagi mendesak supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan selepas memerintah selama 30 tahun atas dakwaan rasuah, penindasan dan pengangguran.

Bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri memberi amaran bahawa polis tidak akan berlembut dengan tunjuk perasaan itu.

Ribuan anggota polis ditempatkan semalam di bandar raya ini bagi berdepan dengan tunjuk perasaan yang diilhamkan daripada gerakan demonstrasi di Tunisia sehingga menyebabkan bekas Presidennya, Zine El Abidine Ben Ali melarikan diri.

Protes di Tunisia itu memuncak selepas seorang peniaga sayur-sayuran membakar dirinya bagi memprotes rasuah yang berlaku di negaranya.

Zine El Abidine dibenci rakyatnya kerana amalan rasuah yang berleluasa dan pembolotan harta oleh kaum keluarga dalam perniagaan manakala kadar pengangguran meningkat di Tunisia.

Protes di Mesir turut berlaku disebabkan kematian seorang lelaki, Khaled Saad yang menurut saksi-saksi dan keluarganya dipukul oleh dua anggota polis di Iskandariah pada tahun lalu.

Polis menyatakan kira-kira 200 anggota penunjuk perasaan ditahan awal semalam dalam pertempuran dengan anggota-anggota pihak berkuasa di sini dan di beberapa lokasi di Mesir. –Agensi


WarkahDaily – Gelombang kebangkitan rakyat Tunisia mula merebak. Masyrakat seluruh dunia kini sudah mula membuka mata mereka akan kebejatan yang berlaku dalam kerajaan negara masing-masing. Sekarang pemerintah Mesir pula berhadapan tekanan dari rakyat sendiri.

Rakyat dilihat sudah mula berani menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap salah guna kuasa yang dilakukan oleh kerajaan.

Gelombang kebangkitan ini tidak mustahil merebak ke serata dunia termasuk negara kita, Malaysia. Kegelojohan kerajaan, banyak berlakunya rasuah, penyalahgunaan kuasa, kezaliman menyebabkan rakyat membuka mata dan mula membuat protes untuk menuntut kerajaan dibubarkan atau mendesak pemimpin-pemimpin negara meletak jawatan.

Malaysia secara khususnya, banyak berlakunya penyalahgunaan kuasa, kegiatan rasuah berleluasa, kronisme dan kezaliman terhadap rakyat yang tidak menyokongnya. Tidak mustahil, rakyat sudah tidak tahan lagi dengan kerenah kerajaan yang cuba memperbodohkan rakyat sendiri sambil mengumpul harta mahsyul negara untuk kaum kerabat sehingga rakyat keseluruhannya terpaksa menanggung beban kenaikan harga-harga barangan dan berlakunya inflasi yang tidak dijangka. Semuanya kerana pemimpin yang boros dan agih kekayaan negara sesama sendiri.

Tidak mustahil, Malaysia juga turut serta rakyat Tunisia dan Mesir kerana sesebuah kerajaan itu tidak akan kekal selama-lamanya kecuali kerajaan Allah SWT.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List