TENANG DAH LAH TAK TENANG, PKR PULAK YANG BERGELORA......???

on Jan 27, 2011

PKR Pula Bergelora Sewaktu Kempen Pilihanraya Tenang Berjalan

Siasat siapa dalang sebenar




IPOH - Pimpinan PKR Pusat diminta supaya menyiasat dalang sebenar di sebalik isu pemimpin Cabang Pasir Salak yang memburukkan parti itu.

Naib Ketua PKR Cabang Pasir Salak, Abdul Razak Isa berkata, tindakan memburukkan parti memang wujud dan dilakukan kumpulan yang mahu menjatuhkan Mustaffa Kamil Ayub.

Beliau berkata, pihaknya sedia mendedahkan kumpulan itu jika diminta berbuat demikian bagi membantu siasatan.

“Saya menyokong penuh tindakan pimpinan pusat menangguhkan hukuman itu kerana siasatan perlu dilakukan.

“Kita tidak mahu berlaku sebarang ketidakadilan dalam keputusan yang akan dibuat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Abdul Razak berkata, semua ahli PKR di Pasir Salak terkejut dengan berita yang disiarkan Sinar Harian semalam.

Menurut beliau, rata-rata ahli mengetahui dan mengenali Mustaffa Kamil Ayub lebih dekat malah tidak percaya pemimpin itu akan membuat kenyataan itu.

Sementara itu, salah seorang ahli cabang itu, Mahmood Yahya berkata, sejak dari peringkat pemilihan lagi cubaan untuk menjatuhkan Mustaffa Kamil sudahpun berlaku.

Beliau berkata, semua pimpinan cabang ketika itu kurang senang dengan perjalanan pemilihan yang dianggap sebagai pemilihan secara paksa.

“Ada dalang tertentu yang cuba menghalang Mustaffa Kamil menerajui Pasir Salak seterusnya bertanding jawatan Timbalan Presiden.

“Kita ada maklumat dan pendedahan akan dibuat selepas ini supaya semua pihak sedar siapa sebenarnya orang kuat di sebalik semua ini,” katanya.

Beliau berkata, terdapat tangan ghaib dalam kalangan pimpinan PKR pusat di sebalik semua masalah itu.

Menurutnya, penduduk Pasir Salak begitu simpati terhadap nasib Mustaffa Kamil yang bakal berhadapan hukuman yang bukan berpunca darinya. -SH


Jawatankuasa Disiplin PKR Diarah Tangguh Siasat Mustafa

SHAH ALAM: Jawatankuasa disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) diminta menangguhkan siasatan terhadap bekas calon Timbalan Presiden, Mustafa Kamil Ayub yang menerima surat tunjuk sebab pada Isnin.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan penangguhan itu berikutan kes berkenaan tidak dimaklumkan secara terpeinci kepada Biro Politik dan pimpinan tertinggi parti.

"Ia tindakan jawatankuasa disiplin yang tidak dirujuk kepada pimpinan. Dalam kes Mustafa, kita minta ditangguhkan kerana Biro Politik dan pimpinan belum dimaklumkan secara terpeinci," katanya di sini, Selasa.

Justeru katanya, Biro Politik yang akan bermesyuarat esok akan mendapatkan penjelasan daripada jawatankuasa disiplin berhubung tuduhan salah laku berkenaan.

Beliau mengulas tindakan jawatankuasa disiplin mengeluarkan surat tunjuk sebab terhadap bekas Naib Presiden itu.

Difahamkan surat tunjuk sebab berikutan tuduhan yang mengatakan Mustafa mengeluarkan kenyataan mengecam kepimpinan parti.

Bagaimanapun Anwar berkata terdapat pertikaian berhubung tuduhan terhadap Mustafa yang sebelum ini pernah dilihat sebagai 'orang kesayangannya'.

"Apa yang dimaklumkan kepada saya, tuduhan itu tidak melibatkan beliau secara peribadi.

"Ia melibatkan tindakan cabang, dan kita kena tanya apakah alasan jawatankuasa disiplin dan langkah-langkah yang dapat kita betulkan," katanya.

Menurut Anwar, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga telah menjelaskan mengenai perkara berkenaan kepada Mustafa.

"Presiden sempat berbicara dengan Mustafa untuk menjelaskan mengenai perkara ini supaya ia ditangguh sehingga kita mendapat maklumat daripada jawatankuasa disiplin yang membuat keputusan.

"Ada tindakan yang cabang buat tidak merujus khusus kepada kedudukan atau kenyataan Mustafa... itu yang dijelaskan kepada saya.

"Tapi yang lebih penting secara umum dah dimaklumkan tapi secara khusus tidak diberitahu, jadi kita nak tanya jawatankuasa disiplin," katanya.

Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai kedudukan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrisnan yang enggan menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan terhadapnya, Anwar berkata: "Kalau dia tak nak jawab kita kena rujuk kepada jawatankuasa disiplin."

Gobalakrishnan yang tewas pada pemilihan PKR baru-baru ini bagi jawatan Naib Presiden menerima surat tunjuk sebab setebal 45 muka surat awal tahun ini ekoran tindakan menyerang kepimpinan parti. -mstar



Mustaffa didakwa halang proses pemilihan PKR Pasir Salak

PETALING JAYA: Pengarah Biro Latihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mustaffa Kamil Ayub diberi notis tunjuk sebab daripada PKR disebabkan tindakannya menghalang proses pemilihan parti peringkat Pusat di Cabang Pasir Salak pada 25 September tahun lalu.

Notis rasmi daripada Pejabat Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang bertarikh 13 Januari lalu itu dikeluarkan berikutan terdapat satu aduan yang dipercayai dilaporkan daripada cabang itu sendiri bahawa Mustaffa melakukan tindakan sedemikian di Pejabat PKR Pasir Salak di Perak.

Berikutan tindakannya itu, Mustaffa yang juga bekas Pengerusi PKR Perak telah mengingkari keputusan parti dan melanggari disiplin parti mengikut Fasal 27.7 yang boleh membawa kepada pelucutan ahli, seperti yang dinyatakan dalam notis terbabit.

Notis itu dialamatkan ke kediaman Mustaffa di Seksyen7 Kota Damansara disini dan diberikan tempoh 10 hari daripada tarikh notis yang dikelaurkan bagi memberikan surat tunjuk sebab.

“Sekiranya saudara gagal menjawab surat ini dalam tempoh yang ditetapkan diatas, maka Jawatankuasa Disiplin akan membuat anggapan bahawa tuduhan tersebut tidak dinafikan dan meneruskan tindakan disiplin tanpa merujuk kepada saudara lagi,” kata Saifuddin dalam notis tersebut yang ditandatanginya.

Namun Mustaffa mempertahankan dirinya hanya menerima surat tersebut semalam pada pukul jam 12 tengahari, sehari lewat daripada tempoh masa yang beliau ada untuk kemukakan surat tunjuk sebab.

Saifuddin ketika dihubungi FMT mengesahkan pihaknya sehingga kini masih tidak menerima sebarang respon daripada Mustaffa.

Beliau bagimanapun berkata pihaknya sedia mendengar jawapan atau alasan daripada Mustaffa berikutan kelewatan tarikh penerimaan surat tersebut walaupun dalam surat tersebut tertera bahawa ia juga dihantar melalui emel, mengikut prosedur yang ditetapkan ibu pejabat.

“Jika didapati kelewatan penerimaan menjadi punca dan di luar bidang kawalan, tak menjadi masalah bagi Mustaffa berbincang dan ini boleh dipertimbangkan semula.

Dalam masa yang sama, kita akan semak semula rekod penghantaran notis tersebut yang dihantar melalui emel dan surat berdaftar,” katanya.

Beliau berkata, Mustaffa juga mempunyai peluang untuk mengemukakan alasan untuk maklumkan kepada pejabat parti melalui apa saja cara sama ada emel, surat, mahupun sistem khidmat pesanan ringkas.

“Namun sampai sekarang tidak ada komunikasi antara pejabat PKR dengan beliau (Mustaffa),” katanya.

Selepas berakhirnya pengumuman pimpinan baru parti semasa Kongres Nasional PKR November tahun lalu, Mustaffa merupakan pemimpin veteran PKR kedua yang diberikan notis tunjuk sebab selepas Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan.

Gobalakrishnan menerima notis yang sama berikutan tindakannya ‘menyerang’ pemimpin tertinggi PKR termasuk Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Azmin Ali melalui tulisan di laman sosial Twitter selepas tewas dalam pemilihan merebut kerusi naib presiden.

Berebeza dengan Mustaffa, beliau bagaimanapun menghadapi risiko tindakan disiplin selepas gagal menjawab notis surat tunjuk sebab walaupun diberikan peluang sebanyak dua kali oleh parti itu.

PKR pada awalnya memberikan masa selama seminggu untuk beliau menjawab surat tunjuk sebab setebal 45 muka surat yang difaks ke pejabatnya pada 4 Januari lalu.

Berikutan memberi alasan bahawa beliau memerlukan lebih banyak masa untuk menjawabnya, parti kemudian melanjutkan tempoh tersebut dengan menghantar notis kedua bertarikh 10 Januari yang memaklumkan bahawa Gobalakrishnan perlu menjawab sebelum 17 Januari.

Sementara itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui pemberita di program ‘Luncheon Talk’ di Shah Alam hari ini berkata isu ini akan dibangkitkan dan dibincangkan oleh pemimpin Biro Politik parti yang akan bermesyuarat esok. -FMT

Gara-Gara "Gigitan Cinta" Wanita Terkena Stroke

on


Gara-Gara "Gigitan Cinta" Wanita Terkena Stroke


Wellington: Sebahgian tubuh seorang perempuan warga negara Selandia Baru menderita lumpuh sementara akibat "gigitan cinta" di tengkuknya dari pasangannya. Demikian diberitakan oleh doktor di New Zealand Medical Journal, baru-baru ini.

Dalam jurnal tersebut, para doktor mengatakan, perempuan yang berusia 44 tahun tersebut datang ke bahagian  kecemasan Hospital Middlemore, Auckland.  Wanita tersebut mengadu kehilangan gerak pada lengan kirinya sewaktu menonton televisyen.  


Setelah pemeriksaan dijalankan para doktor mendapati wanita itu menderita stroke ringan. Namun, para doktor tidak  mengetahui puncanya sehinggalah mereka menemui satu kesan vertikal kecil di tengkuk perempuan tersebut dekat urat nadi besar. Ternyata, itu adalah "gigitan cinta" atau "hickey" yang ia "terima" beberapa hari sebelumnya. 


Akibatnya berlaku stroke ringan di bahagian dalam pembuluh darah kerana darah beku pada urat nadi di bawah tempat gigitan cinta itu.
Doktor Teddy Wu mengatakan gumpalan darah itu terlepas dan bergerak ke jantung wanita tersebut, mengakibatkan stroke ringan yang membuat dia kehilangan daya gerak lengannya.
The 44-year-old was taken to the Auckland Middlemore Hospital after she lost the use of her arm

"Kami mencari catatan medik dan contoh mengenai akibat `gigitan cinta` yang mengakibatkan sesuatu seperti itu kerana belum pernah berlaku sebelumnya," katanya. Petugas medik mengatakan wanita tersebut sudah sembuh setelah dirawat dengan menggunakan ubat anti pembekuan darah.   (ANS/Ant)

Kacang Soya Mampu Melawan Kanser Payudara & Prostat

on


Kacang Soya Mampu Melawan Kanser Payudara & Prostat



Para saintis percaya kacang soya dapat meningkatkan pertempuran melawan prostat dan kanser payudara.  Penyelidik dari Universiti di Buffalo, New York telah melakukan kajian ke atas 1,300 orang wanita dan menunjukkan isoflavon dari kacang soya dapat mengurangkan risiko terkena kanser payudara.
Penyelidik, Anne Weaver menemui hasil kajiannya,  mereka yang diberi rawatan dengan  isoflavon  mempunyai 30 peratus pada risiko yang lebih rendah daripada tumor payudara invasif dan 60 peratus risiko yang lebih rendah dari tumor peringkat rendah. 
Ms Weaver dan pasukannya menilai 683 wanita dengan kanser payudara dan membandingkannya dengan 611 wanita sihat.  Dia berkata: 'Seperti kajian diet  yang lainya, penemuan-penemuan tersebut tidak definitif dan perlu dipertimbangkan dalam konteks tindakan lanjut dan pengesahan seterusnya. 

Dalam satu  kaji selidik yang lain oleh sekumpulan pakar dari Northwestern University, Chicago, mendapati bahawa dengan satu pil sehari yang mengandungi  genistein, sejenis bahan kimia isoflavon yang terdapat  pada kacang soya, dapat  melambatkan atau menghentikan penyebaran kanser prostat.

Walaupun kajian yang dilakukan hanya ke atas sekumpulan kecil serama 38 orang lelaki, sanitis mendapati hasil daripada kajian tersebut adalah yang pertama kaedah rawatan tanpa menggunakan dadah untuk menghalang gerakan sel kanser dalam badan. Professor Raymond Bergan berkata, " Langkah pertama ialah untuk melihat sama ada ubat ini berkesan mengawal kanser daripada merebak dalam badan dan jawapannya adalah ya. Ia berkesan. 



[dailymail.co.uk]

Pesawat NASA Generasi Masa Depan 2025

on


Pesawat NASA Generasi Masa Depan 2025



Future flight? Boeing unveils its innovative design for a faster, bigger and cleaner aircraft


NASA telah memilih tiga syarikat reka bentuk pesawat super berkonsepkan"wraps off" lebih senyap,  pesawat efisyen berkuasa yang berpotensi bersedia untuk terbang sebelum 2025.  Design  pesawat super ini adalah hasil rekaadaripada Lockheed Martin, Northrop Grumman dan Syarikat Boeing.Pada bulan-bulan terakhir tahun 2010, ketiga-tiga syarikat ini telahmemenangi kontrak daripada  NASA untuk menjalankan kajian dan mengujikonsep mereka sepanjang 2011 ini.

Nampaknya, NASA mensasarkan untuk membangunkan barisan pesawat 
super 
yang lebih tenanglebih besar, lebih cepat, serta mempunyai teknologimembakar bahan bakar lebih lambat dan lebih bersih [mesra alam] daripadapesawat yang ada sekarang[dailymail.co.uk]



 Cleaner: All three designs - including this one from Lockheed Martin - were required to have green credentials


 NASA's Solar Flapper is an unconventional concept for a plane that would use solar power and flapping of the aircraft's 'wings' to propel itself up and forward


 This futuristic 'flying saucer' design is not only space-age but eco-friendly too, designed by the CleanEra project, led by Etnel Straatsma of Delft University of Technology in The Netherlands


 The Flying Yacht: The Aeroscraft ML866 offers the ultimate luxury experience


 The Icon A5 is known as the 'ultimate joyride' and can take off and land on water or dry land and, when its 32-foot wings are folded, it can fit comfortably into a large garage

MALAYSIA.......???

on


Gelombang Tunisia merebak ke Mesir, desak Hosni Mubarak letak jawatan





KAHERAH: Sekumpulan aktivis menggunakan rangkaian sosial di Internet bagi meminta tunjuk perasaan diadakan lagi selepas ptotes terbesar diadakan kelmarin sehingga awal pagi semalam.

Tunjuk perasaan itu diadakan bagi mendesak supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan selepas memerintah selama 30 tahun atas dakwaan rasuah, penindasan dan pengangguran.

Bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri memberi amaran bahawa polis tidak akan berlembut dengan tunjuk perasaan itu.

Ribuan anggota polis ditempatkan semalam di bandar raya ini bagi berdepan dengan tunjuk perasaan yang diilhamkan daripada gerakan demonstrasi di Tunisia sehingga menyebabkan bekas Presidennya, Zine El Abidine Ben Ali melarikan diri.

Protes di Tunisia itu memuncak selepas seorang peniaga sayur-sayuran membakar dirinya bagi memprotes rasuah yang berlaku di negaranya.

Zine El Abidine dibenci rakyatnya kerana amalan rasuah yang berleluasa dan pembolotan harta oleh kaum keluarga dalam perniagaan manakala kadar pengangguran meningkat di Tunisia.

Protes di Mesir turut berlaku disebabkan kematian seorang lelaki, Khaled Saad yang menurut saksi-saksi dan keluarganya dipukul oleh dua anggota polis di Iskandariah pada tahun lalu.

Polis menyatakan kira-kira 200 anggota penunjuk perasaan ditahan awal semalam dalam pertempuran dengan anggota-anggota pihak berkuasa di sini dan di beberapa lokasi di Mesir. –Agensi


WarkahDaily – Gelombang kebangkitan rakyat Tunisia mula merebak. Masyrakat seluruh dunia kini sudah mula membuka mata mereka akan kebejatan yang berlaku dalam kerajaan negara masing-masing. Sekarang pemerintah Mesir pula berhadapan tekanan dari rakyat sendiri.

Rakyat dilihat sudah mula berani menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap salah guna kuasa yang dilakukan oleh kerajaan.

Gelombang kebangkitan ini tidak mustahil merebak ke serata dunia termasuk negara kita, Malaysia. Kegelojohan kerajaan, banyak berlakunya rasuah, penyalahgunaan kuasa, kezaliman menyebabkan rakyat membuka mata dan mula membuat protes untuk menuntut kerajaan dibubarkan atau mendesak pemimpin-pemimpin negara meletak jawatan.

Malaysia secara khususnya, banyak berlakunya penyalahgunaan kuasa, kegiatan rasuah berleluasa, kronisme dan kezaliman terhadap rakyat yang tidak menyokongnya. Tidak mustahil, rakyat sudah tidak tahan lagi dengan kerenah kerajaan yang cuba memperbodohkan rakyat sendiri sambil mengumpul harta mahsyul negara untuk kaum kerabat sehingga rakyat keseluruhannya terpaksa menanggung beban kenaikan harga-harga barangan dan berlakunya inflasi yang tidak dijangka. Semuanya kerana pemimpin yang boros dan agih kekayaan negara sesama sendiri.

Tidak mustahil, Malaysia juga turut serta rakyat Tunisia dan Mesir kerana sesebuah kerajaan itu tidak akan kekal selama-lamanya kecuali kerajaan Allah SWT.

GUAN ENG SAJA KE....... UMNO DIMANA DAN BAGAIMANA..........???

on Jan 26, 2011

LIM GUAN ENG BANGUN PERTAHANKAN ISLAM.. UMNO DIMANA?




Guan Eng bidas MCA takutkan bukan Islam tentang Islam




Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa MCA membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil Tenang kerana mahu menghalang bukan Islam daripada mengenali Islam.

Beliau berkata tindakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyerang PAS dengan membangkitkan isu negara Islam semata-mata mahu menimbulkan rasa “ketakutan” di kalangan bukan Melayu di Tenang terutamanya orang Cina.

“Dia (Dr Chua) tak mahu kita tahu antara satu sama lain, sebab itu tidak mahu kita kenali Islam.

“Memang itu yang mereka mahu, itu yang pemimpin MCA mahu.

“Ia penting, tapi kita tidak bimbang jika MCA gunakan isu negara Islam kerana isu ini dah digunakan sejak pilihan raya 2008 lagi,” katanya pada sidang media di sini.

Terdahulu, Dr Chua berkata akan terus menyerang PAS dengan memberi amaran kepada pengundi-pengundi bahawa sokongan mereka hanya akan memperkukuh kedudukan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.

Beliau berkata berkata meskipun DAP menjadi rakan komponen dalam Pakatan Rakyat parti itu tidak mampu menghalang PAS daripada meneruskan dasar negara Islamnya.- TMI

Note:    Cina DAP mahukan islam. Tapi UMNO tolak islam, sedangkan UMNO mengaku islam. Bukan islam ( Lim Guan Eng) bela islam. Tapi islam UMNO ( Najib dan penyokongnya )bela pelakon porno kutuk dan caci maki islam...apa nak jadi malaysiaku ....... 


Mana perginya kerajaan UMNO islam di Malaysia???  Sudah tiada lagikah? Tahniah UMNO kerana bisu dan terus membisu.. Tahniah Perkasa kerana tak berani buat demo. Tahniah Zul Nordin kerana tak berani buat ulasan. Tahniah Jamil Khir kerana langsung tak ambil port. Tahniah Harus Sana Sini kerana suruh Chua SoiLlek minta maaf.. semoga teguran itu berserta dengan kesungguhan dan demi kerana Allah dan islam.. dan bukan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. 

KENAPA UMNO DIAM MEMBISU.......???

on

MCA Berpesta Menghina Islam di TENANG.






Pada mulanya, Presiden MCA merendah-rendahkan amalan Cikgu Normala memakai sarung tangan apabila bersalaman dengan mereka yang bukan muhrim. 

Bagi Chua Soi Lek, menutup tangan itu satu amalan yang ganjil dan tidak sesuai dgn zaman moden. Mungkin kerana Chua Soi Lek ni biasa bergaul dengan wanita yang tidak menutup lebih dari tangan mereka.

Secara terbuka Chua Soi LEk mempermainkan ajaran Islam yang menyatakan batalnya wudhu' apabila bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan bukan muhrim (mengikut madzhab Syafiee Qaul Qadeem).

Kita sesama Islam pun TIDAK DIIZINKAN menghina pendapat madhab2 lain sungguhpun kita bermadzhab Syafiee. Inikan pula seorang Zani Muhsan yang bukan Islam bernama Chua Soi Lek.

Tidak cukup dengan itu, dengan angkuh pelakon porno ini berkata:

"What is so great about knowing Muslim values?"


Secara mudahnya, Presiden MCA ini berkata "Apa baiknya untuk (saya) mengetahui tatasusila orang Islam?".

Jawapan bagi kenyataan yang sebegitu angkuh ini adalah mudah: Kebaikkannya adalah kamu dapat mengetahui intipati agama persekutuan Malaysia yakni Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.


Di kala MCA berpesta menghina Islam dan ajaran Islam, UMNO dan Pemuda UMNO hanya mampu melihat dan diam seribu bahasa. Tak nampak PERKOSA membuat demo, tak nampak GAPS turun berdemo bersama muka-muka demonstran yang serupa tiap kali demo, tak nampak Pemuda UMNO membengis dan memberi amaran kepada orang bukan Islam.

Semuanya senyap sunyi macam tikus.

Berbeza dengan DAP yang semakin hari semakin menghargai dan menghormati Islam. Sehingga Karpal Singh sanggup meminta maaf secara terbuka dan sanggup berbincang berkaitan topik Negara Islam.

Nak buat macamana??? Dah perangai UMNO pun sama jugak. Kaki maki dan cerca Islam.

Bila Chua Soi Lek tengok pemimpin UMNO mempermainkan hukum potong tangan yang terkandung dalam Al Quran, maka pemimpin MCA pun tumpang semangkuk menghina hukum-hukum yang khilaf dalam Fiqh Islami.

Bapak borek, anak rintek.

Punya teruk pesta menghina Islam sehingga Raja Petra yang anti hadith pun turut sama terasa dan mencabar Muhyiddin Yaasin menyatakan sikap sebenar beliau terhadap hukum jenayah Islam.

Semoga Allah SWT menunjukkan kekuasaanNya kepada mereka yang memperlekeh hukum Allah SWT. Amin!!!!

Ciplak dari Tulang Besi

MERLIMAU MENGALU ALUKAN KEDATANGAN ANDA........???

on Jan 21, 2011



Pemergian Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, ADUN Merlimau yang juga Exco Kerajaan Negeri Melaka memang tidak diduga oleh sesiapa sekalipun beliau telah dimasukkan ke hospital sejak minggu lepas selepas mengadu sakit dada.

Kekosongan kerusi berkenaan menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil bakal diadakan iaitu yang ke-15 selepas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor yang jatuh pada 30 Januari ini.

Hasrat SPR yang mengharapkan pilihanraya kecil DUN Tenang akan menjadi pilihanraya yang terakhir sebelum negara melangkah ke pilihan raya umum nampaknya tidak kesampaian.

Ia sebagai bukti bahawa kuasa dan perancangan Allah sentiasa mengatasi kuasa dan perancangan manusia.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang akhbar yang diadakan untuk mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang beberapa hari lalu menyatakan bahawa SPR telah membelanjakan lebih RM10 juta untuk mengendalikan 13 pilihan raya kecil setakat ini berharap pilihan raya kecil ke-14, di Johor, akan menjadi yang terakhir sebelum negara melangkah ke pilihan raya umum. 

Setakat ini SPR telah mengendalikan 13 pilihan raya kecil dengan yang pertama pada Ogos 2008 membabitkan kerusi Parlimen Permatang Pauh dan yang terakhir kerusi DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi awal bulan lalu. PRK Tenang adalah yang ke 14 sementara Merlimau nanti adalah yang ke 15.

Namun, pilihan raya kecil sepanjang tempoh selepas Mac 2008 hingga sekarang bukan kali pertama negara menyaksikan pilihan raya kecil yang banyak jumlahnya.

Yang paling banyak ialah sebanyak 16 pilihan raya kecil telah diadakan sepanjang tempoh antara 1995 dan 1998 iaitu sebelum pilihan raya umum 1999.

DUN MERLIMAU



Merlimau adalah sebuah pekan yang terletak di tengah perjalanan antara Bandaraya Melaka dan Bandar Muar, Johor. Jaraknya adalah kira-kira 23 km dari Bandaraya Melaka dan Muar serta 22 km selatan dari bandar Jasin. 

Fakta:

Jumlah Pengundi: 10,471
Peratusan Kaum: M:64.69% C:21.11% I:14.16% L:0.04% 

N27 Merlimau, di dalam pilihanraya umum yang lepas menyaksikan pertandingan dua penjuru diantara BN dan PAS. Di dalam pilihanraya sebelumnya (2004) Allahyarham Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN) telah memenanginya dengan majoriti 5,087 undi. Pada PRU 2008, majoriti BN merosot dan hanya menang dengan 2,154.



Ini bermakna PAS hanya perlukan peralihan undi sekitar seribu lebih sahaja lagi untuk merampas kerusi DUN Merlimau selain mengekalkan jumlah undi pada PRU12 yang lalu.

Dari Tenang kita ke Merlimau pula nanti.



Macam Tu Le Datuk Bun........???

on


Chong Wei mara ke suku akhir Terbuka Proton




Kehadiran Datuk Misbun Sidek yang duduk di kerusi jurulatih pada perlawanan pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Proton Malaysia Siri Super malam ini ternyata menyemarakkan semangat perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei.

Chong Wei yang menentang Hu Yun dari Hong Kong melakukan serangan bertubi-tubi sebaik permainan permainan bermula, menyaksikan beliau menang mudah 21-6, 21-9 untuk mara ke suku akhir esok.

Pemain nombor satu dunia itu akan bertemu Nguyen Minh dari Vietnam.

"Saya tak sangka Misbun akan hadir malam ini. Sekarang saya hanya fikir untuk buat yang terbaik dan fokus untuk menang kejohanan ini,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu di sini.

Bagaimanapun kata Chong Wei, beliau tidak tahu sama ada Misbun telah memberi jawapan untuk kembali berkhidmat di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan berharap isu di antara Misbun dan badan itu selesai secepat mungkin.

Turut mara ke suku akhir esok ialah beregu negara Mohd Zakry Abdul Latif/Hoon Thien How setelah menundukkan beregu Singapura Hendri Kurniawan Saputra/Chayut Triyachart 21-16, 21-15.

Mereka dijadualkan bertemu Naoki Kawamae/Shoji Sato dari Jepun.

Sementara itu, ketua jurulatih negara Rashid Sidek berkata kedatangan Misbun pada malam ini tidak dijangka.
"Masa datang, dia meminta untuk duduk di tempat ”coach” jadi saya mengizinkan beliau,” katanya.

Bagaimanapun, pembantu jurulatih Tey Seu Bock berkata beliau dan Chong Wei ada menghubungi Misbun beberapa hari lepas untuk memujuknya hadir ke kejohanan tersebut.

"Semalam juga saya ada mengajak beliau, tapi katanya dia ”busy”.. tak sangka dia akan datang malam ini dan duduk bersebelahan saya,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat BAM Ng Chin Chai berkata persatuan itu telah menghantar surat kepada Misbun meminta beliau menimbang semula perletakan jawatannya.

"Dalam surat itu juga kami menjemput Misbun untuk hadir sebagai jurulatih Chong Wei pada Terbuka Malaysia. Kehadiran beliau malam ini menunjukkan beliau memberikan respon yang positif,” katanya.


Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List