MAHAL NYA KAPAL PERONDA TLDM NI.......???

on Feb 7, 2011

Why does it cost US$328 million or RM1 billion to build patrol boats in Malaysia?



When we say that Malaysia spends ten times more for government procurement compared to other countries, they respond by saying that only 40% of what Malaysia Today says can be believed. The other 60% are damn lies. Well, look at the lies below.
THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin
Govt allocates RM6 billion for 6 patrol vessels
(Bernama) - The Government has agreed to allocate RM6 billion to build six second-generation patrol vessels for the Royal Malaysian Navy, Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (photograph above) said.
The construction of the ships will boost the economy while benefiting 632 vendor companies, he told reporters here yesterday after a briefing on the project.
“Thus, we will ensure that at least RM2 billion of the allocation will benefit these vendor companies, which are strategic partners of Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd,” he added.
Ahmad Zahid said that he would monitor the progress of the project, due to start next year, and ensure that all concerned benefit from it and that there was no delay in paying the vendors.
He said that Boustead Naval Shipyard had constructed several new generation vessels for the navy and shown itself to be on par with other ship builders in the world.
***************************************
East Timor paid US$28 million for the 175-tonne Shanghai class boats
East Timor is acquiring two navy patrol boats from South Korea (picture above) as the country moves further out of Australia's sphere of military influence.
The acquisition, which has not been publicly announced, comes after the country bought two 43-metre Chinese patrol boats, which strained relations between Australia and the government in Dili earlier this year.
East Timor's marine police unit is also moving to purchase nine smaller boats, adding to its fleet of three, the marine police commander, Lino Saldanha, told journalists in Dili.
When the Chinese patrol boats were launched in June, Ian Storey, a regional defence expert at the Institute of South-East Asian Studies in Singapore, said Dili wanted to ''demonstrate to Canberra that it has other choices when it comes to defence partners''.
East Timor paid US$28 million for the 1960s-designed, 175-tonne Shanghai class boats.
***************************************
The 154-foot Sentinel-class Fast Response Cutter: Price US$41 million
The 154-foot Sentinel-class Fast Response Cutter will be a key component of the Coast Guard’s recapitalised fleet. It will be capable of speeds in excess of 28 knots and feature a cutter boat stern ramp launch and recovery system. Its armament includes one stabilized, remotely-operated 25mm chain gun and four crew-served 0.50 caliber machine guns. It will have a crew capacity of 23 people and will be able to perform independently for a minimum of five days at sea and be underway for 2,500 hours per year.
***************************************
The Clyde River class patrol boats: Price £30 million or US$48 million
Specifications
Displacement: 1,854 tonnes full load
Length Overall: 81.5m (265 feet)
Length waterline: 73.6m
Beam: 13.6m (46 feet)
Draught - 3.8m (11.5 feet)
Speed: 19 knots full load (21kts sprint)
Endurance: 21-day endurance,
Range: 5,500 nm at 12 knots
Engineering: Main Engines 2 X 12V RK270 Rushton Marine Diesels Rated at 4125kw at 1000 RPM;
Bow Thruster: 280 kw; Stern Thruster: 185 kw; 3 Main Generators: 250 kw; 1 Emergency Generator: 170 kw
Guns: 1 x 30mm, 4 x GMPG
Sensors: Terma Scanter 4100 air and surface surveillance radar
Complement: 36 (6 officers, 9 SR, 21 JR), accommodation for 58
Aviation: Flight Deck Arrangements sufficient size to take for a Lynx, Sea King and Merlin Helicopters

IKHWANUL MUSLIMIN SEDIA BERUNDING DEMI KEPENTINGAN RAKYAT

on Feb 6, 2011

http://buletinonline.net/images/stories/berita39/mdbadie.jpgIkhwanul Muslimin menyatakan kesediaan untuk menyertai perundingan dengan kerajaan dalam usaha menamatkan pergolakan politik negara itu yang berlarutan hampir dua minggu.

Pertubuhan itu melahirkan pendirian itu ketika kepimpinan negara itu, diketuai Naib Presidennya Omar Suleiman, memulakan siri perundingan dengan pelbagai pihak sejak dua hari lalu.

Kumpulan Islam itu memberitahu Reuters, perundingan akan bermula hari ini dan mereka akan menilai sejauh mana kerajaan bersedia untuk “menerima tuntutan rakyat” — yang mahukan perubahan kepimpinan dengan Presiden Hosni Mubarak berundur.

Ikhwanul Muslimin, yang ditubuhkan pada 1928 dan pernah diharamkan oleh kerajaan tetapi memperluaskan pengaruhnya dalam pilihan raya negara itu sehingga mencetuskan kebimbangan rejim Hosni.

Tahun lalu Ikhwan berpendirian, tidak akan menyertai sebarang perundingan dengan rejim, telah mengubah pendiriannya ketika menghadapi krisis kini.

Manakala Hosni Mubarak masih menolak desakan penunjuk perasaan agar beliau berundur sekarang.

Kata Hosni, beliau tidak akan mempertahankan kedudukannya buat penggal keenam pada pemilihan presiden September ini tetapi penunjuk perasaan mahukan pendirian sebaliknya dengan meninggalkan jawatan itu segera.

“Kami sudah memutuskan untuk menyertai satu pusingan dialog untuk menilai keseriusan pegawai kerajaan ke arah memenuhi permintaan rakyat dan kesediaan mereka memberikan respons kepada tuntutan itu,” kata seorang jurucakap Ikhwanul Muslimin kepada agensi berita Reuters.

Ikhwanul Muslimin yang dilihat paling berpengaruh dan mempunyai struktur lebih tersusun sebagai barisan pembangkang, tetap kekal sebagai pertubuhan yang dilarang secara rasmi dalam arus perdana politik negara itu.

Ia berhadapan dengan tekanan kerajaan pada 1980-an dan terus berusaha untuk menyertai politik arus perdana.

Pada 1984, ia membentuk pakatan dengan parti Wafd dan kemudian berganding dengan parti Buruh dan Liberal tiga tahun kemudian untuk menjadi pembangkang utama.

Pada 2000 Ikhwanul memenangi 17 kerusi Parlimen dan lima tahun kemudian 20 peratus kerusi yang ditawarkan.

Hosni, yang memegang jawatan presiden sejak 1981, mempersalahkan Ikhwanul Muslimin berhubung kebangkitan rakyat yang disaksikan sekarang di mana tunjuk perasaan masuk hari yang ke-13.

Ikhwanul Muslimin pula menafikan dakwaan bahawa ia mahu mewujudkan negara Islam di Mesir.

Pengerusi Ikhwanul Muslimin Dr Mohamed Badie (gambar) telah menyatakan protes yang  bermula pada 25 Januari telah menanamkan rasa kebanggaan yang luar biasa di kalangan rakyat Mesir.

Katanya, dunia menjadi saksi bangkitnya orang Mesir menyuarakan rasa mereka tanpa rasa takut menentang kezaliman rejim diktator selama 30 tahun.

Beliau melalui laman ikhwanweb menyambut dan menyokong dialog yang konstruktif bersama seluruh pembangkang Mesir.

Dengan menghormati semua mazhab, menuntut kesamarataan bahawa kepada semua pihak, ikhwan akan menghormati tanpa syarat tuntutan mereka mestilah dipenuhi. 

Beliau menyatakan, sejak penubuhannya, Ikhwan telah bekerja untuk mencapai reformasi menyeluruh di semua bidang pembangunan politik, ekonomi dan sosial dan berusaha untuk mengembalikan kedaulatan rakyat dan hak-hak melalui strategi damai. 

Oleh kerana itu, Ikhwan menyambut dialog terbuka dengan syarat bahawa itu adalah benar-benar demi kepentingan terbaik negara dan sesuai dengan kehendak massa. 

Difahamkan Barat khususnya Amerika Syarikat juga sudah mula menunjukkan kesediaan menerima Ikhwanul Muslimin dalam arus perdana politik Mesir.

PENCAK SILAT ANWAR.......

on

anwar keadilan network launch 230111
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini kelihatan bersungguh-sungguh menjelaskan soal berhubung peletakan jawatan Pajudin Nordin sebagai pengerusi perhubungan Sabah semalam.

"(Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) dijadual ke Sabah pagi ini. Ia tiada kena mengena dengan peletakan jawatan Pajudin kerana ia telah dirancang lama dahulu. 

"Lawatannya bertujuan menemui ketua cabang Sabah dan untuk mengumumkan pembekuan sementara pelantikan tajudin sebagai pengerusi perhubungan Sabah. Belum sempat membuat pengumuman, dia (Pajudin) letak jawatan. 

"Beliau (Wan Azizah) sepatutnya mengambil alih pengerusi perhubungan Sabah daripada Pajudin untuk sementara, kemungkinan beberapa bulan sehingga semuanya disusun dengan baik," kata Anwar dalam sidang media yang padat dengan wartawan sehabisnya lawatan dua harinya di Sarawak hari ini.

"Mungkin dia (Pajudin) rasa pembekuan itu tamparan yang hebat, jadi dia tinggalkan (parti)."

Semalam, PKR Sabah yang dilihat sedang dibelenggu masalah menerima satu lagi tamparan apabila Pajudin Nordin mengumumkan keluar dari parti dan berhasrat menyertai Umno.

Pajudin, 42, yang belum sebulan memegang jawatan tersebut, membuat pengumuman itu dalam satu sidang akhbar bersama ketua menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, di kediaman rasmi ketua menteri di Sri Gaya, petang semalam.

Pajudin dilaporkan berkata keputusan itu dibuat kerana kecewa dengan kepimpinan pusat iaitu Anwar dan Dr Wan Azizah yang didakwa tidak serius menangani masalah dan isu-isu berkaitan Sabah.

KETUA UMUM YANG BONGKAK ATAU PARTI YANG TULI.....

on


Ramai yang terkejut dengan senario terbaru ini sebenarnya. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini. Apakah dek kerana kesilapan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tergamak melantik Pajudin Nordin yang hanya merupakan Naib Ketua Cabang ke Jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah?. 

Terkadang, ahli PKR perlu menerima kenyataan yang Anwar banyak juga membuat kesilapan dalam menentukan kepimpinan parti hingga menyebabkan krisis dalaman PKR berlaku di sana sini. Inilah hakikatnya, lantaran itulah kita tidak hairan orang-orang seperti Zaid Ibrahim dan terkini Gobalakrishnan akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan parti itu.

Apa tidaknya, Anwar tergamak melantik seorang peguamnya iaitu R.Surendran sebagai Naib Presiden PKR sedangkan ada pemimpin India yang telah lama berjuang dan layak tidak diberi perhatian. Begitu juga dengan lantikan Rafizi Ramli selaku Pengarah Strategik PKR.

Ia juga menunjukkan Anwar ingin menjadikan PKR sebagai parti kroninya, kerana beliau tahu Rafizi adalah "ayam didiknya" di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor sekarang ini. Sedangkan umum mengetahui Rafizi tidak sehebat mana kerana takut berhadapan dengan Chegubard dalam pemilihan jawatan Ketua AMK menyebabkan beliau menarik diri sebagai calon di saat-saat akhir. 
Apakah orang sebegini layak dipilih ke kedudukan itu?. 

Kini Anwar bertanggungjawab menyebabkan PKR dalam "huru-hara" akibat sikapnya yang tidak mahu mendengar pandangan akar umbi sebenarnya. Maka dari itu sesuatu perlu dilakukan !. Dan aku juga sedang berkira kira untuk menentukan sokongan aku pada PKR.

Revolusi Mesir: Di mana kedudukan Ikhwan Muslimin?

on

Kebangkitan rakyat Tunisia sehingga dapat menggulingkan diktator Zine El Abidin Ben Ali dalam waktu begitu singkat kini menjalar ke Mesir, dan berpotensi cerah meranapkan banyak lagi pemerintahan kuku besi di rantau Arab. Siapa pun tidak dapat menduga, anak-anak muda yang membesar dalam ledakan dunia maklumat tanpa sempadan, yang sentiasa dikongkong dan dikurung oleh budaya takut, berjaya menghalau Ben Ali dan keluarga.

Di Timur Tengah, hampir semua kerajaan yang memerintah tidak dipilih rakyat melalui sistem demokrasi. Sama ada ia sebuah republik atau sistem monarki, memihak Barat atau memusuhinya, mengadakan hubungan dengan Israel atau tidak, namun rakyatnya sentiasa ditindas dan dinafikan hak.

Elit penguasa membolot dan menimbun kekayaan untuk diri, keluarga  dan kroni. Negara kaya tetapi majoriti penduduknya merempat. Pengangguran, kemiskinan dan rasuah bermaharajalela. Manakala maruah umat tergadai dengan pergantungan kepada kuasa-kuasa luar.
Tumpuan kini tertumpu ke Mesir. Regim zalim Hosni Mubarak, yang menjadi sekutu rapat Amerika Syarikat dan zionis Israel hanya menunggu masa untuk runtuh. Diberitakan keluarga presiden  yang memerintah selama 30 tahun itu sudahpun melarikan diri ke luar negara.

Hosni tidak berupaya lagi membendung amarah rakyat, yang terus melancarkan protes tanpa henti biarpun berdepan risiko tinggi. Medan Tahrir menjadi saksi pertumpahan darah tidak dapat dielakkan, apatah lagi rakyat berdepan dengan dalang keganasan yang dicetuskan Parti Nasionalis Demokratik pimpinan Hosni.

Keaiban detik-detik akhir kehidupan presiden sebelumnya, Anwar Sadat yang dibunuh di hadapan publik dan disiar secara langsung televisyen, mungkin berulang kepada Hosni. Anwar ditembak mati seorang anggota tentera, Leftenan Khalid Islambouli ketika beliau berdiri menerima tabik hormat daripada perbarisan ketenteraan pada 6 Oktober 1981. Ia berpunca daripada kemarahan rakyat terhadap perjanjian Mesir dengan Israel, dalam Perjanjian Kem David, selain penentangan terhadap amalan rasuah dan kenaikan harga barangan.

Apabila rasa gentar dan takut sudah hilang daripada sanubari rakyat tertindas, tiada apa lagi yang mampu menghalang tercetusnya revolusi dan pemberontakan. Regim yang diperkasakan oleh pasukan keselamatan, khususnya polis rahsia yang dulunya digeruni kini terpaksa melutut dengan suara keramat rakyat.
Pukulan belantan, perintah darurat, arahan berkurung, tembakan gas pemedih mata, peluru getah hatta ratusan kes pembunuhan oleh agen pemerintah; semuanya dianggap enteng apabila kepompong budaya takut pecah berkecai.

Malah balai polis diserbu penunjuk perasaan dan mereka bertindak nekad membakarnya. Satu simbol nyata bahawa ketakutan yang membungkus gerak kehidupan rakyat selama ini telah turut terbakar. Rasa hormat dan maruah diri yang dipijak-pijak sejak sekian lama mula bangkit mengisi roh generasi baru rakyat Mesir.
Mereka kini sedang berusaha mencipta sejarah, bukan hanya untuk membebaskan negara yang "terjajah" sekian lama, juga bagi membawa obor semangat buat negara-negara jiran dan ummah seluruhnya.

Sejarah pembebasan negara-negara Arab, termasuk Mesir dan Tunisia, daripada belenggu penjajahan, memang luar biasa. Pengaruh Mesir terhadap orang-orang Melayu juga tidak kurang hebatnya. Akhbar-akhbar Melayu, seperti al-Ikhwan, Saudara, al-Imam, Idaran Zaman dan Suara Melayu sejak awal abad 20 telah melaporkan pergolakan politik dan gerakan kebangsaan rakyat Mesir.

Nama-nama pejuang dan pemikir Islam seperti Jamaluddin Al-Afghani (1838-1897), Muhammad Abduh (1849-1905) dan Rashid Ridha (1865-1935) tidak asing lagi kepada orang Melayu, yang seterusnya menimbulkan polemik Kaum Muda di Tanah Melayu.

Menurut Prof Dr Mohammad Redzuan Othman dalam bukunya, Islam dan Masyarakat Melayu; Peranan dan Pengaruh Timur Tengah, gerakan Pan-Islamisme yang dipelopori Jamaluddin Al-Afghani telah mencetuskan kesedaran kebangsaan rakyat Mesir.

Ketika di Mesir, Afghani berjaya mempengaruhi generasi muda dan ramai pengikutnya muncul memainkan perana penting dalam perkembangan sejarah Mesir moden. Gagasan ideanya -- yang menyeru umat Islam kembali kepada ajaran sebenarnya -- lebih berpengaruh jika dibandingkan dengan pergerakan nasionalisme Arab atau Mesir.

Selain itu, dua institusi besar Mesir  yang juga cukup dekat-akrab dengan masyarakat Islam di Malaysia ialah Universiti Al-Azhar dan gerakan Islam, Ikhwan Muslimin. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat merumuskan: "Itulah hebatnya Mesir. Bumi anbiya' yang dipilih Allah SWT untuk menjadi tuan rumah kepada universiti tertua di dunia ini telah melahirkan generasi ulama terbilang yang bertebaran menyebarkan ilmu ke serata dunia."
"Sayangnya," tambah Ustaz Nik Aziz, "Mesir hari ini ditadbir oleh rejim diktator yang sedikitpun tidak mencerminkan kemuliaan Universiti al-Azhar. Lihatlah bagaimana Syed Qutb telah dibunuh dengan kejam hanya kerana menulis kitab Maalim fit Tariq dan tafsir Fil Zilal al-Quran."

Isu Palestin juga begitu dekat dengan umat Islam sedunia dan rakyat negara ini. Di kala zionis Yahudi bertindak zalim sewenang-wenangnya, dibantu pula oleh Amerika Syarikat, maka peranan negara-negara jiran, sekurang-kurangnya untuk tidak sama-sama menekan amat diharapkan. Mesir pula pernah menunjukkan komitmen dan kekuatannya untuk berperang dengan Israel.

Malangnya Mesir mengkhianati amanah dan harapan ummah. Ia turut melakukan pengepungan ke atas wilayah Gaza, Palestin. Talian hayat rakyat Palestin dipotong. Bantuan dunia luar tersekat. Mesir memang terbukti menjadi sekutu rapat dan talibarut Israel memerangi kumpulan Islam di Gaza.

Benarlah rumusan Ustaz Nik Aziz: "Sesungguhnya tangan Hosni Mubarak ialah tangan berlumuran dengan darah rakyat Palestin. Kekuasaannya tegak di atas susunan tulang tulang para ulama yang dikorbankan demi untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya."

Secara peribadi, saya lebih terasa intim dengan Ikhwan Muslimin (ditubuhkan pada 1927, di Isma'iliyyah, Mesir), yang dianggap guru buat semua gerakan Islam moden. Saya kira hampir semua aktivis dakwah di negara ini sedikit sebanyak, secara langsung atau tidak langsung,  dipengaruhi Ikhwan.

Malah kebangkitan harakah Islamiyah di negara-negara lain, seperti Jamaat Islami di Pakistan, Masyumi di Indonesia, Parti Refah di Turki, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Malaysia juga mendapat inspirasi daripada Ikhwan, yang kemudiannya diikuti Hamas di Palestin dan banyak lagi gerakan Islam di seluruh dunia.

Pengasasnya, Assyahid Hassan Al-Banna (14 Oktober 1906 - 12 Februari 1949) dibunuh regim Mesir melalui satu tipu helah jemputan perundingan dengan kerajaan. Imam yang agung itu terkena tujuh tembakan tetapi masih mampu berjalan memanggil ambulan. Bagaimanapun pihak tentera tidak membenarkan doktor merawatnya, sehinggalah Al-Bana sengaja dibiarkan mati dengan tumpahan darah yang banyak.

Tiada sesiapa dibenarkan menguruskan jenazahnya. Hanya ayahnya, Syeikh Ahmad Abdul Rahman, berusia lebih 90 tahun memandi dan mengafankan jenazah Al-Banna. Syeikh Ahmad bersama tiga anak perempuannya mengusung jenazah ke masjid dengan kawalan ketat tentera. Pengikut dan anak murid Al-Banna kemudiannya diburu bagaikan pengganas. Al-Banna bukan sahaja meninggalkan puluhan karya ulung untuk umat, tetapi lebih penting menunjukkan teladan unggul mengatur organisasi secara tersusun bagi melaksanakan perjuangan Islam di medan.

Kisah kezaliman dan penderitaan bukan hanya ditanggung Al-Banna tetapi seluruh generasi Ikhwan seterusnya. Penyeksaan yang ditanggung mereka terlalu perit untuk diceritakan. Penuh dengan air mata, penjara, darah, tali gantung, pengharaman dan pembunuhan kejam.

Tokoh-tokoh Ikhwan lain yang harum namanya, dan terus disebut-sebut, selain meninggalkan khazanah pemikiran berharga, seperti Assyahid Syed Qutb, Assyahid Abd Qader Audah, Hassan Hudaibi, Umar Tilmisani, Mustafa Masyhur, Mustapha al-Siba'i, Said Hawwa, Syed Sabiq, Muhammad Al-Ghazali, Yusof Al-Qaradawi dan ramai lagi.

Memang ada pihak yang  sangsi, apakah Ikhwan yang sering diperalatkan pemerintah akan "dipergunakan" sekali lagi apabila Mesir berdepan krisis besar? Apatah lagi Mesir merupakan negara paling strategik di Timur Tengah, malah bagi Napolean Bonaparte, ia negara terpenting di dunia. Regim Mesir sentiasa menekan dan menindas Ikhwan, sejak Raja Farouk, Jamal Abdul Nasser sehinggalah Anwar Sadat dan Mubarak. Walhal Nasser dan Sadat merupakan orang yang pernah rapat dengan Ikhwan.

Mohamad Fauzi Zakaria dalam, Aqidah Yang Menggoncang Dunia, yang merupakan kajian di peringkat sarjana terhadap pengaruh pemikiran Syed Qutb, menjelaskan Ikhwan terbabit secara aktif dalam Revolusi Julai 1952 menumbangkan tirani monarki, Raja Farouk. Malahan Syed Qutb ditawarkan beberapa kedudukan penting dalam kerajaan revolusi termasuk Menteri Pelajaran, memandangkan pengalamannya yang luas di bidang pendidikan. Namun beliau menolaknya.

Syed Qutb, dalam satu majlis yang dihadiri para pegawai tentera Mesir menegaskan: "Sesungguhnya revolusi telah berlaku ... keluarnya seorang raja tidak bermakna berakhirnya revovulsi. Bahkan matlamat terakhir revolusi ini ialah mengembalikan negeri ini kepada Islam ... Sesungguhnya diriku semasa pemerintahan beraja telah kusediakannya untuk dipenjarakan. Malah tidak aman diriku pada zaman ini pun untuk terus kusediakannya kepada penjara lebih daripada persediaanku sebelumnya."

Dengan spontan, Jamal Abdul Nasser yang turut berada dalam majlis sama mencelah: "Saudaraku Syed, demi Allah, tidakkan sampai kebimbangan itu padamu melainkan langkahnya mayat kami. Kami berjanji padamu dengan nama Allah bahawa kamilah tebusan kepada dirimu sehingga maut!"

Realitinya, apa yang dibimbangi Syed Qutb itu terbukti benar. Atas konspirasi terancang, melalui fitnah terhadap gerakan itu, Ikhwan diharamkan pada 13 Januari 1954, pimpinan dan ribuan anggotanya ditangkap. Kenyataan rasmi regim Nasser, dua hari selepas itu: "Pengumuman penting Majlis Pimpinan Revolusi tentang Ikhwan Muslimin, hubungan mereka dengan Inggeris dan mengadakan pertubuhan sulit di dalam pasukan polis dan tentera dalam usaha menggulingkan kerajaan dengan berselindung di sebalik pergerakan agama.

" Syed Qutb akhirnya terkorban syahid di tali gantung pada pagi Isnin, 29 Ogos 1966, selepas dua kali dipenjarakan.

Saya yakin, suasana kini sudah banyak berubah. Generasi Ikhwan yang terlatih, berakhlak dan berdisiplin, serta kaya dengan pengalaman -- dibantu arus globalisasi dan dasar langit terbuka yang mempercepatkan proses pendemokrasian dan boleh menyulitkan berulangnya konspirasi jahat terhadap Ikhwan -- pasti bersedia menyumbang khidmat menyelamatkan Mesir secara lebih berkesan.

Buat masa ini mereka lebih bersedia menonjolkan Mohamed El-Baradei, penerima Hadiah Nobel Keamanan 2005, ke hadapan. "Kemahuan kami adalah kehendak rakyat," kata salah seorang pemimpin Ikhwan di Kaherah.
Insya-Allah, Ikhwan tidak dapat ditipu lagi, manakala pemimpinnya lebih berhati-hati dan bijaksana membaca realiti bagi mengatur rentak. Imej ekstrimis, militan dan teroris, walaupun masih cuba dipalit ke wajah Ikhwan,  namun agak sukar mempengaruhi majoriti rakyat yang sudah bersatu hati menghambat Hosni.

Dalam masa sama, dipercayai regim Hosni cuba "bertarik tali" dan berlengah-lengah untuk meletakkan jawatan, bagi mempastikan pembaharuan Mesir tidak diterajui Ikhwan. Pemerintahan Amerika Syarikat yang menyokong transisi politik di Mesir turut meminta Hosni bertahan, bagi memastikan proses pembaharuan berjalan secara lancar dan aman.

Sekiranya pilihan raya adil dan bebas diadakan di Mesir, seperti pernah berlaku di Algeria dan Lubnan, juga seumpama di Turki, Ikhwan seperti gerakan Islam lainnya, akan mendapat sokongan ramai. Cuma, kepentingan Amerika dan Israel (terbukti Ikhwan bersedia bangun menentang Israel termasuk memikul senjata di medan perang) di Mesir jauh lebih besar berbanding Tunisia yang dibiarkan jatuh.

Justeru, strategi dan pendekatan terbaik amat diperlukan oleh gerakan Islam masa kini, agar segala ruang sabotaj ditutup serapat mungkin.

Oleh AHMAD LUTFI  OTHMAN

Mengikut Perjanjian Itu.......Oh Petronas......

on

r

Di Hujung Dunia......???

on




Warga Amerika Pun Ramai Yang Tonton Al-Jazeera

on




Nama stesyen television Aljazerra kembali disebut-sebut seiring dengan krisis politik di Mesir. Bahkan masyarakat di Amerika Syarikat lebih memilih Aljazeera sebagai stesyen television dunia untuk mengetahui perkembangan terkini dari bumi Mesir itu.

Pengarah Urusan stesyen television yang beribu-pejabat di Qatar itu, Al Anstey, menyatakan pihak White House (Rumah Putih) banyak yang menonton Aljazeera edisi bahasa Inggeris.

“Banyak orang di Amerika Syarikat memilih kami untuk kali pertama. Sehingga meningkatkan tekanan kepada operator dan kami menjadi pilihan masyarakat untuk ditonton,” jelas Anstey seperti dikutip Reuters, Sabtu (5/2/2011).

Keadaan ini seperti amat bertentangan jika dibanding keadaan sebelumnya, padahal Aljazeera sempat dituding sebagai steyen television anti-Amerika, terutama dalam pemberitaan mengenai Timur Tengah. Namun Aljazeera tetap mendapat tempat terutama di kalangan warga Arab sejak pertama kali muncul pada 1996 lepas.

Pemerintah Mesir sendiri sudah menghentikan operasi Aljazeera sejak bersemaraknya demonstrasi anti-Pemerintahan Husni Mubarak. Beberapa wartawannya ditangkap.

Keadaan yang sama juga pernah terjadi ketika liputan serangan Israel ke Gaza, Palestin, pada 2008 lalu. -okezone

Ulasan GB

Sewaktu perhimpunan Bersih 1.0 dahulu di Kuala Lumpur, GB masih teringat bagaimana seorang menteri kabinet Malaysia yang ditemuramah oleh stesyen TV AlJazeera...


l Jazeera: Why are protesters being sprayed with Chemical filled water?

Zainuddin Maidin: I am watching, I hear. It is not as what you have been trying to do this, to do it everywhere but in Malaysia people are laugh you. We know our Police at last have allowed this procession to go to Istana Negara you know. Do Police, First Police might be have handled them with tear gas. Police don’t, don’t fire anybody.

Al Jazeera: Our correspondent came back to our office with chemicals in his eyes...

Zainuddin Maidin: This is the way, your idea is that what you are trying to project what is your mind, you think we are Pakistan, we are Burma, we are Myanmar. Your thinking.

Al Jazeera: Well unfortunately when you refused to let people to protest, it does appear so.

Zainuddin Maidin: That is why we are not like you. That is why you have early perception. You come here and you want to project us as like undemocratic country. This is a democratic country.

Al Jazeera: So why can’t people protest then if it is a democratic country?

Zainuddin Maidin: First people protest. We are allowing protest and they have demonstrated. But when we try to disperse them, and then later when they don’t want to disperse. But later our Police compromise. They have compromised and allowed then to proceed to Istana Negara. Police, our Police have succeeded in handling them gently, right? Why don’t you report that and you take the opposition, someone from the opposition party, you asked him to speak and you don’t take from the Government, right?

Al Jazeera: Why did you not break up these protesters more peacefully?

Zainuddin Maidin: Pardon, pardon.

Al Jazeera: Why did you not break up these protests more peacefully?

Zainuddin Maidin: I can’t hear you. I can’t hear you.

Al Jazeera: Why did you not break up these protests more peacefully?

Zainuddin Maidin: No, we are, first this is illegal. We don’t want, normally this demonstration..

Al Jazeera: OK, let me return to my former question: why is the protest illegal?

Zainuddin Maidin: Yeah it is illegal. First is because we have the election in Malaysia. No point of having a protest. We are allowing, we have an election every five years, never fail. We are not like Myanmar, not like other country. And you are helping these. You at Al Jazerra is also helping these, these forces. You know these forces who are not impatient, who don’t believe in democracy.

Al Jazeera: Many thanks for joining us.


Note :- tak dapek den nak nolong camtu bahasa inggerisnya orang yang menjadi Menteri Penerangan Malaysia waktu itu. Macam orang yang dah terencat akal. Patut pun kalah dalam pilihanraya. Spesies ini masih ada di dalam kabinet Najib. Anda pasti kenal mereka!

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List