Gambar Musang Tak Makan Ayam.........???

on Feb 9, 2011



























Kenapa acap-kali PM terpaksa tegaskan dan ulang-ulangkan bahawa Ops Piramid tiada unsur politik??? Apasal? Rakyat tak percaya ke? Orang politik tak berpolitik macam musang kata dia sepsis yang tak makan ayam! Hihihi.. Tgk gambar-gambar tu.. Lu pikir lah sendiri…

Politik baling batu sembunyi tangan. Siapa yang berpolitik?? Yelahhh.. Duit yang digunakan dalam Ops tu.. adalah duit UMNO kot? atau duit PM?? Terimakasihlah PM! Atau duit rakyat?




Rakyat Malaysia yang baru tiba dari Mesir disambut oleh ahli Kelab UMNO Luar Negara ketika sambutan ketibaan kumpulan pertama rakyat Malaysia di Kompleks Bunga Raya KLIA di sini, hari ini. Seramai 788 rakyat Malaysia dibawa pulang menerusi Operasi Piramid yang dibiayai kerajaan bagi membawa rakyat Malaysia keluar dari Mesir yang sedang dilanda krisis politik. Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyambut kepulangan mereka di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam. 

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, operasi selamat pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir menerusi Ops Piramid, adalah misi untuk kepentingan negara dan tiada unsur politik. Perdana Menteri berkata, kerajaan akan melakukan apa saja untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir, berikutan keadaan yang tidak menentu di negara berkenaan.- Bernama


Ingat Tony Fernandes. CEO Air Asia nak pergi bantu pelajar di Cairo. Rupanya Ketua Putera UMNO. Ingat siapa bersama Menteri Jamil Khir dan Timbalan Menteri Kohillan Pillay. menambah berat kapal-terbang je!






Shahidan Kassim pun tumpang galmour jugak pe?? ingat pelajar Pas ambik PHD al-azhar. Siap galas beg dengan berkopiah. hihihi.. rupanya misi membantu. kelas you!! Tahniah.

Timakasih PM. Banyak guna duit enta dan Rosmah membawa pulang pelajar. Semoga ia menjadi sedekah jariah. Amen...

ahlan wasahlan min Kalbun UMNO


Selamat pulang mujahid... terlupalak nak bertudung... maaf ye ustaz & ustazah!!

Ikutlah nasihat PM. Jangan politikkan OPS Piramid.

Oleh Ustaz Saiful Bahri

ANG PAU UNTUK TAIB – BERJUTA-JUTA DALAM BENTUK WANG TUNAI.....???

on


This year's lucky hosts? Taib lands with his new wife on the 
prominent Lau family in Sibu this weekend. The top Taib
 business cronies are the owners of the logging giant KTS. 
How much Ang Pow was paid this time to stay in favour?





Semasa perayaan Tahun Baru Cina disambut kaum Cina, sumber dalaman telah mendedahkan bagaimana Abdul Taib Mahmud secara lazimnya mengeksploitasikan peluang tahunan itu untuk mencengkam para kroninya dari kaum Cina.
Kami telah menerima beberapa maklumat luarbiasa bagaimana Ketua Menteri mengunjungi kediaman-kediaman mewah kaum Cina di Sibu dan Miri setiap tahun, biasanya bersama-sama keluarganya untuk menerima cek-cek dan wang yang banyak daripada tuan-tuan rumah yang sentiasa merasa cemas.
Wang tunai untuk konsesi-konsesi
Rakan-rakan akrab Taib dari masyarakat keturunan Cina memang sudah tahu bahawa mereka harus membayar atau menjelaskan sesuatu jika mereka ingin terus menerima konsesi mengusahakan tanah dan hutan milik orang-orang asal.

Dalam kes konsesi, menurut keterangan daripada seorang usahawan Cina yang memberikan keterangan terus kepada Sarawak Report, wang pendahuluan untuk Taib perlu dirundingkan dan dimasukkan terus ke akaun-akaun banknya di luar negara. Kemudian, rundingan akan melibatkan saham-saham dan kedudukan ahli-ahli keluarganya dalam syarikat yang telah menerima konsesi untuk menebang hutan atau membuka ladang kelapa sawit. Kemudian, bagi kes pembalakan pula Taib akan meminta potongan RM100 untuk satu ton, yang akan terkumpul sehingga berbillion-billion ringgit setiap tahun. Selepas itu wujud pula skandal penipuan, di mana pengeksport-pengeksport terpilihan dikehendaki membayar sejumlah wang yang besar.
Namun, taukey-taukey ini sentiasa berada dalam keadaan putarbelit tradisi ang pow Cina, suatu bentuk eskploitasi yang kurang menyenangkan dan tamak.
Sampul-sampul merah
RM 100,000 cheque?!
Tahun Baru sememangnya merupakan suatu musim di mana kaum Cina suka memberi hadiah-hadiah kepada golongan kanak-kanak dan rakan-rakan mereka, dan ini termasuklah sampul-sampul merah yang berisi wang. Kunjungan ke rumah kawan pada masa begini akan menimbulkan suatu perasaan mengharapkan yang baik diterima. Sampul merah berisi RM50 dianggap suatu pemberian yang amat murah hati. Tetapi Taib akan mempastikan dia mengharapkan ang pow yang lebih berisi dari itu jika dia sekeluarga yang terlibat!

“Ketua Menteri akan berkunjung, beberapa tahun bersama-sama keluarga saudaranya Jamilah dan anak lelakinya Sulaiman dan anak-anak mereka akan diberikan cek-cek RM100,000. Pemberian-pemberian seperti itu selalunya disambut dengan tadahan tangan mereka seberas nyiru!”
Seorang usahawan Cina terkemuka mendedahkan kepada kami bahawa Taib menerima pemberian sebegini sebagai haknya dan tuan-tuan rumah kaum Cina pula harus menurut permintaan jika mereka ingin disukainya. Sarawak Report difahamkan oleh usahawan berkenaan, bahawa amalan seperti ini adalah suatu bentuk serangan, kerana ianya adalah suatu pencerobohan ke atas kediaman mereka, tetapi mereka tiada pilihan lain.
Seorang lagi usahawan terkemuka yang telah lama marah memberitahu kami, “ini merupakan satu cara untuk membuat kaum Cina tunduk kepada kaum Bumi, untuk menunjukkan siapakah sebenarnya ‘bos’ mereka. Ianya amalan yang bersifat tamak haloba dan sungguh menjijikkan”.
Si bomoh pula sebagai pembawa beg – jangan kurang dari satu juta, ya!
Cowboy witchdoctor part-times as Taib's bag-carrier!
Kami juga telah diberitahu oleh beberapa sumber yang lain yang menyatakan bomoh yang dahulunya rakan karib Taib, Ahmad Su’ut telah bertindak sebagai pengurus perniagaan Ketua Menteri itu pada musim perayaan sebegini. Sumber itu menjelaskan kepada kami bahawa cara sedemikian adalah untuk mengarahkan setiausaha Taib menelefon seseorang taukey sehari sebelum kunjungan Taib untuk bertanyakan nilai ang pow yang akan diserahkan. Biasanya si mangsa tiada banyak pilihan, menurut seorang lagi pemberi maklumat kami, bahawa “tidak kurang dari satu juta ringgit” aadalah dianggap memadai!

“Dia (Taib) bukan hanya berkunjung kerana hidangan kami” kata satu lagi sumber. Setelah berkunjung seseorang usahawan Cina akan ditinggalkan untuk menunaikan sejumlah wang yang dijanjikan. Wang-wang kertas itu kemudiannya akan dimasukkan ke dalam beg disediakan untuk menunggu kunjungan Ketua Menteri. Menurut seorang lagi pemberi maklumat kami, yang juga amat rapat dengan salah sebuah keluarga yang terkaya di sarawak:
“Taib datang berkunjung dan ‘menghormati’ rumah berkenaan, dan selepas itu akan meninggalkan bomoh dan pengawal peribadi tinggal sebentar. Sebaik sahaja Ketua Menteri telah bertolak maka tuan rumah akan menyerahkan beg yang berisi wang yang kemudiannya akan mereka bawa kepada Ketua Menteri!”
Jelaslah, sifat buruk itu tidak seharusnya ditunjukkannya sebagai seorang Ketua Menteri, yang sudahpun seorang multi-jutawan. Namun, para pemerhati menganggap ketamakannya dan sikapnya yang begitu optimis itu yang menggerakkannya untuk telah mengambil segala peluang atas setiap perayaan di mana dia akan mendapat hasil.
Kegagalan untuk menolak sebarang bentuk rasuah seperti ini dan keengganannya untuk berhenti menhisap sehingga sen yang terakhir dan juga sumber asli dari rakyat Sarawak mungkin membuktikan penghujung perjalanannya.
Pilihanraya pada pertengahan bulan Mac
Chinese New Year celebrations in Sibu. Earlier this year the local
 people defied BN election rigging to throw out the Lau family 
candidate in favour of the Opposition Leader Wong Ho Leng.


Beberapa petanda yang menunjukkan bahawa Taib telah membuat perkiraan untuk mengadakan pilihanraya pada hujung bulan ini, kemudiannya ditunda ke pertengahan Mac. Agendanya untuk masa depan Sarawak, jika dia menang lagi, telah dapat dijangkakan. Mula-mula dia ingin mengganda kawasan ladang kelapa sawit dari sejuta hektar kepada dua juta hektar dan pelannya yang kedua adalah untuk memindah dan menempatkan semula serama 600,000 orang asli sebagai salah satu projek yang dia rancang untuk membina 12 buah lagi empangan seperti projek empangan Bakun yang berpotensi berbencana itu.

Kerakusan seperti ini akan akhirnya menjadi petanda cukuplah rasa sabar orang-orang asal terhadapnya yang akan menampakkan penentangan terhadapnya. Pakatan Rakyat yang diketuai oleh peguam NCR, ketua PKR Baru Bian tetap akan berjuang sehabis-habisnya untuk menghentikan malapetaka jika mereka diberikan kuasa untuk memerintah dan mengembalikan tanah-tanah NCR yang telah dirompak bali kepada orang-orang asal yang berhak ke atasnya. PR juga berjanji untuk merampas balik wang dari Taib untuk membayar bekalan air, elektrik dan jalanraya kepada mereka. Sekarang para pengundi sudah kian faham akan pilihan mereka dan keyakinan Taib yang sentiasa menganggap dirinya boleh menakut-nakutkan rakyatnya dan meraih undi mereka akan terbukti tidak berkesan lagi.
Sementara itu, para taukey yang ternampak nombor telefon Taib terpapar pada skirn telefon mereka untuk minggu-minggu yang akan datang akan mendiamkan diri pada musim Tahun Baru Cina 2011 ini,  kerana jika tidak wang mereka akan hilang begitu sahaja kepada kepada Taib.

BALASAN PAS PADA MEREKA.......???

on Feb 8, 2011

Bekas ketua pemuda Pas Kuala Kedah, Sollahudin Mansor yang kini hidup daif dan menanggung seorang anak terencat akal selain dua anak yang masih belajar di Kolej Kemahiran Mara dan isteri melahirkan rasa kecewa kerana mendakwa disisihkan oleh parti itu.[sini]

Selain Sollahudin Mansor ada lagi yang tersisih......

Sanip bin Ithnain ialah bekas ketua Pas Cawangan Felda Sungai Sayong. Dia adalah bekas calon Pas DUN Pasir Raja 2004.

Sejak tahun 2005, dia jatuh sakit urat saraf. Dia juga hadapi lemah sebelah kiri badan akibat angin ahmar.

Dari tahun lepas 2009, keadaannya bertambah teruk. Sudah tidak boleh bercakap tapi masih boleh mendengar sedikit-sedikit. Duduk dan bergerak pun terpaksa guna kerusi roda sahaja. Sekarang pakai pampers.

Dan seorang lagi mangsa kezaliman...iaitu bekas aktivis PAS juga menerima padah yang serupa .Sebelum ini sanggup menjadikan kediamannya sarang untuk pemimpin PAS berkubang dipulau Pinang kini terdampar tanpa apa-apa perhatian dari pihak PAS..

Mat Sabu, Mahfus, Hadi Awang temasuk Azizan Razak MB Kedah Belanda dan mungkin lebih ramai lagi pemimpin PAS yang terdahulu lebih kenal siapa manusia yang terdampar dikatil usang ini yang tidak lagi mampu bercakap seperti dulu bersama jemaah PAS berpidato ..tapi masih boleh mendengar sedikit-sedikit. Duduk dan bergerak pun terpaksa guna kerusi roda sahaja. 

Sekarang pakai pampers mengharap sedikit simpati pemimpin yang ber DAKI kan perjuangan islam hari ini tetapi hingga kehari ini tiada kunjung tiba...walaupun sekadar datang menziarahi beliau...

Apakah mereka mampu memimpin dan memelihara rakyat jelata..!!!

Naib Presiden PKR – Fauziah Salleh Pendusta Besar......???

on

Saya merujuk kepada kenyataan akhbar oleh Hajah Fauziah Salleh yang disiarkan dibeberapa akhbar tempatan di Negeri Sabah seperti Daily Express pada Rabu 24hb Januari 2011 bertajuk ‘PKR Sabah terus bergelut gara – gara resolusi majority ketua bahagian’.

Kenyataan terkandung dalam siaran akhbar tersebut dibuat oleh Hajah Fauziah Salleh adalah bohong dan bertujuan mengelirukan ahli ahli PKR daripada fakta sebenar.

Pada 20hb Januari 2011 saya ada dihubungi oleh Ust. Pajudin Nordin bahawa dia telah menjemput semua Ketua Ketua Cabang parti Keadilan Rakyat supaya menghadiri msyuarat pertama  MPN PKR Sabah  bagi sessi 2011 – 2013 pada jam 08.00 malam bertempat di Pejabat Perhubungan PKR Sabah diLot 36, Tingkat 2, Grand Industrial Centre, Jalan Bundusan 88300 Kota Kinabalu.
Sebelumnya saya telah cuba menghubungi Setiausaha Kerja Parti Puan Dewi diPejabat sama untuk mendapatkan beberapa dokumen berkaitan PKR Sabah utamanya mengenai data  Cabang Batu Sapi. Malang sekali saya diberi tahu Setiausaha Kerja berkenaan yang merupakan anak saudara kepada bekas Pengerusi Perhubungan yang lalu En Tamrin Hj Jaini, tidak lagi pernah turun kePejabat Parti. Lebih mendukacitakan semua fail mengenai Cabang Cabang PKR Sabah tidak dapat dikesan diPejabat tersebut.
Tiba tiba pada petang 23hb Jan 2011 , ia itu sehari sebelum mesyuarat di tetapkan  oleh Ust. Pajudin  Nordin diadakan saya menerima notis melalui sms daripada Setiausaha kerja Puan Dewi bahawa satu perjumpaan bersama YB Fauziah Salleh akan diadakan pada hari sama mesyuarat yang dijadualkan oleh Ust. Pajudin Nordin. Cuma masa berlainan pada jam 09.30 malam. Tempat mesyuarat tidak dinyatakan. (TEMPAT MESY ADA DINYATAKAN didlm panggilan mesy  IAITU PEJ MPN)

Mesyuarat  dipanggil oleh Ust. Pajudin Nordin telah Berjaya dijalankan pada masa ditetapkan dengan dihadiri oleh 13 Ketua Cabang atau wakil mereka terdiri daripada mereka seperti berikut:

  1. Anthony Mandiau                 Ketua Cabang Kota Marudu.
  2. Hj. Ansari Abdullah               Ketua Cabang Tuaran.
  3. Dojit Muda                           Ketua Cabang Sipitang
  4. Hassanar Ebrahim                 Ketua Cabang Batu Sapi
  5. Saidil Simoi                           Ketua Cabang Kota Belud (admitted dia dtg mesy atas sebab ingat VP ada pada jam 8pm)
  6. Hj Awang Tengah                 Ketua Cabang Kimanis ( admitted dia dtg atas sebab ingat VP ada pada jam 8pm)
  7. Halik Zaman                           Ketua Cabang Teanom (ubah fikiran sokong grp KC majoriti apabila melihat tingkhlaku hasnar)
  8. Ambrose Sipin                      Ketua Cabang Beluran
  9. Endily Many                          Pemangku Ketua Cabang Kudat (Ketua KC telah isytihar keluar parti)
10.  Kenny Chua                           Timbalan KC Penampang. (Beliau memaklumkan KC, Darryl  Leiking sedang mesyuarat dengan anak guamnya dari Brunei dan wakilkan kepada Kenny Chua) (KC Penampang sahkan hantar wakil sebagai pemerhati )

11.  Hj. Ahmad Abdul                  Timbalan Ketua Cabang Kinabatangan. (Beliau
memaklumkan  Ketua Cabangnya tidak dapat hadir ke Kota Kinabalu dan meminta beliau menjadi wakil memandang beliau berada di  Kota Kinabalu pada masa tersebut) ( KC KInabatangan  hadir bersama 18 KC)

12.  Peter Sumping                                    Naib Ketua Cabang Ranau. (Beliau memaklumkan KC tidak dapat hadir kerana berada di Ranau dan Timbalan  KC berada di Tenang membantu jentera pilihan raya)

13.  Lukiah Indan                          Ketua Wanita PKR Sabah. (hadir diatas arahan KW Pusat akan tetapi bukan KC)

Jumlah Ketua cabang yang hadir melebihi jumlah qurum yang disyaratkan Perlembagaan Parti dimana dinyatakan hanya 1/3 daripada jumlah Ketua Cabang mencukupi bagi menjalankan sesuatu mesyuarat.

Sepanjang mesyuarat dijalankan HAJAH FAUZIAH SALEH TIDAK ADA MENGHADIRKAN DIRI.Sebaiknya saya mendapat tahu ketika mensyuarat berlangsung Hajah Fauziah Salleh berada bersama Dr. Roland , ahli MPT PKR di sebuah Restoran India .

Kenyataan Hajah Fauziah Salleh dalam sidang akhbar diadakan di D’Aru Hotel adalah dusta dan pembohongan yang bertujuan mengelirukan ahli ahli Parti.  Kenyataan bahawa hanya 6 Ketua Cabang sahaja hadir kemesyuarat dipanggil oleh Ust Pajudin Nordin adalah dusta pertama. ( Saya Kata Pajudin hanya mendapat sokongan 6 KC – i said he failed to cammand the support of the majority of KC)

Bahawa Cabang Batu Sapi tidak diambil kira sebab akan mengadakan pemilihan semuala adalah dusta kedua. Kepada Ketua Cabang yang hadir Hajah Fauziah Salleh mendakwa Cabang PKR Batu Sapi adalah tidak sah . Sebenarnya saya sendiri selaku Ketua Cabang telah memaklumkan Ketua Umum PKR tiga hari sebelum pembuangan undi pilihanraya Kecil Batu Sapi bahawa saya bercadang membubarkan Cabang Batu Sapi sebab 4 orang AJK yang dipilih telah keluar PKR menyertai UMNO dan saya perlu mengisi semula jawatan jawatan tersebut bagi membolehkan saya melaksanakan kerja kerja Parti. 

Ketua Umum bersama Setiausaha Agung PKR yan turut hadir bersetuju dengan syarat ianya diadakan selepas semua urusan Pemilihan Parti selesai dan dipersetujui pada bulan Februari atau Mac 2011. Justeru tidak timbul soal PKR Cabang Batu Sapi sebagai tidak sah . ( Laporan JPP -MESYUARAT AGUNG PEMILIHAN Batu Sapi di buat semula kerana aduan 382  pengundi tidak dapat mengundi – sebab buku resit di rampas oleh Hasnar. Juga Hasnar sudah di refer kpd JKD diatas kesalahn tersebut. juga keputusan politik di buat sewaktu PRK Batu Sapi )

Kenyataan bahawa terdapat 18 Ketua Cabang menyokong supaya jawatan Pengerusi MPN Sabah disandang oleh Presiden Parti adalah Dusta ketiga dan terbesar  Hajah Fauziah Salleh. Sebenarnya cadangan ini telah dilontar oleh Hajah Fauziah Salleh kepada beberapa Ketua Cabang PKR yang masih berada di Pejabat PKR setelah selesai mesyuaarat yang dipanggil oleh  Ust. Pajudin Nordin. ( Cadangan di lontar sebagai nasihat memandangkan Pajudin gagal mendapat sokongan majoriti KC dan juga dgn ambil kira memo yg telah di serahkan kpd Presdien) Bagaimanapun cadangan nya itu mendapat tentangan oleh semua yang hadir termasuk Hj. Halik Zaman yang dikatakan turut hadir menyokong resolusi kononnya mereka hendakkan Presiden Parti YBH Datin Seri Wan Azizah memegang Jawatan tersebut.


Tidak terdapat 18 Cabang yang hadir menyokong resolusi berkenaan  sebab majority yang hadir dalam perjumpaan dengan Hajah Fauziah Salleh ketika itu juga merupakan Ketua Cabang yang turut sama hadiri mesyuarat dipanggil oleh Ust. Pajudin Nordin. Mereka turut membincang seterusnya menyokong agenda mengisi jawatan Timbalan Pengerusi, Naib I, Naib II, Naib III dan mengindos jawatan Setiausaha MPN, Bendahari MPN dan Pegawai Penerangan MPN.


Sebenarnya apa yang berlaku Hajah Fauziah Saleh telah datang kePejabat PKR selepas mesyuarat MPN Pertama diadakan dengan tujuan  mempengaruhi Ketua Cabang yang hadir supaya mereka turut bersama kumpulan Datuk Kong Hong Ming , Datuk Kalakau Untol dan Tamrin Hj Jaini yang tidak berpuas hati dengan keputusan Presiden melantik Ust. Pajudin Nordin menjadi Pengerusi. Untuk menjadikan jumlah mereka besar maka Cabang Batu Sapi bersama beberapa Ketua Cabang lain cuba dinafikan hak mereka sedangkan terdapat antara ’18  ketua Cabang’ yang diiktiraf sah oleh Hajah Fauziah Salleh status mereka diragui.

Antara 18 ketua Cabang yang konon menyokong resolusi rekaan Hajah Fauziah Salleh itu adalah bekas Ketua Cabang Kudat En. Mursalim Tanjul yang telah menngisthiartkan dirinya keluar Parti.
Kedua,  Datuk James Ghani yang telah keluar PKR pada tahun 2004 dan menyertai semula UMNO. Kini tiba tiba sahaja muncul menjadi Ketua Cabang PKR Papar! Bila kah permohonan Datuk James Hj Ghani diterima semula oleh pimpinan PKR Pusat? (JPP Sahkan keputusan pemilihan papar)


Demikian juga mengenai status Ketua Cabang Beaufort dimana lebih 2/3 AJK Cabang yang dipilih telah meletakkan jawatan kerana tidak pecayakan kepimpinannya yang tidak salah diibaratkan ‘sebelah kaki dalam UMNO sebelah dalam PKR’.( Beaufort juga disahkan oleh JPP)


Hakikat sebenarnya Ust. Pajudin Nordin telah berjaya laksanakan tugas nya sebagai Pengerusi MPN PKR Sabah. Dakwaan bahawa Ust. Pajudin Nordin gagal mendapat sokongan padu daripada Ketua Ketua Cabang adalah dongeng  rekaan Hajah Fauziah Salleh yang diketahui adalah rakan karib Tamrin Hj Jaini.


Malah untuk mencapai agenda politik nya Hajah Fauziah Salleh sanggup mengubah sendiri keputusan mesyuarat MPN Negeri Sabah supaya mengikuti kemahuannnya seperti misal nya dalam mesyuarat MPN Sabah pada bulan Oktober 2010 diputuskan bahawa antara lima nama ketua cabang dipilih menjadi wakil PKR Sabah  mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Pakatan diNegeri Sabah adalah Tamrin Hj Jaini, Datuk Kong Hong Ming, Hj Ansari Abdullah dan Hassnar Hj Ebrahim. Bagaimanapun Hajah Fauziah Salleh dengan menggunakan nama Biro Politik  memaklumkan  bahawa nama Hassnar Hj Ebrahim dan seorang lagi ditukar kepada Datuk Jeffry Kitingan dan Datuk Kalakau Untol. (Keputusan menolak Hasnar ialah keputusan Biro Politik- boleh check dlm minit mesy) Apabila saya berkeras dan memaklumkan akan menghadiri mesyuarat yang dijadualkan, Tamrin Hj Jaini segera memutuskan  bahawa mesyuarat Pakatan yang dijadualkan ketika itu dibatalkan.

Beberapa jam kemudian saya dimaklumkan bahawa mesyuarat yang menurut Tamrin Hj Jaini telah dibatalkan itu telah dijalankan atas jemputan Tamrin Hj Jaini. Hadir dimesyuarat tersebut –  lima wakil dari DAP, lima wakil daripada PAS sementara  PKR Sabah HANYA diwakili dua orang  ia itu Tamrin Hj Jaini dan Datuk Kong Hong Ming.


Dalam mesyuarat tersebut Tamrin Hj Jaini memaklumkan hadirin bahawa dirinya telah dipilih menjadi calon dan mohon Pakatan Sabah menyokong pencalonnya  dalam pilihanraya Kecil Batu Sapi. Kehairanan wakil DAP dan PAS membantah  permintaannya menyebabkan kedua dua wakil PKR itu hilang sabar ,  marah seterusnya meninggalkan mesyuarat dengan cara biadap.( Hasnar tidak hadir dlm mesy tersebut dan laporan ini menyeleweng)


Melalui siaran akhbar ini saya menyeru Hajah Fauziah Salleh supaya berhenti membohongi ahli ahli PKR Sabah. Sebagai seorang Hajah lebih lebih lagi seorang ahli Parlimen dia wajar menjaga nama baiknya. Bukan berpolitik melalui pembohongan dan penipuan.  Adengan adu dumba yang selama ini telah berjaya menyebabkan pemimpin PKR Sabah terus menerus bercakaran dan bertelagah sesama sendiri  menjadikan mereka ‘berPecah dan diPerintah’ wajib dihentikan serta merta.


Mohon kenyataan ini disiarkan.

Hassnar Hj Ebrahim
Ketua Cabang PKR Batu Sapi

NAJIB DI KECAM BEKAS DUTA....

on



Mantan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia John Malott mengecam kemunafikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung slogan 1Malaysia dalam sebuah artikel pedas yang diterbitkan di Asia Wall Street Journal, hari ini.Malott, seorang pengkritik kerajaan sejak menamatkan jawatannya selama tiga tahun sebagai duta besar Amerika pada tahun 1998, berkata Najib perlu "merenung lama di cermin" jika beliau serius mahu melihat matlamat 1Malaysia tercapai.

Di sebalik slogan baru kerajaan, ketegangan perkauman dan agama hari ini adalah lebih tinggi hari ini berbanding ketika Najib dilantik pada 2009.Malah, ia lebih buruk daripada bila-bila masa sejak 1969, ketika sekurang-kurangnya 200 orang dibunuh dalam pergaduhan kaum antara masyarakat majoriti Melayu dan minoriti Cina.

Malott mempersalahkan peningkatan ketegangan kaum dan agama yang tercetus baru-baru ini kerana sikap "toleransi kerajaan dalam beberapa kes memprovokasi dan faksionalisme etnik melalui kata-kata dan tindakan kerajaan".Sambil memberi beberapa contoh, beliau juga mengimbas kejadian di mana seorang pembantu kanan Najib - Hardev Kaur menyarankan supaya tidak ada salib dipamerkan semasa perdana menteri mengunjungi rumah terbuka hari Krismas di kediaman Paderi Besar Katolik Kuala Lumpur.

Ms Kaur kemudian berkeras berkata saranannya itu satu permintaan dan bukannya arahan, seolah-olah seperti rakyat Malaysia boleh menolak permintaan daripada pejabat perdana menteri.Contoh lain berhubung ketidak sensitif kerajaan, kata Malott, termasuk tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien yang membela tindakan sekumpulan penduduk yang berarak membawa kepala lembu sebagai membantah pemindahan sebuah kuil Hindu di kawasan kejiranan mereka.

Malott juga menyentuh mengenai kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi yang mempersoalkan "kurangnya patriotisme"di kalangan masyarakat Cina dan India di negara ini.Turut dibidas bekas duta itu adalah akhbar Utusan Malaysia, milik Umno yang didakwa mencetuskan kebencian perkauman dengan secara teratur menyerang "ahli politik Malaysia berbangsa Cina dan bahkan mencadangkan seorang daripada mereka, ahli parlimen Teresa Kok, harus dibunuh".

Akibat ketegangan perkauman yang semakin memuncak, sebanyak 500,000 rakyat Malaysia meninggalkan negara itu antara tahun 2007 dan 2009 - jumlah itu kecam Malott, adalah lebih dari dua kali ganda jumlah profesional Malaysia yang tinggal di luar negeri.Beliau juga berkata Najib terpikat untuk mempertahankan kumpulan pelampau seperti PERKASA yang secara terang-terangan menentang pembaharuan ekonomi atas nama 'ketuanan Melayu'.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List