Harga getah turun pulak dah.......

on Mar 28, 2011



Kebetulan ke apa, apabila harga getah melambung naik ketika musim pilihanraya sehingga kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil kesempatan memberitahu rakyat, konon mereka mendahului rakyat, membantu rakyat. Dengan kata lain, harga komoditi itu naik disebabkan mereka, dakwa pemimpin Umno.

Namun, bila tamat sahaja pilihanraya kecil, harga itu merudum turun sehingga 48 peratus menyebabkan harga sekilogram getah sekerap hanya RM4.60 berbanding harga tertinggi sebelum ini RM8.80 sekilogram.

Penurunan harga komoditi telah membebankan para penoreh yang hanya mengharapkan kerja menoreh getah untuk menyara keluarga.
Banner kempen BN ketika harga getah naik. Sekarang dah turun, macam mana?.

Amboi-amboi…bila harga naik, pemimpin Umno bagitau rakyat, depa cakna rakyat, prihatin terhadap rakyat, mendahului rakyat dan membantu rakyat. Kebetulan pulak masa pilihanraya kecil sedang berjalan. Kempen sakan lah kome. Tapi sekarang harga getah turun…buat-buat diamlah pulak depa ni. Dah tak prihatin dah ke, dah tak cakna rakyat dah ke, dah tak nak bantu rakyat dah ke?

‘Apa aku kisah’…Dah tak ada kepentingan dah bagi depa, calon pilihanraya depa dah menang, jadi buat-buat diam aje la..bangsat punya pemimpin. Nampak macam depa rancang dengan licik je..tak tau la..

Harakahdaily - Harga komoditi utama seperti kelapa sawit, getah, koko dan lada kekal berada di paras tinggi sejak 5 tahun lalu hanyalah pada kedudukan umum, tetapi kini para penoreh getah kembali terhimpit apabila harga komoditi utama itu telah turun mendadak sehingga 48 peratus.

Sehubungan itu, kerajaan diminta menubuhkan stok pengimbal getah negara bagi mengawal harga komoditi utama itu agar terus kekal tinggi dan tidak naik dan turun mendadak.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menjelaskan, penurunan harga getah sehingga 48 peratus berlaku sejak dua minggu lalu apabila harga sekilogram getah sekerap hanya RM4.60 berbanding harga tertinggi sebelum ini RM8.80 sekilogram.

Menurut beliau, penurunan harga sehingga RM4.20 sekilogram itu tentunya amat membebankan para penoreh getah, tetapi harga itu juga belum diketahui sama ada akan terus bertahan pada paras itu atau akan terus turun lagi sehingga lebih membebankan para penoreh getah di kampung-kampung.

Katanya, untuk menjaga kebajikan para petani, peneroka dan penoreh getah, beliau telah bertanyakan kepada pihak kerajaan apakah langkah yang dilakukan agar harga komoditi utama itu terus kekal tinggi menerusi soalan tambahan pada persidangan Dewan Rakyat, Selasa lepas.

"Jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin itu memang betul, tetapi ia tidak merujuk kepada keadaan sebenar harga getah sejak dua minggu kebelakangan ini yang telah turun mendadak sehingga sebanyak itu," katanya ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Semalam ketika menjawab pertanyaan Wan Abdul Rahim, Hamzah menjelaskan harga komoditi utama seperti kelapa sawit, getah, koko dan lada kekal di paras tinggi sejak 5 tahun lalu.

Contohnya, harga purata minyak sawit mentah (crude palm oil - CPO) pada tahun 2010 adalah di paras RM3,620 setan berbanding dengan RM1,395 setan pada tahun 2005, iaitu kenaikan sebanyak 159 peratus dalam tempoh 5 tahun.

Bagi tempoh Januari hingga Februari 2011 pula, harga purata CPO adalah RM3,789 berbanding RM2,532.50 dalam tempoh yang sama pada tahun 2010.

Harga getah gred SMR 20 telah meningkat daripada RM5.23 sekilogram pada tahun 2005 kepada RM10.58 sekilogram pada tahun 2010. Paras tertinggi dalam sejarah yang telah dicapai adalah RM17.17 sekilogram iaitu pada 18 Februari 2011. Manakala bagi tempoh Januari hingga Februari 2011 harga purata gred SMR 20 adalah RM16.26 sekilogram.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Wan Abdul Rahim menjelaskan, penurunan harga getah sehingga hampir 50 peratus itu sebenarnya bukan berpunca dari kekurangan permintaan terhadap getah asli di seluruh dunia, tetapi disebabkan stok yang tinggi atau berlebihan di kilang-kilang getah sehingga menyebabkan pihak kilang kurang melakukan pembelian daripada para penoreh.

"Apabila pihak kilang telah menghantar atau mengeksport dalam kuantiti yang banyak ke luar negara, harga getah akan tinggi kembali, tetapi kita tidak pasti bila akan berlaku dan akan bertahan selama mana," katanya.

Untuk membolehkan harga getah terus kekal tinggi, beliau menyarankan pihak kerajaan agar mengawal selia kedudukan pengilang-pengilang supaya penurunan sebanyak itu tidak berlaku.

Selain itu, beliau juga menyarankan kerajaan agar mewujudkan semula stok pengimbal getah negara supaya dapat mengawal harga getah secara langsung bagi membolehkan harga getah terus kekal tinggi demi kepentingan para penoreh dan negara.

Dalam masa yang sama, beliau turun mengingatkan pihak kerajaan agar turut memikirkan tentang kepentingan mengembalikan semula kedudukan negara sebagai negara pengeluar getah asli utama dunia dengan melakukan beberapa langkah yang diperlukan, memandangkan Malaysia kini berada di tangga kedua di belakang Thailand dalam senarai pengeluar getah dunia.

"10 tahun lalu, harga getah (sekerat) hanya 35 sen sekilogram. Kini harganya memang dah jauh lebih tinggi, tetapi turun pula hingga 48 peratus dua minggu lalu. 40 tahun lalu juga, Malaysia adalah pengeluar utama getah dunia dan kerajaan turut ujudkan stok pengimbal getah negara.

"Kini kita minta kerajaan wujudkan kembali stok pengimbal getah negara dan lakukan beberapa langkah bagi mengembalikan kedudukan negara sebagai pengeluar getah utama dunia.

"Kita tak rugi kalau terus menjadi pengeluar getah utama dunia kerana permintaan terhadap getah asli dunia tidak pernah berkurangan. Contohnya Jepun. Di Jepun, getah asli digunakan sebagai tapak pembinaan bangunan. Selain Jepun, getah asli juga turut diimport oleh negara-negara lain lagi," ujar beliau.


HUTANG NEGARA....

on






Pegi mampos dengan Datok T & Video Seks, rakyat jom tengok ini..


Bailout Bank Bumiputera sebanyak 4 kali - rugi RM10.4 billion.
Kerugian Perwaja Steel - rugi RM10 billion.
Bailout Indah Water Konsortium (IWK) - rugi RM200 juta.
Bailout Konsortium Perkapalan Berhad - rugi RM1.7 billion.
Hicom (Proton) kerugian sehingga Kerajaan terpaksa menggunakan duit Petronas untuk membeli saham Proton -rugi RM1 billion.
Membeli semula saham MAS daripada Tajuddin Ramli dengan harga RM1 billion lebih dari harga pasaran.
Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku - rugi RM3.3 billion.
Bailout LRT PUTRA dan STAR - rugi RM6 billion.
Bailout Renong/UEM - rugi RM12 billion.
Pampasan pembatalan Projek Empangan Bakun - rugi RM950 juta.
Hutang tertunggak InventQjaya - rugi RM228 juta
Pampasan Jambatan Bengkok - rugi RM257 juta
Pampasan pembatalan Broga Incinerator - rugi RM500 juta
Kerugian membeli saham Agusta - rugi RM510 juta
Skandal Port Klang Free Zone - rugi RM4.6 bilion
Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) - rugi RM6.75 bilion
Blok L dan M - RM 380 billion
Sime Darby - RM 1.6 billion
Pos Malaysia - RM 546 juta
Felda - RM 8 Billion

Saya adalah seorang penganalisa ekonomi yang sekarang ini bekerja di sebuah firma perbankan yang terkemuka di Malaysia . Saya bertanggung jawab untuk menguruskan dana yang berjumlah RM45.2 juta untuk tujuan pelaburan dalam dan luar negeri. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin, saya ingin berkongsi pengalaman dan pengamatan saya mengenai pengurusan ekonomi di Malaysia .

Sebagaimana yang kita tahu, kegiatan ekonomi yang lancar merupakan tunggak kekuatan dan kemajuan sesebuah negara. Namun demikian, banyak dasar dan keputusan ekonomi negara tidak dibuat dengan teratur serta banyak melibatkan kepentingan kroni. Akibatnya, harga barangan asas terus menaik yang menjejaskan majoriti rakyat.

Kuasa beli rakyat semakin rendah sedangkan harga barangan dan perkhidmatan semakin meningkat. Ini akan membawa kepada peningkatan inflasi yang seterusnya akan memberi tekanan kepada kadar faedah. Sebarang peningkatan kadar faedah akan melembapkan pertumbuhan ekonomi. Dan sekiranya inflasi lebih tinggi daripada kadar simpanan, maka kita akan melihat simpanan kita terhakis.

Laporan Buku Tahunan The Global Competitiveness Report 2007-2008 (sebuah penerbitan Forum Ekonomi Dunia) telah meletakkan Malaysia berada pada kedudukan ke-21 di dunia dari segi persaingan global. Walau bagaimanapun laporan yang sama meletakkan Malaysia ke tempat 69 dari segi bebanan hutang, tempat 54 dari segi kadar inflasi, prestasi bank, ke 33.

Fakta-fakta ini menunjukkan tahap pengurusan ekonomi di Malaysia masih lagi lemah jika hendak dibandingkan dengan senarai 131 buah negara. Dengan trend harga barang yang terus meningkat kesan daripada peningkatan harga tol dan minyak tahun demi tahun sudah pasti akan menjejaskan ranking negara Malaysia ke tempat yang lebih buruk. Apa yang lebih membimbangkan adalah, kesan tingginya inflasi ini bakal membebankan rakyat jelata yang rata-rata bukanlah dari golongan yang berada.

Kita boleh melihat betapa bahayanya kesan daripada ketidakkecapan pengurusan ekonomi boleh membawa kepada peningkatan kes-kes samun, rompak, rasuah, penipuan dan sebagainya. Hal ini demikian kerana rakyat sudah terdesak dan terpaksa melakukan apa saja demi untuk menyambung survival mereka dalam keadaan semua harga barangan dan minyak meningkat.


Kegagalan Besar UMNO/BN Dalam Ekonomi

Gagal mengawal peningkatan harga minyak walaupun Malaysia adalah pengekspot minyak. Dari tahun 2000 - 2006, harga minyak telah meningkat dari RM1.10/liter (tahun 2000) hingga RM1.92/liter (tahun 2006) iaitu peningkatan sebanyak 75% dalam masa 6 tahun.

Gagal menyekat harga tol yang meningkat tahun demi tahun. Walaupun kerajaan berjanji tiada peningkatan tol pada tahun 2008, tetapi tahun 2009 akan pasti menyaksikan peningkatan harga tol yang seterusnya. Kerajaan membelanjakan lebih 300 juta ringgit wang rakyat setahun untuk membayar konsesi tol.

Gagal menyekat kenaikan harga barangan asas hasil daripada kenaikan harga minyak dan tol. Kenaikan harga barangan ini terpaksa dibayar oleh segenap lapisan rakyat walaupun sebahagian daripada mereka tidak menggunakan jalan bertol terutamanya mereka yang tinggal di kampong-kampung.

Statistik menunjukkan pendapatan isirumah kaum India RM3,215, lebih tinggi daripada purata kebangsaan RM3,022, dan juga kaum bumiputera RM2,522. Ini jelas menunjukkan UMNO tidak bersungguh-sungguh malah telah gagal menaikkan taraf hidup orang Melayu setelah 50 tahun memerintah.

Duit rakyat dihabiskan hasil daripada ketidakcekapan pengurusan ekonomi:

Pengagihan projek yang tidak telus - dikuasai oleh kroni2 Patrick Lim dan Kamaluddin - taman tamadun islam, penang global city center

Pembangunan Koridor Ekonomi dengan angka tidak masuk akal - jumlah RM1 trillion, Dari manakah BN mendapat duit sebanyak itu, sedangkan pembinaan jambatan Pulau Pinang yang kedua yang berharga kurang 3 billion pun terpaksa meminjam wang daripada Negara China.

Hutang Kerajaan Persekutuan terus meningkat dari RM146 billion kepada RM165 billion.


dan klik sini gaks..ahaks...KLIK SINI

Tindakan bijak DAP

on



Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan bahawa masalah antara DAP dengan PKR Sarawak berhubung pengagihan kerusi baru-baru ini, telah diselesaikan. 

Lim, yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata butiran lanjut mengenai perkara itu akan diuruskan tidak lama lagi.

Menurutnya, hasilnya akan diumumkan oleh pemimpin tertinggi Pakatan 
secepat mungkin.

Bercakap kepada pemberita di Pulau Pinang hari ini, Lim berkata pihaknya perlu menggabungkan bersama sumber yang ada untuk menafikan BN majoriti dua pertiga.

Katanya, beliau telah bercakap dengan pemimpin DAP Sarawak dan mereka bersetuju untuk tidak bercakap mengenai perkara itu lagi. - Mkini
Keputusan perbincangan tu katanya cuma akan dibagitau kemudian tapi tengok kepada cara berita tu dilaporkan, aku yakin Guan Eng ambil pendekatan berbincang dengan pimpinan DAP Sarawak supaya beralah kepada tuntutan PKR.

Sebelum ni dilaporkan DAP dan PKR Sarawak bertegang urat pasai pembahagian kerusi. PKR katanya tetap berkeras supaya DAP serahkan kerusi Batu Kawah, Dudong dan Balai Ringin walaupun sebelum tu DAP dah bersetuju serahkan kerusi Padungan dan Senadin.

Setiausaha DAP Sarawak sampai dilaporkan BHarian kata dia tak tolak kemungkinan berlaku pertandingan beberapa penjuru dan pembangkang bertanding menentang satu sama lain.

Tentunya pada perkiraan Guan Eng, tak untung mana pun kalau bertanding jugak dikerusi yang berebut tu dan jadi 3 penjuru termasuk bersama PKR pasai peluang untuk kalah sangat besar. Untuk merealisasikan cita-cita nak nafi majoriti 2/3 pun 1 kerusi amat bernilai, tambah-tambah lagi la kalau ada cita-cita nak tawan Sarawak.

Kalau DAP bersedia lepaskan 2 atau 3 kerusi yang depa berebut tu kepada PKR maknanya peluang untuk menang 2 atau 3 kerusi tu tetap ada. Kalau dua-dua parti berkeras, dua-dua rugi dan BN yang akan untung.

Sekurang-kurangnya, dengan tindakan DAP beralah tu, persepsi yang timbul sekarang ni DAP bukan parti yang tamak dan DAP sanggup beralah untuk memastikan hasrat satu lawan satu dengan BN tercapai. tentu ada punya yang akan termengundi DAP pasai terpesona dengan tindakan DAP tu.

Dalam bab pembahagian kerusi ni, nampaknya PAS yang paling releks. Macam yang aku ada tulis sebelum ni, walaupun PAS mintak 6 kerusi tapi kalau dapat 3 kerusi pun, PAS nampak gayanya macam tak kisah. Kalau dapat 4 kerusi dah boleh dikira bonus besar. Kalau dapat 6 kerusi, PAS pulak akan jadi heran.

http://cenangau.blogspot.com

Bayaran saman ekor boleh dipulang....???

on


Alangkah sengsaranya orang yang dikenakan saman ekor untuk menjelaskan beban yang dikenakan kepada pada hari akhir ia perlu dijelaskan bagi mendapatkan kemudahan separuh denda.
Setiap satu saman dikenakan denda RM300. bagi menunjukkan kerajaan bermurah hati maka diberi tawaran membayar separuh denda saja sehingga minit terakhir bulan Februari 2011.


Saman yang perlu diselesaikan itu bukan sekadar memandu lebih dari had laju yang ditetapkan tetapi melibatkan berbagai kesalahan lalulintas termasuk saman tidak menjelaskan pakir kereta di majlis bandaran tertentu. Ada yang tertonggak lebih seuluh tahun lalu.
Ada orang yang terlibat dalam berbelas saman. Jika ia tidak dijelaskan pada hari 28 Febuari lalu, maka mereka tidak boleh membaharui cukai jalan. Mahu tidak mahu, baik senang atau susah, ia terpaksa dibayar.

Sekalian yang menyerbu pusat membayar saman dua tiga hari sebelum tamat tempoh bayaran saman separuh itu terasa perit dan amat payahnya bagi menjelaskan beban itu. Ia tidaklah seperit yang dialami oleh pelarian warga asing dari Libya untuk mendapat perlindungan di sempadan Tunisia, tetapi ia ada satu ujian kesabaran.
Manusia seluruhnya yang tidak sunyi dari dosa akan teruji dan sengsara yang tidak terkira menunggu waktu diadili di hari mahsyar sehinggalah datang Rasulullah memberi syafaat. Apa yang  dihadapi di pusat membayar saman tiada apa-apa dibandingkan dengan deraan di alam mahsyar, tetapi ia adalah satu deraan dari kerajaan untuk rakyatnya.

Manusia tiada hak untuk membantah pehit di hari mahsyar. Tetapi rakyat ada asas dan hak untuk membantah dera saman ekor itu, tetapi mereka tidak diberi hak sama dengan tiadanya hak membantah di hari mahsyar.
Pakatan Rakyat menyokong jawatankuasa yang ditubuhkan PAS yang dipengerusikan oleh Datuk Mahfuz Omar membantah saman ekor itu berdasar ada saman seperti itu telah ditolak oleh mahkamah, dan orang yang disaman belum tentu bersalah selagi tidak disahkan bersalah oleh mahkamah.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong tuntutan jawatankuasa Mahfuz itu supaya semua saman itu dibatalkan, setiap yang mohon membaharui cukai jalan dibenarkan.
Mahfuz membuat anjuran yang menasabah supaya mangsa saman tidak menjelaskan saman itu. Tetapi masalah akan bertambah payah kiranya saman itu tidak dijelaskan kerana cukai jalan tidak dapat dibaharui. Memandu tanpa cukai memandu menjadi satu kesalahan lagi.
JPJ dan kerajaan menyumbat telinga tidak mendengar bantahan dari mangsa menahan jerat di tempat genting. Bantahan itu ada asasnya.

Maka Presiden PAS membuat tawaran kepada pemilik kenderaan, kiranya Pakatan dapat menguasai Putrajaya, maka saman ekor akan dimansuhkan. Saman separuh itu dilanturkan hingga 10 Mac. Lepas itu saman ekor masih berterusan. Dendanya tetap RM300 atas satu saman.

Jika Pakatan berkuasa saman ekor tidak ada lagi. Tetapi rakyat tetap menanggung beban deraan kerajaan BN itu hingga hari PRU 13. Berjuta-juta duit rakyat disapu oleh kerajaan.
Tindakan kerajaan itu sama seperti anak-anak raja zaman dulu, apabila mereka tidak ada duit, maka mereka mengadakan sekatan di jalan lalu lintas, mengenakan cukai bagi yang melaluinya. Itulah yang diperi bahasakan menahan jepat di tempat genting atau menahan lokah di pergentingan.
Pakatan telah membuat polisi akan membatalkan saman ekor. Tetapi bagaimana dengan berjuta ringgit yang telah disapu oleh kerajaan menjelang hari ujian 28 Februari lalu dan hari-hari selepas itu hingga PRU 13?
Bagaimana dengan korban yang ditanggung fakyat itu?

Tidak berbangkit Pakatan mempolitikkan isu itu. Apa yang Pakatan buat ia satu tawaran membela rakyat dari penindasan menahan jerat di tempat genting. Ia cara mudah bagi kerajaan mendapatkan duit dari poket rakyat.
Rakyat tiada pilihan terpaksa menjelaskan beban dan deraan itu bagi membolehkan membaharui cukai jalan hingga hari PRU 13 nanti. Sama ada mereka ada duit atau tidak mereka terpaksa membayar saman ekor jika mahu motokar bergerak.

Tidak menabah mngajar orang ke jalan raya seperti di Mesir dan di Libya atas kezaliman saman ekor itu. Apa yang Pakatan boleh buat bagi membela rakyat yang diperas ugut itu mendapatkan wangnya semula?
Bagaiman kalau Pakatan menjadikan ia sebagai satu polisi yang berjalan serta merta? Orang yang disaman terpaksa bergada bergolok menyelesaikan saman itu. Amat malang kalau mencari bantuan Along bagi memenuhi beban itu.

Apa kata kalau Pakatan berjanji kiranya ia berjaya mengambil Putrajaya, maka segala denda itu akan dipulangkan, sama ada saman itu dipulangkan melalui tuntutan dengan menunjukkan resit saman itu atau diselesaikan dengan cara dijadikan bayaran cukai jalan apabila membaharui cukai jalan kelak.
Orang yang membayar saman mestilah menyimpan resit bayaran saman supaya dikembarkan ketika membuat tuntutan nanti. Pastikan resit itu jangan dibuang.

Ia adalah satu cadangan yang munasabah kepada Pakatan Rakyat. Ia adalah satu sikap yang selari dengan dasar yang dikemukakan oleh Mahfuz yang minta supaya saman itu dibatalkan atau mangsa tidak menjelaskannya.
Ia juga selari dengan dasar yang dibuat oleh Tok Guru Haji Abdul Hadi bahawa saman ekor akan dibatalkan bila Putrajaya dikuasai Pakatan. Cuma tawaran itu boleh buat lebih awal, semua denda saman ekor yang dijelaskan akan dipulangkan semula apabila rakyat memberi mandat untuk mentadbir Putrajaya.

Ia boleh dimasukkan dalam Buku Jingga.

Haji Abdul Subky Latif

2 jam yang dipertikaikan.....???

on



Misteri 'kehilangan' Datuk Seri Anwar Ibrahim selama dua jam seperti yang dipaparkan laman Twitter dan Facebook pada 21 Februari 2011 masih belum terjawab kerana waktu yang dipaparkan pada kedua-dua laman berkenaan tidak sama dan lewat sejam.

Justeru, penafian Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung persoalan mengenai ‘kehilangan’ Anwar tidak memberikan gambaran yang sebenar.

Masa yang dicatatkan melalui laman Facebook 21 Februari 2011, waktu sebelum DST (Waktu Musim Panas) yang dipraktikkan di Amerika Syarikat dan Eropah. 

Berikutan itu, waktu yang tertera di Facebook lebih awal daripada waktu yang dicatatkan di Malaysia. 

Perkara itu diulas penulis blog, Dr Novandri Hasan Basri, dalam laman blognya http://novandri.blogspot.com bagi menjawab penjelasan yang dikemukakan Rafizi dalam sebuah portal berita online kelmarin yang mendakwa Anwar tidak hilang antara jam 10.38 malam hingga 11.06 malam pada tarikh itu, iaitu masa dikatakan adegan seks membabitkan pemimpin kanan pembangkang dirakamkan di sebuah hotel di Kuala Lumpur. 

“Rafizi menyembunyikan satu fakta yang penting iaitu tidak menyebut 'kehilangan' Anwar selama dua jam iaitu antara jam 8.20 hingga 10.40 malam(seperti tercatat di Facebook). 

“Disebabkan DST berlaku sebelum 13 Mac, waktu di Facebook lebih awal daripada waktu Twitter di Malaysia, maka waktu Facebook yang didakwa Rafiziperlu ditambah satu jam,” katanya yang dipetik dari laman blognya semalam. 

Novandri berkata, ramai yang masih tidak faham mengenai DST yang menyebabkan waktu di Facebook adalah lebih awal daripada Twitter pada 21 Februari di Malaysia. 

“Waktu musim panas, dikenali di Amerika sebagai DST, adalah sistem yang bertujuan untuk ‘menyimpan cahaya siang hari’ pada musim panas dan oleh sebab itu di Eropah sistem ini dikenali sebagai ‘Waktu Musim Panas’. 

“Waktu rasmi dimajukan (biasanya) satu jam lebih awal daripada zon waktu rasmi dan dilakukan selama musim bunga dan musim panas. Hal ini bertujuan untuk lebih menyesuaikan waktu ketika hari masih terang dengan waktu kegiatan kerja dan sekolah,” katanya. 

Sehubungan itu, katanya, selepas 13 Mac, masa Facebook turut dipercepatkan (ditambah) selama satu jam, tetapi Malaysia tidak lagi mempraktikkan DST sejak 31 Disember 1981, maka waktu Malaysia tidak berubah. 

“Perlu ditekankan di sini sekali lagi, jika Twitter menunjukkan waktu yang tepat, standard dan semasa tetapi waktu di Facebook menunjukkan waktu yang lebih awal dari sebenarnya,” katanya. -BH


'Di manakah Anwar Ibrahim?' PKR kemuka bukti

Pejabat PKR hari ini tampil memberi urutan catatan Twitter dan Facebook oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membuktikan ketua umum parti itu berada di rumah dan berhubung menerusi alam siber ketika rakaman sebuah video lucah dikatakan berlangsung di sebuah hotel.

Dua akhbar kawalan Umno, Utusan Malaysia dan New Straits Times hari ini mendakwa tidak ada catatan Twitter atau Facebook Anwar pada 21 Februari antara jam 10.23 hingga 10.45 malam – masa yang dikatakan adengan seks membabitkan pemimpin kanan pembangkang dirakamkan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Pengarah Strategi Komunikasi PKR Rafizi Ramli dalam satu kenyataan menyertakan bukti dari petikan skrin akaun Facebook Anwar yang menunjukkan beliau menghantar pesanan ke akaun Twitter dan disambut oleh pengikutnya pada 21 Februari lalu.

Tertera adalah catatan yang dimaksudkan:

1040 malam: “Inshaallah” 
1049 malam: “That's d Najib's plan. Our task: pursue reform agenda”
1050 malam: “Varsity students: Conscience of the majority” 
1052 malam: “Modus operandi of rogue leaders”
1058 malam: “Bisa”
1103 malam: “Waras”
1103 malam: “Ada ruang bias ja”
1105 malam: “Ngak. Tapi ada sampaikan kuliah di UGM” 
1108 malam: “RT @gst183 Revolution is the festival of d oppressed”

Jelas Rafizi, masa yang dicatatkan di Facebook adalah dua minit lebih lambat dari masa pesanan sebenar di akaun Twitter kerana menggunakan khidmat 'Selective Tweets'.

Sembilan pesanan

Rafizi berkata, Anwar menghantar sembilan pesanan ke akaun Twitternya di antara jam 10.38 hingga 11.06 malam.

Waktu rakaman video berkenaan adalah antara 10.20 hingga 10.41 malam.

“Semua laporan setakat ini oleh mereka yang menonton rakaman tersebut tidak menyebut mengenai si pelaku sedang melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan ke akaun Twitter,” jelas beliau.

Malah Rafizi menegaskan pesanan-pesanan yang dihantar dan dilampirkan jelas adalah pesanan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang itu sendiri kerana lenggok bahasa dan interaksinya dengan pengikut-pengikutnya diketahui umum.

“Oleh yang demikian, mustahil si pelaku yang dirakam di dalam video adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Rafizi berkata ada pihak termasuk blog upahan Umno mendakwa wujud perbezaan masa sejam di antara catatan di laman Facebook dan laman Twitter.

Bohong besar

Itu kata beliau adalah pembohongan besar yang direka cipta kerana hakikatnya adalah Anwar di rumah dan berinteraksi melalui Twitter pada masa yang didakwa.

“Saya sertakan dua petikan skrin yang diambil dari laman Twitter dan Facebook Datuk Anwar yang menunjukkan bahawa pesanan yang dibuat melalui laman Twitter akan dihantar ke laman Facebook dua minit kemudian.

Oleh itu kata beliau, penjelasan-penjelasan ini sudah cukup untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia betapa hinanya akhbar-akhbar milik Umno itu yang tanpa segan silu menyiarkan fitnah tanpa usul periksa, asal dapat menyebarkan dakyah tuan punyanya iaitu Umno.

“Dengan pendedahan ini, PKR mendesak Utusan Malaysia memohon maaf dan sekiranya enggan berbuat demikian, PKR akan mempertimbangkan tindakan lanjut untuk diambil terhadap Utusan Malaysia dan penulis blog Umno tersebut,” katanya.

Dalam laporan muka depannya hari ini bertajuk “Di Manakah Anwar Ibrahim” akhbar kawalan Umno itu mendakwa Ketua Pembangkang 'hilang' kira-kira dua jam pada 21 Febuari lalu, kerana tidak ada catatan dalam Twitter dan Facebooknya.

Niat jahat

Rafizi berkata, laporan itu jelas berniat jahat, dan bertujuan untuk menyambung fitnah dan serangan Umno ke atas Anwar dan Pakatan Rakyat.

Menurut Rafizi, tembelang Utusan Malaysia yang melambangkan rendahnya kawalan mutu kewartawanan.

“Malah isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya menjawab ringkas dengan menyatakan rasa terkejut dengan skandal terbaru suami beliau,” katanya di dalam blog http://novandri.blogspot.com.

Menurut Datuk T yang mendedahkan rakaman video seks Isnin lalu ia dirakamkan di sebuah hotel di ibu negara pada 21 Februari lalu. -mk


Ulasan 

Katalah benar 2 jam Anwar "hilang", hotel terdekat mana yang Anwar pergi, lakukan kerja terkutuk itu dan kemudian balik, yang hanya memakan masa 2 jam?

Naik apa? Motorsikal dengan membonceng Velentino Rossi? Super Lumborghini? Jumbo jet? 

Atau Anwar mempunyai keistimewaan sebagaimana pak menteri dan polis boleh memasang dan membunyikan siren pada kenderaannya meredah lampu trafik dan supaya orang lain ketepi di jalanraya untuk memberi laluan kepadanya supaya cepat sampai ke hotel berkenaan?

Justeru itu, keseluruhan episod video seks tersebut JELAS satu rekaan, satu konspirasi yang dilakukan oleh Datuk T yang disokong kuat oleh UMNO termasuk para blogger yang mencari sedikit habuan populariti dan tumpang sekaki dengan harapan jerat dan fitnah itu menjadi.

Dari segi teknikalnya sahaja sudah out, video hitam putih. Kenapa hitam putih sednagkan kedai runcit paling cokia pun sekarang ini guna CCTV berwarna? Sebab tidak mahu bagi nampak sebarang kesan "doctored" ke atas video berkenaan.

Dah ler pelakon yang diambil tidak menepati ciri-ciri fizikal Anwar, cuma wajahnya sahaja yang berjaya diubah.

UMNO hidup bertunjangkan fitnah. Itulah kebenarannya!



Sesungguhnya mereka yang memfitnah mukmin yang lelaki mukminah yang perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka ke atas mereka neraka jahanam, dan azab yang membakar. (Al-Buruj 85:10)

Di sebalik lumpuhnya tentera udara Gaddafi

on

REVOLUSI di Libya berlaku selepas kejayaan revolusi di Tunisia dan di Mesir. Muammar Gaddafi telah menyaksikannya dan telah mempelajarinya.
Dia telah melihat Zine Al Abidene Ben Ali dan Hosni Mubarak. Mempertahankan diri pun tak selamat, menyerah seperti tuntutan para demonstran pun tidak selamat.

Komen Gaddafi sebelum tercetus revolusi di Libya, tidak mungkin tercetus revolusi di Libya seperti di Tunisia dan di Mesir kerana rakyat Libya mengasihinya.

Tidak sampai seminggu lepas dia berkata, rakyat Libya pun bangun hingga berjaya menguasai sebahagian bandar besar di Libya kecuali di Tripoli.

Gaddafi rupanya sudah tertipu dengan rakyatnya sendiri. Ketika dia menyangka rakyat Libya menyayanginya, rupanya sebahagian besar dari mereka membencinya.

Ketika kebanyakan kota besar jatuh ke tangan pemberontak, dia masih memberitahu rakyat Libya dan penduduk dunia, rakyat Libya masih menyayanginya. Yang ramai membantah itu, mengikutnya, adalah orang yang dihasut oleh Al-Kaedah.

Dia pura-pura percaya rakyat bersamanya ketika dia hanya masih menguasai Tripoli.

Rakyat yang menunjuk perasaan itu tidak bersenjata. Dia dapat bertahan di Tripoli kerana rakyat tidak bersenjata, sedang dia menguasai senjata. Sekiranya dia tidak bersenjata, dipercayai sudah lama penduduk menguasai Tripoli seperti kota-kota lain.

Kota-kota lain jatuh ke tangan orang yang tidak bersenjata kerana tentera yang menguasai senjata tidak mahu menggunakan senjata, bahkan mereka berpaling tadah menyertai rakyat yang memberontak.

Penduduk dan tentera di Tripoli mengaku setia kepadanya kerana dia berada di situ dan dia dikawal oleh tentera upahan yang mengancam sesiapa saja yang tidak setia kepadanya.

Dia enggan memenuhi tuntutan rakyat supaya berundur kerana dia menyangka dia masih disayangi rakyat tetapi dia mengaku akan menentang kebangkitan itu hingga ke laki-laki terakhir dan perempuan terakhir.

Ini bererti dia bersedia untuk berperang dengan rakyatnya sekali pun dia tahu rakyat sudah tidak bersamanya lagi. Dan sekarang dia sudah pun mengerahkan tentera yang setia kepadanya untuk mematahkan daerah yang sudah jatuh ke tangan pemberontak dan menggunakan pesawat pejuang yang ada untuk mengebom bandar yang menentangnya.

Tentera yang berpaling tadah kini mulai membekalkan senjata yang ada kepada pemberontak dan menubuhkan pasukan tentera rakyat, memberi latihan asas peperangan bagi menentang dan membebaskan Tripoli daripada penyokong Gaddafi dan bagi menangkis kiranya tentera Gaddafi cuba menyerang kawasan yang sudah dibebaskan.

Agak sukar bagi rakyat menghadapi Gaddafi dalam waktu yang singkat kerana ia menguasai tentera udara. Ia boleh menggunakan pesawat pejuang untuk menentang rakyat.

Gaddafi kini cuba bertahan dengan sokongan yang rapuh oleh orang yang mengaku setia kepadanya. Dia tidak dapat mengagak berapa lama golongan yang sudah jadi minoriti itu boleh bertahan menentang penentang yang majoriti.

Jika menteri dan diplomatnya sudah berpaling tadah, maka tiada jaminan orang yang mengaku setia itu akan kekal bersamanya. Mereka juga mahu menikmati udara kebebasan yang mulai dirasa oleh mereka yang berjaya membebaskan diri dari kegerunan Gaddafi.

Gaddafi tidak teragak-agak untuk menggugurkan bom ke atas penentangnya bagi mengekalkan kuasanya. Dia sedia menumpah darah hingga tinggal dia dan keluarganya.

Dia boleh menjadikan Libya padang jarak dan padang terkukur kerana dia ada kapalterbang. Ini mendorongkan rakyat minta bantuan asing khususnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Tentunya Amerika dan Eropah boleh mengambil kesempatan untuk campur tangan. Gaddafi suka kalau kuasa asing campur tangan bagi dijadikan alasan betapa yang menentangnya itu adalah kuasa asing.

Tetapi rakyat Libya yang memberontak itu menolak campur tangan Amerika dan Nato seperti di Iraq dan di Afghanistan. Yang mereka mahu sekadar sekatan kepada Gaddafi menggunakan ruang udara bagi mengebom rakyat. Guna apa jua cara supaya Gaddafi tidak dapat menggunakan pesawat.

Gaddafi boleh menentang orang yang menentangnya tetapi jika yang menentangnya adalah seluruh rakyat, maka Gaddafi tidak boleh menjadi pemimpin kepada makhluk yang bukan manusia atau rakyat yang amat minoriti.

harakahdaily

MAKLUMAN........

on Mar 23, 2011

ATAS SEBAB SEBAB KESIHATAN BLOG INI TIDAK DAPAT DIKEMAS KINI KAN MENGIKUT  PERKEMBANGAN SEMASA. BLOG INI AKAN BEROPERASI SEPERTI SEDIA KALA APABILA  KEADAAN KESIHATAN MENGIZINKAN. HARAP MAAF.

http://maemahi.blogspot.com

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List