Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan bahawa masalah antara DAP dengan PKR Sarawak berhubung pengagihan kerusi baru-baru ini, telah diselesaikan.
Lim, yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata butiran lanjut mengenai perkara itu akan diuruskan tidak lama lagi.
Menurutnya, hasilnya akan diumumkan oleh pemimpin tertinggi Pakatansecepat mungkin.
Bercakap kepada pemberita di Pulau Pinang hari ini, Lim berkata pihaknya perlu menggabungkan bersama sumber yang ada untuk menafikan BN majoriti dua pertiga.
Katanya, beliau telah bercakap dengan pemimpin DAP Sarawak dan mereka bersetuju untuk tidak bercakap mengenai perkara itu lagi. - Mkini
Keputusan perbincangan tu katanya cuma akan dibagitau kemudian tapi tengok kepada cara berita tu dilaporkan, aku yakin Guan Eng ambil pendekatan berbincang dengan pimpinan DAP Sarawak supaya beralah kepada tuntutan PKR.
Sebelum ni dilaporkan DAP dan PKR Sarawak bertegang urat pasai pembahagian kerusi. PKR katanya tetap berkeras supaya DAP serahkan kerusi Batu Kawah, Dudong dan Balai Ringin walaupun sebelum tu DAP dah bersetuju serahkan kerusi Padungan dan Senadin.
Setiausaha DAP Sarawak sampai dilaporkan BHarian kata dia tak tolak kemungkinan berlaku pertandingan beberapa penjuru dan pembangkang bertanding menentang satu sama lain.
Tentunya pada perkiraan Guan Eng, tak untung mana pun kalau bertanding jugak dikerusi yang berebut tu dan jadi 3 penjuru termasuk bersama PKR pasai peluang untuk kalah sangat besar. Untuk merealisasikan cita-cita nak nafi majoriti 2/3 pun 1 kerusi amat bernilai, tambah-tambah lagi la kalau ada cita-cita nak tawan Sarawak.
Kalau DAP bersedia lepaskan 2 atau 3 kerusi yang depa berebut tu kepada PKR maknanya peluang untuk menang 2 atau 3 kerusi tu tetap ada. Kalau dua-dua parti berkeras, dua-dua rugi dan BN yang akan untung.
Sekurang-kurangnya, dengan tindakan DAP beralah tu, persepsi yang timbul sekarang ni DAP bukan parti yang tamak dan DAP sanggup beralah untuk memastikan hasrat satu lawan satu dengan BN tercapai. tentu ada punya yang akan termengundi DAP pasai terpesona dengan tindakan DAP tu.
Dalam bab pembahagian kerusi ni, nampaknya PAS yang paling releks. Macam yang aku ada tulis sebelum ni, walaupun PAS mintak 6 kerusi tapi kalau dapat 3 kerusi pun, PAS nampak gayanya macam tak kisah. Kalau dapat 4 kerusi dah boleh dikira bonus besar. Kalau dapat 6 kerusi, PAS pulak akan jadi heran.
http://cenangau.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment