Seorang tua pendendam......Dendam kesumat terhadap Anwar.....

on May 2, 2011

Ramai yang sudah yakin bahawa projek menghapuskan Anwar Ibrahim dari dunia politik tanah air kita adalah sebuah projek politik mega yang tidak pernah dan tidak akan mati sehinggalah pemimpin politik yang berani menentang Umno ini dilenyapkan sama sekali.  Kalau yang mahu dimusnahkan itu lalang ― yang dimusnahkan bukanlah sekadar batang dan daunnya yang kelihatan dek mata kasar ― hatta akar umbi rhizomnya pun mereka racuni semahu-mahunya.  Biar pupus petualang jalang, namanya lalang itu.


Dalam episod 1998, seorang mantan Menteri Besar Kedah pernah menyatakan secara terbuka dalam kumpulan yang kecil bahawa Anwar Ibrahim itu hanyalah seekor nyamuk sesat yang memudharatkan waktu tidur.  Tidak lebih daripada itu, hanya seekor nyamuk.  Dalam tahun 1998 juga, seorang rakan sekolah, mantan orang besarnya KCS,Kedah Civil Service mendakwa bahawa paling lama,  fenomena Anwar Ibrahim ini bertahan ialah tiga bulan.  Setelah edah itu berlalu, Anwar Ibrahim ― sama seperti mantan para penentang Umno yang lain sebelumnya akan menjadi bahan sejarah.  Para penentang Umno ini dilupakan kerana mereka semua telah kematian pengaruh (simply sublimed and perished into oblivion, facing its natural death).        

Ramai yang sering menyatakan betapa takutnya Umno itu kepada pengaruh dan perjuangan Anwar Ibrahim itu.  Ramai yang telah melihat betapa ketakutan itu membuat sekian ramai  mantan penguasa dan penguasa sedia ada,  tidak dapat tidur lena.  Namun ramai yang tidak dapat melihat betapa besarnya nyala dendam kesumat itu meraung-raung dan menggelupur di dalam jiwa-jiwa yang kosong tandus lagi bejat itu.  Ramai yang gagal melihat betapa kebejatan dendam kesumat itu menjadi dorongan yang paling besar untuk sebuah projek politik yang maha mega pula: Menghapuskan seorang Anwar Ibrahim.   

Lihatlah bagaimana seorang Perdana Menteri seperti Abdullah Badawi itu saban waktu dicemuh semahu-mahunya,  secara terbuka pula oleh seorang mantan Perdana Menteri.  Bagi orang itu dosa yang paling besar Abdullah Badawi ialah membebaskan seorang Anwar Ibrahim.


ii.


Dengan latar yang sedemikian, apakah pilihan yang ada di depan kita?  Atau mungkin soalan pertama yang lebih relevan yang harus dijawab ialah: Bagaimana mahu kita melihat atau tanggapi Anwar Ibrahim itu sendiri?  Dalam konteks ini terdapat wisdoma generasi dulu yang berbunyi kira-kira begini:  Jika mahu ketahui betapa buruknya sesorang itu, bertanyalah kepada musuhnya.  Ertinya kita boleh saja senaraikan sekian banyak nama yang pernah bersama-samanya tetapi kini telah lari dan berlindung di kemnya musuh.  Mungkin tidak ada satu pun jawapan yang molek tentangnya yang kita perolehi.

Katakanlah sebagai seorang manusia Anwar Ibrahim itu kaya sekali dosa dan kesalahannya.  Lalu siapakah kita yang mahu menjadi hakimnya?  Apakah kita ini orang-orang bersih suci tanpa sebarang dosa?  Apakah orang itu nabi yang mahu disanjung angkat begitu tinggi sekali?  Ya, dia hanyalah seorang manusia biasa yang sudah diuji sedemikian rupa.  Sepanjang ingatan kita tidak ada seorang manusia pun di negara ini yang pernah didera sedemikian rupa dengan sedemikian hebatnya.  Apa lagi yang tidak digunakan untuk memusnahkannya?  Dalam konteks sejarah moden ini, mungkin tidak ada sesiapa pun yang dapat menandinginya dalam soal-soal penderaan oleh sebuah pemerintah yang zalim.

Inilah peluang terbaik yang pernah kita miliki sejak lebih setengah abad kita merdeka.  Bagi kita  ketika ini dialah salah seorang calon terbaik yang kita miliki yang mampu membawa perubahan yang kita perjuangkan dan kita harap-harapkan itu.  Ertinya dialah yang menjadi taruhan serta harapan kita untuk sebuah masa depan yang lebih baik.  Dialah peluang yang kita miliki sekarang ini. 

Itulah sebabnya kenapa Umno begitu nekad mahu memusnahkannya walau dengan apa cara sekali pun.   


iii.

Dalam masyarakat binatang kita sentiasa temui kebinatangannya.  Apakah itu pelik?  Manusia yang binatang juga meniru gaya dan kaedah para binatang ini.  Bapa gajah yang mahu dimusnahkan akan diasingkan oleh gerombolan harimau itu supaya senang dilaukkan. 

Persoalnnya di sini ialah: Bagaimanakah Pas dan Dap melihat seluruh episod pembahaman seperti ini?   

Pas dan Dap juga selesa menjadi pemerhati yang setia?

Apakah Pas dan Dap mahu melihat Ormas(Organisasi Massa)/NGO yang memikul tanggungjawab ini?  Sila maklumkan secara terbuka bahawa Anwar Ibrahim itu bukanlah urusan kalian.





Step down or face street demos, Taib warned

on


MoCS is preparing to unleash a people’s power revolution to oust Taib if he does not step down by the deadline the movement has set.



KUCHING: Sarawak Chief Minister Taib Mahmud, fresh from retaining the state for Barisan Nasional in last month’s state polls, is set to face a new challenge – this time from a local organisation that wants him to step down by Aug 13, or face street protests ala Egypt.

The Movement for Change, Sarawak (MoCS) is preparing to unleash a people’s power revolution to oust Taib if he does not step down by the deadline the movement has set.

The Sarawakian NGO wants Taib to hand over power to Parti Bumiputra Sarawak (PBB) deputy president Abang Johari Openg.
“Failing which, MoCS will lead a people’s revolution in Sarawak before or after Aug 13. It means that we will organise massive mass demonstrations in the state capital on a scale never seen,” said MoCS chief Francis Paul Siah.

“Our allies in Pakatan Rakyat and other NGO of the Rainbow Coalition of Sarawak NGOs (Rango) are ready. We will be seeking help from our allies in Kuala Lumpur, NGO groups in KL and there is a great possibility there would be simultaneous protests in Kuching and KL,” he added.

He noted that there were about 200,000 Sarawakians living in Peninsular Malaysia.
“If Taib wants to know, even members of his own family are with MoCS to organise the street protests. That is the truth. We are talking about close family members,” he said.
He assured the government and the police that the street demonstrations would be peaceful but they are prepared to be on the streets for weeks, if the Chief Minister does not comply with their demands.
“We are willing to stay on the streets for one week or even longer, if necessary. Pressure must continue to mount against a despotic regime like a Taib Mahmud regime on Sarawak,” he said.
Enough with lies

Siah accused Taib of a hollow victory in the recent state election for having “used high-handed tactics and the mobilisation of state apparatus” to garner a win which saw him being pit against his cousin, Salleh Jaffarudin and PKR’s Suriati Abdullah in Balingian.

Taib won the Balingian seat with a majority of 2,215 votes, less than half of his previous win of 5,726 majority votes during the 2006 state election.

“It is a fact that most Sarawakians want him to go, that’s a fact. We also know that KL wants him to go, that is also a fact. Even BN leaders want him to go.

“You ask the Chinese. It’s not like they oppose SUPP … they just don’t like Taib Mahmud that’s all. He is the number one factor for the Chinese to oppose him. It is very clear. It is not because SUPP has done so much harm and wrong to the Chinese, it’s Taib,” he said.
Siah also called MCA vice president Gan Ping Siew and Umno Youth chief Khairy Jamaluddin, both who have expressed support for Taib’s resignation, to support the mass demonstrations.

“The bottom line is that he has been lying and lying to the people of Sarawak. He has continuously lied.
“We have enough of those lies. We are not fools anymore. Sarawakians are no longer fools to be taken by his lies.
Taib has said that he would step down in the mid-term after having identified a team of young successors.




Polis halang ceramah Anwar di Gelang Patah.....???

on


JOHOR BAHRU: Polis menghalang ceramah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Dahlia, Gelang Patah malam tadi dengan mengarahkannya memendekkan ucapan.

Kira-kira 200 anggota polis termasuk bahagian trafik dilihat berkawal di sekitar kawasan ceramah. Manakala jalan menuju ke lokasi turut ditutup dalam jarak 300 meter.
Sebelum itu, Anwar turut dihalang untuk berceramah di Markaz Pas Kampung Ulu Pulai, menyebabkan pihak penganjur memindahkan lokasi ke Taman Dahlia.
Jarak antara dua lokasi berkenaan sejauh 30 kilometer, menyebabkan  orang ramai yang ingin hadir terperangkap dalam kesesakan teruk.
Turut hadir Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng, Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohammad dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau.

Anwar dalam ucapannya sempat menyelar kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional, khususnya Kementerian Dalam Negeri kerana menjalankan dasar autokratik kerana menyekat kebebasan bersuara.
“Apa maknanya ini. Apakah mahu ikut perangai Mubarak? Apakah rakyat tiada pilihan lain? Sokong Umno dan Barisan Nasional, atau ditangkap.
“Jelas ini  adalah atas arahan oleh Menteri Dalam Negeri. Mereka takut kepada kebangkitan rakyat, lalu mereka cuba menakut-nakutkan (rakyat).
Secara sinis Anwar berkata, beliau ‘diawasi’ pihak polis sejak memimpin gerakan mahasiswa.
“Saya ini memang sentiasa ‘dijaga’ oleh polis. Dari zaman mahasiswa di Universiti Malaya, jadi Timbalan Perdana Menteri sampailah sekarang ini pun.
“Apakah rakyat ini hamba yang buta dan tuli? Tidak dibenar untuk dengar sebarang penjelasan? Bila kita ada kuasa, kita fikir negeri ini kita yang punya. Sekarang ini ada budaya baru, mahu ugut orang pula,” ujarnya.
Beliau dalam masa sama memberi amaran kepada pimpinan Umno-Barisan Nasional supaya tidak terlalu angkuh dengan memperalat polis bagi mempertahan kuasa.

“Kita ini perintah negara ikut undang-undang. Tindakan apa sampai begitu sombong dengan meletakkan lori polis di depan tempat ceramah?
“Yang letakkan kamu sehingga ke peringkat itu, bukan semata-mata kerana kamu, tetapi rakyat. Dan rakyat yang berkuasa untuk menurunkan kamu,” kata Anwar.
Terdahulu sebelum itu, Anwar menyampaikan ucapan di Konvensyen Keadilan negeri di Pulai Spring Resort dan merasmikan ibu pejabat baru Keadilan negeri Johor di Bandar Baru Uda.

Biarlah Kita Hina Kerana Menuntut Ilmu - Bob Lokman

on

Kehinaan yang kita tempuhi dalam perjalanan mencari ilmu tidak mengapa kerana nanti ilmu itu akan memuliakan kita. Saya amat menyukai suasana sebegini.

Di sekolah-sekolah kelolaan PAS sahaja kita akan jumpa, masjidnya lebih besar dari sekolah. Banyak sekolah-sekolah yang didirikan kerajaan, muridnya 3,000 orang tapi suraunya boleh memuatkan Cuma 200-300 orang. Mengambarkan sembahyang bukan suatu agenda penting kerajaan.
Saya mengakui bahawa saya bukan seorang bapa yang berilmu tetapi saya inginkan sistem yang ada boleh mendidik anak saya menjadi seorang yang baik. Tak kisah nanti mereka nak jadi apa, doktor, loyar, polis atau apa sahaja, yang penting mereka mesti kenal Allah.”

Itulah antara nasihat yang dilontarkan Saudara Bob Lokman ketika program sepetang bersama Bob sempena Ihtifal Tahunan Muassasah Matla’in Badrain, Jabi petang semalam. Ihtifal yang menjadi agenda kalendar tetap tahunan Muassasah kelmarin 30 April 2011, mengorbankan 6 ekor lembu dan dihadiri ribuan penduduk dari sekitar Besut, Setiu, Pasir Puteh malah ramai tetamu dari kawasan yang lebih berjauhan turut mengunjunginya.

Perkampungan Muassasah Matla’in Badrain di Kampung Pasir Tawar, Jabi yang menempatkan Ma’ahad Tahfiz Wa Ta’alim Matla’in Badrain, kini menjadi tempat menuntut ilmu bagi kira-kira 50 orang pelajar dengan mengamalkan konsep pusat pendidikan bersepadu, tahfiz, agama dan akademik. Sebahagian besar pembiayaannya adalah dari sumbangan orang ramai.

Kehadiran Bob pada petangnya ternyata begitu mengujakan dan beliau diberikan sambutan meriah oleh pengunjung yang tak putus-putus ingin bergambar dan bersalaman dengannya. Kemeriahan majlis pada petangnya turut diserikan lagi dengan kehadiran Dato’ Haji Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu dan Ustaz Mohd Pauzi Muda, Yang Dipertua PAS Kawasan Setiu.

Dato’ Abu Bakar Chik pula, dalam ucapannya yang penuh bersemangat di atas kapasitinya sebagai Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat menekankan pentingya institusi pendidikan rakyat ini dipertahankan. Walaupun berdepan dengan kedhaifan prasarana, kekurangan tenaga manusia, infrastruktur yang serba sederhana, isu kebajikan para pelajar dan guru tetapi dengan sokongan semua pihak, kita terus maju ke hadapan. Telah pelbagai mehnah dan tribulasi dilalui, semua ini memantangkan kita.

Berucap mewakili pihak Muassasah, Ahli Lembaga Pengarah Ma’ahad Tahfiz Wa Ta’alim Matla’in Badrain yang juga Ahli Jawatankuasa Lujnah Pendidikan PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim menegaskan tiada ummat yang boleh maju kehadapan sekiranya individu manusia di dalamnya tidak dibina. Bagi pendokong gerakan Islam, Muassasah Matla’in Badrain ini adalah milik dan tanggungjawab kita bersama. Jatuh bangunnya adalah sebahagian maruah perjuangan kita. -drazmanibrahim


Trio 3 Badigol penyebar fitnah....

on



Polis, SKMM buru individu muat naik video seks......m'siakini

Polis telah melancarkan siasatan bagi mengesan individu yang memuat naik sebahagian lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata siasatan polis mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah dimulakan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak lama selepas berita mengenai klip video aksi seks itu tersebar di internet.

"Sehingga kini kita masih belum kenal pasti identiti mereka yang memuat naik klip itu," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini.

Ditanya sama ada polis telah menerima laporan berhubung penyiaran klip terbaru itu, Khalid berkata walaupun sehingga kini tiada laporan polis dibuat mengenainya tetapi polis masih boleh menjalankan siasatan.

"Tidak semestinya laporan perlu dibuat. Siasatan masih akan dijalankan. Perkara yang paling penting adalah mencari siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini," katanya.

Semalam heboh diperkatakan mengenai penyiaran sebahagian lagi rakaman video seks dengan durasi 47 saat yang dikatakan melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang yang telah dimuat naik di internet antaranya di laman web perkongsian video disukai ramai YouTube and beberapa blog.

Pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama juga dipercayai melibatkan individu yang sama tersebar luas di internet.........

SEBAGAI WARGA YANG BERTANGGUNG JAWAB DAN PATUH KAPADA KELUHURAN PERLEMBAGAAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG MAKA DI PAPARKAN INDIVIDU-INDIVIDU BERKENAAN BAGI MEMUDAHKAN KERJA SIASAT POLIS DAN SKMM...KALAU TUKANG CIPTA, TERBIT DAN TAYANG DIKENALI SEBAGAI DATUK "T"... YANG INI DIPANGGIL DENGAN NAMA TIGA BADIGOL "P"....Papa Gomo @ Mohammad Norzamrizal,House Pk @Parpu Kari @Mohammad Salim Iskandar danPas Beruk @ Mohammad Shamsul Azrai......KETIGA-TIGA MEREKA AMAT AKTIF MUAT NAIK VIDEO KLIP YANG DIMAKSUDKAN SAMA ADA DIBLOG MEREKA ATAU DI FACEBOOK......SEMOGA MAKLUMAT INI MEMBOLEHKAN SIASATAN TEGAS, ADIL DAN BERHEMAH DAPAT DIJALANKAN....RAKYAT MEMBERIKAN SEPENUH KEPERCAYAAN KAPADA PIHAK POLIS DAN SKMM MENJALANKAN SIASATAN TANPA GENTAR DAN BERPIHAK...


sumber
Bumiputera Berjaya's 







Sudah nasib, wanita perlu ‘bertelanjang’ untuk bersukan...

on

ADEGAN seorang lelaki asyik menonton siaran langsung sukan renang (air) dan gimnastik di kaca televisyen dimarahi isterinya kerap menjadi bahan lakaran kartunis. Bukan apa, isteri meradang melihatkan keasyikan si laki melihat tubuh wanita yang terbabit dalam acara sukan berkenaan.

Memang dunia sukan menampilkan atlet wanita yang memakai ‘seadanya’ dalam acara berkenaan dan kini ditambah lagi dalam acara seperti bola tampar pantai, malah dalam acara olahraga pun pesertanya tampil dengan pakaian menyamai coli dan seluar dalam.


Sesetengah atlet wanita Malaysia masih kekal dengan singlet dan seluar pendek tetapi sesetengah yang berani sudah mengikut rakan mereka dari Barat.

Dalam acara badminton, biasanya peserta wanita tampil dengan baju-T dan seluar pendek. Mulai 1 Mei ini pemain wanita dikehendaki memakai skirt pula – itulah kod pakaian baru Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Semua pemain wanita perlu memakai skirt pada kejohanan Grand Prix dan kejohanan utama yang menurut IMF akan menjadi daya tarikan kepada sukan tersebut. Apa tak tertariknya lelaki kerana apabila pemain melompat, akan terangkat-angkatlah skirt itu dan berdebar-debarlah hati dan terbelalaklah biji mata mereka!

Demikianlah betapa sukan moden mengeksploitasi tubuh wanita. Tetapi wanita sendiri tidak bantah, malah suka pula, jadi apa boleh dilakukan?

Dalam isu ini, tidak terdengar pula pemimpin dan aktivis-aktivis wanita yang biasanya lantang bersuara, menyatakan bantahan. Mungkin mereka suka agaknya. Apabila mereka suka, takkan kita ini yang hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong nak ke depan?

Namun sukacita kita nyatakan dalam bab berhubung pakaian ahli sukan wanita ini, pemimpin dan aktivis Iran kerap ke depan bagi memperjuangkan hak wanita untuk berpakaian sempurna ketika bersukan. Tidak lama dulu, Persekutuan Bola Sepak Iran memperjuangkan agar anggota pasukan bola sepak wanita mereka diberi hak untuk mengenakan pakaian menutup aurat sepenuhnya (termasuk bertudung kepala) pada satu kejohananan antarabangsa di Singapura.

Iran juga pernah menganjurkan Sukan Negara-Negara Islam yang membabitkan atlet wanita yang menutup aurat sepenuhnya di tempat tertutup pula. Di kejohanan-kejohanan antarabangsa pun wanita Iran muncul dengan pakaian menutup aurat.

Jika pemerintah Iran bertegas, bagaimana pula sikap kita, termasuklah individu (atlet) sendiri? Jika atlet Bahrain, Rugaya Al-Ghasari istiqamah berhijab sekalipun bertanding di Sukan Olimpik, bagaimana ahli sukan kita?

Jika Rugaya yang menjuari acara 200 meter Sukan Asia di Doha beberapa tahun lalu boleh berhijab, apalah sangat diri kita yang masih terhegeh-tegeh mencari medal di Sukma atau Sukan Sea sehingga sanggup pakai seluar dan baju katuk!

Jika wanita Islam sendiri tidak bangkit menyatakan ketidakadilan badan-badan sukan antarabangsa lebih-lebih lagi yang ada dalam negara, siapa pula mahu memperjuangkan harga diri dan maruah mereka? Nak harapkan pemimpin dan aktivis berfikiran sekular...usah haraplah!




UMNO kehilangan kawan dan terdesak – Harun Taib

on


Kuala Terengganu – Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat dan juga Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu menganggap pimpinan UMNO sengaja memancing perhatian rakyat untuk menjalin kerjasama dengan parti PAS setelah rakan baik UMNO (MCA dan Gerakan) tidak lagi memberikan sokongan padu kepada UMNO dalam Barisan Nasional (BN).

Datuk Harun Taib berkata kita diminta mengulas kenyataan Dato’ Seri Najib berhubung ucapan beliau meminta PAS meninggalkan Pakatan Rakyat. 

“Najib (Dato’ Seri  Najib) rasa dia (UMNO) akan kehilangan kawan (sokongan dalam Barisan Nasional). (Disebabkan) MCA dan Gerakan sudah tidak mahu (bekerjasama) dengan UMNO, jadi dia (UMNO) (men)dekati PAS.” Ujar Datuk Harun Taib.
“PAS tidak akan bekerjasama dengan UMNO selagi parti itu tidak mengubah dasar perjuangan mereka kepada Islam. Jika UMNO ubah dasar, barulah PAS akan bersedia berbincang.”  Tambah beliau.
“Kalau belum ubah dasar (UMNO) tidak akan dikira berbincang” tegas Datuk Harun Taib.

PAS tidak rugi berada dalam Pakatan Rakyat seperti yang disebut oleh Dato’ Seri Najib semalam kata beliau dan Datuk Harun juga menafikan hanya DAP sahaja yang mendapat keuntungan besar dalam Pakatan Rakyat.

“PAS masih kekal di Kelantan dan menambahkan bilangan kerusi, PAS memerintah di Kedah, PAS diberikan kerusi Menteri Besar di Perak sebelum ini. PAS juga mendapat bahagian yang sewajarnya di Selangor.  Malah PAS mendapat sokongan yang besar daripada pengundi bukan Melayu. Jadi tidak timbul soal rugi seperti yang disebut oleh Najib (Dato’ Seri Najib)” tegas Datuk Harun.

“Jadi macam mana beliau boleh kata kita (PAS) tak dapat apa-apa? Mungkin Najib terlupa sebut perkara itu dan sebenarnya banyak lagi yang kita dapat” ujar beliau.

Datuk Harun Taib bukan sahaja menafikan kenyataan Dato' Seri Najib malah Datuk Harun menyebut bahawa yang rugi sebenarnya adalah BN kerana BN kehilangan 4 buah negeri (sebelum ini 5) dalam mengakhiri kenyataan beliau. 




MCA: UMNO sila keluar dari BN...???

on


Nampaknya dah tak tenang lagi parti-parti BN apabila semakin dekat pilihanraya umum. Sudah menang di dun Tenang, sudah memerintah di Sarawak. Taib Mahmud relax aje. BN yang sakit kepala. Makin dekat dengan PRU dok ingat kalah aje... dok kekalutan dan ketakutan, bimbang kuasa akan hilang dari tampuk pemerintahan. Pergolakan dalam BN kini mula timbul ke permukaan. 

Masing-masing parti yang berteraskan rasis perkauman mereka berusaha untuk menarik kaum mereka dan menjadi hero serta tonggak kabilah mqasing-masing sehingga kekadang bertembung aspirasi perjuangan perkauman mereka.

MCA tolak PAS sertai BN jika kekal dasar Islam

MELAKA, 1 Mei — Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menutup pintu menyertai Barisan Nasional (BN) kepada PAS kecuali ia sanggup menggugurkan prinsip-prinsip negara Islamnya terlebih dahulu.

Dr Chua berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedar bahawa partinya tidak akan menerima PAS menukar Malaysia menjadi sebuah negara Islam.

“Pendirian MCA adalah sangat jelas bahawa kami tidak akan menerima PAS dalam usaha mereka menjadikan negara ini negara Islam. Kami tidak akan menerima yang itu dan Perdana Menteri juga memang sedar akan pendirian MCA ini,” kata beliau.
“Mereka boleh menyertai BN jika mereka sanggup menggugurkan dasar menjadikan negara ini sebagai negara Islam,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.
Semalam, Najib berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jikapun tidak memutuskan untuk tidak menyertai BN.
Sehubungan itu Perdana Menteri mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam Pakatan Rakyat, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada DAP.

Serba tak kena BN hari ini. Umno dok bawak bakul ke hulu ke hilir mengajak melayu bersama. Chua Soi Lek dok libas pedang cinanya. Selepas menyerang Utusan Melayu dan mendesak digugurkan hak-hak orang melayu dan bumiputera kini menyerang Pas pula. Hello apek! Kesian le Abang Najib tu.. beliau dok merayu-rayu untuk Pas masuk BN. Yang ko dok pecah tembelang BN tu apa pasal? Chua Soi Lek dah le gagal menarik undi cina kepada BN. UMNO dok sibuk menarik undi melayu, tak pasal-pasal pulak MCA dok halang. Nampaknya terdedahlah tembelang Umno selama ini. Gabungan BN, yang untung adalah MCA. Tidak sebagaimana tuduhan Umno terhadap Pas bahawa pakatan Pas dengan DAP yang untung adalah DAP.

Begitu juga selama ini dakwaan apabila Umno berceramah dikalangan orang melayu bahawa Umno adalah parti Islam. Memperjuangkan Islam. Hari ini terlondehlah bahawa Umno pengkhianat kepada islam. Cabaran Presiden sekaranglah masanya Umno nak tegakkan Islam, ketika mereka sedang memegang kuasa. Habis kepada tak laksana? Kerana Umno takut dengan ugutan MCA. Walaupun Pas tak bersedia bersama BN tetapi awal-awal MCA menolak Pas jika membawa dasar Islam. MCA masih bersedia dengan UMNO dalam BN kerana mereka tahu bahawa Umno mengkhianati Islam dan MCA tahu bahawa PASlah yang benar-benar nak melaksanakan Islam. Inilah signal awal. Kalau Umno nak melaksanakan Islam diharap Umno keluar dari BN. Atau dalam ertikata… kalau orang Islam benar-benar nak melaksanakan Islam di Malaysia, harap bersamalah PAS.

Sebab itu MCA ingin menjadi hero untuk menghalang Islam tertegak diMalaysia. Kesepakatan Konvension Pakatan Rakyat yang menerima Islam sebagai agama rasmi, Kesultanan Melayu serta bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan hak-hak bumiputera mengambarkan sikap DAP sebenar. Apatah lagi pemerintahan di Pualau Pinang sendiri mengambarkan sikap permusuhan sebenar terhadap umat Islam adalah MCA. Tentangan sebenar kepada perlaksanaan hukum Islam adalah dari kalangan MCA. Habis apa orang Islam tunggu. Diharap semua orang Islam dapat bersama dengan Pas, sebagai parti Islam dan yang benar-benar memperjuangkan Islam.



http://ustsaifulbahri.blogspot.com/





Obama dakwa Osama meninggal dunia...

on

Pemimpin Al-Qaeda Osama Laden dibunuh pada Ahad di Abottabad, Pakistan dalam peristiwa tembak-menembak melibatkan pihak Amerika syarikat, kata Presiden Barack Obama.

"Saya boleh beritahu kepada rakyat Amerika dan dunia bahawa Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu menjalankan operasi yang membawa kepada pembunuhan Osama bin Laden," kata Obama dalam stesen televisyen Amerika dalam pengumuman ringkas sembilan minit.


Menurut Obama, perisikan Amerika tahun lalu mendapat tahu bahawa Osama, yang merancang serangan pada 11 September 2011 berada di Pakistan.

"Minggu lepas, kita dapati telah cukup maklumat" untuk melancarkan serangan, kata Obama.

Operasi itu dilancarkan pada Ahad "atas arahan saya," kata Obama. Selepas tembak-menembak, Osama terbunuh dan mayatnya disimpan oleh pihak Amerika Syarikat.

Obama mengucapkan terima kasih kepada kerjasama Presiden Pakistan Asif Ali Zardari dan pihak berkuasa keselamatan Pakistan yang "membawa kami kepada bin Laden".

"Keadilan telah dilaksanakan," kata Obama. "Kematian Bin Laden menandakan kejayaan yang signifikan hari ini... usaha menumpaskan al-Qaeda," kata Obama.

Bekas Presiden Amerika Syarikat George W Bush meminta Rumah Putih mengucapkan tahuan atas kematian itu, lapor CNN.

Bekas Presiden Bill Clinton pula menggelarkan perkara itu sebagai "sangat penting, bukan untuk keluarga mangsa serangan 11 September dan serangan lain al_qaeda, tetapi untuk seluruh dunia yang mahu bersama-sama membina masa depan yang aman, bebas dan sesuai untuk anak-anak."

Rakyat Amerika kini mula berkumpul depan Rumah Putih sambil mengebarkan bendera dan menyanyikan lagu kebangsaan Amerika Syarikat.

Senat negara itu sebelum ini menawarkan hadiah RM50 juta untuk nyawa Osama. Ia direstui oleh Bush sebagai presiden pada masa itu.
Sementara itu, wakil stesen al-Jazeera di Pakistan melaporkan ada di kalangan rakyat negara itu yang menganggap berita kematian Osama sebagai khabar angin.



TONGGANG LANGGANG

on


Semuanya sudah terbalik - Yang betul nampak salah, yang salah nampak betul




Kita tidak payah untuk membuat andaian bila pilihanraya akan tiba. Akhirnya ia akan tiba juga. Masa masih panjang sehingga tamat penggal sekarang ini. Bagi PM Najib untuk membuat keputusan memanggil pilihanraya bukan kerja yang mudah apatah lagi dalam situasi politik hari ini. Sebagai pemimpin yang sedang berada di tampuk kuasa beliau lah yang akan menentukkan tarikh dan waktu untuk memanggil pilihanraya itu.
PM Najib tentunya akan melihat dari berbagai-bagai aspek sebelum membuat keputusan dan keputusan itu hanya akan dibuat sesudah beliau yakin yang rakyat sedang bersama kerajaan pimpinannya. Dalam keadaan sekarang PM Najib masih belum mendapat ilham kerana politik negara termasuk yang melibatkan parti-parti dan ahli-ahlinya yang berada di dalam BN sendiri belum lagi berada di tahap yang meyakinkan.

Bagaimana PM Najib hendak mengadakkan pilihanraya sekarang? Masalah terlalu besar yang ada di hadapannya termasuklah masalah beliau sendiri. Najib sedang berhadapan krisis kepimpinan yang sangat besar kerana beliau tidak dapat menguasai sokongan padu dari dalam UMNO itu sendiri serta tidak mampu untuk mengawal tingkah dan laku pemimpin-pemimpin di dalam komponen BN itu sendiri.

Najib tidak ada ‘privilege’ untuk membuat keputusan dengan tenang dan aman kerana beliau terlalu terpengaruh dengan pengaruh dari tepian parti seperti pengaruh bekas pemimpin raksaksa negara dan banyak lagi elemen yang mengganggu beliau di dalam membuat keputusan dengan sendiri. Pendeknya Najib bukan bermasalah dengan musuh yang terang, tetapi beliau bermasalah dengan harimau yang menghendapnya dari celah belukar dan semak.

Apabila persepsi ramai melihat Najib sebagai seorang yang kurang diyakini maka ramai di kalangan pemimpin yang tinggi dalam hairaki parti begitu jelas sedang mengambil ‘position’ politik bagi menyesuaikan dengan keadaan jika Najib mengambil tindakan untuk berhenti dan terus bersara. Oleh kerana tradisi di dalam UMNO itu memudahkan orang nombor dua mengambil alih di atas nama peralihan kuasa secara aman, maka sudah ramai pula yang sekarang menghampiri Muhyiddin kerana Muhyiddin adalah ‘putra mahkota’ UMNO sekarang ini.

“Bang, marilah bergiat balik bang. Nampaknya Muhyiddin akan mengambil alih dan abang bolehlah aktif balik. Muhyiddin sedang mengesut sedikit demi sedikit kepada kerusi yang diduduki oleh Najib bang” Kata seorang pemimpin bahagian dengan yakin. Saya menjawab, “Terima kasih lah bro, abang kau ni dah berehat dan menunggu mati aje. Kau bergiatlah. Abang nak tengok juga sejauh mana politk kau boleh pergi. Abang kau ni dah ramai cucu. Biarlah duduk jauh-jauh dan jadi pemerhati sahaja sambil-sambil menjaga cucu. Kalau abang nak komen abang komen melalui blog abang. Itu cukup dah!”

Kata-kata pemimpin bahagian itu, kalau dikaji betul-betul membayangkan ada pihak dalam UMNO sendiri yang ingin melihat Najib itu bersara secepat mungkin kerana ada orang yang sedang menunggu untuk mengambil alih kerusi yang di duduki Najib itu. Kabarnya usaha itu secara halus di dalangi oleh orang yang berpengaruh untuk memudahkan Muhyiddin menjadi PM dalam kadar yang segera kononnya untuk menyelamatkan UMNO dari ditinggalkan oleh orang Melayu.

Itu masalah dalaman UMNO. Masalah di kalangan parti-parti komponen di dalam BN juga merupakan masalah yang tidak boleh di abaikan oleh pucuk pimpinan BN di Kuala Lumpur. Keretakan di kalangan parti-parti di Sabah sudah mula dikesan dan sudah dizahirkan oleh LDP supaya UMNO tidak lagi menjadi ketua kepada BN di negeri itu. Mampukah keretakan ini dihalang dari menjadi pecah dan terbelah, belum lagi dapat dipastikan. Yang pasti keretakan wujud di kalangan parti-parti dalam komponen BN itu sendiri.

Oleh yang demikian saranan Najib untuk PAS bekerjasama dengan BN memang tidak salah. Tetapi masalahnya UMNO hanya mahu bekerjasama dengan PAS semasa keadaan terdesak sahaja. Semasa dalam keadaan kuat UMNO tidak melakukan usaha memperkuatkan kekuatan yang sedia ada tetapi di sebaliknya memaki PAS dan pimpinannya setiap kesempatan yang ada. Semua ulamak PAS dipersendakan kerana orang sudah ramai Melayu memilih PAS kerana parti itu mengambil landasan Islam dalam perjuangannya.

Dalam keadaan terdesak barulah UMNO hendak mencari PAS sedangkan dengungan kutukan pemimpin dan penyokong UMNO masih kedengaran di mana-mana. Apabila PAS ada ‘apprehension’ nya untuk menerima tawaran itu maka PAS juga yang di kutuk dan dikata dengan bermacam panggilan. Kita seolah-oleh bersikap dan berperangai seladang….kalau berjalan di hadapannya kita akan ditanduknya, tetapi apabila berjalan di belakangnya kita akan ditendangnya.

PAS mempunyai pengalaman bersama UMNO di dalam BN dahulu kerana UMNO hampir pupus semasa pilihanraya 1969 dahulu. Semasa itu UMNO terdesak maka PAS diminta untuk bersama dan PAS setuju. Tetapi apabila PAS sudah bersama maka PAS dianggap sebagai masalah pula. Dr Mahathir telah mengakui ini beberapa hari yang lalui di Alor Setar yang PAS membawa masalah kepada BN semasa itu. Itulah sebabnya PAS ditendang keluar dari BN.

Sekarang perasaan terdesak UMNO itu kembali semula dan meminta PAS kembali bekerjasama dengan UMNO. Jika PAS kali ini menolak adakah itu salah PAS lagi? Kita telah membuktikan yang kita tidak selesa dengan perjuangan yang dilandaskan agama itu dan lebih mesra dengan parti-parti liberal seperti parti-parti di dalam BN sekarang. Maka itu juga hak UMNO untuk memilih. 

Tetapi apabila UMNO cuba hendak menggunakan PAS kembali maka hak PAS untuk menolaknya jangan dipersoalkan lagi. PAS ada pengalaman bersama UMNO ini. PAS pun ada juga sedikit harga diri dan tidak mahu dipergunakan oleh UMNO hanya semasa mereka terdesak. Pemimpin PAS juga manusia biasa seperti pemimpin UMNO. Mereka ada perasaan dan perasaan itulah yang perlu kita fahami.


Aspan Alias


Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List