Bukan Pihak Pembelaan Yang Melenggah-Lenggahkan Perbicaran........

on Aug 10, 2011



Liwat II: Temubual saksi bekas polis dibatalkan

MACAM ADA YANG TAK KENA AJER....


Temubual peguam pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof (bawah, kiri) yang dijadualkan hari ini telah dibatalkan.

NONEIa berikutan bantahan daripada pihak pendakwaan mengenai kehadiran ketua pembangkang itu pada temubual berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan kepada peguam Anwar oleh pegawai penyiasat kes berkenaan DSP Jude Blacious Pereira.

Karpal Singh dan Sankara Nair, yang juga sebahagian daripada pasukan pembelaan berkata perkara ini belum pernah terjadi.

"Kehadiran Anwar diperlukan kerana beliau adalah orang yang dituduh dan mempunyai hak untuk berada di sana,” kata Karpal.

"Beliau perlu hadir kerana kami mungkin perlu mendapatkan arahan daripadanya. Ini, saya tekankan, belum pernah terjadi sejak saya menjadi peguam dan ini kali pertama,” katanya.

Menurut Karpal, beliau terpaksa memperbetulkan persepsi bahawa bukan pihak pembelaan yang melenggah-lenggahkan perbicaran kerana bantahan dibuat oleh pihak pendakwaan.

"Kami mahu kes berjalan secepat mungkin,” katanya.

Peguam Cara Negara II Datuk MohdNONEAbiden, yang mengetuai pihak pendakwaan dalam SMS berkata kehadiran anwar tidak diperlukan.

Karpal berkata Yusof mahu berjumpa dengan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, untuk arahan selanjutnya berhubung perkara itu.

"Kita akan tunggu pihak pendakwaan berjumpa hakim, kerana mereka tidak boleh berbincang dengannya secara sendirian. Kami juga perlu hadir bersama.”

Karpal berkata Jude juga memberitahu bahawa enam lagi saksi telah dijadualkan untuk ditemubual esok tetapi tidak memberikan butirannya.

Semalam, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan tempoh seminggu oleh pihak pendakwaan untuk membolehkan pihak pembelaan menemu bual 15 saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Musa dan Rodwan.
azlanAnwar pada 16 Mei lalu diperintahkan membela diri selepas mahkamah memutuskan bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat itu, adalah saksi yang bercakap benar dan berwibawa.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008, terhadap pertuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama. 





malaysiakini




RAMALAN ATAU KHAYALAN

on



Pakatan mampu rampas 100 kerusi Parlimen


JANGAN MIMPI SIANG HARI DAH LE.....




Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu mungkin melonjakkan pungutan kerusi bagi Pakatan Rakyat daripada 75 sekarang kepada 100 pada pilihan raya umum akan datang, kata penganalisis politik Wong Ching Huat. 


Pada seminarnya di Universiti Monash, Sunway hari ini, Wong yang juga ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 berkata peralihan sokongan itu adalah kerana reaksi rakyat terhadap tindakan kerajaan BN yang mengubah sentimen mereka di sejumlah 55 kerusi marginal yang dimenangi kedua-dua pihak.


NONE


"BERSIH telah meningkatkan peluang Pakatan di 20 kerusi yang dimenang tipis oleh BN dan memperkuatkan kedudukan Pakatan di 33 kerusi (marginal) milikinya sebelum ini,” katanya.


Wong berkata jumlah berkenaan adalah hasil rumusannya berdasarkan demografik pengundi dan corak pengundian pada pilihan raya umum 2008 dan juga beberapa pilihan raya kecil yang lalu.
Beliau juga menjangkakan corak yang sama akan berlaku di kerusi-kerusi milik calon Bebas seperti di Wangsa Maju, Nibong Tebal dan Bayan Baru yang terletak di kawasan bandar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.


Berdasarkan perkiraannya juga, beliau menjangkakan Datuk Ibrahim Ali akan hilang kersi parlimennya di Pasir Mas di Kelantan.


Selain itu, Wong juga menjangkakan PSM akan mengekalkan kerusinya di Sungai Siput, yang dimenangi dengan majoriti kecil berikutan penahanan ahli parlimennya Dr D Jeyakumar yang ditangkap mengikut Ordinan Darurat. 


azlan


"Secara demografik ia adalah kerusi yang bahaya (untuk Jeyakumar) tetapi penahanan itu telah memberi manfaat kepada Jeyakumar, terutamanya undi simpati. Beliau akan terus mendapat undi masyarakat India dan menang dengan lebih selesa,” katanya kepada Malaysiakini selepas seminar itu.


Katanya dua kerusi milik SAPP lebih sukar diramalkan.


azlan


Wong juga berkata Pakatan dijangka akan mengekalkan secara marginal kersi di Sibu, Kuantan dan Indera Mahkota, tetapi bukan kerana BERSIH 2.0 tetapi isu lain seperti kilang pemprosesan bumi nadir Lynas, khususnya di Pahang.




malaysiakini





TIRU MACAM SAYA

on




http://www.nbc.com.my/blog/wp-content/uploads/2011/06/budget-2012-najib-tun-razak.jpg


Bajet alternatif Pakatan Rakyat akan berasaskan kepada tiga realiti utama yang membelenggu orang ramai, termasuk hakikat bahawa 60 peratus isi rumah Malaysia berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong yang mewakili DAP dalam Jawatankuasa Bajet Pakatan Rakyat berkata dua lagi realiti yang menjadi teras bajet alternatif itu adalah krisis ekonomi antarabangsa memberi impak kepada rakyat Malaysia, dan dasar-dasar Barisan Nasional yang lebih memihak kepada kroni, dan bukannya rakyat.


“Daripada tiga realiti itu, jawatankuasa ini akan menghuraikan sedikit demi sedikit setiap minggu sebelum dibentangkan sebagai alternatif kepada bajet kerajaan BN yang akan dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak nanti,” katanya kepada Roketkini.
Selain Liew, DAP turut diwakili oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dalam jawatankuasa itu. Anggota-angota lain adalah Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad dan Timbalan Yang Dipertua PAS Negeri Sembilan Dr Rosli Yaakob bagi pihak PAS, dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua dari PKR.

Liew menjelaskan tiga realiti itu menggambarkan kehidupan majoriti rakyat Malaysia yang sentiasa tertekan akibat kos sara hidup dan perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.
Dalam kesempitan hidup sedemikian, katanya, kerajaan BN tidak pula mempedulikan nasib mereka.
Justeru, beliau berkata bajet itu sebenarnya adalah strategi alternatif untuk meletakkan dasar-dasar yang membawa kesejahteraan untuk semua rakyat Malaysia.

“Realiti-realiti ini memerlukan dasar-dasar baru yang tidak memihak kroni. Dan kami berharap dasar-dasar kami ini akan memberi impak positif untuk semua,” katanya.
Pakatan Rakyat bercadang untuk membentangkan bajetnya sebelum Bajet 2012 dibentangkan oleh kerajaan BN di Parlimen kerana mahu setiap rakyat tahu dan sedar apa yang ditawarkan kepada mereka.
“Malah, kalau BN berhasrat untuk tiru bajet kami, mereka boleh tiru. Kita tiada masalah kalau mereka tiru dasar kita.

“Inilah budaya baru yang kami mahu ketengahkan, iaitu budaya berbincang dasar dan persaingan dasar yang sihat dan ilmiah supaya kesimpulan yang baik dapat dicapai. Dan yang terbaik itu perlu dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan demi kebaikan rakyat,” katanya.
Liew berkata BN perlu mengubah dasarnya kerana tumpuan berlebihan kepada kroni mereka telah menjejaskan kehidupan rakyat.

“Kita faham mengapa BN suka tolong bagi projek kroni. Ini adalah kerana kroni itu pula akan tolong BN dengan beri banyak wang untuk menang pilihan raya.
“Tetapi apa guna pertolongan seperti ini jika rakyat jelata yang menderita akhirnya,” tambahnya.
Beliau memberi contoh syarikat korporat Bernas yang memonopoli import eksport beras dan padi serta dikawal dan keuntungannya hanya dinikmati oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sahaja.
“Beras merupakan makanan asasi rakyat Malaysia, tidak wajar ia dikawal oleh hanya satu syarikat swasta yang memonopoli tanpa saingan sihat daripada syarikat-syaraikat lain,” katanya. – 

Roketkini.com





BANYAK NYA

on



Lebih 1.5 juta pekerjasa asing didaftar




Seramai 1,548,798 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pekerja asing sah telah didaftarkan di bawah program penyelesaian menyeluruh pendatang asing tanpa izin (PATI) atau Program 6P
sehingga semalam. 

Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Alwi Ibrahim berkata daripada jumlah itu, 834,233 adalah mereka yang didaftarkan menerusi Program Pendaftaran Pekerja Asing Sah.

Di Sabah, jumlah PATI yang telah didaftarkan sejak 18 Julai lalu adalah seramai 157,966, katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya hari ini.

Alwi juga berkata satu kaunter setempat telah diwujudkan di ibu pejabat kementerian di Putrajaya bermula semalam bagi menangani semua masalah teknikal yang dihadapi 336 syarikat pengurus yang mengendalikan pendaftaran.

Kaunter tersebut dikendalikan kakitangan kementerian dan wakil syarikat pembekal yang bertanggungjawab terhadap pengurusan sistem perisian yang digunakan dalam Program 6P.

- Bernama

NAK TIPU BIARLAH BERPADA

on







Dewan Pemuda Pas Kawasan Titiwangsa (DPPKT) mendesak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan kewujudan beberapa lagi pengundi bertindih di parlimen itu. Menurut Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, carian pihaknya mendapati terdapat beberapa individu yang mempunyai nama yang sama dalam daftar pemilih SPR. “Ada beberapa individu mempunyai 1 kad pengenalan lama tetapi memiliki dua pengenalan baru yang sama, nama yang sama dan mengundi di dua parlimen yang berbeza,” katanya dalam satu kenyataan media.


Beliau memberi contoh nama seperti SA’AD BIN SAMSUDIN, yang memiliki no kad pengenalan lama iaitu 1479323.





Kad pengenalan barunya pula adalah 380913105681 dan 510913105553. Beliau mempunyai dua hak mengundi iaitu di Parlimen Titiwangsa dan Parlimen Setiawangsa. Contoh kedua, terdapat seorang wanita yang memiliki kad pengenalan lama yang sama iaitu 4802777, tetapi memiliki kad pengenalan baru berbeza iaitu 550620055800 dan 560620055412.

Beliau bernama SHODAH BINTI ABDUL RAHMAN dan mempunyai kelayakan mengundi dua kali di Parlimen Titiwangsa. Contoh ketiga, seorang lelaki bernama MOHAMAD BIN ISMAIL, memiliki kad pengenalan lama 8370614 dan dua kad pengenalan baru, iaitu 540405025757 dan 540405025095 dan memilik hak kelayakan mengundi di Parlimen Setiawangsa dan Parlimen Titiwangsa.

Contoh keempat melibatkan seorang lelaki bernama ANDERSON A/L P ARPUTHANATHAN. Yang memilik kad penganalan lama yang sama iaitu A0831847 dan dua kad pengenalan baru yang berbeza iaitu 671117106499 dan 671117105963. Beliau mempunyai hak kelayakan mengundi di Parlimen Setiawangsa dan Titiwangsa.

Manakala contoh kelima pula seorang pemegang kad pengenalan lama yang sama iaitu 7877951, dan mempunyai kad pengenalan baru yang berbeza iaitu 491006045672 dan 491006015094. Pengundi perempuan ini bernama CHELLAMAH A/P MURUGESU boleh mengundi di Parlimen Setiawangsa dan Titiwangsa.

Menurut Suhaimi, dengan lima contoh yang didedahkan ini, cukup untuk membuktikan bahawa terdapat usaha untuk membolehkan seorang pengundi mengundi lebih dari dua kali. “Lebih dari itu, ia membuktikan bahawa usaha ini berjalan secara terancang di seluruh negara,” kata beliau.

Justeru pihaknya mempersoalkan bagaimana JPN boleh mendaftarkan kad pengenalan lama yang sama serta mempunyai nama yang sama untuk dua individu yang berbeza. “Atau mungkinkah ia individu yang sama yang mempunyai dua kad pengenalan baru yang berbeza? Bagaimana pula SPR boleh menerima sahaja kesalahan ini tanpa tapisan yang betul terhadap senarai nama yang dibekalkan,” ujar beliau.

Katanya, DPPK Titiwangsa mendesak agar kesemua nama ini dikeluarkan segera dari maklumat data Pemilih di parlimen Titiwangsa. “DPPK Titiwangsa juga mendesak agar JPN menyiasat identiti kesemua individu yang didedahkan ini dan menarik balik kad pengenalan yang dikeluarkan lebih dari satu untuk seorang,” ujarnya.



Selamatkan Melayu...!

on Aug 9, 2011




Duit Zakat Buat Pembangunan…, Orang Islam Miskin Mintak Tolong Kat Kafir...!!





DAP Dan PKR Berebut Kerusi Parlimen...?

on

Ulat Bulu Naik Daun.....!

on

Ular Lidi menelan Ular Sawa....?

on



Air Asia dan MAS





Kg. Baru Bertukar Menjadi Pengundi...?

on

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List