Bukan Pihak Pembelaan Yang Melenggah-Lenggahkan Perbicaran........

on Aug 10, 2011



Liwat II: Temubual saksi bekas polis dibatalkan

MACAM ADA YANG TAK KENA AJER....


Temubual peguam pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof (bawah, kiri) yang dijadualkan hari ini telah dibatalkan.

NONEIa berikutan bantahan daripada pihak pendakwaan mengenai kehadiran ketua pembangkang itu pada temubual berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan kepada peguam Anwar oleh pegawai penyiasat kes berkenaan DSP Jude Blacious Pereira.

Karpal Singh dan Sankara Nair, yang juga sebahagian daripada pasukan pembelaan berkata perkara ini belum pernah terjadi.

"Kehadiran Anwar diperlukan kerana beliau adalah orang yang dituduh dan mempunyai hak untuk berada di sana,” kata Karpal.

"Beliau perlu hadir kerana kami mungkin perlu mendapatkan arahan daripadanya. Ini, saya tekankan, belum pernah terjadi sejak saya menjadi peguam dan ini kali pertama,” katanya.

Menurut Karpal, beliau terpaksa memperbetulkan persepsi bahawa bukan pihak pembelaan yang melenggah-lenggahkan perbicaran kerana bantahan dibuat oleh pihak pendakwaan.

"Kami mahu kes berjalan secepat mungkin,” katanya.

Peguam Cara Negara II Datuk MohdNONEAbiden, yang mengetuai pihak pendakwaan dalam SMS berkata kehadiran anwar tidak diperlukan.

Karpal berkata Yusof mahu berjumpa dengan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, untuk arahan selanjutnya berhubung perkara itu.

"Kita akan tunggu pihak pendakwaan berjumpa hakim, kerana mereka tidak boleh berbincang dengannya secara sendirian. Kami juga perlu hadir bersama.”

Karpal berkata Jude juga memberitahu bahawa enam lagi saksi telah dijadualkan untuk ditemubual esok tetapi tidak memberikan butirannya.

Semalam, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan tempoh seminggu oleh pihak pendakwaan untuk membolehkan pihak pembelaan menemu bual 15 saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Musa dan Rodwan.
azlanAnwar pada 16 Mei lalu diperintahkan membela diri selepas mahkamah memutuskan bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat itu, adalah saksi yang bercakap benar dan berwibawa.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008, terhadap pertuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama. 





malaysiakini




0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List