Showing posts with label Hal Anwar Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Hal Anwar Ibrahim. Show all posts

ADA DALANG BERI TAKLIMAT KEPADA DAILY MAIL DAN MEDIA UK.... "SAYA TAHU KATA ANWAR"...!

on Mar 22, 2014



Anwar hari ini juga menyalahkan BN kerana memberi taklimat kepada media asing termasuk tabloid UK Daily Mail yang menyiarkan berita yang mengaitkan beliau dengan krisis kehilangan pesawat MH370.

Berucap kepada hadirin di Stadium Kajang, Anwar berkata beliau tahu siapa yang diberi taklimat kepada Daily Mail dan media UK.

Menurutnya, apabila artikel itu disiarkan, semua blog Umno dan cybertroopers mula menyerangnya.

Anwar menamatkan ucapannya 20 minit itu, dengan berkata beliau tetap mempertahankan 'Kajang Move' kerana ia akan membuka jalan untuk Pakatan mengambil alih Putrajaya tidak kira apa yang berlaku kepadanya.

Beliau kemudian melaungkan 'Reformasi', sebelum hadirin bersurai. read more

Photobucket

Anwar Patut Mengaku Salah

on May 26, 2012

Akhbar harian kewangan antarabangsa yang amat berpengaruh, menyiarkan pendapatnya yang mengatakan Anwar patut mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu sekiranya beliau percaya perubahan yang dilaksanakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tidak memadai.

Rencana berkenaan bertajuk "Malaysian People's Court, Anwar's civil disobedience and the next election", berpendapat cara lebih jelas untuk meyakinkan orang ramai bahawa PPA merupakan undang-undang yang tidak adil ialah dengan mengaku bersalah dan membayar denda menjelang berlangsungnya pilihan raya umum.




Photobucket

Anwar: Berhenti fitnah saya

on Apr 5, 2012

ANWAR APA KHABAR...?

on Feb 17, 2012

Anwar Kau Jawab Sendiri..................





Photobucket

N3 YANG KU DENGAR :- Kenyataan Media Anwar Ibrahim

on Feb 16, 2012



Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) sedangkan kenyataan penuh selepas itu, “a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.”

(pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disiarkan sepenuhnya. Media, pimpinan UMNO dan Dato’ Seri Najib Razak berterusan menabur fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin

Kenyataan saya kepada Asian Wall Street Journal secara jelas meletakkan aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keadilan, keamanan dan maruahnya dihormati sebagai syarat kepada tuntutan Israel agar keselamatannya dijamin .

Pendirian saya ternyata diterima pimpinan dunia Islam seumpama Kerajaan Arab Saudi seperti yang diungkapkan Menteri Luar nya, Putera Saud al Faisal bahawa:

“This [2002 Arab Peace Initiatve] is the way toward security.. Israel can’t keep the land and want security at the same time. It has to withdraw and give the Palestinians their rights. If Israel does that, the Arab states will put an end to the state of war. That will give Israel its security”.

Baru-baru ini Raja Abdullah dari Jordan juga mengulangi pendirian yang sama:

“The Palestinian right to statehood and their cry for justice and a homeland free of occupation remain the Arab people’s foremost cause. In Jordan, the “final-status” issues—including borders, refugees, security and Jerusalem—are at the heart of our priorities. This means making real the promise of a viable, independent, sovereign Palestinian state, as part of a two-state agreement that resolves all final-status issues and guarantees security for Israel.”

Makanya, persoalan tuntutan jaminan keselamatan Israel yang bersyaratkan kepada keadilan dan keamanan diberikan kepada rakyat Palestin bukanlah perkara baru. Sedangkan saya tuntas mendokong aspirasi rakyat Palestin sekian lama, bermula dari memimpin demonstrasi membantah keganasan Israel yang mendapat dokongan Amerika pada tahun 1973 di hadapan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur dan mewakili Malaysia pada tahun 1983 ke Persidangan PLO di Algiers setelah menerima undangan dari Yasser Arafat.

Pendirian saya tuntas menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keamanan, keadilan dan kehidupan yang bermaruah bertepatan dengan semangat yang disuarakan oleh Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin :

“If Israel withdraws to the ’67 borders, then we will establish a peace in stages.. Number one, we will establish a situation of stability and calm which will bring safety for our people – what (Hamas founder) Sheikh (Ahmed) Yassin called a long-term hudna (truce). If Israel declares that it will give the Palestinian people a state and give them back all their rights, then we are ready to recognise them”.

Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari PAS, Majlis Syura PAS dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin.

Ketetapan PAS yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia. Saya memahami perbezaan pendirian PAS dengan KEADILAN. Parti Islam SeMalaysia berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel.

Walaupun begitu Parti Keadilan Rakyat berkongsi hasrat dengan PAS untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur, yang juga merupakan hasrat seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan.

Ini berbeza dengan adu domba UMNO yang bermuka-muka dan mengambil kesempatan di atas sentimen kuat pro-Palestin di negara ini bagi matlamat politik sempit mereka. Tatkala media UMNO menyerang saya sebagai ejen Israel, Menteri Luar dari UMNO secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara (two-state solution) di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu .

Manakala saya dituding mengkhianati aspirasi rakyat Palestin, Menteri Pertahanan dari UMNO jugalah yang duduk berbincang dengan Menteri Pertahanan Israel pada tahun 2009 , walaupun perkara ini cuba dipadamkan. Namun rakyat tidak lupa bahawa pentadbiran Perdana Menteri bergegas melantik APCO yang turut diterajui Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Malah, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menerus memfitnah saya pernah bertemu Perdana Menteri Israel dan menteri luarnya, Shimon Peres di Paris pada tahun 1994. Pada masa yang sama sesuatu yang tidak dapat dinafikan pimpinan UMNO bahawa Malaysia merupakan rakan dagang Israel ke 15 terbesar. Jumlah dagangan antara Malaysia dan Israel mencecah 667.6 juta Euro.

Sikap bermuka UMNO dalam isu Palestin bukanlah perkara baru, sebab itu saya jelas menyeru sahabat-sahabat dan rakyat

Malaysia supaya menumpukan tenaga membantu meringankan penderitaan saudara-saudara di Palestin.
Derita ini ditanggung setiap hari tatkala rakyat Palestin menyabung nyawa menyelamatkan diri dari serangan dan pendudukan tentera Israel. Ini kenyataan kehidupan seharian seorang rakyat Palestin yang harus kita insafi.

Saban hari, keperluan asas seperti air minuman, makanan, ubat-ubatan, simen untuk pembinaan dan pelbagai keperluan lain tidak dibenarkan masuk ke Gaza akibat sekatan Israel. Sengsaranya rakyat Palestin bila mana 80% dari mereka memerlukan bantuan makanan, 90% hidup dalam kemiskinan, lebih separuh daripada isirumah hanya makan sekali sehari dan lebih 60% kanak-kanak menghidap anemia dan kekurangan zat makanan.

Sebab itu saya yakin bahawa aspirasi rakyat Palestin yang mengambil kira kepayahan seharian mereka seperti yang disuarakan oleh pimpinan-pimpinan mereka wajib dijunjung dan dihargai. Semangat setiakawan rakyat Malaysia yang selari dengan aspirasi itu bukanlah satu pengkhianatan kepada perjuangan mereka, sebaliknya menjadi dokongan utama kepada usaha mewujudkan keamanan dan memberikan keadilan kepada rakyat Palestin.

Oleh kerana itu wajar buat kita memahami, menghargai dan menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang disuarakan melalui dua pertubuhan utama tersebut. Sepertimana pertemuan saya baru-baru ini di Doha dengan Khalid Mashaal, sebelum termeterainya persetujuan bersama tersebut, saya ulangi dokongan saya buat perjuangan rakyat Palestin, Hamas dan Fatah. Manakala pengiktirafan negara Israel tertakluk selagi mana Israel menghormati kedaulatan wilayah dan keselamatan rakyat Palestin.

Justeru adalah mustahak untuk kita sedari suara rakyat Palestin mutakhir ini adalah melalui Hamas dan Fatah sebagaimana yang tertera dalam persetujuan bersama Hamas dan Fatah di Doha hari ini. Persetujuan tersebut antaranya mengungkapkan dokongan terhadap aspirasi rakyat Palestin, pengunduran tentera Israel dari tanah Arab, menghentikan keganasan dan memperakui kewujudan Palestin. Seandainya ini dihormati maka kewujudan Israel akan diiktiraf. Inilah juga semangat yang terkandung dalam kenyataan saya, “a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.” (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin).

ANWAR IBRAHIM
KETUA UMUM
PARTI KEADILAN RAKYAT





Photobucket

N3 YANG KU DENGAR :- Aksi Anwar Meraih Undi Kaum India

on

Pesan orang tua-tua.. kalau nak jadi sokong jangan jadi sokong yang membawa rebah.. yang betul kata betul.. yang salah kata salah..







Bagi yang taksub dengan Anwar Ibrahim mereka mempertikaikan akan kesahehan gambar tersebut.. bagi aku tak perlu dipertikaikan.. sememangnya ia adalah Anwar Ibrahim yang berada dilokasi sambutan perayaan ponggal itu..

Gambar-gambar berikut  dirakam di Kuil Sri Maha Marriamman, Kinta Valley, Batu Gajah, Perak semasa sambutan perayaan Ponggal pada 29.01.2012.






Dr Mohd Nor Manuty Biro Pemantapan Agama Keadilan turut kelihatan. 

Jika Najib disifatkan sebagai menggadai akidah ( baca di SINI) oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini, perkara yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim juga adalah sama kerana perayaan Ponggal ini diraikan oleh kaum India pada pertengahan bulan Januari bagi merakamkan Uttarayan atau pergerakan matahari menuju ke utara. lebih lanjut sila baca di SINI

Jika Tan Sri Harussani berkata menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.

Aku juga boleh berkata Dr Mohd Nor Manuty dari Biro Pemantapan Agama Keadilan sepatutnya menasihatkan Anwar agar tidak hadir atau turut serta dalam perayaan itu...

Tapi.. ada yang kata Ponggal ni bukannya perayaan keagamaan.. dua keping gambar diatas yang disiarkan oleh Blogger UMNO tu macam mana?

Oleh itu.. dalam hal ini lebih afdal rasanya jika Anwar Ibrahim yang menjelaskannya sendiri bukannya Menteri Hal Ehwal Anwar Ibrahim yang jawab!!

Kalau nak tahu siapa Menteri Hal Ehwal Anwar Ibrahim sila baca di SINI



Turut mengesahkan nya Blog Sri Andalas 

Anwar Pula Gadai Akidah Kerana Undi

Photobucket

Anwar Masih Pemimpin Islam

on Feb 15, 2012






Semasa saya menulis ini, Datuk Seri Anwar dan isteri sedang menjadi tetamu kepada dua pemimpin Islam tersohor di dunia, Sheikh Yusuf Al-Qardawi dan juga Khalid Mish'al di Doha, Qatar.

Sheikh Yusuf adalah ulamak terkemuka dan juga ulamak buat Ihwanul Muslimin. Khalid Mish'al pula adalah pejuang dan pemimpin Hamas, organisasi yang memerintah Gaza dan dilabel kontroversi kerana dicop organisasi teroris olih Amerika dan Israel.

Tetapi, dengan taktik yang baru, di mana Khalid telah mula berlembut dengan bersetuju akan 'resolusi 2 negara' (2 state solution), maka kebarangkali  usaha untuk mendapatkan keamanan di rantau itu adalah amat besar.

Dalam tempoh seminggu sahaja, Anwar telah pun menemui pemimpin-pemimpin dunia Islam dalam rangka mengiratkan persaudaraan seperti Perdana Menter Recep Tayyip Erdogan dan kabinet beliau, Ketua Bank Pembangunan Islam, Dr Ahmad Muhammad Ali, pendokong tegar Palestin, Sheikh Abdul Qadir,warga negara Saudi, Imam Masjid di Mekah, pemimpin masyarakat Islam setempat, Sheikh Kabbali, A Gafur Amin, Dr Umar Jamjum dari Universiti  King Abdul Aziz, Dr Abdul Hamid Sulayman, Ulamak Sheikh Ahmad Muhammad Alawi Maliki, dan juga Secretary General OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu.

Apakah makna ini semua? Kita bolih menjawabnya, dengan pertemuan dalam rangka mengiratkan lagi sillaturrahim ini, maka tuduhan parti Umno dan juga kerajaan di mana Anwar adalah kawan, penolong dan talibarut Israel ini terlucut dengan serta merta.

Kedua, rakyat Malaysia harus sedar bahawa Anwar masih lagi pemimpin dunia Islam yang menyokong penuh pergerakan membebaskan Palestin dan juga beliau adalah pemimpin dunia Islam yang bekerjasama erat dengan pemimpin-pemimpin dunia Islam yang lain.

Dengan kejayaan 'Arab Spring' di Tunisia, Mesir dan Yemen di mana pengisian dari revolusi ini adalah diisi oleh orang - orang Islam yang ada kaitan dengan gerakan Islam, dan juga gerakan gerakan Islam yang liberal dan moderat yang menghasilkan dan mengisi  perubahan di Turki, Morocco dan Jordan, kita bolih rumuskan ianya selari dengan usaha yang dibawa olih Anwar di Malaysia.

Walaupun beliau mengasaskan Parti Keadilan Rakyat yang bukannya parti Islam, tetapi dengan perjuangan untuk keadilan sejagat, hak - hak kemanusian, 'transparency' dan 'accountability', yang mana ini adalah nilai-nilai Islam yang murni itu sendiri.

Apatah lagi bilamana usaha ini dapat gandigan Parti Islam Malaysia, PAS.  Rakyat Malaysia berbilang kaum pula tidak perlu bimbang kerana nilai - nilai sejagat dan juga Islam ini jugalah yang diperjuangkan olih gerakan - gerakan pembaharuan di seluruh dunia sekarang ini sehingga terhasilnya 'Arab Spring' di benua Arab.

Oleh itu, masyarakat Islam di Malaysia yang beraspirasikan Islam dalam memerintah sebuah kerajaan tidak perlu sangsi dengan Anwar, malah hendaklah yakin dengan Anwar dalam menegakkan dan memerintah negara dengan beraspirasikan nilai-nilai Islam ini. Dengan itu janganlah mereka terkongkong dengan mentaliti jumud, yang mana Islam adalah Melayu dan Melayu adalah Islam.


Oleh  Zabidi Yusoff  Detikdaily


Photobucket

Anwar Ibrahim Mengail Di Endau?

on Feb 9, 2012



"Betulkah Anwar Ibrahim akan turun ke Endau pada 19 Februari 2012 nanti? Adakah beliau ingin berehat sambil memancing di sana? Entahlah. Elok juga berehat. Main politik memang penat. Laluan ke Putra Jaya amat sendat.
Berita ini menimbulkan dua reaksi berbeza. Penyokong PR pasti gembira. Mereka tahu Anwar akan ambil ruang menemui rakyat di kawasan Dato’ Zainal Abidin, Exco Agama Kerajaan Johor. Pimpinan UMNOBN tempatan pasti tidak ceria meskipun penyokong BN mungkin tidak ambil pot dengan kehadiran tokoh yang bebas dari tuduhan liwat kedua.

Biarlah Anwar memancing di laut. Laut banyak ikan dan ikan tidak boleh mengundi. Apa kata jika Anwar tidak suka mabuk ‘free’. Tentu dia ingin mengail di Sungai Endau walaupun udangnya payah digagau jika bukan pakar air payau. Lebih baik Anwar terus ke hulu. Selain memancing boleh jumpa Orang Asal. Orang Asal sebelah Endau sana bukan tidak ada isu. Mereka bukan bisu. Ertinya Anwar boleh juga memancing undi di darat.

Anwar tidak perlu bimbang jika aktiviti beliau dirancang lebih awal. Macam-macam beliau boleh buat. Ikan, dapat. Bercakap, dapat. Sokongan rakyat, juga beliau akan dapat. Syaratnya, aktiviti dianjurkan oleh Pakatan Rakyat. PAS Mersing sedang kerja kuat. DAP pula sedang bersemangat. PKR juga ingin terlibat. Mereka ingin lihat kehadiran Anwar berehat benar-benar memberi manfaat kepada semua rakyat.

Sudah pasti Anwar tidak akan hadir sendiri. Barangkali pimpinan PAS dan DAP pusat akan sama-sama menyertai aktiviti ini. Bot nelayan banyak. Tambahan pula ramai nelayan di Endau diam-diam menyokong Pakatan Rakyat..

Penulis percaya, Zainal Abidin payah tidur malam. Sudahlah desas-desus beliau tidak dicalonkan lagi makin kuah, tambah pula cerita Pakatan Rakyat buat aktiviti memancing di laut dan di darat.

Dr Latif juga mungkin rasa hendak demam. Sudahlah bingung memikir bagaimana hendak bertanding di DUN Tenggaroh, tambah pula cerita Anwar hendak menangguk undi tidak kira air jernih atau keruh.

Pihak Polis juga mungkin geram. Tengah sedap duduk diam aman tenteram, Anwar pula datang buat ragam. OCPD resah gelisah. Luluskan permit, susah. UMNOBN khasnya Dr Latif naik darah. Tidak beri permit pun susah. Cikgu Roslan dan Ustaz Azam pula marah. Anggota Polis yang malas buat kerja setuju permit tidak diluluskan sebab menurut khabarnya Anwar akan berceramah di Dewan China yang terletak dalam premis tok kong. Ada pula anggota Polis yang di samping jalankan tugas dapat dengar ceramah Anwar secara ‘life’.

PAS Mersing dan rakan pakatan mesti bijak ambil kesempatan. Ini masa bagus untuk menggerakkan petugas PRU. Kena buat mesyuarat seberapa banyak dan bincang hingga masak. Buat aktiviti sampingan biar gempak.

Jika kena cara dan elok gaya, kehadiran pimpinan Pakatan Rakyat bawa bahagia kepada semua. Para peniaga suka sebab ramai orang. Peminat Anwar bukan hendak buat kacau di Endau. Di antara mereka tentu yang syok makan pau Endau. Sebelum pulang cari oleh-oleh.

Akhir kalam, jangan lupa pelan B. Percayalah, UMNOBN Mersing yang sedang bergolak tidak akan berdiam diri. Jika cincai-cincai sahaja merancang aktiviti, nanti ramai yang tidak puas hati.

Apa kata jika ramai-ramai kita turun ke Endau 19 Februari ini.




Photobucket

ANWAR BAIK KAU JAGA MULUT KAU TU...!

on Jan 31, 2012



Kadangkala naik sakit kepala juga dengan para pemimpin Pakatan Rakyat ini. Kita sebagai blogger bermati-matian cuba menaikkan imej serta kelebihan pimpinan serta parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Apa saja fitnah yang dilemparkan oleh blogger pro UMNO-BN cuba rekaciptakan, kita semua bekerja keras menafikan. Bukan penafian kosong tapi berlandaskan fakta.

Tapi, apa yang penulis rasa kecewa dengan sikap pimpinan Pakatan Rakyat terutama Dato Seri Anwar Ibrahim seolah-olah tidak belajar dari pengalaman lalu. Beliau perlu ingat, setiap hari beliau diekori musuh sama ada nyata mahupun tersembunyi. Apa saja gerak-geri serta riak badannya menjadi tatapan para musuh. Sebab itulah Anwar perlu jadikan pengalaman lalu sebagai benda yang paling beharga. Anwar pernah rapat dengan Ezam, tapi mana dia sekarang? Ezam pernah ambil Saiful bekerja, ikut sana sini, tapi mana Saiful sekarang?

Anwar kena ingat apa sahaja perbuatan serta ucapan beliau sama ada menerusi ceramah mahupun kenyataan akhbar menerusi akhbar luar negara, sentiasa diawasi. Hati-hati beri kenyataan. Walaupun kenyataan itu tak betul dan diputar belitkan, Anwar kena ingat, musuh utamanya di Malaysia akan putar belit kenyataannya itu menerusi akhbar, radio dan TV.

Walaupun Anwar cuba menafikan tapi berapa kerat sangatkah orang yang akan dapat maklumatnya? Sedang pihak musuh sudah berjaya meracuni pemikiran rakyat menerusi TV dan akhbar dan tersebar begitu meluas di kalangan orang-orang kampung. Mereka ini sangat percayakan TV dan Akhbar.

Kadang-kadang penulis sendiri naik muak dengan para pimpinan Pakatan Rakyat yang tidak pandai 'jaga mulut'.
Kenyataan terbaru Anwar tentang Israel kini diputar sehebat-hebatnya oleh pihak UMNO-BN yang kononnya Anwar sokong Yahudi Israel walaupun orang yang menuduhnya lebih Yahudi dari Yahudi itu sendiri. Kerjasama Kerajaan Malaysia yang menjadikan Yahudi Israel APCO sebagai penasihat dilupakan terus oleh rakyat Malaysia. Kini mereka nampak hanya Anwar saja yang jahat.

Lihat sahaja kenyataan bekas PM Dr Mahathir ini, seolah-olah dia tak pernah punyai sebarang hubungan dengan Yahudi Israel . Sedangkan jelas bukti dari surat Mahathir yang mempunyai hubungan akrab dengan Israel. Mahathir ini seperti kata Tengku Razaleigh Hamzah, suka menyalahkan orang bagi menutupi kesalahan beliau sendiri.

Kini, kesempatan tersebut beliau gunakan sebaik-baiknya bagi menghentam musuh nombor satunya iaitu Anwar Ibrahim.
Maka, sehari dua ini, para blogger Pro Pakatan mendapat 'tugasan' baru nampaknya. Terpaksa pertahankan Anwar semula. Dan orang yang paling tunggu-tunggu nak hentam Anwar sekarang tak lain dan tak bukan , Pejuang Akidah, Dr Hasan Ali....!!!


ceduk dari  :- http://pejuang-rakyat.blogspot.com


Photobucket

Jawapan Anwar

on Jan 28, 2012



Photobucket

Anwar Gempur Sabak Bernam

on Jan 27, 2012





Walaupun diheboh-hebohkan oleh media pencacai Umno yang PR akan lingkup dalam PRU13 nanti di Selangor.Tapi nilah buktinya yang PR masih masih dihati rakyat selangor.Semakin dekat dengan PRU ni macam-macam tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pencacai Umno yang menggunakan segala kekuatan maksimum bagi merialisasikan Impian depa nak rampas negeri kaya malaysia nie.

Seterusnya akan mengatur rencana bagi merompak kekayaan negeri sikit demi sedikit seperti yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin Umno nie.Inilah impian puak-puak nie,Semalam diadakan satu ceramah PR kawasan kubu Umno yang merupakan satu-satunya Parlimen yang dimenangi oleh Umno iaitu Sabak Bernam.Sambutan alhamdulillah kira Ok la walaupun tak penuh stadium tu tp memang ramai la.

Nasib baik semalam samseng-samseng umno tak mai serang.kalau mai serang jenuh jugak la na lawan sebab depa ni memang kuat nak mampuih...kah,kah,kah..Apa pun tahniah la kepada PR selangor.Insyallah PR akan mengekalkan kemenangan di Selangor nie...


Tengok gambar dibawah nie...






Photobucket

Kenapa Takut Sangat Bila Peguam Negara Buat Rayuan...?

on Jan 23, 2012



Sekalian pemimpin Pakatan Rakyat meroyan sakan apabila Peguam Negara membuat rayuan kes liwat ke Mahkamah Rayuan. Awal-awal lagi Pakatan Rakyat, terutama sekali ‘Supreme God’ DAP, Lim Kit Siang berkata, rayuan tersebut merupakan usaha terdesak UMNO untuk memenjarakan Anwar Ibrahim. Manakala pemimpin-pemimpin PKR pula menyatakan bahawa pembebasan Anwar oleh Mahkamah Tinggi 9 Januari lalu hanyalah umpan semata-mata.

Satu perkara yang mereka semua terlupa, Anwar bebas pada 2004 kerana keputusan Mahkamah Persekutuan, bukannya Mahkamah Tinggi. Anwar telah membuat proses rayuan sehinggalah ke Mahkamah Persekutuan iaitu mahkamah tertinggi di Malaysia. Kalaulah keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Julai diterimapakai dan proses seterusnya ditolak, mengapa pula pembebasan Anwar Ibrahim daripada hukuman penjara setelah didapati bersalah meliwat bekas pemandu peribadi isterinya, Azizan dan menyalahgunakan kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri, tidak langsung dipertikaikan?

Pada masa yang sama, kekasih Anwar, Azmin Ali pula menyatakan, kebenaran Anwar akan terserlah walaupun keputusan 9 Julai dibawa ke Mahkamah Rayuan. Sebagaimana kekasih-kekasih Anwar yang lain, Anwar tidak dilihat sebagai makhluk yang bersalah walau apa pun yang dilakukannya.

Itu tidak menjadi satu kehairanan memandangkan sikap membuat penafian sudah menjadi darah daging para penyokong Anwar Ibrahim. Malahan perlu juga diakui, Anwar merupakan seorang yang sangat hebat.
Video seksnya dengan China Doll pada 21 Februari 2011, tidak diterima langsung oleh para penggemar Anwar Ibrahim. Menariknya, penafian mereka itu sehingga menelurkan pelbagai teori dan kesimpulan yang bukan sahaja lawak, bahkan membodohkan mereka sendiri.

Dan akhirnya mereka pun membuat kesimpulan terbodoh setelah bertungkus lumus bercerita dan berkempen tentang perlunya pemimpin yang bersih serta bermoral tinggi. Kata mereka, kalaupun Anwar berjubor di hadapan mata, mereka tetap akan menyanjung dan menyokong Anwar kerana karisma serta kepimpinannya. Masalah peribadi Anwar, tidak mereka hiraukan kerana ia kekal sebagai masalah peribadi.

Namun pada masa  yang sama, kaedah politik yang mereka sendiri gunakan adalah menyerang peribadi lawan sepertimana yang berlaku kepada Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Wanita UMNO Malaysia hanya kerana masalah National Feedlot Corporation yang sebenarnya bukan bermasalah pun. Pembelitan fakta serta laporan Ketua Audit Negara, telah digunakan semaksima mungkin untuk menghapuskan terus Shahrizat Abdul Jalil dari arus politik negara.
Kini, para pemimpin Pakatan Rakyat kembali memperlekehkan sistem perundangan Malaysia. Mereka berusaha menanam persepsi yang salah dalam pemikiran rakyat Malaysia. Proses biasa perundangan, dipersulitkan dengan cerita dan kisah konspirasi yang konon-kononnya memang hendak mengenakan Anwar Ibrahim. Atau lebih tepat lagi, proses perundangan tersebut membodoh-bodohkan rakyat walhal proses itulah yang telah membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara pada tahun 2005 dahulu.

Mengapa pula kali ini, para pemimpin Pakatan enggan membenarkan proses perundangan itu berjalan seperti biasa? Mengapa hanya terhenti setakat keputusan Mahkamah Tinggi? Mengapa pula dikatakan kerajaan berkonspirasi untuk mengenakan Anwar Ibrahim?

Atau pemimpin Pakatan Rakyat sebenarnya mengharapkan hasutan mereka dapat meningkatkan kemarahan rakyat, terutama para penyokong Pakatan yang tidak pernah dapat menggunakan akal mereka secara waras memandangkan dari awal lagi, para pemimpin Pakatan Rakyat sudah berterus-terang bahawa proses perundangan berikutnya tidak perlu dilakukan lagi oleh Peguam Negara.

Jangkaan awal mereka bahawa Anwar Ibrahim akan disabitkan dengan kesalahan kerana konspirasi akan dibenarkan menerusi keputusan Mahkamah Tinggi, tetapi apabila Hakim Mahkamah Tinggi tidak memberikan keputusan sebagaimana yang mereka harapkan, mereka jadi bingung?

Tentu ramai yang tertarik, mengapa para pemimpin Pakatan Rakyat takut sangat apabila Peguam Negara buat rayuan…


Maklumat Asal


Photobucket

Anwar saman Utusan Malaysia RM150 juta

on Jan 20, 2012


Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah RM150 juta terhadap akhbar milik Umno - Utusan Malaysia - dengan mendakwa akhbar itu telah "mereka pembohongan" yang beliau mahu menghalalkan homoseksual. Seterusnya kat sini


Photobucket

Dato Rani Ibrahim Pernah Jadi 'Taukeh Judi' Di Sabah...?

on



SERANGAN bertubi-tubi terhadap keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil oleh Hero dan Heroin PKR; tidak berjaya ditangkis oleh Media UMNO, sehingga memaksa Kabinet Malaysia mengarahkan Sharizat bercuti selama tiga minggu.
Malah Sharizat terpaksa menunjukkan 'kuku' yang disembunyikan selama ini, dengan memfailkan saman malu terhadap Rafizi dan Zuraidah.
Nasib Shahrizat tidak sebaik Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Kewangan Malaysia; kerana jika tidak, Shahrizat akan mendapat pembelaan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohammad; sebagaimana Mahathir membela Rafidah Aziz daripada segala serangan musuh politik UMNO.
Isu yang menarik untuk disingkap ialah Konflik Individu Vs Konflik Keluarga, terutama usaha untuk menjatuhkan Shahrizat dari dalam menggunakan tangan orang lain; sekalipun bukan atas kesalahan jenayah, tetapi memadai untuk mengotori nama baik Shahrizat sekeluarga dengan isu Laporan Audit 2010.
Berbeza dengan isu PKFZ, siasatan terhadap isu NFC belum lagi selesai, namun banyak pihak mula menjatuhi hukuman bersalah ke atas Shahrizat dan keluarganya; tanpa berpeluang membela diri di mahkamah undang-undang atau di suatu forum yang sesuai.
Rakyat di Semenanjung Malaysia mungkin tidak tahu 'Sejarah Hitam' yang ditinggalkan Anwar Ibrahim di Sabah sekitar 1996 ketika Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri melalui kaedah 'Merry Go Round.'
Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan Malaysia telah meluluskan Lesen Judi Loteri 88 kepada Diriwan Corporation Sdn Bhd (DCSB), yang dimiliki sepenuhnya oleh Olympia Industries Berhad yang dipengerusikan oleh Dato' Rani Ibrahim, abang kandung Anwar Ibrahim.
Ketika itu, tidak ada rakyat Malaysia terutama ahli UMNO yang berani mendesak Anwar meletakkan jawatan kerana abangnya dan beliau sendiri menyokong kegiatan perjudian?
Menyedari desakan rakyat Sabah untuk mengurangkan perjudian di Sabah, Yong dan Kabinet Negeri Sabah telah membuat keputusan untuk membatalkan lesen perniagaan Diriwan Corporation yang menjalankan operasi perjudian enam pertaruhan seminggu, berbanding tiga sebelum ini.
Walaupun Lesen Perjudian di Negeri Sabah dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Akta Pertaruhan Pool 1967 yang telah dipanjangkan ke Sabah pada 1992, tetapi lesen perniagaan dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan di Sabah.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, ketika itu Datuk Lajim Haji Okin telah mengeluarkan surat pembatalan lesen perniagaan milik Diriwan Berhad menjadikan anak syarikat Olympia itu beroperasi secara haram; sehingga akhirnya Pengarah Urusan Diriwan, Datuk Lee Sheong Mai dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah.
Tindakan Lajim dan Kabinet Negeri Sabah ini menyebabkan Anwar marah dan mendesak Yong agar menarik balik pembatalan lesen perniagaan Diriwan; tetapi Kabinet Negeri Sabah tetap dengan keputusan awal sekalipun Kementerian Kewangan Malaysia meneruskan penyambungan lesen Diriwan.
Lesen Perniagaan Diriwan hanya disambung kembali setelah Chong Kah Kiat menjadi Ketua Menteri Sabah pada 2002; atas arahan Mahathir setelah Tun Hamid Omar dilantik sebagai Pengerusi Olypmpia Industries Berhad.
Dalam kes Judi di Sabah, tidak ada pihak yang berani menyelongkar tindakan Anwar Ibrahim secara sedar telah menyalahguna kuasa dengan mencampuri keputusan Kerajaan Negeri Sabah; terutama menghalalkan 'Judi' tetapi dalam kes NFC, bala tentera Anwar dan musuh Shahrizat menyerang Ketua Wanita UMNO dan keluarganya dari segenap arah; termasuk segala hal peribadi, hal ehwal pinjaman, kad kredit, keuntungan dan pelaburan.

Jika dibandingkan dengan kes keluarga Shahrizat dengan keluarga Anwar, Sharizat patut berbangga kerana tidak ada sebarang pelanggaran atau kesalahan syariah dilakukan sebagai Umat Islam; apatah lagi mengikut laporan audit, kebanyakannya kelewatan dilakukan oleh subkontraktor dan bukannya oleh NFC atau keluarga Shahrizat.
Andai kita merujuk kepada rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan RAM, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan Malaysia masih memegang 1 saham asas penubuhan atau dalam kata lain memegang 50 % kepentingan, sekalipun Agroscience Industries Sdn.Bhd memegang 100 % saham NFC.
Laporan Audit Negara hanyalah pemerhatian kepada pematuhan terhadap akauntabiliti dan penentuan operasi agar NPC mematuhi prinsip 3E iaitu efesien, efektif dan ekonomik, bukanlah alibi jenayah yang boleh mensabitkan pelakunya di mahkamah.
Laporan Audit hanya pandangan peribadi juru audit berasaskan pemerhatian, kajian dan pemeriksaan lapangan; sebaliknya bukanlah bukti yang melampaui keraguan munasabah. Apatah lagi, Laporan Audit tidak pernah diterima sebagai alibi di mahkamah!



Maklumat Asal
Photobucket

Orang Ini Cakap Tak Serupa Bikin

on Jan 17, 2012





'Anwar sokong hukum Islam, bukan homoseksualiti'

PKR hari ini mempertahankan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dakwaan  bahawa beliau mahu menghalalkan homoseksualiti atau hubungan sejenis) di negara ini.

Sebaliknya, Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, PKR Ahmad Kassim berkata Anwar sebenarnya menggesa agar undang-undang yang bertentangan dengan Islam mengenai isu itu dikaji semula.
NONE“Datuk Seri Anwar Ibrahim tegas menyatakan bahawa beliau, PKR dan Pakatan Rakyat tidak menganjurkan, membenarkan ataupun menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis).

“Walaubagaimanapun beliau berpendirian undang-undang lapuk yang tidak berlandaskan syarak serta menzalimi rakyat Malaysia wajar disemak.

“Undang-undang lapuk dan zalim malah boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh kekuasaan untuk menghalalkan fitnah jelik ke atas sesiapapun,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad merujuk kepada wawancara BBC (British Broadcasting Corporation) dengan BBC munggu lalu sehingga menyaksikan beliau dituduh menyokong homoseksual.

BBC meminta Anwar menyatakan pendirian sama ada beliau bersedia memperjuangkan 'idea anti-diskriminasi’ ke atas kumpulan itu.

Beliau menjawap: “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita.
NONE“Tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan,” katanya dalam temu bual itu.

Berdasarkan kenyataan itu, Ahmad berkata, Anwar telah menyatakan komitmen menjunjung kesucian hubungan perkahwinan antara lelaki dan perempuan.

“Sekiranya diteliti jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, ternyata beliau tidak menyebut berhasrat mahu menghalalkan homoseksualiti di negara ini,” kata Ahmad yang juga adalah ahli parlimen Kuala Kedah.

Sehubungan itu, beliau juga meminta orang ramai untuk merujuk kenyataan sebenar Anwar dan tidak dipengaruhi dakyah jahat media Umno.

“Saya juga menyeru agar jangan sesiapapun bersekongkol subahat memintal fitnah ini kononnya atas nama perjuangan Islam. Perjuangan Islam tidak sama sekali membenarkan fitnah sedemikian,” akhirinya kenyataannya itu.




 malaysiaKini


Photobucket

UTUSAN MELOYA

on Jan 14, 2012

Pembebasan Anwar: Berita yang disiarkan oleh Utusan.


Perkara atau laporan di atas adalah apa yang dilaporkan oleh Utusan @ Lidah Rasmi UMNO berikutan keputusan Mahkamah yang membebaskan DS Anwar Ibrahim, dari tajuk yang terpampang jelas ianya adalah satu laporan yang cuba memburuk-burukkan DS Anwar Ibrahim.

Pembebasan Anwar: Berita yang tidak disiarkan oleh Utusan.


Laporan di bawah pula adalah apa yang di siarkan oleh laman web rasmi Presiden Kesatuan Ulama Dunia, yang tidak akan disiarkan oleh mana-mana media yang menjadi tunggangan UMNO/BN..



LAMAN web rasmi Presiden Kesatuan Ulama Dunia, Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyiarkan ucapan tahniah daripada Ulama kotemporari terkenal dunia Islam itu kepada Anwar Ibrahim berhubung pembebasannya terhadap tuduhan liwat baru-baru ini.

Ulama yang menjadi rujukan dan begitu dihormati oleh dunia Islam itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web itu menyampaikan mesej tahniah kepada Anwar Ibrahim yang juga bekas Presiden Parti Keadilan Rakyat.

"Kami kirimkan kepada anda hati yang dipenuhi dengan kegembiraan, mulut yang tersenyum kerana telah ditunjukkan oleh Allah bahawa anda tidak bersalah melalui kuasa mahkamah, dan kerana Allah bersama anda disertai kasih dan hormat dari rakyat"



Photobucket

KAU Makbulkan Munajat Kami - Wan Azizah

on Jan 10, 2012



SHAH ALAM - Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada petuduhan liwat sudah diketahui umum. Bagaimana pula dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail? Apa cerita di sebalik khabar gembira tersebut. Sinar Harian membawa pembaca menyelami rasa hatinya. Ikuti wawancara eksklusif Editor Sinar Harian, MAZLINDA MOHD NOR bersama Wan Azizah.

ABANG Nuar sudah siap berpakaian. Sudah sedia untuk bersarapan. Seperti biasa semua suplemen yang perlu untuk kesihatannya sudah masuk ke mulut lalu ditelan. Saya sekadar memerhatikan.

Mata menatap sayu. Hati berdetik. Mungkinkah ini sarapan pagi terakhir kami bersama?

"Ya RABB. Jauhilah kami dari berita duka itu."

Abang Nuar seperti dapat membaca kata hati saya.

"Apa juga keputusan mahkamah, keluarga kita tetap bersatu. Hati kita tetap bersama."

Abang Nuar tenang. Saya semakin pilu.

Sudah banyak dugaan yang kami lalui sepanjang kehidupan ini. Sesekali sehingga rasa tidak mampu dipikul manusia biasa sekecil saya. Amat berat.

Namun saya tetap yakin, ALLAH menduga setakat mampu umatnya.

"Ya RAHMAN... jika ini laluan yang ENGKAU tentukan untuk aku, hambamu yang kerdil ini tetap reda. Berilah aku kekuatan. Berilah aku jalan."

Dua setengah tahun hidup kami tertekan, seperti mati perlahan-lahan. Fitnah memang racun yang membunuh.

Kami membina satu kehidupan atas landas Islam. Sentiasa berusaha mendekati TUHAN. Namun semakin kerap kami sujud, semakin besar cabaran mendepan.

"Ya AZIZ... Tuhan Yang Maha Kuat. Lindungilah kami dari fitnah yang menjahanamkan. Ya JALIL... berilah kami kemuliaan.

Anak-anak dan menantu semua sudah sedia.

Ini juga kebesaran TUHAN. Selama ini baik kenduri atau hari raya, kami jarang dapat berkumpul sebegini. Tapi kali ini Izzah, Ilham, Ihsan, Nuha, Muhammad Reza, Nurul Syaheedah, dan Mohd Khairul semua ada. Hati kami bersatu, jiwa kami berpadu.

Mata anak-anak pula saya tatap. Satu persatu, silih berganti.

Ya mereka tenang. Mahu melangkah keluar meneman ayah tersayang tanpa garis-garis kedukaan.

Melihat mereka, semangat saya datang kembali. Benar kata Abang Nuar, apa juga keputusan mahkamah kami akan tetap bersama.

Malam tadi, pulang dari ceramah di Kampung Pandan malam sudah bertemu pagi. Kami kelaparan. Sambil menjamu perut di meja makan, kami bercerita, Tentang zaman sekolah, filem dan pelbagai. Kami ketawa bersama. Bahagia. Bagai tiada lara. Tiada nestapa.

Mungkinkan saat itu akan dapat diulang lagi?


"Ya RAHMAN... Engkau lebih tahu dan mengerti kasih sayang antara kami. Jangan kau putuskan Ya RABB. Jangan ada penghalang. Jangan biar jeriji besi itu memisahkan kami sekali lagi!"

Sepanjang perjalanan ke mahkamah, saya tidak pernah berhenti berdoa. Moga apa yang bermain di fikiran TUHAN akan terbalikkan.

Luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta sudah penuh dengan manusia. Saya terasa gementar. Namun saya mesti kuat. Kami sudah menghampiri bangunan yang akan menentukan nasib Abang Nuar hari ini. Jadi kekuatan dan ketabahan yang saya tunjukkan tentu akan memberi tambahan semangat untuk Abang Nuar berhadapan dengan apa juga keputusan yang memungkinkan.

Melihat wajah Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, hati saya kembali tidak keruan. Mula berbolak-balik. Akan disabit bersalahkan Abang Nuar? Atau lepas?


Sejujurnya saya sudah serik untuk mengulang episod sedih 1998. Saya sudah letih untuk diheret dalam kedukaan panjang. Jika abang Nuar disabit bersalah... walau anak-anak kini sudah besar, kedukaan kami tidak ada bezanya. Malah lebih berganda.

Apakan tidak, jasad yang sudah dipanjat usia, fizikal dan jiwa sudah tidak sekuat dulu. Berita sedih yang kami terima sudah pasti merentap segala rasa.

"Mahkamah mendapati Anwar tidak bersalah dan memutuskan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus integriti sampel asid deoksiribonuleik (DNA) tidak terusik. Mahkamah tidak boleh bergantung kepada bukti DNA tersebut. Maka mahkamah ditinggalkan dengan keterangan pengadu. Bagaimanapun, mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan pengadu yang tidak disokong.

"Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan."


"Ya ALLAH... rahmat apakah yang KAU berikan kepada kami.

"Ya SAMIE’...terima kasih kerana mendengar rintihan kami selama ini."


Abang Nuar bebas!

Saya menangis. Anak-anak menangis.

Saya merangkul erat Abang Nuar. Abang Nuar membalas kejap. Saya tidak mampu mengeluarkan kata-kata. Sekadar mengucap syukur kepada ALLAH.

Saya perhati anak-anak. Mereka juga berpelukan.

Saat ini terasa lerai derita dari tubuh. Lerai sengsara dari jiwa.

‘Ya ‘ALIEM...ENGKAULAH yang lebih mengetahui.

"Ya HAKIM... ENGKAULAH sebenarnya yang menetapkan keputusan segala sesuatu.


"Syukur Ya ALLAH kerana mengizinkan kami melangkah keluar dari mahkamah dengan hati gembira."

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Masjid Segambut. Menunaikan solat Syukur tanda terima kasih kepada TUHAN.

Hari ini dada kami sudah lapang. Senyum kami masih bersisa walau tangis misih ada.

"Terima kasih Ya ALLAH. KAU jawab munajat kami, KAU lerai derita kami." 



SH


Photobucket

DS Anwar Terima Menantu

on Dec 25, 2011



Tahniah Buat DS Anwar Ibrahim dan DS Wan Azizah



Tahniah Buat Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dato Seri Wan Azizah yang telah menerima Menantu Ke 4 secara rasminya semalam 24 Disember 2011 dan Selamat Pengantin Baru buat Nurul Ilham Binti Anwar dan pasangannya Mohd Reza Bin Mohd Rafie semoga kekal ke Anak Cucu.

Majilis perkahwinan mereka di kediaman Dato Seri Anwar Ibrahim di No.11 , Jalan Bukit Segambut, Segambut Dalam, Kuala Lumpur.



Photobucket

Najib Perangkap Diri Sendiri Dengan Keputusan Anwar "Bersalah"

on Dec 20, 2011



Perbicaraan liwat II Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim telah lama membayangi landskap politik negara semenjak tiga tahun yang lalu.

Hangat selepas pilihan raya umum 2008 yang melanda Pakatan Rakyat berkuat kuasa di lima buah negeri, Anwar dituduh liwat oleh pembantu lelaki berusia 27 tahun pada bulan Jun tahun yang sama. Masa dan pelaksanaan tuduhan, termasuk peranan yang dimainkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, memberikan gambaran jelas bahawa satu muslihat politik telah muncul untuk menafikan Pakatan Rakyat rentang yang lebih besar bagi PU-13 akan datang.

Dan apa cara yang lebih baik daripada sasaran ketua pembangkang terbesar yang pertama di Malaysia. Malah, begitu jelas dan banyak pihak, termasuk Anwar sendiri, menjangkakan keputusan bersalah pada Januari 9, 2012.

"Proses ini tidak adil. Ini bukan satu perbicaraan yang adil dan kami telah mengemukakan bukti yang cukup meyakinkan, menarik, yang tidak boleh dinafikan, untuk menyokongnya," Anwar memberitahu pemberita selepas perbicaraan itu berakhir. "Setelah berkata demikian, kita masih menaruh harapan bahawa kewarasan akan diguna pakai dan hakim akan membuat keputusan berdasarkan fakta dan undang-undang."

Tiada perbezaan

Sesungguhnya, Anwar bersedia untuk hukuman penjara. Hukuman yang beliau sudah biasa kerana telah menghabiskan 6 tahun di penjara sebelum beliau dibebaskan daripada tuduhan liwat dan dibebaskan pada tahun 2004. Keputusan bersalah Liwat II dapat melihat Anwar menghabiskan maksimum 20 tahun di dalam penjara, yang ramai percaya akan mengakhirkan kerjaya politik beliau.
"Ia tidak menjadi sebarang perubahan - di penjara atau di luar, saya akan berjuang untuk keadilan," kata Anwar.

Dengan atau tanpa pengakuan bersalah ke atas Anwar, hari-hari untuk Barisan Nasional (BN) sebagai parti pemerintah Malaysia sudah bernombor. Dalam tahun-tahun dari 1997 hingga 2008, tiada siapa yang pernah memberi pembangkang peluang untuk terus hidup menghadapi jentera BN yang besar dan licik.
Tetapi bukan sahaja Pakatan terselamat, ia telah meningggalkan jejak. Prestasi yang tidak pernah dicapai dicatatkan oleh kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang. Pemilihan terbaru menunjukkan Pakatan mendahului BN di beberapa negeri, termasuk Perak dan Selangor.

Najib akan memastikan hukuman ‘bersalah’ dikeluarkan

Tsunami politik 2008 bukan hanya kemenangan untuk Pakatan Rakyat. Ia merupakan satu revolusi yang dilaksanakan oleh rakyat Malaysia. Daripada 11 juta pengundi berdaftar, 7.94 juta membuang undi semasa PU-12.

Daripada jumlah ini, 4.08 juta mengundi BN dan 3.79 juta mengundi Pakatan Rakyat. Dalam erti kata lain, 4.08 juta rakyat Malaysia membantu untuk mengekalkan BN sebagai kerajaan hari ini, manakala 3.79 juta pengundi mengembalikan Pakatan di lima buah negeri. Tren ini perlu diperkukuhkan lagi dalam lebih atau kurang nombor yang sama pada PU-13. Landskap politik telah berubah sejak tahun 2008 dan berpihak kepada Pakatan Rakyat, lebih daripada BN.

Apabila seseorang menambah faktor Anwar untuk campuran menggelegak rasa tidak puas hati orang ramai terhadap BN, skala sekali lagi mengarah ke Pakatan. Untuk Umno dan BN, Anwar masih masalah enigma. Masalah mereka dengan beliau dua kali ganda besarnya. Sekiranya mereka menampar padanya (1) keputusan tidak bersalah, atau (2) keputusan bersalah? Sebenarnya, di mana keputusan mereka, hasilnya tetap sama.

Keputusan tidak bersalah menguatkuasakan perihal bahawa seluruh perbicaraan adalah satu percubaan bermotifkan politik yang bertujuan untuk memotong kepala gabungan Pakatan Rakyat. Ini membuktikan bahawa kerajaan BN telah mengambil kesempatan terhadap rakyat Malaysia dan menggali semula lubang di mana parti itu telah tenggelam dalam cubaan untuk berpaut kepada kuasa.

Kempen agresif untuk mengecop Anwar sebagai calon yang tidak boleh dipercayai bagi Perdana Menteri Malaysia akan memakan diri. Keputusan tidak bersalah akan mencalarkan kredibiliti saingan utama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kerana Liwat II telah dilancarkan sebaik sahaja Najib "menasihati" Saiful Bukhari Azlan (penuduh Anwar) untuk membuat laporan polis. Dan kerana ini, Najib - yang terkenal dengan kesia-siaan dan kesombongan - tidak mempunyai pilihan tetapi untuk melihat permainan ini berakhir.

Seorang penyelamat dilahirkan dari strategi silap-nasihat Najib

Namun, keputusan bersalah seterusnya akan menjadikan Anwar Ibrahim ikon politik setanding Nelson Mandela. Tokoh yang dilihat sebagai mangsa kerajaan yang dilihat sebagai peningkat rasuah dan penindas, sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup mulut pengkritik. Ia akan meningkatkan lagi kedudukan Anwar dan keajaiban yang mengelilingi beliau.

Beliau akan menjadi seorang wira dan Najib penjahat yang bodoh pada ketika itu. Peluang bagi BN untuk kalah pada PU-13 akan memuncak dengan hebat. Mungkin karma, tetapi apa yang dilakukan akan dibalas semula. Tawaran berdengki olehNajib dan isterinya Rosmah Mansor untuk membelenggu Anwar dengan tuduhan palsu dan boleh menyebabkan pasangan tersebut dihalau keluar Umno kerana kehilangan parti kerajaan persekutuan yang telah lama dipegang.

Ia akan menambah rasa tidak puas hati yang semakin meningkat dalam warga Melayu kerana Laporan Integriti Kewangan Global menunjukkan Malaysia kini menjadi negara ke-4 yang paling korup di dunia, selepas China, Mexico dan Russia. Di Asia Tenggara, Malaysia adalah paling korup selepas mengalami aliran keluar haram dana sebanyak USD338 bilion bagi tempoh 2000 hingga 2009, berbanding dengan jiran yang paling korup, Filipina yang mengalami aliran keluar haram USD131 bilion.

Malah, ramai rakyat Malaysia akan mempersoalkan jika Anwar bersalah, maka bagaimana pula dengan ahli-ahli politik yang lain masih bebas yang terus membazir wang awam, termasuk Najib sendiri? Sebagaimana yang mereka katakan, orang-orang yang tinggal di rumah kaca seperti panglima perang Umno, tidak perlu membaling batu. Kempen perosakan imej oleh kerajaan BN akan memakan diri dan menyebabkan ramai lagi untuk menyokong pembangkang di Malaysia.

Cemuhan komuniti global

Akhbar terkemuka harian Britain The Guardian meramalkan Anwar tidak lama lagi akan menjadi mangsa "ketidakadilan suspek politik yang mengerikan" merujuk kepada perbicaraan kes liwatnya yang terlalu berat sebelah. Dalam ulasan yang pedas, harian UK juga menggesa sekutu barat Malaysia di UK dan AS untuk "melihat dengan lebih dekat pada rakan mereka."

Harian UK berhujah bahawa pengendalian kerajaan Najib bagi tuduhan liwat Anwar "yang sangat diragui" wajar penelitian yang lebih dekat sebagai amalan demokrasi di negara ini. Antara lain, Simon Tisdall editor yang bertegas pada Najib kerana "kecenderungan autoritariannya" dan "terang-terangan penyelewengan politiknya", malah menuduh perdana menteri Malaysia tersebut kekurangan keaslian kerana mengitar semula tuduhan liwat terhadap Anwar dan sudah biasa memegang tampuk kuasa disebabkan oleh keturunan keluarga beliau yang merupakan pemimpin-pemimpin politik.

"Jika Anwar didapati bersalah dan hakim perbicaraan seolah-olah telah membuat fikirannya - dia tidak akan menjadi satu-satunya ataupun mangsa yang paling penting ketidakadilan suspek politik yang mengerikan. Reputasi demokrasi Malaysia telah cedera secara kritikal, dan dengan kemarahan itu, rakyat Malaysia boleh berterima kasih pada Perdana Menteri mereka, Najib Razak, "kata Tisdall.

Walaupun tanpa Anwar, Pakatan seribu kali lebih bagus dari BN

Keputusan bersalah bagi Anwar akan menghancurkan BN. Masa telah berubah di Malaysia sejak tahun 1997. Kemudian, Anwar berdiri sendiri terhadap kekuatan jentera BN. Hari ini, terdapat pemimpin pembangkang yang lain yang sama-sama berkebolehan seperti Anwar, walaupun mereka mungkin tidak berkarisma seperti beliau.

Walau bagaimanapun anda melihatnya, Pakatan Rakyat walaupun tanpa Anwar sejuta kali lebih baik daripada BN - tanpa mengira sama ada Najib, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Mahathir Mohamad berkuasa dalam Umno.

Tidak, meletakkan Anwar di dalam penjara tidak membunuh gerakan pembaharuan, sebaliknya ia akan mempercepatkan aspirasi rakyat Malaysia untuk pembaharuan dan perubahan. Maaf untuk mengatakan ini, tetapi Najib yang bodoh telah memerangkap dirinya sendiri.


Laporan- Malaysia Chronicle


Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List