Anwar hari ini juga menyalahkan BN kerana memberi taklimat kepada media asing termasuk tabloid UK Daily Mail yang menyiarkan berita yang mengaitkan beliau dengan krisis kehilangan pesawat MH370.
Berucap kepada hadirin di Stadium Kajang, Anwar berkata beliau tahu siapa yang diberi taklimat kepada Daily Mail dan media UK.
Menurutnya, apabila artikel itu disiarkan, semua blog Umno dan cybertroopers mula menyerangnya.
Anwar menamatkan ucapannya 20 minit itu, dengan berkata beliau tetap mempertahankan 'Kajang Move' kerana ia akan membuka jalan untuk Pakatan mengambil alih Putrajaya tidak kira apa yang berlaku kepadanya.
Beliau kemudian melaungkan 'Reformasi', sebelum hadirin bersurai. read more
0 comments:
Post a Comment