ANWAR BAIK KAU JAGA MULUT KAU TU...!

on Jan 31, 2012



Kadangkala naik sakit kepala juga dengan para pemimpin Pakatan Rakyat ini. Kita sebagai blogger bermati-matian cuba menaikkan imej serta kelebihan pimpinan serta parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Apa saja fitnah yang dilemparkan oleh blogger pro UMNO-BN cuba rekaciptakan, kita semua bekerja keras menafikan. Bukan penafian kosong tapi berlandaskan fakta.

Tapi, apa yang penulis rasa kecewa dengan sikap pimpinan Pakatan Rakyat terutama Dato Seri Anwar Ibrahim seolah-olah tidak belajar dari pengalaman lalu. Beliau perlu ingat, setiap hari beliau diekori musuh sama ada nyata mahupun tersembunyi. Apa saja gerak-geri serta riak badannya menjadi tatapan para musuh. Sebab itulah Anwar perlu jadikan pengalaman lalu sebagai benda yang paling beharga. Anwar pernah rapat dengan Ezam, tapi mana dia sekarang? Ezam pernah ambil Saiful bekerja, ikut sana sini, tapi mana Saiful sekarang?

Anwar kena ingat apa sahaja perbuatan serta ucapan beliau sama ada menerusi ceramah mahupun kenyataan akhbar menerusi akhbar luar negara, sentiasa diawasi. Hati-hati beri kenyataan. Walaupun kenyataan itu tak betul dan diputar belitkan, Anwar kena ingat, musuh utamanya di Malaysia akan putar belit kenyataannya itu menerusi akhbar, radio dan TV.

Walaupun Anwar cuba menafikan tapi berapa kerat sangatkah orang yang akan dapat maklumatnya? Sedang pihak musuh sudah berjaya meracuni pemikiran rakyat menerusi TV dan akhbar dan tersebar begitu meluas di kalangan orang-orang kampung. Mereka ini sangat percayakan TV dan Akhbar.

Kadang-kadang penulis sendiri naik muak dengan para pimpinan Pakatan Rakyat yang tidak pandai 'jaga mulut'.
Kenyataan terbaru Anwar tentang Israel kini diputar sehebat-hebatnya oleh pihak UMNO-BN yang kononnya Anwar sokong Yahudi Israel walaupun orang yang menuduhnya lebih Yahudi dari Yahudi itu sendiri. Kerjasama Kerajaan Malaysia yang menjadikan Yahudi Israel APCO sebagai penasihat dilupakan terus oleh rakyat Malaysia. Kini mereka nampak hanya Anwar saja yang jahat.

Lihat sahaja kenyataan bekas PM Dr Mahathir ini, seolah-olah dia tak pernah punyai sebarang hubungan dengan Yahudi Israel . Sedangkan jelas bukti dari surat Mahathir yang mempunyai hubungan akrab dengan Israel. Mahathir ini seperti kata Tengku Razaleigh Hamzah, suka menyalahkan orang bagi menutupi kesalahan beliau sendiri.

Kini, kesempatan tersebut beliau gunakan sebaik-baiknya bagi menghentam musuh nombor satunya iaitu Anwar Ibrahim.
Maka, sehari dua ini, para blogger Pro Pakatan mendapat 'tugasan' baru nampaknya. Terpaksa pertahankan Anwar semula. Dan orang yang paling tunggu-tunggu nak hentam Anwar sekarang tak lain dan tak bukan , Pejuang Akidah, Dr Hasan Ali....!!!


ceduk dari  :- http://pejuang-rakyat.blogspot.com


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List