Wait Out Your Term

on Oct 13, 2011



Dr Mahathir Mohamad has advised Prime Minister Najib Abdul Razak to call for 13th general election only towards the end of its current term, which ends in March 2013.

Speaking to reporters in Kuala Lumpur, the former prime minister said this would pressure the Pakatan Rakyat state governments to dissolve the respective assemblies alongside Parliament for concurrent elections.

"There are problems for the government... what if the four states (under Pakatan Rakyat) don't want to have the election at the same time?

"To prevent the opposition taking advantage of their position, you should hold the election very near to the end of the current term, in which case they have no choice but to hold (the state) elections together," Mahathir said.
He was reiterating the same call he made in Putrajaya yesterday.

Najib has to call the general election before the term ends in March 2013, although speculation is rife that a snap general election could take place soon.
Mahathir said it would be beneficial for the Pakatan not to call state elections simultaneously with the general election so it can concentrate their resources.

"(The four states) they already have, so they can try to win the other states.

"If I was the prime minister that would be what I would do (delay the polls), but fortunately I am not," he said.

Pakatan governments had previously said they would not opt for early pollsas they needed more time to implement their policies.



Photobucket

Tabik Sultan Brunei

on Oct 12, 2011


Sultan Brunei hari ini menitahkan agar pemerintah negara itu melihat keperluan untuk melaksanakan undang-undang syariah dengan segera, serentak dengan undang-undang sivil di negara itu.
 Baginda yang bertitah di mesyuarat Majlis Agama Islam di bangunan Majlis Undangan di sini berkata,perlaksanaan undang-undang itu tidak harus lagi ditangguh lebih lama kerana kelengkapan untuk melaksanakannya sudah ada.
Akta Jenayah Islam jika difahami dengan betul ujarnya, adalah yang terbaik kerana ia datang dan dicipta oleh Allah Yang Maha Kuasa dan tidak manusia.

"Kita tidak harus melambatkan dan sebaliknya merebut petunjuk itu secara positif.

"Apa lagi di sana untuk menunggu? Kita sudah mempunyai bangunan mahkamah yang mengagumkan, ramai pakar telah dihasilkan dan bahawa negara telah mencapai kemerdekaan. Apa lagi?" soal baginda.

Menurutnya, setiap individu bertanggungjawab untuk melakukan perbuatan baik yang merupakan permintaan dari Allah Maha Kuasa.

Sehubungan itu ujarnya,undang-undang Islam penting untuk mengawal semua masalah dalam hidup, agama, keturunan, minda dan kekayaan.

"Walaupun ia adalah tanggungjawab kita, ia perlu dipenuhi bagi Allah Maha Kuasa," titah baginda lagi.

Memetik laporan Brudirect.com, undang-undang Islam ujar baginda, adalah pengetahuan dan sistem yang unik dan sangat cantik dan sudah tentu akan dipilih apabila difahami, namun jika ia tidak difahami, ia akan dibenci.

"Tetapi sejak manusia tidak mahu memahami, undang-undang itu dilihat sebagai buruk dan menakutkan. Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa, kita dipandu oleh-Nya untuk melihat dengan jelas keindahan undang-undang Islam.

"Saya memberi mandat kepada agensi-agensi atau institusi yang berkaitan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Majlis Agama Islam, Negeri Jabatan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Mahkamah Syariah dan semua pihak untuk bekerjasama dan berurusan secara kolektif dan telus sehingga undang-undang ini mula membuahkan hasil," titah baginda lagi.

Terdahulu, Menteri Hal Ehwal Ugama, Pg Dato Seri Setia Dr Hj Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman berkata, Majlis Agama Islam Brunei adalah badan tertinggi dalam membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda dalam menegakkan kesucian Islam di negara ini.-harakah

Raja adil raja yang dituruti. Brunei adalah contoh kepada umat islam sekarang. Tak payah pandang jauh2 sampai ke arab sana, kita disini dengan brunei pun kalah. 


Photobucket

Tan Sri Khalid Kena Paksa Cover Line..?

on




Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menganggap desakan yang mahu beliau berundur sebagai perkara biasa dalam sesebuah organisasi.

"Ini biasalah cerita-cerita. Kalau dalam kumpulan ini, ada orang setuju, ada orang tak setuju.

"Tak apalah, kita teruskan perjuangan kita," kata Khalid mengulas dakwaan sebuah laman berita baru AntaraPos yang dilihat anti pentadbirannya.

Laman itu semalam melaporkan terdapat sekumpulan wakil rakyat PKR mendesak Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya memecat Khalid sebagai menteri besar Selangor.

Melalui memorandum pada Mei lalu, mereka dilaporkan merungut berhubung prestasi kepemimpinan PKR di Selangor yang dikatakan tertinggal jauh berbanding Pulau Pinang pimpinan DAP.

AntaraPos.com ditubuhkan sekumpulan wartawan dan pemimpin pembangkang yang mengaku pro-Anwar tetapi kritikal terhadap PKR.

Selepas ceramahnya di Kampung Baru, di ibu negara malam tadi, Khalid berkata, dalam PKR terdapat perbincangan dan penjelasan berhubung perkara itu dan menunjukkannya sebagai parti yang terbuka.

"Orang boleh berbincang, orang boleh menyokong, (atau) tak menyokong, semua adalah," katanya.

Beliau bagaimanapun menafikan terdapat desakan dalaman supaya beliau meletakkan jawatan sebagai menteri besar.

Malah, tambahnya lagi, beliau "tidak jumpa" sebarang memorandum yang dikatakan dikemukakan pada kongres PKR Mei tahun lalu.

"Saya tidak jumpa memorandum itu. Tapi saya juga selalu berbincang mengenai perkara ini.

"Sebab, dalam apa-apa persatuan pun, ada yang sokong, ada yang tidak sokong. Itu memang biasa," kata Khalid lagi.



Photobucket

Lagi Pegawai Imigresen Mati Jatuh Bangunan?

on



Seorang pegawai imigresen maut selepas terjatuh dari tingkat 12 kondominium Magnaville di Selayang dekat sini hari ini.

Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, dikatakan terjatuh dari rumahnya di tingkat 12 dalam insiden kira-kira 5.30 petang itu ketika tiga lelaki datang ke rumah tersebut untuk mencarinya.

Isteri mangsa, Suhaidah Suhardi, 35, berkata suaminya enggan bertemu dengan lelaki berkenaan apabila beliau memaklumkan kedatangan mereka kepadanya.

"Saya bagi tahu suami ada orang datang hendak berjumpa, tapi dia tak mahu jumpa, dia kata abang keluar, panjat tingkap lalu ikut tangga sahaja," katanya.
Suhaidah berkata beliau telah menghalang suaminya daripada keluar melalui tingkap sebelum terdengar bunyi dentuman kuat di bawah rumah mereka.

"Saya tergamam dan terkejut lihat suami dah jatuh ke bawah," kata surirumah sepenuh masa itu ketika ditemui di tempat kejadian.

Mangsa merupakan Pegawai Penguatkuasa Imigresen di Damansara dan mempunyai dua anak berumur dua dan tujuh tahun serta sedang bercuti tanpa gaji sejak Ramadan lepas.

Jiran Suhaidah membuat laporan polis kira-kira pukul 7 petang dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat. Polis mengklasifikasikan tersebut sebagai mati mengejut
.




Photobucket

Dia Bukan Prof. Kangkong

on






Akta Hasutan 1948 memperuntukan bahawa tidak menjadi kesalahan bagi seseorang mengkritik Raja-raja Melayu asalkan mereka tidak menuntut pemansuhan institusi raja itu, kata pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Sehubungan itu, katanya dakwaan bahawa beliau memburuk-burukkan institusi raja ketika mengulas kenyataan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama Ogos lalu, tidak timbul.

“Seperkara, sultan melaksanakan kuasa perlembagaannya dan rakyat - iaitu pembayar cukai - mempunyai hak untuk menilai prestasinya.

“Dari sudut pandangan Islam, seseorang akan mendapati peraturan yang lebih ketat apabila seorang lelaki bangkit dan mengingatkan Khalifah Umar al-Khattab bahawa beliau akan membetulkan pemimpin itu melalui pedangnya,” kata Aziz.

Menurut beliau seperti prestasi institusi awam yang lain, institusi raja-raja juga terpaksa berdepan dengan kritikan dan semakan sepanjang masa.

Justeru, bagi mengelakkan perkara itu, Aziz yang telah menghasilkan tesis, buku dan artikel mengenai peranan monarki dalam Islam dan demokrasi, berkata pihak istana mesti mendapatkan pandangan yang lebih luas dan bukan hanya terikat dengan kelompok kawan yang kecil.
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini menyiarkan beberapa artikel membidas Aziz dan Malaysiakini kerana didakwa memburuk-burukkan institusi raja.
Langgar garisan

Antara mereka, Yang Dipertua Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwandin Hamzah yang mendakwa Aziz tidak faham dan tidak menghormati kuasa yang ada pada Sultan.

Aziz menghasilkan tesisnya yang bertajuk ‘The Development and Role of Constitutional Monarchy in Malaysia’ di University of Birmingham pada 1996 dan pernah menerbit sebuah buku berjudul Majlis Raja-Raja: Kedudukannya dalam Perlembagaan (DBP, 2002).

majlis raja raja rulers council 300609 2Katanya lagi dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, beliau mengambil pendirian yang kritikal semasa krisis politik di Perak pada Februari 2009.

“Saya mesti katakan, pendirian saya tetap sama. Pandangan saya terhadap raja-raja tetap tidak berubah.

“Saya cuma berpendapat bahawa sesetengah raja-raja telah melanggar garisan mereka dan membelakangkan perlembagaan.

“Walaupun ada yang mendakwa mereka hanya melakukan apa yang dibenarkan oleh perlembagaan, saya cuma kata mereka tidak patut membaca peruntukan itu secara literal atau di luar konteks,” kata Aziz.

Menurutnya lagi, pandangannya mudah, monarki mesti tidak terbabit dengan kancah politik.

“Raja Melayu tidak boleh membiarkan dirinya dilihat menyebelahi mana-mana parti tetapi yang penting, baginda mesti tegas di pihak yang benar dan berlaku adil,” katanya.



Sumber Atikel
Photobucket

My Kad

on









Kepada yang berdekatan, sila bertindak segera membantu Exco Pemuda PAS, Mohd Adram Musa bersama-sama penduduk kampung Desa Seri Putra, sedang mengepung mereka kerana mendakwa warga asing itu akan diberi kewarganegaran dan didaftar sebagai pengundi. 

Ini projek jual negara!! Dalam keadaan tiada IC pun warga asing ini boleh berniaga memenuhi tapak pasar malam dan pasar pagi termasuklah memenuhi ruang perniagaan di chowkit, bayangkan jika mereka dapat IC dan hak mengundi!! 

Maka merempatlah rakyat dalam negara ini apalagi dalam keadaan terpaksa bersaing dengan mereka-mereka(warga asing) yang tiada komitmen selain mencari kekayaan dalam negara ini. 

Itu belum kira hak subsidi rawatan hospital yang bakal diperolehi oleh warga asing yang mendapat IC, itu belum dikira subsidi belajar di sekolah kebangsaan yang bakal menyekolahkan anak warga asing. Mereka bikin negara ini bagaikan negara milik mereka sendiri - salah siapa??

Berbalik kepada peristiwa di Putrajaya dan Kajang, kira-kira 200 orang yang dipercayai pendatang, kini sedang dikepung di sebuah resort dekat Putrajaya hari ini. Sejak 3 jam lalu, kesemua warga asing yang mahu mendapatkan IC mereka itu telah ditempatkan di dalam hutan di Jalan Kajang - Istana Dugang Contry Resout. Sekumpulan  

Petikan dari HarakahDaily menyebut;
Sehubungan itu, Exco Pemuda PAS berharap agar orang ramai yang mempunyai kelapangan masa berkejar ke tempat itu sekarang untuk beramai-ramai bertanya kepada mereka tujuan kedatangan mereka beramai-ramai ke Putrajaya itu.

"Sekitar 30 minit lalu, penduduk di kawasan itu sedang mengepong kawasan warga asing yang mahu diberikan IC oleh JPN itu," katanya.

Kini, menurutnya, bas-bas yang membawa warga asing itu pula telah keluar dari kawasan resort tersebut dan bas-bas tersebut didapati kosong tanpa penumpang.

"Maksudnya, warga-warga asing tersebut telah ditinggalkan di dalam resort itu. Apa yang mereka buat?" tanya beliau.
Ayuh bertindak segera !! Jangan biarkan negara ini dijual sehabisnya, ayuh pertahankan kedaulatan negara !!



baca lagi kat sini
dan sini
Photobucket

AHMAD JAIS......AlFatihah....

on Oct 11, 2011





Al Fatihah...semuga rohnya ditempatkan bersama roh org2 yang beriman, Amin....


Penyanyi irama pop yeh yeh, Datuk Mohd. Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais telah kembali ke rahmatullah.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Darul Ehsan pada jam 9.28 pagi ini akibat komplikas paru-paru.

Datuk Ahmad Jais sebelum ini dilaporkan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami masalah kesukaran bernafas.
Anak keempatnya, Maimun Mohd. Jais, 31, sewaktu itu berkata, bapanya diberi bantuan mesin sokongan bagi membolehkannya berehat memandangkan keadaan paru-parunya masih lemah.

Maimun menambah, keadaan ayahnya itu dikatakan dilihat semakin stabil dan bertambah baik namun pihak hospital menasihatkan untuk banyak berehat dan masih memantau keadaannya itu.

Pada 8 September lalu, Allahyarham mengadu penat dan sakit selepas pulang membuat persembahan di Batu Pahat, Johor.

Sakitnya mula serius pada malam Khamis lalu dan beliau terpaksa mengambil alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor.

Bagaimanapun, Ahmad Jais kemudian dipindahkan ke Pusat Perubatan Darul Ehsan kerana mempunyai rekod perubatan di situ.

Al-fatihah.
Datuk Ahmad Jais

Datuk Mohd Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais merupakan salah seorang penyanyi penyanyi irama pop yeh yeh yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.

Beliau dilahirkan di Kapar, Klang, Selangor pada tahun 28 March 1936. Beliau kemudiannya berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1957 dan mula menyanyi di majlis keramaian seperti kenduri kahwin.

Pada Oktober 1959, Ahmad Jais berhijrah ke Singapura untuk mencuba nasibnya. Sebelum bintangnya mula bersinar, beliau pernah bekerja sebagai budak pejabat di Cycle & Carriage dengan gaji RM80 sebulan. Bakat seni dalam diri Ahmad Jais mula terbukti apabila memenangi pertandingan nyanyian pada 1959 dan 1960.

Pada tahun 1961, ramai peserta pertandingan itu yang membantah apabila dia ingin mengambil bahagian buat kali ketiga kerana Ahmad Jais merupakan penyandang gelaran. Beliau terpaksa mengalah dan hanya menyertai pertandingan Lagu Pop Singapura, dan dinobatkan sebagai juara Lagu Pop Singapura.

Pada tahun 1962, Ahmad Jais kembali menyertai pertandingan Lagu Asli Singapura dan sekali lagi meraih gelaran juara. Beliau pernah merakamkan lagu-lagunya di bawah label Panda Records bersama Orkes Selayang Pandang.

Kata orang, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian, kerjaya nyanyian Ahmad Jais mula terbuka luas apabila beliau mendapat peluang menjadi penyanyi undangan untuk Kumpulan Seriwarna yang membuat persembahan di Panggung Victoria. Pada zaman itu, panggung terbabit sering menjadi tumpuan golongan elit dan bangsawan. Ternyata kehebatan suaranya sewaktu menyanyikan lagu Di Ambang Sore diperakui tokoh muzik terkenal Singapura, Zubir Said yang banyak terbabit dengan dunia rakaman.

Selain Seriwarna, Ahmad Jais pernah menjadi penyanyi jemputan bagi sebuah lagi kumpulan muzik terkenal di Singapura, Orkes Melati Putih. Akhirnya namanya mula menjadi sebutan. Selain menyanyi secara solo, Ahmad Jais juga terkenal dengan lagu duet bersama pasangannya, Allahyarham Datin Rafeah Buang iaitu, Juwitaku Sayang dan Budi Setahun Segunung Intan (Kartina Dahari).

Album pertama Ahmad Jais muncul pada 1965. Album itu tidak lain daripada Kucupan Azimat. Sehingga kini Ahmad Jais sudah merakamkan lebih 100 lagu dalam 15 album, kebanyakannya dalam bentuk EP dan LP.

Pada 23 Mac 2007, beliau diberi kepercayaan untuk mengadakan Konsert Bahtera Merdeka anjuran Istana Budaya yang diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan.

Ahmad Jais turut menerima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Ke-63 - 2006.

Dato Ahmad Jais turut terbabit bagi menjayakan Konsert Pop Yeh Yeh Suatu Evolusi 2007, di Stadium Malawati dan julung kali diadakan oleh Global Ads Workstation Sdn. Bhd. -wiki

Photobucket

Bakal MB Kedah...?

on Oct 10, 2011

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhY9ntYBykmSWZI4W1YjNpHM0CdcgIEwauLRNpzXSASjMgLURsGv-WOKkjTSsNMdTFRldTNkjz1ikx-da6whq8zSc2PL31iLxF5ljj9VNEFz4tVnzIkB2x4hwIFeJCRc3iTlV9yqKwFpQ/s400/Mukriz+%26+Tun+005.jpg



KETIKA Umno Kedah kononnya sudah bersedia berubah, kerana bimbang akan rebah buat kali kedua, ratarata mereka tidak nampak siapakah yang bakal diketengahkan untuk menjadi calon Menteri Besar (MB) jika BN Kedah kembali berkuasa.

Beberapa pihak mentertawakan cakap-cakap bahawa Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak seperti sudah bersetuju jika Ahli Parlimen Jerlun, Dato’ Mukhriz Tun Dr Mahathir dinamakan sebagai bakal MB, selepas PRU13 kerana imej yang dibawa kononnya diterima di kalangan rakyat Kedah.


Kata mereka, Najib seperti tidak belajar dari pengalaman Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri (PM) yang pernah menamakan Tan Sri Sanusi Junid sebagai MB Kedah, menggantikan Tan Sri Osman Arof, hingga membawa bencana besar kepada Umno di Kedah.


Sanusi ketika dilantik menjadi MB Kedah, bukan seorang ketua Umno bahagian. Dia dikalahkan Dato’ Abu Bakar Taib sebagai Ketua Umno Bahagian Langkawi tetapi Dr Mahathir membuktikan beliau seorang yang mempunyai sifat kuku besi ketika mentadbir, tetap menamakan Sanusi sebagai MB Kedah.

Akhirnya, Sanusi yang turut dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah terpaksa meletakkan jawatan sebagai MB apabila keputusan pilihan raya umum ketika itu tidak menunjukkan Kedah adalah negeri yang diwakili Perdana Menteri dan menyebabkan Sanusi meletakan jawatannya sebagai MB. Dari 15 kerusi Parlimen di Kedah, BN hanya menang tujuh manakala PAS menang lapan.
Dr Mahathir amat marah dengan keputusan itu dan menerima perletakan jawatan Sanusi sebagai MB dan tempat Sanusi digantikan Dato’ Seri Syed Razak Syed Zin.

Syed Razak tidak dapat bertahan lama kerana masalah kesihatan dan tempatnya digantikan Dato’ Seri Mahdzir Khalid. Sekali lagi, perlantikan Mahdzir dibuat oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) tanpa mengambil kira kedudukan Mahdzir yang bukan ketua bahagian.

Mahdzir yang kemudiannya dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah akhirnya membawa bersama-sama tumbang BN di Kedah dalam PRU12 yang lalu. Mahdzir kini adalah Ketua Umno Bahagian Padang Terap, jawatan yang dimenanginya selepas beliau menjadi MB.

Dari pengalaman buruk Dr Mahathir dan Abdullah ini, apakah Najib masih tidak mahu belajar supaya tidak melantik seseorang yang bukan penyandang jawatan ketua bahagian sebagai MB?
Jika Najib masih berkeras mahu melantik Mukhriz, beliau sebenarnya bukan berhasrat menyelamatkan Umno di Kedah tetapi kerana takutkan Dr. Mahathir yang mungkin menyerangnya hingga tumbang sebagaimana yang berlaku terhadap Abdullah dahulu.

Dalam hal ini, suka atau tidak, Najib mestilah mempunyai calon MB Kedah dari kalangan ketua bahagian yang boeh menang. Walaupun setakat ini, bayangan yang dilihat, Najib mahukan Dato’ Ahmad Basha Md Hanifah yang merupakan Ketua Umno Bahagian Alor Setar sebagai bakal MB Kedah selain Mukhriz tetapi ramai yang percaya, Najib akan menamakan seseorang yang berpendidikan tinggi untuk menjadi MB selepas PRU13 akan datang.
Umno Kedah sebenarnya ketandusan pemimpin. Dr. Mahathir ketika menjadi PM tidak mempedulikan Umno Kedah dan kesibukannya di Kuala Lumpur dan peringkat antarabangsa menyebabkan Kedah kini seperti sebuah gurun yang tidak ditumbuhi pokok.

Jika suatu masa dahulu Umno Kedah berbangga dengan beberapa nama seperti Allahyarham Dato’ Raja Ariffin Raja Sulaiman, Dato’ Dr Afiffuddin Omar, Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Sanusi Junid dan Dato’ Mahadzir Mohd Khir, tetapi kini Umno Kedah hanya melahirkan Dato’ Mohd Johari Baharom dan Ahmad Basha yang tidak mampu dibawa ke tengah.

Ada juga yang berpandangan, kononnya Dr Mahathir memang tidak memberi pilihan kepada pucuk pimpinan, agak nama anaknya, Mukhriz dipilih menjadi MB Kedah jika BN menang dalam PRU 13 akan datang.
Mukhriz yang merupakan ahli biasa Umno di bahagian Kubang Pasu bertanding di Parlimen Jerlun dan kemungkinan kali ini, dia akan diletakkan bertanding di peringkat Dun dalam Parlimen Kubang Pasu untuk melayakkannya dilantik menjadi MB Kedah jika BN menang semula. Namun, ia bukanlah mudah kerana ada 15 ketua bahagian di Kedah yang juga kepingin untuk menjadi MB jika BN menang semula.

Cuma, kelebihan yang ada pada Muhkriz ialah “peranan Dr Mahathir” akan menjadikan dia mempunyai kelebihan dari caloncalon lain yang tentunya tidak mempunyai seorang bapa yang pernah menjadi PM.
Cuma, sebagai seorang ahli biasa, apakah selepas ini politik Umno Kedah akan kembali bergolak seperti zaman Sanusi dan Mahdzir? Ketika era Sanusi, riaknya tidak begitu ketara tetapi pengundi hampir-hampir menjatuhkan kerajaan negeri dalam pilihan raya umum.

Di zaman Mahdzir, serangan bertubi-tubi Dr Mahathir ke atas kepimpinan Abdullah menyebabkan Kedah tumbang dan Mukhriz bertindak menulis surat meminta Abdullah meletakkan jawatan sebagai PM sebaik sahaja dia menang kerusi Parlimen Jerlun.

Dari apa yang Najib berikan kepada Mukhriz menunjukkan Najib cukup “menjaga hati Dr Mahathir”. Mukhriz tewas jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, tetapi kemudiannya dilantik menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Kemudian, dalam rombakan Badan Perhubungan Umno Kedah, Mukhriz dinamakan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah yang baru menggantikan Ahmad Basha yang dilantik menjadi pengerusi.
Khabarnya, nama Mukhriz sudah diangkat sebagai Pengerusi Badan Perhubungan tetapi ada dakwaan mengatakan terdapat seorang Adun Umno di Kedah mahu meletakan jawatan jika Najib menamakan Muhkriz sebagai pengerusi menyebabkan Mukhriz hanya dilantik menjadi timbalan.

Sejauh mana kebenaran cerita ini, tiada siapa yang dapat mengesahkan tetapi beberapa pihak mendakwa, mereka lebih bersedia menerima Mahdzir Khalid sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah daripada Ahmad Basha, tetapi Najib tidak berani melantik Mahdzir kerana Dr Mahathir dikatakan kurang senang dengan bekas MB Kedah ini.

Mahdzir didakwa memainkan peranan hingga Dr Mahathir tewas dalam usahanya merebut salah satu kerusi perwakilan Bahagian Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung Umno beberapa tahun lalu.



SUMBER ARTIKEL

Photobucket

Khalid Kekal MB Selangor

on


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu berhubung tuntutan untuk mengganti Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor telahpun diselesaikan secara "demokratik."

"Kita beri mandat penuh kepada Tan Sri Khalid sebagai menteri besar," katanya kepada wartawan di bangunan parlimen hari ini.

NONETambahnya, beliau juga sering mendengar rungutan demi rungutan untuk menukar ketua umum dan juga menteri besar.

"Tapi kita tidak boleh ketepikan pandangan mereka. Kita dengar dan keputusannya adalah untuk menyokong Khalid," katanya lagi.

Ditanya bilakah keputusan itu dibuat, Anwar berkata perkara itu merupakan satu "isu lama" tetapi timbul semula "baru-baru ini."

Isu berkenaan timbul apabila dilaporkan satu laman web bahawa hubungan antara Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan ADUN dan ahli parlimen PKR dilaporkan semakin rapuh.

Malah, lapor laman AntaraPos.com, terdapat kumpulan wakil rakyat parti itu mahu pimpinan parti menggugurkan Khalid daripada jawatan menteri besar.

AntaraPos.com diasaskan sekumpulan bekas editor TVSelangor yang juga bekas kakitangan kerajaan negeri melalui Menteri Besar Incorporated.

Laman web itu juga mendakwa Anwar Ibrahim akur dengan desakan itu dan telah meminta supaya presiden parti, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjalankan tuntutan pimpinan itu.

Bagaimanapun, lapor laman web itu lagi, Wan Azizah enggan berbuat demikian, menyebabkan timbul keresahan di kalangan wakil r


Photobucket

Khalid Ibrahim Akan Di Singkirkan...?

on



Hubungan antara Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan ADUN dan ahli parlimen PKR dilaporkan semakin rapuh sehingga ada kumpulan wakil rakyat parti itu mendesak pimpinan parti supaya memecat Menteri Besar Selangor itu.

anwar ibrahim and wan azizah sodomy trialPortal berita AntaraPos.commelaporkan, ketua umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim, malah, akur dengan desakan itu dan telah meminta supaya isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden parti melaksanakan tuntutan pimpinan itu.

Bagaiamanapun, difahamkan Wan Azizah enggan berbuat demikian. Tindakan beliau itu sehingga menimbulkan keresahan di kalangan wakil rakyat berkenaan yang semakin tidak berpuas hati dengan prestasi Khalid.

Memetik beberapa sumber dalaman, AntaraPos.commelaporkan kemelut berkenaan telah mencetuskan krisis dalaman parti yang memberi kesan kepada bukan sahaja PKR tetapi juga Pakatan Rakyat.

Ini juga dikatakan sedang menghakis peluang gagasan itu untuk mengekalkan kuasa di Selangor pada pilihanraya umum akan datang.

Rungutan utama wakil rakyat PKR terhadap Khalid adalah bahawa prestasi kepemimpinan PKR di Selangor tertinggal jauh berbanding dengan kerajaan negeri pimpinan DAP di Pulau Pinang.
Keghairahan Khalid

Manakala di Kelantan dan Kedah, kerajaan negeri pimpinan PAS bergerak atas landasan sama dengan telunjuk parti dan memastikan dasar-dasar PAS dilaksanakan di peringkat negeri.

NONE"Apa yang jelas di Selangor ialah keghairahan Khalid mengumumkan program-program rakyat dengan begitu gah namun pelaksanaan ibarat melepaskan batuk di tangga sepanjang tiga tahun yang lepas," kata sumber-sumber dalaman parti.

Contohnya program seperti Skim Mikrokredit yang dibeban dengan birokasi keterlaluan untuk mendapatkan kelulusan, manakala tahap pelaksanaan projek pembersihan Sungai Klang yang dalam program memacu ekonomi Selangor bernilai RM60 bilion masih jauh daripada memuaskan walaupun ia diumum hampir tiga tahun lalu.

Sebaliknya, Khalid memberi tumpuan kepada “projek-projek remeh yang jelas tidak mendatangkan sebarang kesan jangka panjang untuk kebaikan penduduk Selangor tetapi hanya sekadar untuk meraih populariti," tambah sumber itu.

pkr congress agm kota baru 300510 crowdMenurut sumber itu lagi, pada Mei lalu, wakil rakyat PKR mengemukakan memorandum kepada Anwar meminta beliau memecat Khalid sebagai menteri besar demi memelihara kedudukan PKR sebagai paksi Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor.
Singkir MB

Memorandum itu disampaikan kepada Anwar pada Kongres Pilihanraya PKR. Difahamkan bahawa apabila menyedari perkara itu, Khalid bergegas meninggalkan kongres berkenaan sebagai tanda protes.

Susulan memorandum itu, ahli-ahli Majlis Pimpinan Pusat dan Biro Politik PKR turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan prestasi Khalid, baik sumbangannya kepada parti atau pun selaku Menteri Besar.

NONEMereka juga merujuk kepada tindakan Khalid untuk mencantas beberapa program kemasyarakatan yang diatur oleh parti tetapi meluluskan program-program di peringkat negeri yang berupaya meningkatkan populariti beliau secara peribadi.

Kata sumber itu lagi yang dipetik AntaraPos.com, sebagai respon kepada  rungutan dan memorandum itu, Anwar selaku ketua umum PKR meminta Wan Azizah selaku presiden untuk melaksanakan ketetapan yang diambil oleh Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat bagi menyingkir Khalid.

Penyingkiran itu memerlukan PKR mendapat persetujuan daripada DAP dan PAS sebelum menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan usul berkenaan selain mengemukakan calon MB baru.
Dalang

Bagaimanapun usul itu dikatakan "mati begitu saja" di tangan Wan Azizah yang bertegas mahu mengekalkan Khalid walaupun membelakangi mandat Majlis tertinggi PKR dan suaminya sendiri.

ngo pro selangor government rally 230111 faekahSumber-sumber juga memberitahu keputusan Wan Azizah untuk menempelak kehendak wakil-wakil rakyat parti, didalangi oleh Faekah Husin (kiri), setiausaha politik Khalid yang sebelum ini  menjadi pegawai khas presiden PKR itu.

Walaupun berpejabat di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Faekah masih bertindak penasihat utama Wan Azizah, malah banyak menghabiskan waktu untuk urusan Presiden PKR.       
"PKR kini berdepan dengan masalah dalaman yang amat serius kerana ia membabitkan tiga personaliti tertinggi iaitu Anwar, isterinya dan Khalid," kata sumber itu.

"Wakil rakyat dan akar umbi yang mengetahui masalah ini kini menunggu untuk melihat apakah langkah seterusnya Anwar - sama ada bertegas untuk memaksa Khalid berundur atau tunduk kepada kemahuan isterinya yng jelas dipengaruhi oleh orang kanan Khalid.  



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List