Ahli Parlimen Pakatan BODOH Tolak Rezeki

on Oct 14, 2011


Isu pembatalan kenaikan gaji dan elaun ahli Parlimen merancakkan persidangan Dewan Rakyat apabila beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan pembangkang bertikam lidah mengenai cadanganberkenaan.

Kekecohan berlaku apabila Datuk Baharom Mohamad (BN-Sekijang) menyifatkan ahli Parlimen pembangkang sebagai hipokrit kerana menolak cadangan kenaikan gaji dan elaun seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam Bajet 2012.

Menurut Baharom, sikap hipokrit pembangkang begitu ketara apabila wakil rakyat mereka yang menganggotai Jawatankuasa Mengkaji Gaji dan Elaun Ahli Parlimen terlebih dahulu menyokong mengenai cadangan berkenaan.

"Dua wakil pembangkang dalam jawatankuasa berkenaan adalah Ahli Parlimen PAS-Kubang Kerian (Salahuddin Ayub) dan PKR-Kuala Langat (Abdullah Sani Abdul Hamid)," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undangPerbekalan 2012 di sini, Khamis.

Kenyataan Baharom itu mengundang Abdullah Sani untuk bangun bagi mempertahankan pendiriannya bahawa kenaikan gaji dan elaun itu memang diperlukan namun pada masa yang sama menegaskan bahawa ia tidak sesuaidilaksanakan sekarang.

Kemudiannya Khalid Samad (PAS-Shah Alam) turut mencelah bagi menyokong kenyataan Abdullah Sani.

"Belum sesuai masanya, sekarang tak sesuai nak naikkan lagi... lagipun sekarang kerajaan BN menghadapi bajet defisit," katanya.

Namun kenyataan kedua-dua wakil rakyat pembangkang itu disangkal Baharom dan menegaskan bahawa kerajaan mempunyai bajet yang cukupuntuk melaksanakan cadangan tersebut.

"Dah beri kelulusan untuk kaji (gaji dan elaun) itu bermakna ada bajet la.

"Perdana Menteri dengar rintihan wakil rakyat kerana beliau tahukenaikan itu dapat digunakan untuk rakyat juga," katanya.

Mendengar penjelasan berkenaan, Khalid masih enggan mengaku kalah dan bingkas bangun sekali lagi dan berkata:

"Rintihan kami (pembangkang) adalah peruntukan RM1 juta seperti mana yang diperoleh Ahli Parlimen BN dan jika ia diberi tentu kami dapatmemberi khidmat yang baik kepada rakyat."

Jumaat lalu, Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2012 di DewanRakyat mengumumkan bahawa kerajaan akan mengkaji semula gaji dan elaunahli Parlimen sekiranya mendapat sokongan penuh wakil rakyat kerajaan,pembangkang dan bebas.

Bagaimanapun, bantahan empat pemimpin utama pembangkang iaitu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Salahuddinyang juga Naib Presiden PAS menyebabkan kerajaan menarik balik cadangan berkenaan.



Photobucket

Pemimpin Melayu Kuat Tidur

on



Telah banyak diperkatakan tentang 'Perpecahan Melayu' yang membawa kepada ketidak tentuan iklim politik negara hari ini.Bila sebut pasal perpecahan telunjuk kita mula menghala kepada si Polan itu dan si Polan ini sebagai punca perpecahan Melayu hari ini.Memanglah tidak boleh dinafikan perpecahan Melayu kepada beberapa kumpulan parti politik Melayu mengakibatkan 'kuasa politik' yang selama ini didominasi oleh orang Melayu dilihat begitu lemah.Sehingga tiada satu pun parti politik orang Melayu yang ada hari ini dapat berdiri dengan teguh tanpa sokongan kaum bukan Melayu terutamanya sokongan dari kaum Cina.

Maka terjadilah apa yang sering diperumpakan oleh orang tua tua dahulu HIDUNG TAK MANCUNG PIPI PULA TERSORONG SORONG.Umno yang secara tradisinya menjadi tunggak kepada kuasa politik orang Melayu selama ini saperti hilang arah bilaPEMIMPIN BESAR mereka mula menabur itu dan ini kepada bangsa ini dengan harapan dapat meraih kembali sokongan mereka.PAS yang memang menjadi musuh tradisi Umno sejak azali lagi dah mula bekerjasama dengan bangsa ini demi menumbangkan kerajaan pimpinan Umno at all cost.PKR pula yang lahir dari ketidakpuasan hati seorang bekas Panglima Perang Umno yang dipecat langsung tiada agenda tertentu untuk kebaikan rakyat kecuali menumbangkan Umno yang telah menyingkirkan dirinya dari menduduki takhta Putrajaya yang masa itu sudah terlalu hampir digapainya.


Ketiga tiga parti orang Melayu Umno,Pas dan PKR ini semuanya diserang penyakit yang sama iaitu SINDROM MEMBODEK CINA TAHAP EMPAT.Umno yang berkuasa terus MEMBERI dan MEMBERI,Pas dan PKR pula sibuk berjanji AKAN MEMBERI dan terus AKAN MEMBERI jika boleh berkuasa dengan bantuan kaum Cina ini.Ketiga tiga parti orang Melayu ini sudah kehilangan maruah dan harga diri bila terpaksa meminta minta sokongan kaum Cina yang sebelum ini belum pernah dan tidak perlu dilakukan mereka.Kaum Cina pula merasakan tiba tiba diberi KUASA PENENTUuntuk meletakan Melayu yang mana di Putrajaya.Maka peluang yang terbuka luas ini digunakan sebaik mungkin oleh kaum ini yang diwakili oleh DAP diluar sana dan MCA dan Gerakan didalam sini untuk mengasak kerajaan Melayu pimpinan Umno demi matlamat bangsa mereka yang tentunya SAMA.

Mana mungkin kaum Cina yang duduk dalam berbagai Persatuan Cina yang walaupun konon nya berlainan ideologi politik mempunyai matlamat yang berbeza untuk kaum mereka.Cuma politik mereka lebih matang jika dibandingkan dengan politik orang Melayu yang kokok mereka berderai derai dari subuh sampai ke subuh.Itu realiti sebenar yang berlaku hari ini sama ada ingin diakui atau tidak oleh biawak biawak politik Melayu yang ada hari ini.


Ketidaktentuan halatuju dan menyusutnya kuasa politik orang Melayu bukan sahaja menggusarkan ahli ahli Umno tetapi juga orang Melayu atas pagar yang tidak berparti tetapi menyokong kerajaan.Mereka atas pagar inilah merupakan kuasa sebenar yang meletak dan menyingkirkan Umno selama ini.Kegusaran ini diterjemahkan mereka dengan saranan demi saranan agar Melayu yang terpecah tiga ini kembali bersatu demi kesinambungan dan survival kuasa politik orang Melayu.Maka idea agar Umno dan Pas bersatu dalam satu Kerajaan Perpaduan sejak PRU12 2008 sering dilagukan mendambakan reaksi kedua belah pihak.Tetapi sehingga kini kata tidak besahut,gayung tidak bersambut bahkan mencetus polimik dari pihak pihak yang menentang idea ini.


Pada aku MASAALAH UTAMA yang berlaku hari ini bukanlah perpecahan orang Melayu.Membawa Melayu Umno dan Pas dalam satu kesatuan demi kuasa politik orang Melayu bukanlah satu tindakan yang bijak dan jalan penyelesaian jangka panjang.Orang Melayu pada aku tidak pernah berpecah dulu,kini dan selamanya macam juga slogan keramat Umno.Cuma orang Melayu kini melalui fasa kematangan dalam cara berfikir dan berpolitik,apatahlagi dalam memilih pemimpin.Pertembungan antara Melayu yang mendukung budaya politik lama dan pemikiran yang baru yang dilihat hari ini sebagai perpecahan.orang Melayu.Sedang hakikatnya ia baik untuk orang Melayu jangka panjang.Maka wajib bagi parti parti Melayu yang sedia ada mengorak langkah yang sama seiring dengan perubahan dan kematangan berfikir orang orang Melayu.


Mana mungkin Umno Dato On Jaafar atau Umno zaman Tunku Abd Rahman hendak disuap kemulut orang Melayu secara paksa bilamana pemimpin yang ada hari ini tidak mempunyai 'roh pejuangan' sebagaimana pejuang pejuang Umno terdahulu?Mana mungkin Umno dan pemimpin nya yang dah bertukar menjadi PARTI DAN PEMIMPIN MATERIAL ingin menggambarkan diri dan parti mereka sebagai sesuatu yang SPIRITUAL lantas mesti diterima rakyat.Retorik retorik kosong yang berjaya dinyanyikan 25 tahun lalu sudah jadi skrip skrip program Raja Lawak yang mendatangkan INSULT TO THE INTELIGENCE kebanyakan orang Melayu hari ini.


Adakah Umno sedar akan proses kematangan yang dilalui orang Melayu hari ini?Bukankah KEMATANGAN itu yang diperlukan dalam diri orang Melayu untuk berdaya saing dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara?

Apakah orang Melayu disaran untuk matang dan maju tapi dalam masa yang sama juga diminta berfikiran saperti 30 tahun dahulu dan berpura pura menerima Umno sebagai satu satunya parti yang membela orang Melayu yang tidak pernah tersasar dari tujuan asal penubuhan nya?


Sepatutnya Umno berkembang seiring dengan kematangan berfikir orang Melayu dan tidak terus beretorik dengan sejarah gemilang yang telah dilakukan oleh ayah,ibu dan tok nenek mereka sedangkan mereka tidak berbuat apa apa kecuali merosakan imej Umno dimata rakyat dengan kerakusan mereka mengumpul harta bertenggek atas parti keramat ini.Marah lah aku kalau kamu semua mahu...tapi itulah hakikatnya dan semua orang tahu.Orang Melayu hari ini tidak lagi bodoh dan senang diperbodohkan.


Tanyakan diri kamu wahai semua yang bergelar PEMIMPIN BESAR UMNO yang ada hari ini....
Apakah Umno yang ada saperti yang ada hari ini yang ingin kamu pacu untuk10,20,30 atau 50 tahun akan datang untuk membela Melayu?Apakah kamu fikir Umno yang sebegini masih relevan untuk mendepani kehendak dan keperluan orang Melayu dimasa akan datang.

Carilah kaedah yang terbaik untuk merelevankan Umno ini bukan sahaja untuk orang Melayu tetapi supaya juga dipandang tinggi dan dihormati oleh bangsa lain,barulah kamu semua boleh berbangga mengaku diri kamu semua sebagaiPEJUANG UMNO ERA kini.


Atau apakah kamu semua ingin terus menjadi PEMINTA SEDEKAH untuk kekal berkuasa kepada bangsa yang suatu masa dahulu diberikan hak kerakyatan oleh datuk datuk kamu?

Fikir fikirkan...

Sumber Asal

Photobucket

KHIR TOYO: BN SUKAR TAWAN SELANGOR

on





Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo (gambar)  berkata, BN mungkin sukar untuk merampas semula negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang.Menurutnya, masih ada kawasan hitam kepada BN di Selangor.“Masih ada kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang hitam yang bermakna sukar untuk dimenangi BN. 

“Walaupun BN telah melakukan pelbagai usaha BN untuk merampas semula Selangor tetapi rakyat di kawasan hitam itu belum menampakkan tanda-tanda akan menukar kerajaan,” katanya ketika dihubungi. 


Bagaimanapun, Adun Sungai Panjang itu tidak mahu menamakan kerusi-kerusi yang hitam kepada BN itu. 


BN pimpinan Dr Mohd Khir menyerahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008. 


Dalam pilihan raya umum tersebut, Pakatan Rakyat menang 36 daripada 56 kerusi DUN dan 17 kerusi Parlimen. 


Kerusi bandar 


PKR pula  menang 24 kerusi iaitu 15 DUN dan sembilan Parlimen, jumlah yang tidak pernah dijangkakan manakala DAP menang di 13 kerusi DUN dan empat Parlimen. PAS memperoleh lapan DUN dan empat Parlimen. 


Umno hanya memperoleh 18 kerusi DUN dan empat Parlimen, sesuatu yang tidak pernah dijangkakan sama sekali dan MCA menyumbangkan dua kerusi DUN dan satu Parlimen manakala semua calon MIC dan Gerakan di Selangor tewas.

 
Pilihan raya umum ke 13 dijangka diadakan awal tahun depan, Bagaimanapun, tempoh Parlimen berakhir ialah bulan Mac 2013.


Ketua Penerangan Umno Selangor, Syukur Idrus berkata,  kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat lebih dari 3, 000 undi dalam pilihan raya umum lalu merupakan kawasan hitam bagi BN.
Katanya, kebanyakan kerusi berkenaan merupakan kerusi bandar. 


Bagaimanapun, Syukur yakin BN akan merampas semula Selangor berdasarkan sokongan rakyat kepada parti itu sejak kebelakangan ini. 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan  Pengerusi BN Selangor yang mengambil alih dari Tan Sri Muhammad Muhammad Taib pada tahun 2009.



Photobucket

Punca Pengundi Hantu Berkeliaran Di Selangor

on



Sentimen Terhadap Abdul Khalid



Pengurusan Kerajaan Negeri Selangor mendahului tahap kepuasan hati dalam satu tinjauan perbandingan lima pentadbiran di Semenanjung Malaysia termasuk kerajaan persekutuan yang dikendalikan firma kaji selidik UMR.


Dari seribu pengundi berdaftar yang dibanci, 67 peratus responden berkata mereka sangat berpuas-hati dengan prestasi Kerajaan Negeri Selangor.
Sekadar 26 peratus tidak berpuas-hati dengan urustadbir Pakatan Rakyat di Selangor.

Meskipun corak kepimpinannya dilaporkan menjadi pertikaian kawan dan lawan, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus meraih sokongan positif setinggi 52 peratus responden.

Malah Abdul Khalid lebih diyakini dikalangan responden di Selangor dan Kuala Lumpur berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Cerapan populariti mengikut etnik menunjukkan Abdul Khalid disokong 48 peratus pengundi Melayu, dan 50 peratus pengundi berbangsa Cina, disebalik pelbagai kritikan terhadapnya mutakhir ini.

Keyakinan mereka turut diperkuatkan 59 peratus pengundi Melayu Selangor.
Tinjauan dibuat antara 22 Ogos hingga 15 September tahun ini meliputi negeri Selangor, Johor, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pembentangan yang dibuat memberi penekanan kepada 9 perkara antaranya kepimpinan, situasi ekonomi dan prestasi urustadbir.

Sementara itu, sokongan kaum Hawa kepada Tan Sri Khalid mencecah 43 peratus, manakala 58 peratus kaum Adam menyakini kepimpinan beliau.

Yang lebih memberangsangkan, tokoh korporat ini menjadi pilihan 45 peratus responden berumur antara 21 hingga 29 tahun. 50 peratus responden antara 30 hingga 39 peratus turut yakin, begitu juga 50 peratus responden yang berumur 40 tahun dan keatas.

TV Selangor masih berusaha untuk mendapatkan tahap kepuasan hati terhadap barisan kepimpinan negara yang lain. Setakat ini apa yang pasti, penyokong Abdul Khalid merentasi status pendidikan.

Dalam tinjauan yang sama, corak buang undi dalam pilihanraya umum akan datang dijangka menyebelahi Pakatan Rakyat.

Yang memilih Pakatan Rakyat meningkat lebih 1.5 peratus, dan 51.5 peratus responden berkata Pakatan Rakyat menjadi pilihan mereka.

Di empat negeri terbabit, corak pengundian dijangka menunjukkan kekutuban yang ketara. 73 peratus dan 78 peratus pengundi Cina dan India pasti memilih Pakatan Rakyat, manakala 69 peratus pengundi Melayu berkata mereka mungkin memilih Barisan Nasional.

Meskipun Abdul Khalid popular di kalangan wanita, umumnya Pakatan Rakyat masih perlu menggembleng sokongan kaum Hawa. Hanya 44 peratus responden wanita di semua negeri mahu memilih Pakatan Rakyat. Kaum Adam bagaimanapun positif. 56 peratus responden lelaki menyokong Pakatan Rakyat.

Tinjauan UMR juga mendapati Pakatan Rakyat mendapat tempat di kalangan komuniti pemuda dan dewasa 30 hingga 39 tahun. Di sudut ekonomi pula, PR memukul rata sokongan di kalangan responden yang berpendapatan antara RM3001 hingga RM5000, RM5001 hingga RM10,000 dan RM10,000 keatas.

Rakyat Selangor dijangka mahu Selangor terus menjadi templat reformasi melihat kepada sokongan lebih 57 peratus.





Photobucket

Kereta Honda Dalam Air

on


Baru-baru ini telah berlaku banjir besar di Thailand dan salah satu tempat yang paling teruk dilanda banjir ialah kilang Honda. Jangan risau, Honda City model 2012 belum ada dipasaran. 











Photobucket

Ais Penyebab Kanser.....?

on



ANDA tidak percaya? Kepada yang gemar minum minuman berais, fakta ini mungkin menyedarkan anda. 

Air sejuk berais akan membekukan bahan berminyak yang baru saja anda ambil semasa makan. Ia akan melemahkan penghadaman. 

Apabila minyak ini bertindak balas dengan asid, ia menghentikan dan menyebabkan penyerapan minyak oleh usus berlaku lebih cepat berbanding dengan makanan pejal lain. 

Ia akan memenuhi usus kita dan lambat laun boleh menyebabkan kegemukan dan punca kepada kanser. Lebih elok jika anda minum air kosong atau air suam selepas makan.


Photobucket

Gadis Hilang Ikut Kenalan Facebook

on



Gambar: MOHD. SABRI bersama isterinya, Nur Hafizah Nordin (dua dari kiri) menunjukkan gambar Nurul Nur Syawaltie yang hilang dari rumah di Kangar semalam.



Seorang bapa runsing apabila anak perempuannya lari dari rumah dipercayai mengikut rakan lelaki yang dikenali melalui laman sosial, Facebook sejak tiga hari lalu.

Menurut Mohd. Sabri Samat, 35, kehilangan anaknya, Nurul Nur Syawaltie, 14, disedari apabila dia tidak pulang ke rumah selepas tamat waktu persekolahan di Sekolah Menengah Putra di sini Rabu lalu.
Ujarnya, dia kemudian menghubungi pihak sekolah, namun terkejut apabila dimaklumkan anak sulung daripada lima beradik itu rupa-rupanya tidak hadir ke sekolah pada hari berkenaan.

“Saya hanya menjumpai basikal anak saya yang ditinggalkan di taman perumahan di sebelah sekolahnya.

“Selepas menunggu hingga lewat malam, dia masih tidak pulang ke rumah dan berikutan itu saya membuat laporan di Balai Polis Kangar kira-kira pukul 1.30 pagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Dato Jaafar di sini semalam.

Mohd. Sabri berkata, dia mengesyaki kehilangan Nurul Nur Syawaltie ada kaitan dengan seorang lelaki berusia 20-an yang dikenali oleh anak gadisnya itu melalui Facebook.

“Sejak kebelakangan ini, dia kerap bermain Facebook dan sehari sebelum kejadian, saya terdengar dia berbual di telefon bimbit dengan rakan yang mengajaknya berjalan-jalan di Pulau Pinang,” ujarnya.

Malah, katanya, beberapa orang rakan sekolah Nurul Nur Syawaltie juga memberitahunya bahawa anaknya itu ada meluahkan rasa tidak gembira tinggal di Kangar melalui Facebook.

“Sebelum ini, kami sekeluarga menetap di Pulau Pinang lebih lima tahun ketika saya bekerja di sana dan kami baru setahun tinggal di Kangar,” ujarnya.

Ujarnya, dia percaya anaknya itu menghilangkan diri bersama seorang lagi rakan sekolahnya yang dikenali sebagai Amira.

Katanya, orang ramai yang berjumpa atau mempunyai maklumat mengenai Nurul Nur Syawaltie diminta menghubunginya di talian 016-4871042 atau balai polis berhampiran. -kosmo


Anak hilang tinggal basikal

KANGAR: Hanya penemuan basikal menjadi petunjuk buat seorang bapa apabila anak perempuan kesayangannya didapati hilang ketika berbasikal ke sekolahnya di Bintong, dekat sini, kelmarin.

Lebih mengejutkan apabila basikal milik anak sulung daripada lima beradik, Nurul Nursyawaltie Mohd Sabri, 14, ditemui di sebuah taman perumahan berhampiran kira-kira jam 3 petang.

Mohd Sabri Samat, 35, dari Taman Bukit Kayangan, dekat sini, berkata sebaik menerima maklumat itu, dia menunggu anaknya di kawasan berkenaan kerana bimbang tetapi gadis berkenaan tetap tidak muncul sehingga lewat petang.

Menurutnya, dia kemudian berasa tidak sedap hati dan percaya anak perempuannya mungkin berada di luar Perlis berdasarkan wang tunai RM30 dalam dompetnya juga disedari hilang pada pagi sebelum kehilangan Nurul Nursyawaltie. Katanya, anaknya itu memang gemar melayari laman sosial seperti facebook dan mempunyai ramai kawan.

“Sebelum ini, saya tinggal di Pulau Pinang dan mengesyaki dia pergi ke sana ataupun dijemput salah seorang rakan facebooknya untuk ke sana.

“Tetapi saya berasakan wang RM30 itu memang tidak mencukupi pergi dan tinggal di sana sehingga hari ini (semalam),” katanya.

Menurutnya, dia juga sudah mengedarkan gambar anaknya di sekitar kawasan sekolah termasuk kepada rakan-rakannya melalui telefon bimbit sebagai langkah untuk mengesan anaknya.

Katanya, dia turut membuat laporan mengenai kehilangan anaknya di Balai Polis Kangar, kira-kira jam 1 pagi semalam. -hm



Photobucket

Tiada Siapa Menyiasat Operasi Zakat

on Oct 13, 2011



Setelah laporan berkaitan serbuan JAIS ke Gereja DUMC, pencapaian Pusat Zakat Selangor masih tiada siapa sebut.

Hasan Ali sendiri, dalam kenyataan terbaru, berkata keluarga2 yang dikaunseling adalah mereka yang "berlatarbelakang miskin dan bermasaalah".(rujuk keratan akhbar di bawah)

Yang jelasnya, keluarga2 ini juga hampir kesemunya pernah ditolak permintaan bantuan dari Pusat Zakat Selangor.

Ertinya perjalanan Pusat Zakat Selangor terlepas dari penyiasatan ataupun pembetulan.

Tulang Besi telah menjalankan "survey" dan mendapati 97% dari responden mahukan

1.0 Lembaga Zakat Selangor diaudit oleh sebuah badan audit yang bebas

2.0 Laporan audit tersebut dibentangkan kepada umum (ataupun kepada Dewan Undangan Negeri Selangor)


Hasan Ali hanya berani berkokok berkenaan "percubaan murtad" yang sehingga kini tiada seorang pun yang didakwa.

Namun, apa yang HAsan Ali tidak sedar adalah keluarga-keluarga miskin ini mendapat bantuan dari pihak Gereja setelah mereka disisihkan oleh Pusat Zakat Selangor.

Ketiadaan bukti untuk pendakwaan adalah kerana pihak Gereja tersebut tidak pernah menyebarkan agama Kristian kepada keluarga2 Islam ini. Apa yang mereka lakukan hanyalah memberikan bantuan kemanusiaan kepada keluarga2 miskin ini.

Sekiranya proses perjalanan dan penyebaran zakat tidak dibetulkan, selepas ini ramai lagi yang akan menerima bantuan gereja.

Sumber berlakunya hubungan kelurga Islam dgn gereja adalah kerana LEMAHNYA SISTEM ZAKAT.

Selagi kita tidak membetulkan sistem zakat di Selangor, selagi itu akan bertambah-tambah keluarga Islam yang meminta bantuan dari Gereja.

HAsan Ali cuma menjadi alat UMNO untuk melindungi segala kebobrokan yang sedang berlaku dalam proses penyebaran zakat.

"Murtad" ini bukan isunya. Isu yang sebenar adalah mengapa terdapat keluarga2 ISlam yang tersisih dari bantuan zakat sedangkan pungutan zakat di Selangor antara tertinggi di Malaysia.

Hasan Ali sepatutnya berbangga kerana berjaya menjadi alat kepada propaganda UMNO dengan jayanya.

UMNO tolak hudud kerana desakan seorang pelakon porno, bukankah itu satu tindakan yang membawa kepada murtad?


Sumber Atikel
Photobucket

Dia Cakap Pakai Otak

on

Dia tak cakap kurang ajar. Otak dia tak letak kat tempat taik dia keluar. Kaki dia tak tersumbat dalam mulut dia. Bukan macam seekor dua yang lain. Depa tu memang layak sangat-sangat menerima Foot in Mouth Award.

Dia cakap pakai otak. Kalau orang cakap pakai otak, saya akan sanjung dan iktiraf. Saya bukan berkira sangat nak puji orang, walaupun orang tu Umno, walaupun orang tu orang bangsawan. Walaupun orang pembangkang geli nak dengar, dalam beberapa hal, saya puji dan sanjung pandangan dan pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Saya berwasapada. Maklumlah, ada anak raja negeri asal saya, Perak, yang dulunya bila dia bercakap, saya hormat pemikiran dia. Sekarang, saya tak nak baca apa dia kata. Kalau keluar dalam TV, cepat-cepat saya tutup TV atau mintak tolong anak isteri saya tutup TV. Meluat sangat-sangat! Nak-nak kalau dia kononnya "menitiskan air mata". Eeeeeeeee!!!

Saya berwaspada. Anak raja Negeri Sembilan tu, negeri asal dan kelahiran orang rumah den, masih muda dan idealistik lagi. Agaknya, otak dia belum lagi dikotorkan oleh parti makan babi (Dr Mahathir kata, makan rasuahmacam makan babi). Otak mereka yang dah dinajiskan parti makan babi, tak payahlah kita nak ambil pot.

Meskipun saya berwaspada, saya tetap menyanjungi pemikiran Tunku Zain al 'Abidin Muhriz (yang pakai pakaian macam warna brown dalam gambar di atas tu). Dan, saya berharap dia terus mempunyai pemikiran yang saksama dan waras. Maklumlah dia bukan boyfriend Kavita Kaur. Dia juga bukan penerima Foot in Mouth Award.

Berita berkaitan:

Kerabat Negeri Sembilan okay titah diraja dibahas

(Malaysiakini 13/10/11): Titah diraja boleh dibincangkan oleh ahli akademik dan media, selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan yang sebenar, kata seorang ahli kerabat diraja Negri Sembilan.

Dalam temu bual e-mel dengan Malaysiakini, seorang kerabat diraja Negri Sembilan Tunku Zain Al 'Abidin berkata perkara itu adalah sejajar dengan kebebasan bersuara dan berhimpun.

"Sebagai penyokong kebebasan bersuara dan berhimpun, saya sentiasa menegaskan bahawa rakyat Malaysia perlu mempunyai kebebasan untuk membincangkan apa-apa jua yang tidak benar-benar menghasut, memfitnah atau mengalakkan keganasan.

"Saya juga menyokong hak individu untuk meluahkan pendapat mereka (melalui) kerja-kerja akademik dan portal media," kata putera raja yang juga adalah pengasas Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS).

Tunku Zain Al 'Abidin, yang juga kolumnis dengan Star, berkata demikian ketika ditanya mengenai kritikan yang dibuat terhadap pakar Prof Dr Abdul Aziz Bari yang mengulas kenyataan yang dibuah oleh Sultan Selangor.

Aziz didakwa cuba memburuk-burukkan institusi diraja apabila beliau membangkitkan isu-isu tertentu yang dititah oleh baginda berhubung pemeriksaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Damansara Utama Ogos lalu.

Turut mendapat tempias bidasan itu adalah Malaysiakini kerana menyiarkan komen Aziz.

Dalam pembelaannya, Aziz menerangkan Akta Hasutan 1948 membenarkan kritikan terhadap raja-raja Melayu, selagi mereka tidak menyokong pemansuhan monarki itu.

Sumber Sebenar

Photobucket

Sedar Lah Dari Tidur Wahai Pemimpin Pakatan

on


Najib Razak telah membacakan Belanjawan Malaysia 2012 di Parlimen. Siapa yang pasang telinga akan dapat mendengar. Siapa yang tak ada kerja lain yang lebih bermanafaat boleh membacanya. Tetapi majoriti rakyat dalam negara kita ini tidak ambil ‘pot’ – tak ambil endah. 

Tetapi masih banyak sosok-sosok yang tercabar apabila mendengar belanjawan ini. Mereka ini bukan ahli ekonomi atau pemerhati trend politik di rantau ini. Mereka juga bukan ajen Wikileaks, tetapi, saheh mereka tercabar. 

Kumpulan pertama yang merasa tercabar ialah para YB dari Pakatan Rakyat yang jarang datang ke Parlimen atau tidak membuat kerja di kawasan mereka. Kumpulan ini akan merasa pembacaan belanjawan ini adalah pembacaan tarikh tali gantung yang akan sampai ke leher mereka. Mereka merasa gundah gulana dan amat bersedih hati bila mendengar belanjawan ini.

Para pembaca jangan merasa sedih kerana ada satu lagi kumpulan yang cukup gumbira mendengar belanjawan ini. Sosok ini bukan meneliti dan mengkaji apa yang tertulis di kertas belanjawan. Semua ini tidak penting. Yang penting sosok ini merasa diri mereka cukup layak untuk menjadi YB. Bila belanjawan telah dibaca maka inilah tanda pilihanraya akan sampai. Justeru sosok ini wajib menonjolkan muka. Dengan baju batik berlengan panjang mereka akan bersadai datang ke forum-forum politik. Kalau boleh duduk dikerusi paling hadapan terutama jika ada pemimpin pusat hadir sama. Belanjawan untuk mereka ialah tanda untuk mula melobi mencari kerusi YB untuk bertanding.

Dalam masa yang sama para komentar politik di Warong Tom Yam Mek Jah tidak habis-habis berlabon tentang tarikh pilihanraya seolah-olah dirinya akan bertanding. Tulisan demi tulisan di akhbar muncul memberi komen tentang belanjawan dan pilihanraya. Di laman web dan di blog semuanya akan menganalisa dan memberikan pendapat bahawa belanjawan kali ini bertujuan untuk mengadakan pilihanraya.

Saya sendiri bersetuju bahwa pilihanraya umum akan sampai tidak lama lagi. Saya juga bersetuju bahawa belanjawaan ini adalah tandanya. Tetapi untuk saya Belanjawan 2012 memiliki tanda dan makna yang lebih dalam. Belanjawan ini untuk saya membawa makna dan tanda yang gelap.

Justeru, biar saya katakan disini secara jujur bahawa apa yang saya tulis ini adalah surah setan. Saya juga akan membawa khutubah songsang. Surah setan dan khutubah songsang ini saya tujukan kepada pembaca agar ianya dapat menerjah terbuka mata hati para pembaca sekelian. Saya ingin membawa para pembaca ke satu dunia yang amat gelap lagi jahat.

Untuk pembukaan bukan salam yang akan saya sampaikan tetapi kata-kata lucah: Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor akan kalah. Terperanjat? Tergamam?

Saya cukup yakin tentang kekalahan kerajaan Pakatan Rakyat ini. Jangan silap faham. Jangan silap anggap. Saya bukan musuh dalam seluar. Saya memiliki bukti dan hujah untuk mempertahankan surah setan saya ini. Saya memiliki sebab musabab kenapa saya berani membawa ayat songsang ini.
Untuk memahami ayat songsang saya ini para pembaca tidak perlu ke Havard atau ke Oxford untuk belajar ilmu politik. Cukup dengan membaca Utusan dan menonton TV3. Kerana itu saya ingin membawa para pembaca mengingati kembali laporan Utusan dan TV3 dimana terpampang berita Najib yang menyatakan bahawa Selangor wajib dirampas kembali. Kenyataan tentang Selangor ini wajib dikahwinkan dengan kenyatan Najib mengenai Putrajaya yang akan dipertahankan hingga ke titisan darah terakhir.

Kenyataan Najib bermakna: Dengan apa cara jua Selangor wajib di rampas kembali. Para pembaca yang budiman jika tuan tuan tidak faham akan maksud kenyataan Najib ini maka saya tidak memiliki tonik politik yang boleh membantu. Untuk saya kenyatan Najib ini cukup terang, licin dan puteh – selicin dan seputeh pipi Khir Toyo yang baru di botox.

Kalau tuan pembaca masih kurang jelas biar saya sambung lagi. Najib Razak juga telah menggantikan Khir Toyo sebagai Ketua Perhubungan Selangor. Awal dahulu Najib telah melantik dirinya untuk menjadi Ketua Perhubungan Perak – ini sebelum rampasan kuasa berlaku. Peranan Najib dalam rampasan kuasa ini amat jelas. Tetapi di Selangor peranan Najib menjadi lebih penting dan lebih mendesak dari di Perak. Ini kerana tali gantung untuk Najib sedang terpasang di Selangor.

Umum mengetahui bahawa 3M – Mahathir, Mukriz dan Muhyiddin - sedang merancang untuk menjatuhkan Najib. Ini bukan lagi rahsia sulit yang hanya di ketahui oleh CIA dan Wikileaks. Satu negara tahu kesah ini. Najib sendiri pun sedar bahawa bontotnya selalu di bakar oleh Muhyiddin Yassin melalui kenyataan Muhyiddin yang lebih pro-Melayu. Manakala Mahathir Muhamad menibai Najib melalui budak suruhan yang bernama Ibrahim Ali. Biasanya suara Ibrahim Ali sama selari dengan pandangan dan suara Mahathir Muhamad.

Kumpulan dan tim orang-orang United Malay National Organisation yang benci kepada Najib tambah berganda-ganda apabila mereka melihat perangai dan gelagat Rosmah Mansor. Isteri Najib ini kadang kala berlagak seperti suami Najib. Rosmah telah mengambil alih peranan Menteri Wanita Keluarga dan Masyarakat. Shahrizat Jalil kini bertaraf Menteri Pengiring Rosmah. Malah Bernama telah melaporkan pada 6 Oktober lalu Rosmah Mansor telah sama duduk berbincang dengan Menteri Keewangan dan Gabenor Bank Negara untuk meneliti Belanjawan 2012 sebelum dibentang ke Parlimen. 

Apa yang saya maksudkan disini jika Najib - Ketua Perhubungan Selangor - gagal merampas Selangor maka tidak dapat tidak Najib akan diosong keluar seperti apa yang telah berlaku kepada Abdullah Badawai. Dalam bahasa yang lebih bersopan Najib Razak akan ditendang keluar oleh United Malay National Organisation. Najib amat sedar masa depan politiknya bergantung kepada Selangor. Jika Selangor tidak dirampas maka Rosmah tidak lagi berpeluang keluar di kaca TV untuk membuat ucapan Selamat Hari Raya. Dan leher Najib sendiri akan dipenggal.

Saya berharap tuan tuan pembaca yang budiman dan para penyokong Pakatan Rakyat tidak tersalah baca. Kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor bukan kerana kegagalan pentabiran Menteri Besar Khalid Ibrahim atau kelemahan para exco kerajaan Selangor. Selangor jatuh bukan kerana sokongan warga Selangor berkurangan. Atau pengundi Melayu lari dari Pakatan. Tidak.Tidak.Tidak. Malah sokongan warga Selangor makin bertambah – makin menyerlah. Warga Selangor semakin yakin dan selesa dengan pentabiran Pakatan Rakyat yang bebas dari rasuah.

Kalau warga Selangor sokong macam mana boleh jatuh? Hubaya hubaya pembaca sekelian. Kerajaan Selangor jatuh kerana satu perancangan licik sedang diatur untuk memastikan United Malay National Organisation akan berkuasa kembali di Selangor. Rancangan ini tidak ada sangkut paut dengan sokongan rakyat.

Untuk memahami ini saya bawa pembaca kembali ke tahun 1999 dimana Terangganu telah jatuh ke tangan Pas. Tetapi pada pilihanraya 2004 United Malay National Organisation sekali lagi berjaya merampas Teragganu. Bagaimana ini berlaku? Senang dan amat senang sekali. Bagini caranya: Secara tersusun didaftarkan pengundi-pengundi baru dari semua pelusuk. Pengundi baru ini didatangkan ke Terangganu. Bukan untuk semua kawasan – hanya di kawasan-kawasan yang diperlukan sahaja. Presto! Hasilnya Pas dapat dikalahkan.

Jangan terperanjat apabila saya nyatakan disini bahawa tim yang membuat pendaftaran pengundi baru di Terangganu di bawah pimpinan Idris Jusuh itu sedang bekerja siang dan malam mengatur pendaftaran pengundi baru di Selangor. Apakah para pembaca bebal sangat sehinggakan tidak dapat mengkaitan kempen pemutihan Pendatang Haram dengan kempen untuk menambah pengundi baru untuk United Malay national Organisation di Selangor? Semua ini satu perancangan yang disusun oleh Najib untuk memastikan Selangor kembali menjadi harta pesaka United Malay National Organisation.


Tetapi bagaimana semua ini berkait dengan Belanjawan 2012? Apa hubungan kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor degan Belanjawan 2012. Sebenarnya tidak ada hubungan secara langsung. Tanpa Belanjawan 2012 ini United Malay National Organisation dan Barisan Nasional akan terus juga berkuasa di Putrajaya. Dan Selangor tetap akan jatuh.

Peranan Belanjawan 2012 yang dibacakan oelh Najib ini hanyalah tipu helah untuk menunjukkan kepada umum bahawa melalui Belanjawan ini rakyat telah tertarik kembali untuk menyokong Barisan Nasional. Orang ramai telah meninggalkan Pakatan Rakyat kerana Belanjawan dan janji-janji Najib amat menariik. Poorah – semua ini bohong. Kajian demi kajian telah dibuat. Rakyat Malaysia semakin benci dengan kerajaan Najib Rosmah ini. Ini hakikat.

Satu lagi straterjinya ialah mewarwarkan Belanjawan yang penuh dengan hadiah dan kenaikan gaji dan bonus. Seolah-olah semua rakyat akan bertandak dan berjoget dengan Belanjawan ini. Sedarlah bukan semua pengundi pegawai kerjaan. Bukan semua pengundi bekerja makan gaji. Justeru Belanjawan ini adalah tabir hitam untuk mengabsahkan kemenangan seolah-olah rakyat kembali menyokong Barisan Nasional. Belanjawan ini adalah sandiwara untuk menipu orang ramai agar percaya bahawa United Malay Nationalm Organisation melalui Belanjawabn 2012 telah berjaya menarik kembali hati para pengundi.

Terimalah hakikat bahawa Belanjawan 2012 ini hanyalah tabir hitam untuk mentutup kerja jahat yang sedang berjalan sekarang. Kerja jahat yang saya maksudkan ialah pendaftaran Mat Bangla dan Mat Indon yang diberi hak untuk mengundi. Sayugia diingati – di Selangor – United Malays Natioanl Organistgaion hanya memerlukan 9 perubahan kerusi. Ini cukup senang. Di kawasan dimana Barisan Nasional kalah dibawah 2000 undi akan didatangkan pengundi baru. Mat Bangla dan Mat Indon akan bertanggung jawab memenangkan United Malay National Organisation dan bukan Belanjawan. Khalas. Period.

Para pembaca budiman – surah setan saya ini bertujuan untuk memberi ingatan bahawa rancangan licik ini sedang berjalan rapi. Surah ini saya tujukan kepada yang berbaju batik berlengan panjang yang sedang melobi kerusi untuk bertanding. Khutubah songsang ini juga saya harapkan akan membuka mata para YB Pakatan Rakyat agar mereka sedar bahawa kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor akan jatuh bukan kerana pengaruh Belanjawan 2012 tetapi kerana Mat Bangla dan Mat Indon. Ini belum lagi diambil kira 87,000 undi pos baru yang sedang diaTUR. Inilah hakikat realpolitik yang wajib diterima.


Sumber Atikel
Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List