Umno Kelantan Berebut Kerusi

on Oct 17, 2011

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/mugshots/ibrahim-ali-sept29.jpg



Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato’ Ibrahim Ali yang menang atas tiket PAS pada pilihan raya umum lalu kini heboh dikatakan ingin bertanding atas tiket BN pula.Jika desas-desus itu menjadi kenyataan, bekas pemimpin Semangat 46, Berjasa, Umno dan kini ‘Bebas mesra BN’ itu menjadi pemimpin paling kerap beralih parti.
Biarpun dicanangkan sebagai calon mesra BN, namun kehadirannya membuatkan barisan kepimpinan Umno yang ada sekarang tergugat.


“Bagi membolehkan Ibrahim bertanding menggunakan tiket BN di kerusi parlimen Pasir Mas, Ketua Bahagian, Dato’ Hanafi Mamat perlu dipindahkan ke Dun Tendong.
“Sedangkan pada pilihan raya umum lalu Hanafi bertanding di kerusi Dun Pengkalan Pasir. Ketika itu Ahmad Rosdi Mahamad menjadi calon BN berdepan dengan Ibrahim di kerusi parlimen,” kata satu sumber di sini.

Menurutnya Timbalan Ketua Bahagian, Che Johan Che Pa pula mengintai peluang di Dun Chetok. Namun, kerusi itu juga sudah diintai Ketua Pemuda, Najib Rusdan Abdul Rahman.
Medan perebutan di Chetok sedang hangat diperkatakan sekarang apabila Che Johan dan Najib Rusdan masingmasing tidak mahu mengalah.

Malah, pertelingkahan kedua-dua pemimpin Umno terbabit difahamkan tidak mampu diselesaikan lagi apabila seorang daripada mereka dikait dengan kes bakar kenderaan di Pasir Mas pertengahan September lalu.
Manakala Dun Pengkalan Pasir pula lebih terbuka kepada Naib Ketua Bahagian, Abdul Aziz Muhamad.
“Mengapa Hanafi yang pernah menang seketika di Pengkalan Pasir memilih Dun Tendong. Ini kerana baginya BN boleh menang di situ dengan lebih mudah memandangkan ada sisasisa pengaruh Ibrahim.
“Jadi laluan diberi Hanafi untuk membolehkan Ibrahim bertanding menggunakan tiket BN di kerusi parlimen,” kata seorang pemerhati politik dari Tendong.

Kelibat Ibrahim untuk terus mempertahankan kerusi parlimen jelas kelihatan pada Ramadan lalu apabila cuba memancing orang ramai dengan sumbangan raya.
Ramai melihat Ibrahim mahu mengulangi taktik 2008 meraih simpati PAS, kini mempamerkan sikap mesra BN, selepas keahlian Umnonya dilucut kerana bertanding tiket Bebas pada pilihan raya kecil Pengkalan Pasir 2005.
Hujah mereka, Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), NGO fanatik Melayu hanya mengharapkan umpan wang ringgit bagi menarik simpati rakyat.

“Rakyat di Pasir Mas sudah lama kenal siapa Ibrahim, cuma beliau bernasib baik pada pilihan raya umum lalu kerana bertanding di atas lambang bulan, kalau parti lain usah harap untuk bergelar wakil rakyat,” kata Azmin Md Yusof, 45 dari Kubang Bemban.
Pilihan raya umum ke-13 akan menjawab siapa Ibrahim selepas ini. Porak peranda rumah tangga Umno juga sudah merebak ke tempat-tempat lain termasuk Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Rantau Panjang.

Di Gua Musang Ketua Bahagian Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah semakin tergugat apabila kumpulan Umno Baru diketuai Dato’ Bazlan Baharuddin difahamkan mulai berkerat rotan dengan bekas Presiden Semangat 46 itu.
Beliau kini dikatakan berganding erat dengan bekas Adun Galas, Mohd Saupi Deraman dan Ketua Wanita, Senator Wan Hazani Wan Mohd Nor. Krisis kepimpinan Umno Gua Musang sekarang memperlihatkan semula pertembungan pemimpin bekas Semangat 46 dan Umno Baru.

Kemenangan Bazlan sebagai Ketua Pemuda Umno Gua Musang pada pemilihan lalu dikatakan tidak diiktiraf Ku Li.
Di Tanah Merah pula Ketua Bahagian, Ikmal Hisham Abdul Aziz tidak mungkin mendapat laluan mudah di kerusi parlimen memandangkan bekas anggota parlimen penggal lalu, Dato’ Shaari Hassan dikatakan sudah keluar masuk kampung.

Shaari bersama beberapa penyokongnya digantung Lembaga Disiplin Umno. Ia dilihat ada kaitan dengan usaha Ikmal menghalang kehadirannya di Tanah Merah.
Shaari juga tidak keseorangan apabila abangnya, seorang korporat, Dato’ Ismail juga dikatakan berganding bahu bagi menentang Ikmal.

Di Kuala Krai pula, Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Dato’ Nik Sapeia Nik Yusof turut mengintai peluang kerusi parlimen memandangkan bekas calon BN di situ, Prof Dato’ Dr Che Musa Che Omar difahamkan tidak lagi berminat dengan Umno.
Pertembungan juga berlaku di Pasir Puteh apabila tindak tanduk Ketua Bahagian, Zawawi Othman tidak disenangi pemimpin Umno lain.

Di Rantau Panjang kudis lama di bahagian itu kembali bernanah semula apabila beberapa bekas anggota jawatankuasa bahagian disingkir ketua bahagian, Abdullah Mat Yassin.



Sumber Asal
Photobucket

Sultan Bukan Nabi, Mereka Tidak Maksum

on






Tajuk di atas adalah sebahagian daripada tweet yang dilontarkan oleh DrMAZA. Sepenuhnya adalah seperti di bawah;

"Tahniah Prof Aziz Bari. M'sia mmerlukan org spt anda yg merdeka fikiran. Bebas dari jiwa feudal melayu. Sultan bkn nabi, mrk tdk maksum."


Edyes ucapkan tahniah juga buat Dr MAZA kerana berani menongkah arus feudal yang tak kesudahan. Malaysia juga memerlukan seorang mufti yang tidak tunduk dengan asakan mana-mana pihak dan hanya bersuara mengikut landasan syarak!

Tahniah Dr MAZA, tahniah Aziz Bari, tahniah Md Sabu, kerana menggoncang scenario politik tanahair dengan bijak! 


Sumber


Lagi Kisah Nya...


Berlandaskan ajaran Islam, tidak ada manusia, termasuk kerabat diraja di negara ini yang bebas daripada kecenderungan untuk melakukan kesilapan, kata timbalan pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad.

NONE"Dasar PAS ialah, tiada seorang pun manusia yang maksum (sifat yang dikhaskan untuk nabi dan  dipelihara oleh Allah daripada melakukan dosa). Ini termasuklah sultan.

“Terutamanya dalam raja berpelembagaan, sultan ada tugas-tugas seperti yang termaktub di dalam perlembagaan. Dia tak boleh melebihi atau melampaui lebih dari itu.

"Ini bukan monarki mutlak, kalau monarki mutlak, raja akan membuat undang-undang, dan baginda boleh buat ikut apa dia nak," kata Khalid.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di lobi Parlimen bagi mengulas kenyataan yang dibuat oleh pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari, berhubung titah Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas sebuah gereja Ogos lalu.

Pemeriksaan itu dilakukan kerana ada maklumat yang mengatakan bahawa ada cubaan untuk memurtadkan orang Islam dan semasa tindakan berkenaan, 12 umat Islam dikesan berada di premis gereja itu.



Sumber
Photobucket

Aziz Bari: Siapa kurang ajar pada raja-raja Melayu?

on

NONE





Pakar perlembagaan negara, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, hari ini, menempelak mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membidasnya kerana mendakwa tindakan mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Shafaruddin Idris Shah adalah perlakuan kurang ajar.“Kata Mahathir saya bersifat kurang ajar, tidak bermoral terhadap raja-raja. 


Adakah beliau betul?“Cuba bandingkan, apa yang saya katakan dan tulis (mengenai Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama) dengan apa yang diperkatakan dan dilakukannya pada tahun 1983 dan 1993,” kata Aziz dalam satu kenyataan kepadaMalaysiakini.


Sebagai mengimbas semula, kenyataan Aziz yang bertajuk “Ehhh....look who's talking?” menceritakan bagaimana pada 1983, Mahathir meminda perlembagaan supaya undang-undang boleh digubal tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong.Selain itu, kuasa menggistiyharkan darurat juga dipindahkan daripada Seri Paduka kepada Perdana Menteri. Semua pindaan itu mencetuskan krisis, katanya.mahathir at global leadership forum 070905 talkingMenurut Aziz lagi, pada 1993, Dr Mahathir juga melucutkan kekebalan raja-raja Melayu dan mahu peruntukan undang-undang supaya baginda boleh diheret dan dibicarakan di mahkamah khas.

“Semua pindaan itu juga menimbulkan krisis.

“Dalam kedua-dua peristiwa itu, beliau juga menganjurkan perhimpunan di seluruh negara bagi membidas raja-raja (agar rakyat bangkit menyokongnya),” katanya.

Dr Mahathir selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Ke-11 Universiti Teknologi Petronas (UTP), di Parit, semalam dilaporkan berkata tindakan Aziz mempertikaikan titah Sultan Selangor adalah perlakuan kurang ajar.

Ahkbar milik Umno, Utusan Malaysia juga memetik mantan perdana menteri itu berkata, walaupun ia mungkin tidak menyalahi undang-undang, tindakan Aziz yang enggan meminta maaf atas kesilapannya itu jelas bertentangan dengan prinsip moral.

“Kalau dalam bahasa Melayu, kita kata kurang ajar. Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar," kata Mahathir.

conference of rulers majlis raja rajaBagaimanapun menurut Aziz, terpulang kepada rakyat menentukan siapa sebenarnya yang bersikap kurang ajar kepada raja-raja Melayu kerana umum tahu pendirian Dr Mahathir dan Umno yang seringkali tidak tetap dan akan memihak kepada keputusan yang menguntungkan mereka.

“Dua tahun lalu, dia (Dr Mahathir) kata OK bagi pihak Istana menyingkirkan (Menteri Besar Perak Datuk Seri) Nizar (Jamalauddin).

“Dan awal tahun ini pula, beliau berkata dirinya tidak pernah merampas kuasa sultan dalam pelantikan SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri) Selangor (selepas Sultan bertitah baginda tidak lagi mempunyai kuasa melantik SUK).”

azlanPada 11 Oktober lalu, kenyataan Aziz yang berkata tindakan Sultan Selangor untuk campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu, bukan sesuatu tindakan yang lazim mencetuskan kontroversi.

Katanya, tindakan Sultan Selangor itu tidak konsisten dan tidak selaras dengan ajaran Islam.

Berikutan itu, pemimpin BN, khususnya Umno dan media-media miliknya memperhebatkan bidasan mendesak Aziz memohon maaf dan dikenakan pelbagai tindakan kerana didakwa biadap dan derhaka kepada institusi raja-raja.

Malaysiakini




Photobucket

SKMM Siasat Profesor...?

on



NONE




Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memulakan siasatan terhadap pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari, dipercayai ekoran reaksinya terhadap titah diraja Sultan Selangor baru-baru ini.

"Seorang pegawai SKMM akan datang menemui saya di pejabat di Gombak jam 1030 ini.

"Mungkin kerana desakan (kolumnis) Awang Selamat dalam MM (Mingguan Malaysia) semalam," katanya kepadaMalaysiakini pagi ini.

Awang dalam kolumnya di akhbar Umno itu semalam berkata, ada pihak yang sepatutnya diberi tanggungjawab tidak membuat kerja dengan cekap, tegas dan berkesan.

Mengambil kesempatan menempelak kenyataan Aziz, Awang berkata isu sebegini sudah banyak kali dibangkitkan dan orang ramai bosan menunggu penyelesaiannya.

"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia seperti biasa akan ada alasannya," tulisnya lagi.

Sehingga berita ini dikemaskini, sesi Aziz dengan SKMM masih belum selesai.



Lihat Komen-Komen

Photobucket

Prof. Aziz Bari Akan Saman Utusan Malaysia

on



Saya sudah mengambil keputusan untuk membawa segala fitnah dan kekeliruan yang dibawa oleh Utusan Malaysia dan pihak-pihak tertentu ke mahkamah.

NONESebab itu saya tidak mahu mengeruhkan suasana. Dan saya tidak mahu terlibat dalam perbicaraan melalui media yang tidak adil ini meskipun Utusan semacam sudah menjatuhkan hukuman ke atas saya.

Bagaimanapun apa yang ditulis oleh Awang Selamat dalam Mingguan Malaysiasemalam memerlukan respon segera supaya pembaca khususnya dan umat Islam amnya tidak terkeliru. Saya berpendapat pembaca berhak untuk mengetahui fakta yang sebenar.

Mungkin Awang Selamat dan Datuk Zulkifli Nordin tidak sedar bahawa saya telah memulakan penyelidikan mengenai gejala riddah, khususnya bagaimana undang-undang menanganinya, sejak 1996 sekembalinya saya dari pengajian PhD di United Kingdom. Selain beberapa kertas seminar hasil kajian itu kemudian diterbitkan dalam jurnal undang-undang UKM pada 1999.

Dalam makalah ini saya huraikan ruang lingkup Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan, khususnya kes Jamaluddin Othman yang diputuskan oleh Mahkamah Agung pada 1989, sebuah kes yang begitu menyulitkan umat Islam.

lina joy court hearing palace of justice 300507 crowdTafsiran baru yang saya dapati itu kemudian menjadi salah satu hujah yang dikemukakan dalam kes Lina Joy - kes murtad - di mahkamah yang akhirnya diputuskan di pihak Islam oleh Mahkamah Persekutuan pada 2007.

Ini dimaklumkan oleh para peguam yang mengendalikan kes tersebut kepada saya. Justeru untuk menuduh saya tidak sedar usaha memurtad atau mengkristiankan umat Islam adalah tidak benar.

Buku-buku

Tentang kedudukan dan peranan Raja-Raja sebagai ketua agama kenyataannya ialah setakat yang saya tahu hanya ada satu huraian mengenai perkara tersebut dan ia adalah tulisan saya sendiri yang dimasukkan dalam buku saya yang berjudul Islam dalam Perlembagaan yang terbit pada 2005.

majlis raja raja rulers council 300609 2Selain bab ini saya juga telah menyentuh isu ini dalam tesis PhD saya yang bertajuk The Development and Role of Constitutional Monarchy in Malaysia yang dikemukakan kepada fakulti undang-undang Universiti Birmingham, England pada penghujung 1995.

Saya telah menghasilkan beberapa tulisan lain selepas itu termasuk buku Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan di dalam Perlembagaan yang diterbitkan oleh DBP pada 2002. Ia telah dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri pada bulan Disember 2002.

Saya fikir tulisan-tulisan itu, bersama dengan sekian banyak tulisan dalam buku-buku saya yang lain, sudah cukup untuk memahamkan masyarakat tentang sikap saya kepada kedudukan Islam dan Raja-Raja dalam perlembagaan.

NONEMereka boleh menilai segala tuduhan dan kecaman yang dilemparkan oleh Awang Selamat, Zulkifli, Senator Ezam dan kawan-kawan mereka kepada saya selama seminggu ini. Selain itu takkan mereka tidak pernah mengikuti kolum-kolum saya dalam akhbar Sinar Harian (2008-2010) dan Sunday Sun(1996-1998) . Lebih menghairankan lagi saya telah banyak kali diwawancara oleh Mingguan Malaysia sendiri dalam isu-isu itu; beberapa kali selepas pilihan raya umum  2008.
Kegilaan Utusan
Pendeknya kalau Awang sibuk sangat dan tidak berkesempatan untuk membuat rujukan ilmiah wawancara-wawancara semuka penuh dengan saya dengan akhbar beliau dalam antara 2008 dan 2010 itu sebenarnya sudah memadai untuk beliau memahami perspektif saya mengenai Islam, raja dan kebebasan beragama dalam perlembagaan kita.

NONESaya terkejut bila Awang menghentam saya hari ini. Saya tidak anggap Zulkifli dan Ezam penting sangat, maklumlah mereka orang politik. Tetapi saya menunggu tawaran sebuah stesen TV web yang bercadang mengadakan debat antara orang buangan PKR itu dengan saya.
Adalah diharapkan ahli parlimen Kulim-Bandar Baru itu sudi hadir untuk menjernihkan keadaan. Saya tidak ada peluang mempertahankan diri di parlimen sewaktu beliau menyerang saya.

Sehingga ini saya masih tidak jelas apakah sebenarnya sikap Utusan Malaysia terhadap isu-isu Melayu dan agama itu. Apa pun saya tidak yakin dengan kegilaan yang Utusan pamerkan sekarang.
Sikap tak konsisten
Ini kerana sewaktu saya terlibat dalam usaha memerangi murtad sekitar 2005 Utusan tidak menunjukkan sikap itu. Dan semenangnya Umno - pemilik akhbar itu pun - tidak mempunyai sikap yang konsisten.

NONEHatta dalam tragedi Natrah yang menyayat hati di Singapura pada 1950 itu pun kita tidak tahu di mana Umno sebenarnya. Isu itu adalah isu Islam yang melibatkan orang Melayu.

Dalam kes Lina Joy itu pun kelibat Umno dan Utusan tidak kelihatan. Saya masih ingat bertemu dengan seorang menteri Umno dalam penerbangan: beliau menyumpah mengapa orang bukan Islam dipaksa masuk Islam. Sedangkan dalam kes Lina Joy itu isunya lain: orang Islam yang masuk Kristian! Apa kataUtusan?

Sikap saya jelas. Bagaimanapun saya juga menjunjung hak dan kebebasan orang bukan Islam. Ini saya tegaskan dalam wawancara saya dengan Mingguan pada akhir 2010, tidak lama selepas bekas exco Perak Ngar Kor Ming dibelasah oleh Utusan - seperti saya sekarang - kerana dikatakan membangkitkan soal peruntukan untuk masjid dan hak orang bukan Islam.



Abdul Aziz Bari adalah pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau banyak memantau perkembangan politik tanah air dan mengulasnya secara kritikal dari perspektif perlembagaan negara.

ULASAN ini adalah pendapat peribadinya dan tidak semesti mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.



Photobucket

Usah Cerita Pasal Derhaka Kalau Kamu Sendiri Yang Derhaka...!

on Oct 15, 2011














Dalam perhimpunan agung UMNO, para perwakilan UMNO dengan lantang telah meminta supaya harta Raja-raja Melayu disita dan disiasat. Laporan tersebut telah disiarkan secara meluas di dalam akhbar Utusan Malaysia. Tidakkah ini derhaka namanya?


 Baru-baru ini Utusan Malaysia, sebuah akhbar milik penuh Umno mendakwa bahawa Malaysiakini tidak menghormati titah Sultan Selangor malah mempersoal titah baginda dengan lantang.
          Lupakah Utusan Malaysia bahawa pada suatu ketika dahulu, akhbar Umno tersebut juga pernah menderhakai institusi raja sebelum ini. Malah Umno juga pada suatu masa pernah lantang mengkritik institusi raja dengan mengatakan baginda-baginda menyalahgunakan kuasa.

Sebenarnya, Umno adalah merupakan petualang dan penderhaka yang sebenarnya sejak dari tahun 1920 lagi.

Peristiwa di Johor dan Perak


Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar, iaitu datuk kepada naib presiden Umno sekarang Datuk Hishammuddin Hussein,
telah dibuang dari Istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri beliau ke Singapura kerana mengkritik Sultan Johor pada ketika itu, atas isu harta dan hutang keluarga baginda.

Dalam tahun 1974, Tan Sri Ghazali Jawi, ayah kepada bekas ketua perhubungan Umno Perak Datuk Tajol Rosli Ghazali, enggan meletak jawatan sebagai menteri besar Perak walaupun perjanjian asalnya antara Tan Sri Ghazali dengan Sultan Perak yang menyatakan bahawa Tan Sri Ghazali akan hanya memegang jawatan tersebut selama dua tahun. Akan tetapi Tan Sri Ghazali memungkiri perjanjian tersebut dan menyebabkan baginda Sultan Idris murka. Baginda bernazar enggan bercukur jambang selagi Tan Sri Ghazali masih berdegil tidak melepaskan jawatannya sebagai menteri besar Perak.

Krisis di Pahang

Pada tahun 1979, menteri besar Pahang dan ketua perhubungan Umno negeri pada masa itu, Datuk Abdul Rahim Bakar berselisih faham secara terbuka dengan Sultan Pahang. Media-media pro-Umno turut mengkritik Sultan secara terbuka melalui liputannya yang meluas.

Ramai lagi pemimpin Umno yang menderhaka
Pada tahun 1983, Umno telah mengemukakan usul dalam parlimen untuk menarik balik kuasa Yang Dipertuan Agong berhubung dengan pengisytiharan darurat. Apabila Majlis Raja-raja Melayu menolah usul tersebut, Umno sekali lagi mengkritik dan mengecam institusi raja melalui media miliknya.

Sewaktu perhimpunan agung tahunan Umno pada tahun 1991, Umno secara terbuka menyalahkan Sultan Kelantan pada masa itu atas kekalahan parti tersebut di negeri Kelantan.

Dalam perhimpunan agung Umno itu juga, para perwakilan parti tersebut dengan lantang telah meminta supaya harta Raja-raja Melayu disita dan disiasat. Laporan tersebut telah disiarkan secara meluas di dalam akhbar Utusan Malaysia. Tidakkah ini derhaka namanya?

Para pemimpin Umno Kelantan juga mengadakan tunjuk perasaan dan menghantar satu memorandum kepada Sultan Kelantan. Demonstrasi tersebut tidak mendapat permit untuk berhimpun dan akibat dari itu, tindakan tersebut adalah menyalahi undang-undang. Kenapa anggota-anggota polis FRU hanya berdiri dan memerhati sahaja dan tidak menembak gas-gas pemedih mata serta menangkap para penderhaka Umno tersebut.

Pada 18hb Januari 1993 pula, Umno dengan bantuan rakan-rakan parti komponen BN telah mengusahakan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan yang mana dengan pindaan tersebut, raja-raja Melayu boleh diheret ke mahkamah khas. Dan apabila Raja-raja Melayu meminta agar pindaan tersebut ditangguh buat sementara, media-media Umno dengan lantang mengkritik institusi raja-raja dan mengancam akan mendedahkan segala salah laku para baginda. Ini juga derhaka sebenarnya.

Peristiwa pertabalan tidak sah Tengku Ibrahim Inderaputera untuk menggantikan Sultan Ismail Petra pada 29hb April 1993 di bawah sepohon pokok ketapang di Ketereh, Kelantan oleh ahli majlis tertinggi Umno Datuk Annuar Musa. Kalau perbuatan ini bukan sesuatu yang amat memalukan, derhaka ataupun kurang ajar, apakah nama yang sebenarnya?

Kenyataan biadap ketua perhubungan Umno dan menteri besar Perlis pada masa itu, Datuk Shahidan Kassim yang mendakwa bahawa beliau mempunyai bukti Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta negeri tersebut. Akan tetapi, sehingga kini Datuk Shahidan masih gagal mengemukakan bukti yang lebih menyeluruh bagi membuktikan kesahihan dakwaan tersebut.

Seorang bekas naib presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mendakwa menteri besar Perak Batuk Mohamad Nizar Jamaluddin (Pakatan Rakyat), menderhakai Sultan Azlan Shah, Perak. Lupakah Muhammad bahawa beliau sendiri pernah melarikan Ku Yah, puteri Sultan Selangor sehingga baginda naik murka sehingga menitah menarik balik gelaran Datuk daripada beliau. Bukankah ini perbuatan yang sungguh menderhaka?

Penderhakaan Umno yang berterusan

Selepas pilihanraya umum 2008, 23 daripada 24 ahli dewan undangan negeri Umno Terengganu telah memulaukan majlis angkat sumpah menteri besar Terengganu yang baru Datuk Ahmad Said dan berkeras mahukan bekas menteri besar Datuk Idris Jusoh dilantik semula. Manakala penyokong Umno yang berdemonstrasi di hadapan Istana mempamerkan kain rentang yang menyebut Sultan Terengganu yang juga Yang Dipertuan Agong sebagai binatang dan najis. Kenapa pula pihak polis tidak bertindak terhadap mereka ini, dan sebaliknya hanya bertindak terhadap mereka yang berdemonstrasi di hadapan Istana Kuala Kangsar, Perak bagi menentang rampasan kuasa Umno tersebut yang telah menggulingkan kerajaan negeri yang sah pada 6hb Februari 2009.

Ketua perhubungan Umno Perlis Datuk Shahidan Kassim membantah pengguguran beliau dan sekaligus memulaukan majlis perlantikan Datuk Dr Mohd Isa Sabu sebagai menteri besar Perlis yang baru. Bukankah ini derhaka juga?

Sekarang jelaslah siapa penderhaka yang sebenarnya. Di harap juga agar Senator Ezam Mohd Noor dan konco-konconya menyedari detik-detik sejarah penderhakaan Umno di masa yang lalu. Janganlah beliau berpura-pura tidak tahu pula peristiwa-peristiwa ini.


Sumber Asal :- Malaysia Chronicle

Photobucket

Jutawan Muda...?

on




Dakwaan pemberian projek sekitar RM250 juta membabitkan suami dan anak seorang menteri kabinet yang menemui kegagalan berbangkit lagi dalam parlimen. 

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia antara program yang diumumkan perdana menteri dalam Rancangan Malaysia atau belanjawan, tetapi tidak membawa sebarang hasil.
 

"Izinkan saya untuk memberikan beberapa contoh kegagalan tersebut: Projek ternakan feedlot yang menelan belanja sekitar RM250 juta yang membabitkan suami dan anak seorang menteri di dalam kabinet perdana menteri," katanya.
 

Anwar berkata, soalan itu sudah dibangkitkannya sejak tahun lepas tetapi tidak pernah dijawab oleh perdana menteri mahupun menteri yang bertanggungjawab.
 

Sedangkan, tambahnya, jumlah peruntukan itu sama dengan potongan subsidi gula yang ditanggung rakyat. 


Komen

1.   inilah caranya melayu umno bina kekayaan...semua taruh nama anak...kita yg belajar tinggi dan berjanggut ni sampai sekarang tak jadi2 jutawan. Ini ...anak muda yang kulup pun belum bersih dah jadi jutawan.haprak punya ketuanan melayu!!!aku tak halalkan dunia akhirat duit ini menjadi darah daging lu orang seisi keluarga!!!


2...itu pun masih ramai united malays no otak yang terus bangang sampai ke mampos....nasib kau la labu!!!!!!




Sumber


Photobucket

Komplot Jatuhkan Zambry...?

on


Arus penolakan semakin ketara.

Begitulah pandangan beberapa pemimpin Umno-APCO Perak berkenaan kedudukan Menteri Besar Haram-Jadah yang sudah memerintah lebih 14 bulan.

Sumber yang rapat dengan Zambry memberitahu beberapa pemimpin Umno-APCO sedang melobi calon lain selain Zambry sekiranya Perak kekal di tangan Barisan Najis.

Antara nama-nama yang disebut adalah Hamidah Osman, Zainol Fadzi Paharuddin, Raja Ahmad Zainuddin dan Ramly Zahari.

Keempat-empat nama tersebut dikatakan rapat dengan Najib Altantuya terutamanya Hamidah, ADUN Sungai Rapat.

Komplot ini bukan lagi menjadi rahsia tetapi sudah menjadi buah mulut pentadbiran haram negeri sejak pertengahan tahun ini.

Dan rupanya pihak yang mendedahkan skandal ini juga datangnya dari dalam Umno-APCO negeri sendiri.

Bagaimanpun kedudukan Hamidah sendiri dikatakan tergugat berikutan kemaraan Pakatan Rakyat mensasarkan merampas kerusi tersebut dalam pilihanraya umum akan datang.

Begitupun Pakatan Rakyat tidak kisah siapapun calon yang bakal menggantikan Zambry tetapi usaha untuk merampas kembali Perak makin dilihat cerah.

Daripada 59 kerusi di Dewan Undangan Negeri, Pakatan Rakyat mampu menawan 33 kerusi bagi membentuk majoriti mudah.

Dan usaha untuk menambah lebih banyak kerusi sedang dilakukan dengan giat terutama melibatkan gerakan yang diketuai Menteri Besar yang sah, Nizar Jamaluddin.

Skandal yang membelenggu Zambry nampaknya akan digunakan sebagai senjata ampuh menggempur kubu kuat Umno-APCO terutamanya di kawasan pedalaman seperti di Trong dan Behrang.

Yang pasti kedudukan Umno-APCO kini tergugat dan berkemungkinan sekali lagi menjadi pembangkang di negeri bijih timah ini.

Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir tidak akan menjadi Menteri Besar sekalipun Barisan Nasional (BN) berjaya menawan Perak dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

“Saya mendengar dari sumber dalaman Umno bahawa wujudnya komplot untuk memastikan Zambry tidak menduduki kerusi Menteri Besar.

“Ini kerana ramai di dalam Umno tidak gembira dengan tindakan beliau memberikan tanah seluas 60,000 ekar kepada kroni pada harga RM375,” dakwa ketua DAP Perak, Ngeh Koo Ham sambil menambah, beliau sepatutnya mendedahkan siapa yang menerima tanah tersebut.

Ngeh berkata demikian ketika diminta komen berkenaan kenyataan Zambry awal bulan ini bahawa tiada kawasan hitam wujud untuk BN.

Justeru, menurut beliau, Zambry mesti mendedahkan senarai penerima tanah yang bernilai RM1.26 bilion itu namun sehingga kini beliau enggan berbuat demikian.

Ngeh yang juga ahli Parlimen Beruas dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sitiawan berkata kenyataan tiada kawasan hitam untuk BN oleh Zambry hanya merupakan satu sandiwara semata-mata.

“Sebelum PRU 2008 Zambry pernah berkata Perak akan mempunyai pembangkang sifar tetapi sebaliknya mereka yang kalah,” tambah Ngeh.


Sumber

Photobucket

Tak Ada Akai

on


 Oleh: MSK
Dua minggu sudah aku baca tulisan Zulkifli Yahya dalamKedahlanie tentang kesilapan yang dilakukan oleh rakan FB penyokong PR. Setuju 100%. Zulkifli bercakap tentang FB, tapi kalau dipantau tulisan-tulisan dalam blog dan komen-komen juga serupa.
Sejujurnya, aku katakan bahawa penyokong Pakatan lebih brutal dari penyokong BN. Penyokong BN memang terkenal dengan porno tapi penyokong PR juga tidak akan melepaskan peluang bila ada. Pantang ada skandalmaksiat…terus jadi headline. Tak kira la kalau skandal itu melibatkan Menteri atau JKKK.
Kalau nak katakan penyokong Umno tak tau hukum agama…tu pasai depa capui macam tu..aku boleh setuju. Tapi kalau penyokong PR yang dikatakan beragama, bermaruah juga buat macam penyokong Umno…yang tu aku kata lebih brutal.
Bila aku keluar dari PKR…macam-macam kutukan yang aku dapat. Seolah-olah keluar PKR tu macam keluar Islam. Keluar dari Umno dianggap hero…keluar dari PKR dianggap pengkhianat. Tukar parti dianggap macam tukar ugama.
Bila Bob Lokman masuk Pas, secara tiba-tiba Bob Lokman dianggap hero. Artis masuk Pas seolah-olah utusan dari syurga. Bob Lokman dirai sampai Nizar pun kena ketepi. Bila Amy Search rapat dengan Nik Aziz, fuiyo..ramai yang kata Amy dah dapat hidayah. Bila masuk Pakatan, semua dosa masa lampau seolah-olah dihapuskan. Tapi kalau keluar Pakatan, semuanya jadi tak elok.
Pakatan sudah jadi macam Hotel California. "You can come in anytime you like…but you can never leave".
Jadi, bila Awie masuk Umno..Awie terus dicerca..dikutuk..malah ada yang terus menghukum Awie ke lubang neraka. Ini mentaliti penyokong Pakatan. "Kalau hangpa tak sokong aku, hangpa tergolong dalam golongan musyrik, golongan munafik, golongan sesat," Aku tak dapat bayangkan kalau Pakatan memerintah nanti. Macam mana kalau kuasa ditangan depa.
Ini posting dalam karat e-jau.
dan bila aku tengok komen-komen dibawahnya,
1. pegi mati lu orang…nak masuk umno ke nak ke neraka peduli apa aku…
2. GENG PARTI PANDI KUTTY SEKUTU APCO !
3. tak mainla awie ke, zed zaidi ke atau adam ke…pergi blah la lu orang…adapun tak menambah, takde pun tak berkurang….kalau nak mengampu dan cari makanpun agak-agak le weh….patutlah orang kata artis ni banyak yang otak udang…
Dan ini pula komen dalam blog Pulakdah.
1. awie bukan PUKIDA ,, tapi 77 laaaa ,,,,,,,,,
Kalau aku nak copy komen-komen tentang Awie ni..banyak lagi tapi cukup la. Kalau Awie masuk Pas…aku rasa dia akan dianggap hero tapi dia memilih Umno. Dan apabila dia memilih umno, maka teruk la dia kena kutuk. Aku tak kisah kalau penyokong Pakatan kutuk dia dari sudut politik, tapi bila kutukan itu bersifat "overkill", ia juga boleh membuatkan aku marah.
Aku rapat dengan Awie. Aku kenal Awie sejak dia dilahirkan kerana kami bersepupu. Bapa Awie adalah adik emak aku.
Aku tak marah kalau Awie masuk umno. Malah kalau member-member rockers yang lain macam Meor Pestajiwa, Nikbinjidan, Rahmat Haron nak masuk Umno pun aku setuju. Sebab selama ini Pakatan menganggap rockers macam binatang terbuang. Rockers dianggap tidak bermaruah. Rockers dianggap pemangkin maksiat. Kecuali kalau rockers tu buang jeans seasoned dan pakai jubah. Ataupun berhenti melalak kat konsert dan kemudian berceramah. Yang tu semua bagus.
Dua kali aku dan Meor Lanterajiwa cuba membantu Pakatan menarik golongan muda kedalam Pakatan Rakyat.
Kali pertama kami merancang konsert "Bangkit" di Perak yang membariskan Pyanhabib, Nikbinjidan, Meor, Airmas..tapi tunggu punya tunggu…duit modal habis..akhirnya konsert dibatalkan.
Kalu kedua kami cuba membuat konsert "Gelora anak Muda" di Pulau Pinang. Timbalan Ketua Menteri Pulalau Pinang, Mansor Othman sudah bagi lampu hijau, modal dikeluarkan,tapi akhirnya kena kencing.
Bila aku nak buat di Selangor, Rodziah Ismail setuju tapi Hasan Ali kata "tak mau terlibat dengan dosa". Ceramah maki hamun orang tak apa…yang tu Islamik. tapi menyanyi lagu kemanusiaan, lagi anti-ISA tak Islamik. Butuh la.
So…dimana ruang rockers dalam Pakatan Rakyat? Apakah semua rockers yanag nak masuk Pakatan kena pakai jubah dan menjadi penceramah?
Apakah sudah lupa tentang perjuangan rockers dalam reformasi? Apakah kemenangan Pakatan Rakyat itu hanya dari titik peluh AJK Cabang? Sebelum pilihanraya, rockers ditatang…tapi bila dah menang…depa ni dikatakan pemangkin maksiat? Hipokrit.
Balik kepada kisah Awie.
Bapa Awie adalah pemimpin masyarakat di Dato Keramat. Dia adalah diantara yang meneroka Kg. Bumiputra dalam tahun 1960an., seangkatan dengan Hamid Tuah. Akhirnya dia menjadi Ketua Umno disitu. Tapi pada tahun 99, bapa Awie berubah angin apabila Anwar disingkir. 
Hangpa mungkin tak tau, bahawa gambar bapa Awie dengan Nik Aziz keluar dalam Harakah! Hangpa mungkin tak tau adik beradik dan ipar Awie juga turun kejalan raya pada tahun 1999. Selepas 1999, dimana Pas? Dimana Keadilan? Setinggan di Kampung Bumiputera kembali seperti biasa. Yang hangpa tau…haram, munafik, mungkar, maksiat.
Come on la. Jangan la kerana ketaksuban politik itu menyebabkan kita lupa tentang nilai hidup. Jangan lah menganggap rockers itu penuh dengan maksiat manakala yang berjubah itu penuh keimanan. Kalau hangpa…penyokong Pakatan, menganggap hangpa sebagai lebih bermaruah dan bermoral tinggi..tunjukkan contoh. bukan menjadi lebih haprak.
 Ada yang membangkitkan tentang PUKIDA. Tolong jangan celupar sangat. Jangan pakejkan semua ahli PEKIDA dengan label lucah. Lebih-lebih lagi kalau hangpa merasakan hangpa lebih bermaruah.
Siapakah yang membantu Nizar menang dalam PRK Bukit Gantang pada tahun 2009? Siapakah yang mempertahankan ADUN-ADUN PR semasa Krisis di SUK Perak?
Empat hari sebelum hari mengundi semasa PRK Bukit Gantang, Nizar telah berjumpa dengan semua Ayahanda2 PEKIDA dari seluruh negara. Tak percaya tanya Nizar..tanya Haji Ismail…tanya Tan Kuda. Kepimpinan PEKIDA telah memberitahu Nizar bahawa mereka tidak akan terlibat membantu Umno dalam PRK Bukit Gantang. Malah apabila ada ahli PEKIDA yang cuba menaikkan pondok, yang lain akan merobohkannya. Dan perlu ingat, dalam PEKIDA ada ahli yang tak ada kad keahlian…dan ada ada yang mempunyai kad keahlian. So..jangan kutuk main borong.
Semasa Krisis Perak juga, jangan lupa bahawa mereka yang berada dikeliling Nizar dan ADUN-ADUN yang lainnya juga adalah ahli-ahli PEKIDA.
So..hangpa tau pasai apa aku kata dua-dua pihak…BN dan Pakatan serupa saja? Pasai tak pakai akai.



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List