HARUSKAH SAYA BERTANDING MENJADI WAKIL RAKYAT...?

on Nov 1, 2011




Berikut antara tampalan pernah saya catatkan di blog.


Kes kemalangan pertama, klik di sini.

Kemalangan berlaku dipercayai akibat aduan diterima secara lambil lewa oleh beberapa kakitangan pihak berkuasa tempatan itu.

"Mazidul, ada orang masuk lubang lagi," jerit pemandu van sekolah melintasi restoran.

Jam 2.10 petang, saya sedang makan bergegas membasuh tangan dan bergerak ke lokasi kemalangan, kurang 100 meter dari restoran.


Pantas kru 666, Razali Harun memeriksa keadaan kenderaan terbabit sambil diperhatikan pemandu, Whitney Heung dan rakannya.


"Dari mana?," soal saya kepada Whitney.

"Saya datang dari Kelang hendak ke Sunway Giza. Nasib baik saya memandu perlahan tadi," balas kakitangan institusi perbankan itu.

"Orang tidak biasa dengan kawasan ini, memang boleh manjadi mangsa," ujar saya.

Untuk rekod, tiada lampu jalan di sebelah kawasan terbabit.


Saya mula menulis berhubung isu perangkap maut itu sejak Julai lalu dan setakat ini tiada sebarang tindakan dilaksanakan oleh MBPJ.

"Ada mangsa masuk lubang lagi. Pemandu kereta cedera parah, kaki, tangan dan pinggang patah. Tengah hendak membawa dia ke hospital," kata saya sewaktu menghubungi pegawai atasan MBPJ.

Beliau kedengaran panik.

"Ok! Ok!," katanya sebelum memutuskan talian, cemas.

Whitney dan beberapa warga tempatan berbangsan Melayu, berada di lokasi sama mendengar kenyataan itu. Tidak disangka usikan sebegitu kedengaran mampu menarik perhatian pegawai terbabit.

Barangkali jika mangsa cedera parah atau maut, MBPJ akan mengambil tindakan segera.

Pelik sungguh.

"Jom kita tolak kereta ini ke belakang," cadang lelaki berbaju cerah.

"Boleh tolong pandu kereta? Saya takut," celah Whitney.

Pantas Razali mengambil kunci kereta Honda City itu dan masuk ke dalam kenderaan.


Jam 2.20 petang, tayar kenderaan terperosok ke dalam lubang berjaya dikeluarkan. Saya kagum melihat usaha dipamerkan oleh mereka terbabit.

Saya kemudian merakamkan keadaan di bawah kereta berhampiran tayar kanan hadapan.


Jika besi mampu menjadi renggang, bayangkan jika kaki manusia terperosok ke dalam lubang sama.

Dalam tempoh lebih 4 bulan, MBPJ didapati belum mengambil tindakan terhadap aduan berulangkali dikemukakan. 

Barangkali menangani masalah mampu menggugat keselamatan orang ramai itu perkata remeh bagi mereka. Sebagai orang awam saya tidak memiliki kuasa untuk mengarahkan kontraktor dilantik oleh MBPJ untuk menutup lubang terbabit.


 Bukan satu lubang, 10 kesemuanya.


Terfikir, haruskah saya bertanding menjadi wakil rakyat parti bebas pada Pilihanraya ke 13 akan datang agar suara rakyat lebih mudah didengari? 

Nanti saya fikirkan kemudian.

Apapun, saya memohon jasa baik semua pembaca untuk menyebarkan tampalan ini melalui emel dan Facbook agar dibaca mereka berkuasa merubah keadaan, demi keselamatan orang ramai.

Marilah bersama kita menggunakan kuasa sebagai pemilik akaun Facebook, emel dan sebagai bloggers demi membantu masyarakat.


http://www.mazidulakmal.com
Photobucket

Ahli UMNO Memang Kaki PORNO Akui Anggota Pemuda Umno Kelantan

on



Kata anggota Pemuda Umno Kelantan yang mahu dikenali sebagai Adi “Itulah, bila pembangkang kata kita kaki porno, kita marah, tetapi tengoklah sendiri apa yang kita dah buat, sebab itulah dia orang cap kita kaki porno.

“Dahulu pun, masa video Anwar keluar, bukan main seronok lagi kita bersorak, tetapi sekarang cuba awak fikir, video pengakuan janda ini pun gunakan kaedah dan matlamat yang sama juga, cuma kita tak tahu kebenaran video-video ni.

Ha..Ha..Ha.. memang kaki porno rupanya puak-puak yang memperjuangkan Bangsa dan Agama ini..

Nak perjuangkan Bangsa apa dan Agama apa macam mana ni??

Bangsa Melayu terkenal sebagai satu bangsa yang punya sopan dan santun.. Agama Islam pula melarang umatnya menonton video porno ni..


****************

Perebutan jadi calon BN makin tegang
“Mungkin pada permukaan cuma nampak kocakan-kocakan kecil, tetapi di dasarnya sedang bergelora dengan dashyat.”

Demikian perumpamaan yang diberikan oleh anggota Pemuda Umno Kelantan yang mahu dikenali sebagai Adi, 41, ketika cuba memberikan gambaran suasana tegang dalam perebutan kerusi sebagai calon Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) dalam Umno.

Menurut Adi yang juga menjawat jawatan yang tidak kurang penting dalam sayap parti itu di sebuah bahagian di negeri itu, perebutan untuk dipilih sebagai calon itu telah lama berlaku dan semakin tegang semenjak akhir-akhir ini.

“Pertembungan kepala-kepala dalam Umno ni dah lama dah sebab masing-masing hendak jadi calon PRU-13 nanti. Tetapi nampaknya sekarang dah semakin tegang, dah jadi macam semakin tak terkawal lagi dah.

“Bila pemimpin lebih tinggi atau pusat nasihat, masing-masing nampak macam okey sahaja, tetapi di belakang dah tak boleh makan cakap lagi dah sebab mungkin bagi dia orang ni, orang atas pun lebih teruk agaknya.

“Di sini, sampai ada dah bertindak mengaibkan saingan dengan mengeluarkan video pengakuan janda kena rogol pula,” kata beliau ketika dihubungi semalam.

“Tetapi perang sebab berebut nak jadi calon ni bukan berlaku di Kelantan sahaja, di negeri lain macam Selangor pun saya dah dengar banyak cerita berebut kerusi sampaikan saya dengar dah ada buat pelan khusus nak sabotaj kalau tak tercalon,” kata beliau.

Ketika ditanya samada beliau mengetahui kesahihan pengakuan dalam video tersebut, beliau menyarankan pihak yang mendakwa sebagai mangsa rogol agar membuat laporan polis dan bukannya membuat pengakuan di dalam video sahaja.

Mengaib, jatuhkan saingan
“Saya tak boleh nak kata pengakuan tu betul atau tidak, boleh jadi ya atau fitnah, tetapi yang saya nak tanya kenapa sanggup keluar pengakuan di video kalau tidak bertujuan untuk mengaibkan dan menjatuhkan individu tertentu, patutnya buatlah laporan polis.

“Sama juga dengan orang yang didakwa dalam video tu, kalau rasa difitnah cepat-cepatlah buat laporan polis, dia pun bukan tak tahu kewujudan video tu, malah rakan dari bahagian individu itu beritahu saya, dia tahu dalang sebalik rakaman tu.

“Tetapi setahu saya masih belum ada sebarang laporan polis dibuat samada oleh wanita itu atau dari pihak Ketua Bahagian tu,” ujar beliau lagi.

Beliau turut melahirkan rasa kecewa dengan tindak-tanduk segelintir pihak di dalam Umno dan penyokong mereka yang sanggup membuat apa sahaja demi mendapatkan kedudukan dan kuasa.

“Itulah, bila pembangkang kata kita kaki porno, kita marah, tetapi tengoklah sendiri apa yang kita dah buat, sebab itulah dia orang cap kita kaki porno.

“Dahulu pun, masa video Anwar keluar, bukan main seronok lagi kita bersorak, tetapi sekarang cuba awak fikir, video pengakuan janda ini pun gunakan kaedah dan matlamat yang sama juga, cuma kita tak tahu kebenaran video-video ni.

“Nanti rakyat tanya, apa ni? Tak ada isu lain ke? Mula-mula cerita liwat, liwat pun ada satu dan dua pulak tu, lepas tu video sekslah, ramas buah dadalah, sekarang cerita rogol pulak.

“Apa ni? dia orang ingat masyarakat sekarang ni macam tahun 80an, 70an atau sebelum tu lagi dahulu ke? Apa Umno cakap orang terus percaya saja.

“Sekarang ni kalau betul pun, belum tentu orang terus nak percaya bulat-bulat, apa lagi yang nampak sangatlah jelas ada motif politiknya, dah tu banyak sangat yang tak kenanya.

“Jangan sampai akhirnya nanti kita sendiri juga yang terkangkang nanti,” ujar beliau melahirkan rasa kecewanya.

Terdahulu, FMT dalam laporan sebelumnya, melaporkan VCD pengakuan seorang janda yang mendakwa di rogol oleh seorang ketua bahagian Umno Kelantan di sebuah hotel di Golok, Thailand telah disebarkan di negeri terbabit.




Photobucket

Dr Asri: PAS Perlu Tunjuk Sikap Demokratik Sebelum Jadi Kerajaan

on



Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang kelmarin diselar oleh Dewan Pemuda PAS berkenaan kenyataan berkaitan dengan isu konsert artis Elton John berkata, sayap parti Islam itu wajar memperlihatkan sikap yang demokratik kerana pihak berkenaan bercita-cita mahu menjadi kerajaan.
“Apabila PAS bercita nak jadi kerajaan, sudah pasti rakyat akan memberikan pandangan kepada mereka sepertimana mereka sering mengkritik kerajaan yang ada sekarang.
“Maka, Pemuda PAS wajar memperlihatkan sikap yang demokratik sebelum memerintah,” kata beliau dalam satu ulasan yang diemel kepada The Malaysian Insider.
Asri yang kini berada di Pusat Pengajian Islam Oxford sebagai felo menambah, mendengar cadangan rakyat dengan baik dan menolak dengan baik jika tidak bersetuju adalah sangat penting diamalkan oleh kepimpinan parti itu.
Justeru katanya, sikap cabar-mencabar kerana enggan menerima sesuatu cadangan hanya menunjukkan sikap kurang terbuka.
“Itu bukan contoh atau petanda yang baik untuk mereka yang ingin membentuk kerajaan yang demokratik,” katanya.
Bagaimanapun dalam ulasannya, Asri menambah Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan telah menghantar e-mel menyatakan beliau seorang terbuka dengan teguran cuma kurang setuju dengan perkataan Taliban.
“Saya pun ucapkan terima kasih kepada beliau,” katanya.
Ketika bercakap kepada The Malaysian Insider semalam, Nasrudin mempertahankan kenyataan pihaknya mengenai konsert itu bulan ini sambil menegaskan, saya muda parti Islam bukan “Taliban dan tidak meniru pendekatan Taliban.”
Malah kata beliau, Dewan Pemuda PAS juga bukan ekstrem dan menjadi hak mereka untuk mengatakan pendirian mereka tidak bersetuju dengan penganjuran konsert-konsert yang tidak sihat di negara ini.
“Jangan salah faham... kami bukan Taliban, kami juga tidak pernah meniru cara Taliban. Pandangan yang kami lahirkan bukan bermaksud kita bertindak ekstrem, menghalang sesiapa daripada menghadiri konsert, menyerang mana-mana pihak (yang menghadiri konsert)... tidak, tidak,” kata beliau.
Dalam laporan dibawa The Malaysian Insider pagi semalam, Asri yang semalam diselar Pemuda PAS sebagai “keterlaluan” menegaskan, beliau tidak pernah mengatakan PAS sebagai Taliban, kecuali menasihatkan parti Islam itu agar “jangan tiru Taliban” dalam pendirian mereka menentang konsert artis itu di Malaysia bukan depan.
Nasrudin menyelar Asri yang mengaitkan sayap itu dengan Taliban ekoran pendirian mereka membantah penganjuran konsert artis, yang dikaitkan dengan amalan gay, di Genting Highlands akhir bulan ini.
Sambil menganggap pandangan Asri sebagai “belum mengenali Pemuda PAS”, Nasrudin berkata, bekas mufti itu juga boleh memberi tanggapan salah masyarakat terhadap sayap PAS.



Photobucket

Bila Pilihanraya...?

on



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipercayai sudah berada di paras momentum yang tinggi untuk menguruskan pilihan raya umum ke-13 - dengan taklimat bagi 222 pegawai pengurus pilihan raya (RO) — mengambil kira jumlah kerusi Parlimen, dijangka selesai akhir bulan ini.

“Berdasarkan jadual yang telah diaturkan, sesi taklimat ini akan selesai dalam tempoh kira-kira sebulan,” kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar kepada The Malaysian Insider.

Sebalik sahaja pegawai-pegawai pengurus pilihan raya dan penolong masing-masing diberi taklimat mereka akan mengadakan taklimat kepada peringkat bawahan.

The Malaysian Insider difahamkan Selangor akan mengadakan taklimat peringkat bawahan minggu ini.

Setakat ini, SPR telah mengadakan taklimat kepada pegawai pengurus di Selangor, Kelantan dan Perak. 

Ia bermula pertengahan bulan lalu.

Ketika pilihan raya umum 2008, SPR telah menggunakan 222 pegawai pengurus dan 930 penolong pegawai pengurus.

Selain itu, ia juga menggunakan seramai 135,848 petugas pilihan raya dan 9,580 pembantu kepada pegawai pengurus.

Menurut Wan Ahmad, kira-kira satu pertiga pegawai pengurus pilihan raya merupakan muka baru, yang diambil ekoran kewujudan muka-muka baru di peringkat pihak berkuasa tempatan dan pejabat pegawai daerah.

Berdasarkan pengalaman tiga tahun lalu, kesemua 222 RO dan 930 penolong pegawai pengurus telah dilantik pada November 2007 dan diberikan latihan iaitu lima bulan sebelum pilihan raya yang diadakan pada 8 Mac 2008.

Sesi taklimat kepada mereka ketika itu berlangsung selama dua bulan dengan selesai akhir Januari 2008.

Mereka biasanya terdiri daripada pegawai-pegawai daerah, penolong-penolong pegawai daerah dan pegawai-pegawai kanan pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

Ketika ditanya sama ada SPR sudah berada di peringkat akhir persiapan menjelang pilihan raya umum ke-13 yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat, Wan Ahmad enggan berkata begitu.

Sebaliknya jelas beliau, “kami sudah bersiap sedia untuk menjalankan tanggungjawab... melakukan segala persiapan.”

“Banyak persiapan awal sudah dilakukan, sudah selesai... dan banyak lagi akan dilakukan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang lain, mencetak buku panduan, menyediakan daftar pemilih, soal logistik dan sebagainya,” kata beliau.


Photobucket

'Winnable Candidate' Mengerjakan Haji. Tunjuk Muka Ke...?

on




Tiba tiba ramai ketua bahagian dan mereka yang "wannabe candidated" pergi menunaikan haji buat kali yang ke entah BERAPA kali. Rasanya mereka akan mendapat haji mabrur dan segala doa mereka akan tertunai, ITUPUN JIKA mereka winnable.

Kesian Koh Tsu Koon yang berusaha sedaya upaya ke MEKAH untuk tunaikan haji, dengan harapan dapat jadi "winnable candidated" tapi TAK dapat, kerana BUMI MEKAH TIDAK menerima spesis jenis ini.

Begitu juga dengan ANWAR IBRAHIM, sampai saat ini masih BELUM di bukakan hati oleh TUHAN untuk mengerjakan haji. ATAU, TUHAN mengarahkan beliau menunaikan haji di TEMPAT lain(London), kerana Allah telah memperingatkan melalui contoh yang berlaku kepada UMAT NABI LUT.

SEKALI fikir KESIAN kepada PM, aku ingat sewaktu di PUTRAJAYA sahaja kediaman dan pejabatnya SENTIASA di penuhi oleh "wannabe candidated", SAMPAI KE TANAH SUCI, saat PM ingin bersendirian untuk menunaikan ibadah beliau turut di kepung oleh "wannabe candidated". Semoga TUHAN memelihara PM dan memberi petunjuk agar dapat membezakan antara "winnable candidated" Dan "wannabe candidated"

Kepada pemimpin PAS, "TAK Ada orang sponsor ke tahun ini?" Masih ingatkah dulu, NIK AZIZ disponsor pakej haji RM65k, Cuba usha usha DI KELANTAN, yang pergi tahun ini di sponsor BERAPA?

Kepada PM, BUATLAH KEPUTUSAN terbaik sewaktu tidak BERSAMA IDRIS JALA (kompom IDRIS JALA pun haram masuk TANAH SUCI MEKAH)




sunting dari blog ini
Photobucket

Ikan Duyung ditemui semasa BANJIR di Thailand...

on


Hari ini, penduduk Thailand di kejutkan dengan penemuan "seekor" Mermaid ataupun Ikan Duyung sewaktu mereka berhempas pulas menghadapi banjir besar yang melanda negara berkenaan.

"Haiwan" lagenda tersebut dipercayai dihanyutkan oleh arus dari laut dan terdampar ditengah-tengah bandaraya Bangkok akibat keletihan berenang melawan arus yang deras.

Bagaimanapun, kemunculannya yang hanya seketika telah meninggalkan misteri kepada penduduk-penduduk bertuah yang sempat menyaksikan "keajaiban" alam tersebut..

Nasib baiklah ada yang sempat mengambil gambar "Ikan duyung" terbabit sewaktu "ia" timbul untuk mengambil nafas diatas sebuah batu..

Ternyata Ikan Duyung@Mermaid memang benar-benar wujud di dunia.. Gambar di Thailand ini menjadi bukti tentang mitos yang sering diperkatakan di seluruh dunia ini.

Banjir besar di Thailand rupa-rupanya terselindung hikmah disebaliknya.. Saksikanlahhh...





Photobucket

JASA (Jabatan Hal-ehwal Khas)? Apa kejadahnya tu...???

on



Gua tak nak cakap banyak la ye.., gua cuma nak tau apa peranan JASA ni sebenarnya gerakan politik bagi membantu kerajaan?

Setakat ni gua tak nampak pun apa kejadah yang JASA ni buat khususnya di Penang! Adakah JASA ni ditubuhkan untuk syok sendiri je? 

Yang gua dengar.., kononnya ada banyak program dorang buat, tapi apa kesannya pada sokongan rakyat pada kerajaan? Program syok sendiri? Boleh jalanlah baiii....

Sorry to say lah yee.., gua berani cakap kat sini, makin lama makin tenggelam nampaknya agensi yang satu ni... 

Kalau bab nak goncang Guan Eng dengan DAP di Penang, gua rasa bloggers yang bertungkus lumus melawan 24jam X 7 hari seminggu! Dan bloggers ni semua bukan geng JASA pun...

Yang lain, emm..., alahaiiiii.... ntah la... Yang paling best, semua agensi ni dok claim berjuang demi agama, bangsa dan negara... Tapi percayalah.., retorik je semua tu baiii...

Setakat dok bersembang dengan geng sendiri dalam Fesbuk, lepas tu kutip artikel yang diedit dari bloggers untuk tunjuk KPI.., baik ambik bloggers je jadi pegawai beb.. 

And then.., bila gua cakap macam ni, confirm ramai nanti orang yang meroyan dan susah nak terima... Tapi cuba fikirlah bro.., jangan buat kerja setakat nak cukupkan KPI je.. 

Penang dikuasai oleh DAP dan Pakatan.. Takkan agensi nak berlagak macam dok jadi kerajaan lagi kot? Lu nak tipu sapa beb..?

Sebenarnya banyak lagi yang gua nak meroyan kat sini, tapi cukuplah setakat ni dulu.. Kalau gua rajin, nanti gua sambung lagi cerita pasal puak-puak ni..

Gua harap pihak JASA tau la apa nak buat lepas ni... Jangan setakat buat program syok sendiri je beb.., hasilnya akan keluar syok sendiri jugak laa...

Soo..., buat tugas dengan lebih agresif lagi ye.. Jangan asyik cerita buat kerja kerana agama bangsa dan tanahair bai.., korang tu dibayar gaji dan elaun tauuu... 

Macam gua ni lain lahh..., Mana ada pernah dapat elaun dari JASA..

Kekadang gua pun tak faham.., masa sedang berjalan, tapi nampaknya masih ada agensi yang sedang bercuti-cuti malaysia!

Tunggulah lepas ni.., InsyaAllah gua akan telanjangkan agensi-agensi yang makan gaji buta ni satu persatu kalau dorang tak nak berubah ... 

Punyalah banyak peruntukan yang Najib dan government bagi kat korang untuk buat kerja, tapi korang pilih untuk main-main yee... Nanti korang semua.., tunggulah nasib korang lepas ni!!

sumber
Photobucket

Lelaki Mirip Anwar Dilihat Menunaikan Haji...?

on



Kerana beliau tidak mahu bersumpah untuk menafikan dan mengenepikan dakwaan liwat terhadap Saiful, ada baiknya untuk Anwar pergi menunaikan Haji.

Saiful bersumpah sudah, ke tanah haram pun sudah... Bagaimana pula dengan Anwar???

Tak kan takut kot???

Orang tua-tua kata, "berani kerana benar, takut kerana salah".

Jika benar-benar tidak bersalah, mengapa nak takut???


sumber
Photobucket

Musim Haji Apa Anwar Buat Kat London...?

on



Wow..ada spy yang diupah oleh Kedutaan Tinggi Malaysia untuk mengekori pergerakan Anwar di London...macam dalam pilem Jaybon la pulak..Tapi malangnya spy yang diupah ini tak cukup teror sebab kantoi mengintip Anwar.

Yang bestnya Anwar siap tahu nama spy tersebut, berbangsa apa dan diupah oleh siapa untuk mengikutinya..macam agen CIA. 

Kalau mengikut Tweet yang dibuat oleh Anwar, pihak sekuriti hotel yang memaklumkan padanya mengenai info lelaki yang dikatakan spy itu. Hebat juga sekuriti hotel tersebut..Dari mana mereka dapat info tersebut??Adakah mereka pergi tanya spy tersebut??


Ini memang pelik...apa kejadahnya spy pakai kereta yang berwarna kuning...gila ke apa??Dah tak de kereta warna lain ke nak pakai...Macam tak logik la pula...kuningkan warna panas dan senang untuk tarik perhatian...

atau Anwar sebenarnya paranoid...gila!!!


Ini lagi satu, kenyataan yang bodoh dibuat oleh Naib Presiden PKR untuk membalas tweet Anwar. Rasanya Kerajaan Malaysia ni dah tak de kerja lain kot nak buat selain daripada mengintip pembangkang. Menghabiskan duit rakyat pulak tu... Semuanya nak dipolitikkan...Macam haram jadah...

Apa yang EP boleh cakap...Agak-agaklaa sikit kalau nak bohong pun...rakyat kat Malaysia ni bukannya bodoh. Lain kali kalau nak reka cerita pun, rekalah la cerita yang agak logik dan masuk akal...bukannya mencari publisiti murahan dengan cerita karut sebegini...






Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List