Berikut antara tampalan pernah saya catatkan di blog.
Kes kemalangan pertama, klik di sini.
Kemalangan berlaku dipercayai akibat aduan diterima secara lambil lewa oleh beberapa kakitangan pihak berkuasa tempatan itu.
"Mazidul, ada orang masuk lubang lagi," jerit pemandu van sekolah melintasi restoran.
Jam 2.10 petang, saya sedang makan bergegas membasuh tangan dan bergerak ke lokasi kemalangan, kurang 100 meter dari restoran.
Pantas kru 666, Razali Harun memeriksa keadaan kenderaan terbabit sambil diperhatikan pemandu, Whitney Heung dan rakannya.
"Dari mana?," soal saya kepada Whitney.
"Saya datang dari Kelang hendak ke Sunway Giza. Nasib baik saya memandu perlahan tadi," balas kakitangan institusi perbankan itu.
"Orang tidak biasa dengan kawasan ini, memang boleh manjadi mangsa," ujar saya.
Untuk rekod, tiada lampu jalan di sebelah kawasan terbabit.
Saya mula menulis berhubung isu perangkap maut itu sejak Julai lalu dan setakat ini tiada sebarang tindakan dilaksanakan oleh MBPJ.
"Ada mangsa masuk lubang lagi. Pemandu kereta cedera parah, kaki, tangan dan pinggang patah. Tengah hendak membawa dia ke hospital," kata saya sewaktu menghubungi pegawai atasan MBPJ.
Beliau kedengaran panik.
"Ok! Ok!," katanya sebelum memutuskan talian, cemas.
Whitney dan beberapa warga tempatan berbangsan Melayu, berada di lokasi sama mendengar kenyataan itu. Tidak disangka usikan sebegitu kedengaran mampu menarik perhatian pegawai terbabit.
Barangkali jika mangsa cedera parah atau maut, MBPJ akan mengambil tindakan segera.
Pelik sungguh.
"Jom kita tolak kereta ini ke belakang," cadang lelaki berbaju cerah.
"Boleh tolong pandu kereta? Saya takut," celah Whitney.
Pantas Razali mengambil kunci kereta Honda City itu dan masuk ke dalam kenderaan.
Jam 2.20 petang, tayar kenderaan terperosok ke dalam lubang berjaya dikeluarkan. Saya kagum melihat usaha dipamerkan oleh mereka terbabit.
Saya kemudian merakamkan keadaan di bawah kereta berhampiran tayar kanan hadapan.
Jika besi mampu menjadi renggang, bayangkan jika kaki manusia terperosok ke dalam lubang sama.
Dalam tempoh lebih 4 bulan, MBPJ didapati belum mengambil tindakan terhadap aduan berulangkali dikemukakan.
Barangkali menangani masalah mampu menggugat keselamatan orang ramai itu perkata remeh bagi mereka. Sebagai orang awam saya tidak memiliki kuasa untuk mengarahkan kontraktor dilantik oleh MBPJ untuk menutup lubang terbabit.
Bukan satu lubang, 10 kesemuanya.
Terfikir, haruskah saya bertanding menjadi wakil rakyat parti bebas pada Pilihanraya ke 13 akan datang agar suara rakyat lebih mudah didengari?
Nanti saya fikirkan kemudian.
Apapun, saya memohon jasa baik semua pembaca untuk menyebarkan tampalan ini melalui emel dan Facbook agar dibaca mereka berkuasa merubah keadaan, demi keselamatan orang ramai.
Marilah bersama kita menggunakan kuasa sebagai pemilik akaun Facebook, emel dan sebagai bloggers demi membantu masyarakat.
http://www.mazidulakmal.com
0 comments:
Post a Comment