Biar betul Datuk Dr. Hassan Ali ni. Takkan la sebuah parti yang mati - matian memperjuangkan Islam tu sanggup membelakangkan perintah Allah?
Ada ke dia kata seruan yang melarang umat Islam bersatu dan hadir dalam Perhimpunan Sejuta Umat itu sebagai perintah manusia.
AIDCNews -01/11/11 – Persoalan akidah merentasi sempadan politik, kata Datuk Dr Hassan Ali mengulas kehadirannya dalam Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang diadakan di Stadium Shah Alam baru-baru ini.“Akidah ini merentasi segala-galanya..maknanya kalau kita nak cari satu bahan, satu unsur, satu elemen yang boleh menyatukan umat..saya rasa bukan ‘muka’ manusia itu..bukan tempat dia di mana..bukan education dia di mana..tetapi yang boleh menyatukan…sama ada dia pengamal mutlak agama..atau kurang mengamalkan agama tetapi masih mengucapkan kalimah (syahadah).. la Ilaha Ilallah Muhamad Rusulullah..saya terlalu yakin..atas nama akidah, mereka akan datang..mereka akan bersatu”, katanya ketika diwawancara Editor Sinar Harian Online.Menurutnya kehadiran peserta HIMPUN hari itu sudah cukup untuk mewakili umat Islam di negara ini dalam memanifestikan hati dan jiwa umat Islam dalam mempetahankan akidah.“Selamatkan aqidah ini titah perintah Allah swt…jangan hadir dalam perhimpunan itu titah manusia..jadi antara titah Allah dengan perintah manusia, logiknya, bila kita berbicara tentang akidah..saya patuh kepada perintah Allah”, katanya.
Eh!!! Kan yang keluarkan larangan tu ialah kepimpinan PAS Pusat. PAS Pusat bukan ada kuasa macam Wali ke? Bukan ke ahli dia kena ikut apa sahaja perintah mereka?
Hari tu, bukan main lagi diorang tuduh orang UMNO tak ikut perintah Allah. Maka sebab itu dengan mudah diorang mengkafirkan orang - orang UMNO.
Sekarang macam mana pulak? Adakah mereka juga turut layak dipanggil sebagai kafir kerana jelas ingkar dengan perintah Allah?
Bukan sekali diorang membelakangkan perintah Allah ni. Kalau ingat balik, mereka gugurkan perjuangan Negara Islam juga kerana sebab ianya tidak termaktub dalam Al - Qur'an.
Maknanya, selama ini, apa yang diperjuangkan oleh mereka, iaitu mahu mewujudkan Negara Islam jelas bertentangan dengan apa yang terkandung dalam Al - Qur'an.
Dan dalam erti kata lainnya, jelas mereka, sesiapa yang menolak tuntutan dalam Al - Qur'an ni menolak perintah Allah. Sekarang, macam mana?
Sanggup ke diorang telan balik apa yang telah diluahkan oleh mereka sebelum ini? Adakah mereka akan terus menjadi musuh kepada Umat yang sama agama dengan mereka? Takkan la selama - lamanya diorang nak jadi Pak Angguk Saja kepada DAPigs kot!!!
0 comments:
Post a Comment